Home Novel Keluarga Sinar Mata, Cahaya
Sinar Mata, Cahaya
Cheeto
4/3/2014 18:09:53
8,236
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 2

Waktu persekolahan tamat pada jam 1.00 petang. Suhaila keluar dari kelas dan berlari-lari dengan pantas menuju ke kantin sekolah. Dia tidak sabar untuk mengambil anak kucing yang dia tolong tadi. Sebelum waktu rehat tamat, dia sempat dia pesan kepada mak cik kantin agar tolong jagakan kucing itu sehingga waktu sekolahnya habis dan dia akan ambil untuk dibawa balik. Setibanya di kantin sekolah senyumannya di ukir tika ternampak anak kucing itu sedang asyik bermain sendirian di tiang besi. Dia bertemu dengan makcik kantin dan mengucapkan terima kasih kerana menjaganya walau untuk sementara.

“Takpe lah nak, makcik jaga dia pun sekejap saja. Bawalah dia balik daripada dia sendirian di sini, asyik kena buli saja dengan budak-budak nakal” jelas makcik kantin kepada Suhaila. Dengan segera diangkatnya anak kucing itu. Dipeluknya dan dibelai manja. Anak kucing itu seperti suka dengan apa yang Suhaila buat padanya. Sepanjang perjalanan keluar dari sekolah Suhaila tidak putus senyum dan bercakap dengan anak kucing tersebut. Ada yang pandang semacam sahaja, pada Suhaila itu semua bukan masalah mereka. Suhaila menuju ke perhentian bas yang jaraknya memakan masa 10 minit perjalanan. Sekolahnya berada jauh ke dalam dan berbukit. Di kawasan itu juga terdapat bengkel-bengkel kereta, pejabat pendidikan negeri dan juga kem latihan khidmat negara.

Kucing itu dipeluk erat.

“Zi, itu ke budak perempuan yang tumbuk kau di kantin?” Aiman yang duduk di atas motosikal memuncungkan bibirnya. Fauzi yang bersiap sedia untuk menghidupkan enjin motornya terbantut seketika.

“Ye, betul!! Itu la perempuannya!” Jawabnya pendek.

Jaga kau perempuan. Aku tau apa nak buat dengan kau. Kau tumbuk aku gara-gara seekor kucing tadi kan, nanti kau tahu la akibatnya! Dia berkata didalam hati dengan geram. Fauzi menaiki motor dan Aiman dibelakangnya. Sambil menyalakan rokok Fauzi tersenyum.

“Siap kau!”

Segera motornya di gerakkan untuk mengejar pergerakkan Suhaila. Makin lama makin dekat. Suhaila tidak perasan akan pergerakkannya di ekori oleh Fauzi. Khayal akan kucing yang dipegangnya. Beg yang di galas di bahu di betulkan.

“Sihatnya dia….” Suhaila memicit-micit perut kucing yang di bawanya. Kucing itu terasa geli dan menendang-nendang kaki apabila jari Suhaila menyentuh perutnya.

“Oh melawan ea….. cubit perut dia” acah Suhaila lagi.

Preng!!!!! Preng!!!. Tiba-tiba Suhaila dengar sesuatu yang membisingkan telinganya. Ditoleh kebelakang dan nampak akan dua orang lelaki memakai baju sekolah sedang mengekorinya.

“Tadi kau tumbuk hidung aku ye?” Fauzi bersuara sebaik saja berhenti dekat dengan Suhaila. Ditongkatnya motosikalnya dan Aiman kawannya masih lagi berada di atas motor tersebut. Rokok di mulutnya di sedut laju kemudian di hembus keluar ke muka Suhaila. Ditoleh ke Aiman memberi isyarat. Aiman berganjak daripada tempat duduknya dan menuju ke belakang Suhaila. Diperhatikan tubuh Suhaila atas bawah. Aiman sentuh beg sandang Suhaila. Dan satu tendang diberikan Suhaila ke betis Aiman.

“Ooo… main kasar ye!” Aiman bersuara. Dikenyitkan mata kepada Fauzi. Fauzi tersengeh macam kerang busuk. Suhaila tidak pernah gentar dengan apa yang sedang dialaminya. Dia percayakan dirinya. Suhaila tidak suka di pandang lemah dan akan melawan sekiranya dia di usik. Suhaila tetap meneruskan perjalannya menuju ke perhentian bas sedikit perasaan takut tak wujud didalam dirinya.

“Awak penat… ea?” soal Suhaila kepada kucing yang dikendongnya. Telatahnya diperhatikan Fauzi da Aiman. Gelak kuat mereka apabila melihatkan Suhaila bercakap dengan kucing.

“Apa bodohla kau ni perempuan. Dengan kucing yang tak faham bahasa tu pun nak bercakap? Gila ke apa?” tegur Fauzi sambil cuba merampas kucing itu. Rampasan Fauzi terlepas dan kucing itu masih kemas dalam pegangan Suhaila. Mata Suhaila membulat.

“Apa kau sibuk sangat, aku menyusahkan hidup kau ke kalau aku bercakap dengan kucing? Lebih baik aku cakap dengan kucing daripada aku cakap dengan orang macam korang berdua ni. Takde adab dan takde bahasa” marah Suhaila. Geram Suhaila apabila kucing yang dipegangnya cuba dirampas dua budak lelaki itu.

“Jangan kacau aku kalau tak mahu berdarah lagi hidung tu” Suhaila memberi amaran kepada mereka berdua. Fauzi memegang hidungnya yang bertampal. Tersenyum dan mengangkat keningnya kepada Aiman tanda mengejek.

Suhaila teruskan perjalanannya tanpa menghiraukan dua pemuda itu. Ada beberapa orang pelajar juga yang melalui jalan itu untuk menuju ke perhentian bas dan ternampak apa yang sedang berlaku antara Suhaila dan dua orang pelajar lelaki tetapi mereka tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku. Masing-masing buat tidak tahu dan tak ambil endah. Fauzi berpatah balik ke motornya di ikuti Aiman. Fauzi masih tidak berpuashati dengan Suhaila.

“Ko ni tak malu ea cari pasal dengan perempuan? Lelaki jenis apa kau ni?”

“Ok, kau nak tahu aku lelaki jenis apa ye? Sini aku tunjuk kau” dirampasnya anak kucing itu dan di tekan minyak motor dengan laju menuruni bukit. Suhaila berlari mengejar Fauzi  dengan geram. Dikejarnya sehingga sampai ke jejantas dimana Fauzi terlebih dahulu sampai ke atas sambil memegang anak kucing itu dihalakan ke bawah. Diturun naik anak kucing itu sambil ketawa melihatkan raut muka Suhaila yang ketakutan dan amat marah.

Bersambung ....

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto