Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,236
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 4

Buyung dengan rasa sakit itu melihat anaknya yang kelabu mengelitik kesakitan sambil mengiau memanggil ibunya untuk menyelamatkannya. Anaknya si kelabu itu telah pecah perutnya. Tercungap-cungap ditengah jalan menghadapi saat kematian. Matanya berkelip-kelip melihat ibunya yang turut cedera itu.

Ngiau……ngiau…. Sayup suara anak Buyung memanggilnya.

Dengan kudrat yang ada, Buyung yang cedera parah itu mengesot bergerak perlahan ke arah anaknya yang sedang bersabung nyawa. Waktu itu tiada kenderaan lalu lalang kerana jalan disitu kurang kenderaan. Tiada lagi cahaya dimata kelabu. Kaki anaknya menyentuh muka Buyung tanda salam terakhir, Buyung merenung anaknya dengan pandangan yang kosong. Sayu. Sepi.

Buyung menjilat-jilat kepala anaknya itu berharapkan ia akan bangkit dan seperti ia menangis melihat keadaan anaknya yg sudah tidak bernyawa itu. Si Buyung menoleh kebelakang melihat tiga lagi anak-anaknya yg sedang ketakutan. Dengan kekuatan yang ada Buyung cuba patah balik menuju ke arah anak-anaknya yang lain sambil membawa anaknya yang telah mati itu ke tepi jalan. Jilatan terakhir itu membuatkan hati si ibu teramat sayu. Seandainya mereka masih di rumah bersama Suri sudah pasti tidak akan terjadi peristiwa sebegini. Kebahagiaan yang diharapkan daripada manusia tidak dapat dinikmati anaknya yang kini telah pun mati seekor.

Nyau…… suara Buyung memanggil anak-anaknya yang lain.

Terkedek-kedek anak-anak itu menuju kepada ibunya yang dalam kecederaan. Seperti memahami, anak-anak Buyung mendekati dan menjilat-jilat kepala Buyung. Ada yang meleset di badan Buyung, ada yang memicit-micit badan Buyung, rasa kasih dan simpati terhadap apa yang terjadi pada si ibu itu seperti difahami oleh mereka bertiga. Buyung tidak larat mengangkat dirinya yg telah patah itu namun tetap menjalankan tanggunjawapnya untuk memberi susu kepada anak-anaknya yang masih tinggal sambil melihat jasad kaku anaknya yang kelabu.

Ngiau……. Itulah suara panggilan Buyung terhadap si anaknya yang kelabu. Lemah. Terlelap.

“Abang! Tengok ni! Ada orang buang anak kucingla. Iskh, kesiannya bang, yang seekor ni dah mati..…”

“Ko nak amik ke? Kalau seekor boleh la, kalau amik semua nanti mak marahla” jawap si abang.

“Okey..okey, adik amik satu je ea… Tapi bang mak dia macam cedera la. Kesian Enal tengok. Kita bawa ke klinik ea?” Enal bersuara lagi.

“Eh ko! Mana nak keruk duit. Kita ni pun sekolah lagi… Takpe mak dia dah besar pandai jaga diri. Kita amik anak dia yang sekor tu cantik, hitam berkilat”. Si hitam dipegang, dikelek dan dicium Enal.

“Ok bang, jom balik” kita besarkan si hitam ni dengan baik ea…..

Dua beradik tersebut terus meninggalkan dua lagi adik beradiknya yang sedang tidur lena. Buyung hanya memerhati sahaja. Tiada daya lagi untuk mengejar manusia yang mengambil anaknya kerana kecederaan yang dialami.

“Nyau…..” suara Buyung sayu.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto