Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,249
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 9

“Suri…Suri masih marah pada mak?” tanya Mak Senah pada anaknya yang menjadi pendiam secara tiba-tiba itu, Perasaan bersalahnya kerana membuang Buyung dan anak-anaknya telah meragut kegembiraan anaknya.

Suri masih lagi membisu. Digoncang-goncang loceng leher Buyung yang dibelinya sewaktu Buyung masih kecil sebagai tanda ingatannya pada Buyung. Terbayang-bayang gerak geri Buyung ketika dulu dengan loceng dilehernya buat pertama kali memakai. Buyung akan cuba sedaya upaya untuk membuka loceng yg diletakkan dilehernya.

Suri tiba-tiba tergelak sendirian. Akan tetapi muram semula apabila dia sedar yang Buyung telah tiada dirumah.

Tersentap Mak Senah dengan kelakuan Suri.

“Jom! Esok lepas balik sekolah kita cari Buyung ye” kata Mak Senah. Dia mengharapkan agar apa yang dibuatnya dapat mengembalikan keceriaan untuk anaknya kembali.

“Betul ke mak?!” jawap Suri dengan nada gembira. “Ye, betul. Kita ambil balik Buyung dan anak-anaknya ye. Kita besar kan mereka sama-sama”. Suri melonjak kegembiraan. Anak yang berusia 9 tahun itu kelihatan gembira semula.

“Terima kasih ye mak, Suri Sayang mak!” jawap Suri dengan penuh ceria dan ia berharap agar Buyung dan anak-anaknya tidak pergi jauh apabila mereka sampai ke sana esok.

Suri masih lagi dalam keadaan sedih kerana risau akan keadaan Buyung dan anak-anaknya.

“Esok kita jumpa ea Buyung, ko jangan kemana-mana tau. Mak dah janji untuk ambil ko dengan anak-anak ko sekali”. Suri pejamkan mata. Setitis air mata jatuh je bantal. Sepi.

Sampai sahaja di kawasan itu.

“Buyung!! Buyung!!” jerit dua beranak dalam mencari kelibat Buyung yang tidak muncul. Hampir setengah jam berpusing di kawasan meja dan sekitar. Suri mula merasakan sesuatu yang tidak elok telah berlaku.

“Mak! Darah!” pekik Suri.

Mana? Mana?. Mak Senah berlari-lari ke arah pekikan anaknya itu. Itu! Suri menunjukkan darah di tengah-tengah jalan. Harap tak ada apa-apa yang berlaku kepada Buyung. Getus hati Mak Senah.

Perasaan bersalah mula bersarang didalam hatinya. “Ya Allah, Ampunkan aku, Ya Allah. Sesungguhnya aku insan yang lemah. Aku rasa berdosa pada Buyung dan anak-anaknya, ketemukanlah kami” doanya didalam hati sambil mengesat-gesat matanya yang sudah mula berair. Rasa bersalah pada anaknya Suri kerana membuang kucing kesayangan dengan akal yang tidak waras dan ikut emosinya.

Sedang Suri membongkok-bongkok di tepi jalan untuk mencari kelibat Buyung dan anak-anaknya Suri terpandang sekujur tubuh yang kaku di bawah daun-daun kering.

“Abu!!!!!” jerit Suri lagi. Terduduk Suri disebelah jasad yang kaku itu. Diangkatnya perlahan-lahan. Namun keadaan perut si kelabu itu tidak membenarkannya untuk mengangkatnya lebih tinggi lagi. Bersila Suri disebelah Abu. Meraung pilu hati Suri kerana terlambat datang. Suri tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi pada Abu sehingga keadaannya yang menyentuh hati itu. Jasadnya sudah di hurung semut, Suri halau semut-semut itu agar tidak menganggu anak kucing tersebut.

Menitis air mata Suri.

“Abu, mana adik-adik kau?” tanyanya pada jasad tersebut. Sepertinya ia mengharapkan ngiauan dan jawapan namun sunyi sepi hanya tiupan angin kedengaran.

Mak Senah merapat pada Suri. “Sabar Suri, dah ajal dia begini”.

“Kalau la ia di rumah kita dan tak buang mereka semalam…….” Suri tak dapat meneruskan kata-katanya.

Mata Suri terus mencari-cari kelibat Buyung dan anak-anaknya yang lain.

Diselongkar segala kotak, segala meja. Dipanggil sekuat hati nama Buyung. Tiada sahutan.

Sekali lagi tamparan hebat buat Suri apabila terlihat jasad putih terkulai di tepi jalan tidak berapa jauh dari si kelabu berada. “Ya Allah!” Putih!”… Kenapa ni sayang? Siapa yang buat begini kat putih? Diangkatnya anak kucing yg telah mati itu. Ada kesan gigitan di lehernya.

“Putih…. Maafkan kakak. Kakak lambat sampai untuk menyelamatkan Putih dan adik-adik. Mana mak putih?” esak Suri. Dibelai-belai badan Putih seperti orang yang rindu sangat.

“Buyung…mana awak Buyung, akak dah datang ni Buyung.” Namun tiada sahutan.

“Buyung!! Buyung!!” laung Suri lagi. Anak kecil itu terus menangis tanpa henti.

“Mak! Mana Buyung dan anak-anaknya mak, lagi dua ekor takde…. Suri risau!” sedu Suri teresak-esak. Mak Senah hanya mampu melihat akan kelakuan anaknya. Rasa menyesal mula menyelubungi diri Mak Senah.

“Maafkan mak, Suri… maafkan mak.”

Dengan perasaan hampa kedua beranak itu meneruskan perjalanan pulang dengan membawa jasad kelabu dan putih. Pada Suri biarla ianya disemadikan di rumah, tak sanggup dibiarkan kelabu dan putih terbiar tanpa ditanam. Pedih hati Suri, kesal Mak Senah tak berbelah bagi. Amat menyesal.

Nasi sudah menjadi bubur.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto