“Akak, saya harap akak faham
dengan situasi ini yer?”
“Baikla, Puan” jawab Mak Timah. Saya
akan cuba buat seperti yang Puan arahkan. Dipandang wajah 3 kucing sederhana
besar. Usia lebih kurang 7 ke 8 bulan.
“Apalah nasib kamu nanti” keluh
Mak Timah.
“Takpelah, nanti aku akn bawa
kamu semua balik, takkan sanggup aku buang kau dimana-mana, selagi aku mampu
aku tolong” Mak Timah membelai ketiga-tiga dengan perasaan hiba. Tersentuh
hatinya dengan kucing-kucing itu. Apalah dosa mereka dibiar hidup sendirian.
Begitula nasib kucing, cantik,
sihat dan gemuk semua orang suka tetapi jika dah jadi macam ni, kurus, kurap
sini sana, luka-luka dibuang. “Kesian korang semua” hati Mak Timah berbicara
sendiri.
Jam empat petang waktu bekerja
telah habis buat Mak Timah, diangkutnya ketiga-tiga anak kucing itu. Seperti
memahami mereka diam sahaja tanpa memberontak. Gembira dengan manusia yang
sanggup ambil mereka untuk di jaga. Dua daripadanya diletak didalam beg sandang
dan satu dipeluk erat. Cuaca agak indah hari itu dan berangin. Mata
masing-masing melilau dan duduk diam.
“Pandainya korang, diam je..tak
banyak kerenah sewaktu ingin di bawa balik ke rumah” luah Mak Timah sambil
meletakkan ketiga-tiganya ke lantai setibanya di rumah. Kelihatan Suhaila
sedang memberi makan untuk kucing-kucing. Suara ngiauan menceriakan lagi waktu
itu. Besar, kecil, gemuk, kurus, tempang, buta mata, koyak telinga, juling
mata, macam-macam lagi. Mereka berdua
sayang kesemuanya tanpa memilih kasih dan kucing-kucing itu semua seperti
menghargai dengan Suhaila dan maknya kerana sudi membela mereka yang serba
kekurangan. Salah seekor daripada kucing-kucing itu duduk diam di pangkin
sambil memerhati gelagat kawan-kawannya makan. Suhaila mendekatinya.
“Cahaya…. Nape ni? Jom makan.”
Pelawa Suhaila.
“Nyau” jawab Cahaya. Dia bangun
dan mendekati Suhaila yang sedang duduk di pangkin itu yang memegang semangkuk
berisi nasi dan ikan rebus yg di gaul. Cahaya menghidu mangkuk itu dan tidak
menjamahnya. Di tenungnya muka Suhaila. Suhaila senyum padanya.
“Kenapa ni sayang? Tak lapar ke?”
dibelai Cahaya dengan manja. Manja mendongak dan merasa suka digosok dagunya.
“Suhaila, nih ada lagi tiga ekor
anak kucing..beri mereka makan juga ye” panggil Mak Timah. Mak Timah melangkah
naik ke ruang rumah dan terus ke dapur.
“Baikla mak” jawab Suhaila.
“Eee….. comel nya kamu semua ni!”
girang Suhaila melihat akan kucing-kucing baru yang dibawa mak nya sebentar
tadi. Suhaila mengambil nasi di mangkuk itu diletakkan di atas surat khabar
yang dibentangnya. Kucing-kucing yang baru itu makan dengan lahap. Kelaparan.
“Tadi kat sekolah, Cikgu sekolah
suruh mak buang mereka kerana menganggu persekitaran katanya” jelas Timah
sebaik sahaja turun ke pangkin sambil melihat kucing-kucingnya makan.
“Jejas persekitaran pulak?” jawab
Suhaila terperanjat. Adakah kucing mencemarkan persekitaran? Suhaila tertanya
sendiri.
Tiga ekor kucing itu di dekati
Cahaya yang meluru menuju ke Suhaila. Dicium-cium sesame mereka. Tanpa sangka
Cahaya menjilat-jilat ketiga-tiga kucing yang baru itu. Seperti keluarganya
sendiri.
“Kenapala mereka berfikiran kamu
semua ni mencemarkan persekitaran? Pelik betul!” Suhaila berkata-kata
sendirian.
Sedang Suhaila melihat telatah
Cahaya bersama tiga kucing yang baru. Suhaila dikejutkan dengan bunyi yang
bising di belakangnya. Segala cawan dan pinggan yang terletak diatas pangkin bertaburan
jatuh berderai kebawah. Mak Timah yang sedang membasuh baju di dapur bergegas
menuju ke beranda. Dirinya terperanjat dan tertanya-tanya.
“Suhaila!! Kenapa tu!” pekik Mak
Timah yang bergegas-gegas ingin tahu. Belum sempat Mak Timah bersuara dilihatnya
kucing jantan, Cekoleh terketar-ketar. Melompat-lompat dan
menghempaska-hempaskan dirinya seperti kena rasuk. Suhaila yang berdekatan cuba
merapatkan diri kepada Cekoleh untuk melihat apa yang sebenarnya yang telah
terjadi. Cahaya hanya memerhati dari jauh. Tiga kucing yang baru bertempiaran
lari ke atas rumah dan menjenguk di muka pintu memerhati kerana terperanjat.
Manakala kucing-kucing yang lain yang sedang makan berhenti serta melihat
sahaja keadaan Cekoleh.
“Ya Allah, Cekoleh kenapa ni sayang??”
Suhaila memberanikan diri mendekati Cekoleh. Dilihatnya keadaan tubuh Cekoleh yang
berada di atas tanah. Tetapi tiada apa-apa yang luka dibadannya. Di angkatnya
kepala Cekoleh dan pada masa itu Cekoleh seperti sawan lagi. Menghempas-hempas
kepalanya ke tanah dan meraung-raung seperti didalam kesakitan yang amat
sangat. Suhaila mula menangis. Di usapnya kepala Cekoleh. Cekoleh merupakan
kucing jantan yang diambil ketika kecil lagi. Seminggu selepas berjumpa Cahaya.
Cekoleh di jumpa di kedai membaiki basikal. Ia telah dibuang oleh penjaga
sebelumnya kerana kurap yang teruk.
“Cinggg…cingggg…..” panggil
Suhaila ketika hari pertama bertemu Cekoleh. Cekoleh membatukan diri di tiang
batu kedai itu. Di dekati Cekoleh perlahan-lahan. Ketika itu Cekoleh seperti
ingin menyerang Suhaila kerana ketakutan. Suhaila merapati dengan lemah lembut.
Dihulurkan tangan dengan berhati-hati. Cekoleh yang ketakutan mencakar-cakar
tangan Suhaila. Suhaila menarik semua tangannya.
“Jangan takut sayang…akak datang
nak pegang awak, akak akan cuba lindungi awak, berilah akak peluang untuk
memegang awak ye….”
Suhaila mencangkung lagi.
Dirapatnya tangan ke Cekoleh yang masih lagi kecil itu. Cekoleh tetap
merengus-rengus. Kebiasaannya, kucing seperti itu akan cuba mempertahankan diri
daripada bahaya. Cara hidup persekitaran yang penuh cabaran telah menjadikan ia
berada dalam keadaan yang garang pada sesiapa yang mendekatinya. Perlahan-lahan
Suhaila mendekatkan tangannya ke Cekoleh. Tidak kisah pedih luka tergaris di
tangannya yang baru dicakar. Kepala Cekoleh dipegang. Cekoleh
menunduk-nundukkan kepalanya dan menarik kebelakang untuk menjauhkan diri
daripada Suhaila. Mata Suhaila merenung mata Cekoleh. Kelip-kelip mata Cekoleh
menandakan ia bersedia untuk dipegang. Setelah melihatkan ia tenang, Suhaila
terus memegang leher Cekoleh untuk tenangkan ia. Cekoleh merasa seperti sang
ibu mengangkat anaknya.
Cekoleh dibuang beberapa hari
lepas. Dibiarkan Cekoleh menghadapi kesukaran hidup di bumi yang terluas
terbentang. Kerana lapar hidup di tempat asing, segala apa yang dijumpainya
dimakan. Sisa-sisa roti yang dibuang di ratahnya dengan lahap hanya untuk
mengisi perutnya yang lapar. Air lopak dihirup untuk mengalas haus.
“Macam ni la. Akak sayang awak.
Awak ni nampak comot sangat. Cantikla bulu awak ni, kelabu tua” bicara Suhaila
setelah Cekoleh berjaya dipujuk. Dibelai-belai kepala, diusap-usap dagu dan di
peluk erat.
“Mak tentu gembira melihat awak
nanti bila sampai kat rumah kakak” Suhaila senyum melihat muka Cekoleh. Hanya
ngiauan sayu dari Cekoleh buat Suhaila ketika itu. Semestinya ia gembira
apabila masih lagi ada orang yang berhati baik untuk mengutip kucing buangan
sepertinya.
“Akak namakan awak Cekoleh! Sebab
awak bulat macam koleh air”
“Nyau” jawab Cekoleh sambil
memerhati muka Suhaila yang rapat di mukanya itu. Berkaca. Diciumnya Suhaila
tanda terima kasih.
Bersambung ...