“Ngauuuu!!! Ngau!!!!!” jerit
Buyung kerana sakit terbelit.
Secara pantas Suri turun membawa belerang
dan parang. Dan dengan beraninya ia mendekati ular itu dari belakang terus menetak
kepala ular berkenaan kerana ia telah bertindak ganas terhadap kucing
kesayangannya.
“Tetak ekor dia! Tetak ekor dia
cepat! Buyung dah tercungap! Cepat” arah Mak Senah. Kelam kabut rumah Mak Senah
dengan jerit pekik namun waktu-waktu begini tiada seorang jiran pun datang
bertanyakan apa yang berlaku. Mereka tidak mengambil pusing masalah jiran
tetangga yang memerlukan bantuan.
“Lantak la mereka nak datang
tolong ke tak, aku tak kisah” bebel Mak Senah sendirian.
Dengan keberanian budak berumur 9
tahun itu tidak boleh di pandang rendah. Suri terlalu berani sekali sekiranya
ia melibatkan sesuatu yang disayangnya dikacau atau diapa-apakan.
Terpercik darah ular itu keluar
daripada kesan tetakkan dan jerutan terhadap Buyung beransur lemah.
“Buyung sayang!” peluk Suri.
“Nyau..nyau…” suara Buyung
tersekat-sekat namun secara perlahan-lahan ia dapat menafas kembali.
“Terima kasih Buyung… awak telah
selamatkan kami walaupun nyawa awak jadi taruhan” sayu hati Suri melihat
keadaan Buyung ketika itu. Seperti mintak nyawa. Namun semangat Buyung amat
kuat. Dia beranikan diri untuk menolong keluarga yang menjaganya.
Sekarang Buyung di tinggal
sendirian dengan kecederaan di tubuh badannya. Tidak mungkin ada orang yang
akan sayang dia lagi. Buyung dahulu cantik, comel dan gemuk. Kini Buyung dah
cacat, cengkung, kurap dah mula naik dan kurus. Wajah Buyung sedih. Walau ia
telah di buang Mak Senah ia tetap berharap suatu hari nanti dia akan bertemu
dengan Suri. Penjaganya yang baik dan terlalu menyayanginya. Dan mengharap Suri
akan terimanya kembali walau ia telah cacat dan tidak lagi cantik seperti
sebelum ini. Berair mata Buyung. Menahan rindu…rindu yang tak bertepi.
“Nyau…..” suara Buyung memecah
kesunyian klinik itu. Sayu.
“Assalamualaikum admin DK.
Saya Fad, dan tujuan saya menghantar inbox ke page admin adalah untuk
meminta tolong rakan-rakan fb Dunia Kucing. Baru-baru ini saya ada menghantar
seekor ibu kucing untuk dirawat kerana kecederaan yang agak teruk. Ia telah
dilanggar kenderaan dan dalam masa yang sama ia juga telah di gigit anjing
lair. Nasib baik saya berada di tempat kejadian untuk menolongnya. (Sila lihat
gambar yang disertakan).
Kini ia telah di rawat di Klinik Dr Kamarul di Taman Perdana. Kos asal
rawatannya sebanyak RM350-00 saya telah bayar sebanyak RM200-00 sebagai
pembayaran permulaan. Baki RM150-00 jika boleh nak minta bantuan daripada
rakan-rakan Dunia Kucing yang lain. Saya seorang pelajar agak terhad dari segi kewangan.
Duit RM200-00 itupun saya gunakan daripada duit biasiswa saya bulan ini.
Harap sangat admin Dunia Kucing dapat membantu saya. Jika ada apa-apa
yang admin inginkan boleh hubung saya terus melalui FB saya atau hubungi saya
terus di nombor 1111114740. Perhatian admin saya dahulukan dengan ucapan terima
kasih.”
“Ok send! Aku harap dapat jawapan
positif daripada mereka.” Fad menghantar mesej ke salah sebuah page facebookyang diikutinya bagi meminta
bantuan pencinta kucing yang lain.
Setahunya page FB tersebut
menghimpun beribu-ribu pencinta haiwan. Disitulah juga ia dapat menimba ilmu
dan berkongsi segala hal berkaitan kucing.
“Aku harap ada insan mulia dapat
membantu” tambahnya lagi di dalam hati.
“Sahrul, ko kat mana?” tanya Fad
yang ketika itu sedang memandu keretanya ke kampus.
“Aku kat kelas ni, ko kat mana?”
tanya Sahrul.
“Oh, ok..ok, aku on the way ko
tunggu kat kelas” jawab Fad ringkas terus meletakkan telefonnya.
Waktu rehat di kampusnya
digunakan untuk mebincangkan sesuatu bersama sahabat karib nya, Sahrul.
“Rul, aku dah jumpa doktor tu dan
kucing tu semalam. Dan aku lihat keadaan kucing tu agak teruk juga sebab dia
akan jadi cacat permenantly.” Fad
memulakan bicara setelah meneguk segelas air sirap bandung.
“So, berapa Doktor tu cas?” tanya
Sahrul.
“RM350-00 warded free” jawab Fad.
“Semalam aku dah dulu kan
RM200-00 dan bakinya aku cuba minta bantuan kat FB.” Fad menambah lagi.
“FB????” Sahrul pelik dengan
rakannya yang seorang ni.
“Mereka boleh tolong ke? Mereka
percaya ke?” Sahrul inginkan kepastian.
“Ntah, aku cuba je”. Jawab Fad
ringkas.
“Bling”!! bunyi telefon Fad.
“Eh! Rul, admin page tu balas la dalam
inbox aku dan dia dah open untuk donation
untuk kita.” Sambil menunjukkan telefonnya kepada Shahrul.
“Alhamdullilah, aku harap ada
yang nak membantu”. Jawab Sahrul gembira.
“Admin ni beritahu bahawa dia
akan open donation kilat dan jika
telah cukup jumlahnya dia akan inform kita untuk langkah seterusnya” Fad dengan
gembira memberitahu kawannya itu.
“Tak sangka juga di Malaysia ni
masih wujud sifat kasih sayang antara mahkluk, bangga aku jadi rakyat Malaysia”
tambah Fad lagi sambil menepuk-nepuk bahu Sahrul.
“Kita doakan semuanya berjalan
lancar, insyallah. Jika kita ikhlas, ada yang akan membantu kita Fad.”jelas
Sahrul kepada Fad.
Fad tersenyum lega. Bebannya
sedikit berkurangan setelah menerima jawapan positif daripada page
kesayangannya itu.