Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,248
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 15

“Assalamualaikum, Dr. apa khabar?” Fad menelefon doktor Kamarul.

“Wa’alaikumsalam, Fad.” jawabnya.

“Dr, bagaimana keadaan ibu kucing itu hari ini? tanya Fad ingin tahu.

“Oh, Dia semakin baik dan boleh mengesot dengan baik sekali, Fad tak datang untuk melihatnya?” tanya Dr Kamarul lagi.

“Insyallah Dr. Saya akan datang untuk langsaikan hutang saya dan sekaligus membawa ibu kucing itu pulang nanti”.

“Baikla kalau begitu. Apa-apa call saya ye, Fad.” Dr. Kamarul meletakkan telefon setelah habis berbual dan menyambung semula kerjanya.

Di rumah, Suri masih lagi mendiamkan diri dan sentiasa termenung. Hanya gambar-gambar bersama berdua yang di tangkap beberapa sepanjang bersama Buyung dan di belek setiap masa. Ada rasa rindu yang mendalam di dalam jiwa anak kecil itu.

Hanya Allah sahaja tahu perasaannya.

“Buyung”…..

“Awak kat mana?” keluh Suri.

Sewaktu membawa balik jasad anak-anak Buyung si kelabu dan si putih beberapa hari lepas, Suri kerap menitiskan air mata disepanjang jalan pulangnya ke rumah bersama Mak Senah. Mak Senah tidak boleh berbuat apa-apa lagi hanya memerhati sahaja keadaan anaknya yang kecewa itu. Betul kata orang “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan tanggung sendiri”.

“Suri meh sini mak tolong tanamkan anak-anak Buyung” pinta Mak Senah setelah melihat Suri masih lagi berdiri di bawah pokok sambil menampung jasad dua anak kucing yang malang itu dengan kedua tapak tangannya.

“Takpela mak, biar Suri uruskan sendiri.” Jawabnya ringkas. Sedih.

“Baikla… jika ada apa-apa panggil je mak. Mak ada di atas rumah.” balas Mak Senah sebelum meninggalkan Suri dengan anak-anak Buyung.

Selesai sudah kerja menanam jasad anak-anak Buyung. Di tabur bunga kertas diatas dua kubur anak kucing itu. Titis-titis airmata Suri jatuh satu persatu.

“Apa nasib Buyung dan anaknya dua ekor lagi?” tanya Suri sendirian dihadapan kubur anak kucing itu.

“Suri risau nasib mereka di luar sana” tambahnya lagi. Akan tetapi tiada siapa yang dapat membalas tiap pertanyaannya. Sunyi, hanya terdengar deruan angin ditelinga Suri. Menari-nari rambut Suri yang pendek separas bahu itu.

Mak Senah pilu melihatkan anaknya dan datang mendekat ke anaknya itu.

“Suri, mari makan nak” pelawa Mak Senah memecah menung anaknya.

“Suri tak lapar mak” jawab Suri pendek.

“Jangan diikutkan sangat perasaan sedih tu sayang. Insya’allah, selamat Buyung tu bersama dua anaknya.” Pujuk Mak Senah lagi. Sejak peristiwa itu, Mak Semah merasa amat bersalah dengan perbuatannya. Tidak sangka ia akan menganggu emosi anak kesayangannya.

Mak Senah kalah. Kalah dalam emosi anaknya kini. Dia terpaksa menurut sahaja apa yang anaknya rasa sekarang.

“Maafkan mak sekali lagi sayang.” nada menyesal diluahkan sendirian. Walau beribu kali maaf dari Mak Senah iat idak dapat mengembalikan apa jua yang telah terjadi kepada yang asal. Mak Senah redha.

“Ya Allah, Terima kasih ya Allah atas segala kemudahan yang telah engkau berikan. Kini sudah cukup wang yang di kumpul untuk mengeluarkan si ibu kucing itu” Fad menadah tangan bersyukur setelah diberitahu oleh admin Dunia Kucing bahawa wang sumbangan rakan-rakan DK telah mencukupi dan telah menutup penerimaan sumbangan tersebut. Wang yang dimasukkan ke akaun Fad akan digunakan sepenuhnya untuk membayar baki rawatan Buyung. Fad meraup muka tanpa bersyukur.

Sementara itu di klinik Dr Kamarul.

“Misi, bagaimana keadaan si ibu kucing yang patah pinggang itu ye?” tanya Dr Kamarul kepada Asmah.

“Lukanya ada menunjukkan tanda membaik. Tapi ia dalam keadaan murung Dr.” jelas Asmah ketika Dr Kamarul baru sampai ke klinik untuk memulakan tugasnya.

“Baikla, terima kasih.”

“Sayang, kenapa awak murung? Awak jangan risau ye, nanti awak akan ada penjaga yang baru.” Dr Kamarul cuba menenangkan Buyung yang sedang baring disangkarnya. Diangkat dan dibelai badan Buyung perlahan-lahan sambil melihat-lihat perkembangannya. Diperiksa tiap tubuh badan Buyung, dalam mulut, kepala serta seluruh badannya. Pampers si Buyung diperiksanya jika ada najis yang dikeluarkan hari itu.

“Bagus, keadaan awak beransur baik walaupun ada sikit kurap baru nak naik. Walaupun awak kini cacat, awak kuat sayang” bicara Dr Kamarul lagi. Seperti memahami percakapan Dr Kamarul, Buyung mengesel-gesel kepalanya ke tangan Dr. Kamarul.

Dr Kamarul mengambil ubat kurap “Natural Pet, Anti Fungus”, disapukan ditempat yang berkurap. Tenang seketika Buyung dengan usapan manja Dr Kamarul.

“Awak jangan terkena air dahulu ye… nanti kurap awak susah nak kering” seloroh Dr Kamarul bercakap dengan Buyung. Senyuman Dr Kamarul membuatkan Buyung rasa selamat dan tenang.

“Tentu awak hadapi saat sukar diluar sana hingga awak cedera sampai begini sekali. Awak kena teruskan hidup untuk menemui orang yang awak sayang ye. Nanti Fad akan datang bawa awak balik dan dia akan menjaga awak.”

Kemudian Dr Kamarul meletakkan semula Buyung ke dalam sangkar serta mengisi makanan dan air untuknya.

“Nyau……”

Dengan kudrat seekor kucing, Buyung mengesot ke mangkuk berisi makanan dan air untuk mengisi perutnya. Buyung makan dengan baik sekali. Dr Kamarul terus tersenyum dengan telatah Buyung.

Setelah habis makan, Buyung mengesot kembali kebelakang sedikit dan termenung semula. Dilihatnya wajah Dr Kamarul yang baik itu. Mahu sahaja Buyung berbicara semula pada Dr Kamarul atas perhatian yang di berikan kepadanya. Mahu sahaja Buyung memnyatakan rindunya pada anak-anaknya. Mahu sahaja Buyung memeluk Dr Kamarul untuk mengucapkan terima kasihnya. Namun itu semua tidak mampu dilakukan. Hanya renungan mata menjadi jawapan untuk semua itu.

Dimanakah anak-anak ku?

Itam.dan Tiga Warna, apa khabar mu?

Sihat kah mereka?

Sudah makankah mereka?

Sudah susukah mereka?”

“Nyau” suara buyung kerinduan.


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto