Suhaila merupakan seorang
pencinta kucing. Sejak kecil ia didedahkan dengan suasana hidup bercampur gaul
dengan kucing. Ibunya pula, Timah merupakan pekerja pembersihan di salah sebuah
sekolah rendah di Kampung Pasir. Kehidupan mereka dua beranak tidak semewah
mana, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka tinggal di pondok
peninggalan arwah ayah Suhaila, Sameon yang terletak di hujung Kampung Pasir.
Sungguhpun mereka miskin, Suhaila dan ibunya tidak pernah mengeluh dan mengharap
simpati daripada sesiapa.
“Selagi kita ada tulang empat
kerat dan sihat, kita harus bekerja untuk diri kita dan jangan banyak mengeluh
dalam kehidupan, dimana ada kemahuan di situ ada jalannya, nak.”
Itulah jawapan yang diberikan ibu
Suhaila kepadanya ketika ia tamat pelajaran di Sekolah Menengah Tasek Utara.
Keputusan peperiksaan SPM nya
tidaklah cemerlang, ia cukup makan sahaja. Tidak mengapa sekiranya dia tidak
dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana pada dia nasihat
ibunya itu menjadi kekuatan untuk meneruskan hidup dengan apa yang ada sambil
berusaha dengan yakin.
“Rezeki ada dimana-mana sahaja”
Timah mula bekerja di sekolah
rendah terbabit sejak arwah suaminya pergi meninggalkannya lima tahun lepas.
Suaminya meninggal akibat daripada penyakit kronik, kencing manis. Pasrah
dengan keadaan itu, Timah tidak berputus asa dengan mudah. Anaknya, Suhaila
harus dijaga dengan baik kerana dialah satu-satunya harta yang di ada di dunia
ini. Pada pandangan kasar, Suhaila seperti remaja-remaja lain namun dia bersikap
sangat tegas dan garang. Pernah suatu ketika di sekolah seorang pelajar lelaki,
Fauzi mencari pasal dengan Suhaila.
Fauzi merupakan seorang pelajar
lelaki yang agak kacak dan baru sahaja dipindahkan masuk ke sekolah ini.. Sungguhpun
dia baru namun sikapnya yang suka membuli tidak pernah hilang. Dia akan buli
sesiapa sahaja yang dia mahu.
Terlihat akan seekor anak kucing berada
disebelah kantin sedang baring di atas tanah di bawah pokok merehatkan diri.
Dicekutnya Fauzi kucing berkenaan dan dilambungnya beberapa kali. Suhaila yang
sedang menuruni tangga ternampak akan kejadian itu dan bergegas untuk
menyelamatkan anak kucing berkenaan.
“Kau letak balik anak kucing tu
ke bawah sekarang!!” jerit Suhaila. Sewaktu Fauzi mengangkat anak kucing dengan
menarik ekornya ke atas. Menjerit-jerit kesakitan anak kucing itu diperlakukan
sedemikian. Meraung-raung anak kucing itu menahan sakit.
“Aku kira sampai tiga, kalau kau
tak letak balik, nahas kau aku kerjakan” marahnya lagi. Namun si Fauzi buat
tidak endah dengan amaran Suhaila.
“Satu……..” Suhaila sudah mula
menyinsing baju di lengannya.
“Dua……..” Suhaila berganjak
merapati Fauzi.
“Ti……ga!!”
“Kau degil ye Fauzi!..Nah amik
ni!” terus diterkam Fauzi dan sebuku penumbuk kena tepat dihidung Fauzi.
Terlepas anak kucing daripada tangan Fauzi dan disambut Suhaila selepas itu.
“Oi!...Sakitlah!” jerit Fauzi
apabila penumbuk terkena tepat di hidungnya. Meleleh darah. Dikesat dengan
tangan darah tersebut. Menyinga muka Fauzi. Selama ini tidak pernah sesiapa
menyentuh muka dia. Tetapi hari ini gara-gara anak kucing dia di tumbuk.
Ditumbuk oleh perempuan!
“Habis yang kau angkat ekor anak
kucing tu ke atas tak sakit? Sedap?” jawab Suhaila.
“Kau jaga! Kau jaga!... Pasal
seekor kucing kau cari pasal dengan aku!” Fauzi memberi amaran terus berlalu
dari situ. Jarinya diangkat tanda amaran buat Suhaila. Namun Suhaila tidak
takut dengan amaran itu. Dibelai anak kucing kucing itu dengan lembut. Di urut-urut
ekor anak kucing berkenaan.
“Ala….Ciannya dia..” diangkat
anak kucing berbulu oren itu di cium dan digosok-gosok kepalanya. Kegelian anak
kucing itu diperlakukan sedemikian. Hilang sudah rasa sakit tadi setelah
dipujuk Suhaila.
“Nyau” bunyinya manja.
“Hei Suhaila, kau berani tumbuk
muka budak budget korea tu ek?” Farah
mendekati Suhaila setelah menyaksikan kejadian itu didepan matanya. Tidak
sangka dia mempunyai seorang kawan yang begitu berani.
“Apa yang nak ditakutkan? Dia
makan nasi, aku pun makan nasi” jawab Suhaila selamba.
“Memang la sama-sama makan nasi
tetapi dia tu lelaki, awak tu perempuan” balas Farah. Diambilnya kucing di riba
Suhaila dikeleknya pula.
“Comelnya awak ni” ajuk Farah.
“Lantak diala, jangan sampai aku
nampak orang buli kucing depan mata aku, nahas dia aku kerjakan” jawab Suhaila
lagi sambil memerhati sekeliling kawasan kantin sekolah. Dibetulkan tudung di
kepalanya dan mengambil anak kucing itu serta membelainya. Tenang dirasakan
apabila membelai anak kucing.
“Kring!!!!!” loceng waktu rehat
berbunyi menandakan waktu rehat sekolah telah tamat.
Bersambung ....