Home Novel Keluarga Sinar Mata, Cahaya
Sinar Mata, Cahaya
Cheeto
4/3/2014 18:09:53
8,234
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 1

Suhaila merupakan seorang pencinta kucing. Sejak kecil ia didedahkan dengan suasana hidup bercampur gaul dengan kucing. Ibunya pula, Timah merupakan pekerja pembersihan di salah sebuah sekolah rendah di Kampung Pasir. Kehidupan mereka dua beranak tidak semewah mana, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka tinggal di pondok peninggalan arwah ayah Suhaila, Sameon yang terletak di hujung Kampung Pasir. Sungguhpun mereka miskin, Suhaila dan ibunya tidak pernah mengeluh dan mengharap simpati daripada sesiapa.

“Selagi kita ada tulang empat kerat dan sihat, kita harus bekerja untuk diri kita dan jangan banyak mengeluh dalam kehidupan, dimana ada kemahuan di situ ada jalannya, nak.”

Itulah jawapan yang diberikan ibu Suhaila kepadanya ketika ia tamat pelajaran di Sekolah Menengah Tasek Utara.

Keputusan peperiksaan SPM nya tidaklah cemerlang, ia cukup makan sahaja. Tidak mengapa sekiranya dia tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana pada dia nasihat ibunya itu menjadi kekuatan untuk meneruskan hidup dengan apa yang ada sambil berusaha dengan yakin.

“Rezeki ada dimana-mana sahaja”

Timah mula bekerja di sekolah rendah terbabit sejak arwah suaminya pergi meninggalkannya lima tahun lepas. Suaminya meninggal akibat daripada penyakit kronik, kencing manis. Pasrah dengan keadaan itu, Timah tidak berputus asa dengan mudah. Anaknya, Suhaila harus dijaga dengan baik kerana dialah satu-satunya harta yang di ada di dunia ini. Pada pandangan kasar, Suhaila seperti remaja-remaja lain namun dia bersikap sangat tegas dan garang. Pernah suatu ketika di sekolah seorang pelajar lelaki, Fauzi mencari pasal dengan Suhaila.

Fauzi merupakan seorang pelajar lelaki yang agak kacak dan baru sahaja dipindahkan masuk ke sekolah ini.. Sungguhpun dia baru namun sikapnya yang suka membuli tidak pernah hilang. Dia akan buli sesiapa sahaja yang dia mahu.

Terlihat akan seekor anak kucing berada disebelah kantin sedang baring di atas tanah di bawah pokok merehatkan diri. Dicekutnya Fauzi kucing berkenaan dan dilambungnya beberapa kali. Suhaila yang sedang menuruni tangga ternampak akan kejadian itu dan bergegas untuk menyelamatkan anak kucing berkenaan.

“Kau letak balik anak kucing tu ke bawah sekarang!!” jerit Suhaila. Sewaktu Fauzi mengangkat anak kucing dengan menarik ekornya ke atas. Menjerit-jerit kesakitan anak kucing itu diperlakukan sedemikian. Meraung-raung anak kucing itu menahan sakit.

“Aku kira sampai tiga, kalau kau tak letak balik, nahas kau aku kerjakan” marahnya lagi. Namun si Fauzi buat tidak endah dengan amaran Suhaila.

“Satu……..” Suhaila sudah mula menyinsing baju di lengannya.

“Dua……..” Suhaila berganjak merapati Fauzi.

“Ti……ga!!”

“Kau degil ye Fauzi!..Nah amik ni!” terus diterkam Fauzi dan sebuku penumbuk kena tepat dihidung Fauzi. Terlepas anak kucing daripada tangan Fauzi dan disambut Suhaila selepas itu.

“Oi!...Sakitlah!” jerit Fauzi apabila penumbuk terkena tepat di hidungnya. Meleleh darah. Dikesat dengan tangan darah tersebut. Menyinga muka Fauzi. Selama ini tidak pernah sesiapa menyentuh muka dia. Tetapi hari ini gara-gara anak kucing dia di tumbuk. Ditumbuk oleh perempuan!

“Habis yang kau angkat ekor anak kucing tu ke atas tak sakit? Sedap?” jawab Suhaila.

“Kau jaga! Kau jaga!... Pasal seekor kucing kau cari pasal dengan aku!” Fauzi memberi amaran terus berlalu dari situ. Jarinya diangkat tanda amaran buat Suhaila. Namun Suhaila tidak takut dengan amaran itu. Dibelai anak kucing kucing itu dengan lembut. Di urut-urut ekor anak kucing berkenaan.

“Ala….Ciannya dia..” diangkat anak kucing berbulu oren itu di cium dan digosok-gosok kepalanya. Kegelian anak kucing itu diperlakukan sedemikian. Hilang sudah rasa sakit tadi setelah dipujuk Suhaila.

“Nyau” bunyinya manja.

“Hei Suhaila, kau berani tumbuk muka budak budget korea tu ek?” Farah mendekati Suhaila setelah menyaksikan kejadian itu didepan matanya. Tidak sangka dia mempunyai seorang kawan yang begitu berani.

“Apa yang nak ditakutkan? Dia makan nasi, aku pun makan nasi” jawab Suhaila selamba.

“Memang la sama-sama makan nasi tetapi dia tu lelaki, awak tu perempuan” balas Farah. Diambilnya kucing di riba Suhaila dikeleknya pula.

“Comelnya awak ni” ajuk Farah.

“Lantak diala, jangan sampai aku nampak orang buli kucing depan mata aku, nahas dia aku kerjakan” jawab Suhaila lagi sambil memerhati sekeliling kawasan kantin sekolah. Dibetulkan tudung di kepalanya dan mengambil anak kucing itu serta membelainya. Tenang dirasakan apabila membelai anak kucing.

“Kring!!!!!” loceng waktu rehat berbunyi menandakan waktu rehat sekolah telah tamat.

Bersambung ....

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto