Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,239
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 12

“Princess……. Meh sini sayang akak”. Terkedek-kedek kucing baka Munchkin bercorak marble warna kelabu tu datang mendekati Karmila.

“Muahhhh, wanginya adik kita ni” Karmila memeluk dan mencium Princess kucing kesayangannya itu. Di banglo mewah yang besar itu membolehkan Princess berlari kesana sini dengan bebasnya.

“Mak, Princess mana?” tanya Karmila pada maknya sewaktu ingin bersarapan. Karmila mengambil hotdog rebus dan makan begitu sahaja.

“Ada tu kat depan main dengan Ciki agaknya.” Jawab Sofea pada anak kesayangannya. Dalam pada masa yang sama suaminya turun menuju ke meja makan untuk bersarapan bersama.

“Anak ayah apa khabar hari ni?” tegur ayah Karmila sebaik sahaja duduk disebelahnya.

“Baik ayah”. jawab Karmila ringkas sambil menghulur sekeping roti yang telah di sapu marjerin.

“Terima kasih, anak ayah yang baik” satu ciuman manis singgah di atas kepala anaknya.

“Ok, yang, abang dah lambat ni nak pergi kerja”. Kamarul cepat-cepat menghirup air minumannya dan cium sekali lagi anak perempuan kesayangannya.

“Hati-hati ye abang.”

“Baikla” satu ciuman melekat di pipi isterinya…

“Eee…. Ayah tak malu” Karmila bersuara. Bergema ketawa mereka sekeluarga.

Sementara itu diluar, Princess sedang bermain-main tali dengan Ciki. Ciki dan Princess memang suka bermain serta kejar mengejar antara satu sama lain. Dengan keadaan Princes yang kemetot itu, membuatkan Ciki si kucing Parsi geram dan selalu membulinya.

“Princess, jap lagi kita mandi ye” jerit Karmila dari dapur.

Senyap. Tiada sahutan. Karmila sangka Princess sedang asyik bermain dengan Ciki.

“Eh Ciki! Mana Princess?” Karmila bersuara setelah melihat Ciki berada disebelah kerusinya sambil mengangkat-angkat kakinya minta makan. Ciki ni budak manja. Tapi garang tak bertempat.

“Mentang-mentangla bulu awak tu gebu dan cantik” Karmila cuba memegang Ciki tapi kaki Ciki cepat nak mencakar.

“Nantila, Mila potong kuku Ciki” Mila mencebikkan bibirnya tanda geram pada Ciki.

Kamarul meletakkan beg kedalam keretanya. Pagar pintu dibuka dan enjin di hidupkan dahulu agar perjalanan lancar apabila enjin cukup panas.

Kamarul tidak perasan akan Princess yang sedang terikat di tayar kereta belakangnya. Setelah memasuki ke dalam kereta Kamarul terus mengerakkan keretanya dan pada masa yang sama Princess bergelut dengan tali yang melilit badannya untuk melepaskan diri.

Kereta bergerak perlahan. Makin lama makin laju dan Princess yang masih terikat di tayar mengikut laju dan terseret dengan laju mengikut gerak kereta. Kepala Princes terhentak-hentak di atas jalanraya yang berbatu itu. Dan terseret bersama-sama tali yang mengikat badannya. Keadaannya yang berkaki pendek itu tidak memungkinkan untuk melepaskan diri.

Pasrah dan berserah.

Karmila berlari-lari kemuka pintu untuk melihat Princess dan mengacahnya tetapi apa yang dilihatnya adalah sesuatu yang tidak pernah tersangka.

Ngiauuuu!!!! Ngiauuu!!!!! jerit Princess. Kamarul masih lagi tidak dengar akan jeritan kucing itu dan memasukkan gear dua untuk bergerak lebih laju lagi.

“Princess!!!!!!”jerit Karmila.

“Princess!!!!” Teriak Karmila lagi kini lebih kuat.

“Mak! Mak! Princess mak!. Princess!!” tangis Karmila tak tertahan lagi. Sofea yang sedang mengemas meja yang dibantu Bibik terperanjat dan hanpir sahaja terlepas gelas yang dipegang kerana jeritan Karmila anaknya itu.

“Mak!! Tolong Princess mak!!... Cepat mak!!. Karmila berlari-lari kepada Sofea. Memeluk ibunya yang sedang dalam keadaan tergamam.

“Kenapa ni sayang?” Sofea cuba menenangkan anaknya.

“Mak!! Princess mak!”.

Terjelepuk Karmila di sisi ibunya, Sofea. Karmila pengsan akibat terkejut sangat dengan apa yang terjadi pada Princess kucing kesayangannya itu.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto