Bab 6

Fahni masuk ke perkarangan rumahnya. Banglo dua tingkat yang ditempati bersama keluar nampak mewah dan ceria. Apatah lagi dengan warna krim yang menyatu dengan pohon-pohon hijau dihalaman rumah.

Masuk saja ke ruang tamu, Fahni sudah pun melihat ayahnya duduk menunggunya diatas sebuah kerusi roda. Seorang pembantu turut sama menemani ayahnya.

“Ayah...” Fahni menyapa.

“Cepatnya kamu. Kamu tak pandu kereta laju-laju kan?”

Fahni hanya tersenyum. Kepalanya digeleng perlahan. 

“Fahni takkan bawa laju-laju. Kebetulan saja jalan tak jammed sebab tu Fahni cepat sampai,” beritahu Fahni. Ayahnya, Pak Othman hanya mengangguk. Rambutnya terlihat memutih dengan uban.

“Ayah nak singgah mana-mana tak sebelum ke hospital?” tanya Fahni. Pak Othman menggeleng.

Kerusi roda yang diduduki ayahnya mula ditolak perlahan. Pembantu yang menemani hanya diam dan setia menurut dari belakang. 

Pintu keretanya dibuka. Dengan perlahan, dia memapah ayahnya masuk kedalam kenderaan. Kerusi roda dilipat dan dimasukkan kedalam bonet.

Fahni memandu kenderaan menuju ke hospital. Sejak ayahnya disahkan sakit, dia mengambil keputusan untuk merawat ayahnya sejak kematian ibunya. Walaupun Pak Othman bukanlah ayah kandungnya, namun dia sudah nekad untuk membantu. Pak Othman tetap dianggap bagaikan ayah sendiri.


Disamping itu, Ain Farhah sudah mula mengukir senyuman bahagia tatkala dirinya diterima bekerja disebuah kedai pakaian. Sejuta janji diberikan. Yang pasti dia juga menguatkan azamnya untuk tidak lagi mengulangi kesalahannya. Dia nekad ingin menyimpan duit dan mencari ayahnya.

  “Ini baju awak. Harap awak boleh bekerja dengan baik,” ujar Encik Safid, majikan barunya. Ain Farhah mengangguk mengambil huluran baju dari majikannya.

“Saya janji yang saya akan bekerja bersungguh-sungguh,” Ain Farhah berjanji. Tangan kanannya turut diangkat seolah berikrar.

“Dahlah. Awak boleh mula bekerja sekarang. Saya nak masuk ke pejabat dulu.”

Ain Farhah kembali mengukir senyuman. Dia benar-benar gembira. Beberapa orang pekerja yang lain turut melemparkan senyuman gembira buatnya.

Dengan pantas, Ain Farhah berlalu ke bilik persalinan. Bajunya diganti dengan baju yang disediakan majikannya untuk membezakan mana pekerja dan pengunjung. Didalam bilik persalinan, dia sempat menghantar mesej pada Fahni. Dia mahu berkongsi rasa gembiranya.

Hari ni saya dapat kerja di kedai pakaian. Walaupun gaji agak murah tapi bolehlah. Jangan lupa doakan saya.

Ain Farhah ketawa kecil. Mesej tersebut dikirimnya pada Fahni. Tidak lama kemudian, lelaki itu membalas. 

Tahniah sebab dah dapat kerja. Hujung bulan jangan lupa belanja saya makan. 

Senyumannya kian melebar. Setelah selesai berganti baju, dia kembali keluar. Beg sandangnya disimpan di satu sudut, disembunyikan dari pandangan mata pengunjung.


Fahni sudah pun menunggu didepan kedai tempat Ain Farhah bekerja. Ditangannya ada sebungkus martabak yang dibelinya tidak jauh dari situ. Beberapa orang pekerja yang keluar hanya dilemparkan senyuman menunggu kehadiran Ain Farhah.

“Kenapa lambat sangat?” tanya Fahni sebaik matanya melihat Ain Farhah keluar dari kedai pakaian tersebut.

“Apa?”

“Martabak ni dah sejuk tau. Awak lambat sangat keluar,” ujar Fahni. 

“Yang awak tunggu saya kenapa? Makanlah kalau takut sejuk,” balas Ain Farhah.

“Saya nak makan dengan awak.”

“Budak ni. Mengada!”

Fahni mengenyitkan mata mengusik Ain Farhah. Ain Farhah pula hanya mencebik walaupun jauh didalam hati, dia melompat gembira. Lelaki itu seolah teman lelakinya walaupun hakikatnya mereka hanya berteman.

“Jadi macamana kerja? Best?” tanya Fahni. Dia sengaja meletakkan kenderaannya jauh supaya dia mempunyai lebih banyak masa untuk bersama Ain Farhah.

“Bolehlah,” jawab Ain Farhah acuh tak acuh.

“Apa kata awak kahwin je dengan saya. Jadi tak perlulah awak kerja.”

“Kau nak makan batu tak?”Ain Farhah memandang Fahni dengan tajam. Fahni menelan air liurnya sedikit kecut. Kura-kura turut masuk kedalam cengkerangnya takut dengan kata-kata wanita itu.

“Kalau nak menggatal ditempat lain. Saya dah anggp awak macam adik sendiri tau? Lagipun untuk pengetahuan awak, saya tak suka lelaki yang muda dari saya. Nak jadi suami saya, dia kena berumur lebih tua dari saya,” ujar Ain Farhah panjang lebar.

“Okay.”

Fahni tiba-tiba menukar laluan. Seorang lelaki bertongkat yang kebetulan melalui kawasan tersebut dihampiri. Ain Farhah hanya tertanya-tanya dengan apa yang dikatakan Fahni pada lelaki tua itu.

Tidak disangka, Fahni memimpin lelaki tua itu menghampirinya. Dia dapat melihat senyuman tanpa gigi lelaki tua itu. 

“Apa yang kau buat ni?” tanya Ain Farhah. Wajah kedua lelaki itu dipandangnya silih  berganti.

“Pak cik ni kata dia sudi jadi suami kau,” beritahu Fahni. Lelaki tua yang disebelahnya hanya mengangguk.

“Hah?” Ain Farhah terperanjat besar. Kedua tangannya dikepal kuat. Bila-bila masa saja penumbuknya akan terbang dan hinggap diwajah Fahni. Silap haribulan lelaki tanpa gigi itu juga akan menerima nasib yang sama.

“Maafkan saya pak cik tapi saya cuma melawak je. Maafkan saya ya?”

Fahni dengan pantas menarik tangan Ain Farhah. Dari riak wajah, dia tahu bahawa wanita itu marah. Apatah lagi dengan genggaman kuat penumbuknya yang silap haribulan boleh membuatkan kepalanya benjol.

“Aku gurau je...”

Geram dengan sikap Fahni, akhirnya penumbuknya bertukar menjadi pukulan. Dia memukul Fahni dengan sekuat hatinya. Hatinya benar-benar mendidih. Fahni mencuba untuk mengelak namun tidak berhasil. Kedua tangan Ain Farhah tetap dapat hinggap dibadannya.

“Adui... Sakit.”

“Padan muka! Lain kali kau buat lagi, habis gigi depan kau aku cabut,” ancam Ain Farhah.

“Ya. Aku takkan buat lagi. Untuk hari ini,” balas Fahni lalu pantas melarikan diri. Ain Farhah turut mengejar. Mereka bagaikan adik beradik, tidak peduli dengan pandangan mata beberapa orang awam. 

Fahni semakin galak mengusik sementara Ain Farhah pula semakin geram dengan perangai Fahni. Usaha untuk mengejar Fahni akhirnya membuahkan hasil apabila Fahni tersadung kakinya sendiri. Martabak yang terbungkus terlempar ke tengah jalan sebelum dilanggar oleh kenderaan yang kebetulan melalui jalan tersebut.


Masing-masing hanya mampu mengukir senyuman. Masing-masing terasa lucu dengan apa yang berlaku. Maklumlah, mereka bertingkah bagaikan adik beradik. Saling berkejaran tidak ubah seperti Tom and Jerry.

Hairul Jazmi yang berada tidak jauh mengetap bibirnya kuat. Kedua tangannya digenggam kuat. Api cemburunya semakin marak apatah lagi melihat senyuman miang lelaki berlesung pipit yang kini menjadi musuhnya dalam mendapatkan cinta rakannya.

Hatinya semakin mendidih panas. Dengan rasa berang yang sudah tinggi melangit, dia menghampiri Ain Farhah dan Fahni dengan langkah yang luas. 

“Hairul,” Ain Farhah sedikit terkejut. Fahni mula tertanya-tanya siapakah lelaki yang kini ada didepannya.

“Siapa ni?” tanya Fahni. Telunjuknya naik sedikit mengarah kearah Hairul Jazmi.

“Kawan, dia kawan sekolah saya,” jawab Ain Farhah. Fahni mengangguk tanda faham.

“Apa yang kau buat ni?”

“Kau kenapa Hairul?” Ain Farhah memandang Hairul Jazmi. Fahni turut memandangnya.

“Bukan kau patutnya kena balik sekarang?”

Ain Farhah keluarkan telefonnya. Jam digital yang tertera di skrinnya dipandangnya sekejap sebelum kembali memandang Hairul Jazmi.

“Mari aku hantar kau balik,” ujar Hairul Jazmi lagi. Kali ini dia turut menarik lengan Ain Farhah agar mengikutinya. Fahni yang tidak terima pantas menahan.

“Apa yang kau buat ni?” tanya Fahni. Hairul Jazmi yang setingginya dipandang dengan tajam seolah memberi amaran agar melepaskan pegangannya.

“Kenapa? Kau nak cari pasal dengan aku ke?” balas Hairul Jazmi. Dia mula menarik lengan Ain Farhah agar berdiri dibelakangnya.

“Eh, dahlah. Kenapa pula korang berdua ni?” Ain Farhah mula menghalang keduanya dari bergaduh.

“Kau ikut aku balik Ain,” ujar Hairul Jazmi. Dia kembali memegang lengan Ain Farhah.

“Tak, dia akan balik dengan aku,” bantah Fahni.

“Eh, kenapa pula dia kena balik dengan kau? Kau siapa dengan dia?” Hairul Jazmi mula kasar. Bahu Fahni ditolaknya. Baginya Fahni adalah seorang anak lelaki yang tidak perlu ditakutkannya.

“Ya. dia memang kena balik dengan aku. Sebab apa? Sebab aku ni bakal suami dia,” jawab Fahni yakin. Ain Farhah tergamam. Dia tidak menyangka Fahni akan berkata sedemikian rupa dengan rakannya.

“Hah? Bakal suami? Eh, kau dah sunat ke nak jadi bakal suami dia?” 

Kata-kata mengejek Hairul Jazmi membuatkan Fahni tidak dapat menahan rasa marahnya. Tangan kanannya naik dan menumbuk wajah Hairul Jazmi. Hairul Jazmi yang terkejut pantas terdorong ke belakang dan jatuh diatas lantai simen.

“Apa yang kau buat ni?” Ain Farhah terkejut. Fahni yang ingin menyambung kembali ditahan dan ditolak beberapa langkah kebelakang sebelum mendapatkan Hairul Jazmi yang mengerang kesakitan.

“Kau tak apa-apa ke Hairul?” tanya Ain Farhah. Dia dapat melihat darah merah keluar dari hidungnya.

“Dah berdarah macam ni kau masih boleh tanya aku tak apa-apa? Buta ke?” marah Hairul Jazmi. Sebelah matanya terlihat lebam.

“Siapa suruh cakap macam tu? Lain kali bertapis sikit,” Ain Farhah memukul lengan Hairul Jazmi. Hairul Jazmi kembali mengerang sakit.

“Budak mana kau kawan ni Ain? Entah-entah dia baru keluar dari sekolah juvana,” ujar Hairul Jazmi. Dia masih lagi tidak mahu mengawal mulutnya.

“Apa yang kau cakap ni? Kau nak aku suruh dia pukul kau lagi ke?”

“Hei, aku kawan kau tau. Kenapa pula kau nak membela sangat budak tu?”

“Baik kau tutup mulut kau. Nanti dia dengar, habis patah mematah tulang kau,” balas Ain Farhah dengan suara yang sengaja dikecilkan. Dia tidak mahu Fahni mendengar kata-kata Hairul Jazmi.

Hairul Jazmi hanya mencebik tidak puas hati. Tisu yang digunakan Ain Farhah untuk mengesat darahnya dicapai kasar. Geram benar hatinya akan budak bawah umur itu. Ikutkan hatinya, mahu saja dia mengeluarkan jurus silatnya. Baru dia tahu akan kehebatannya yang sering mewakili sekolah dalam pertandingan silat.

Fahni mendengus kasar. Hatinya panas melihat lelaki yang ingin merebut Ain Farhah darinya. Dia menghampiri Ain Farhah yang masih membantu lelaki itu.

“Jomlah balik. Tak guna lama-lama disini,” ujar Fahni. Benci benar dia untuk melihat wajah lelaki itu.

“Nantilah. Kasihan dengan Hairul,” jawab Ain Farhah. Dia tidak sampai hati untuk meninggalkan rakannya yang masih berdarah.

“Kenapa nak kasihan dengan dia? Bukannya mati pun. Masih hidup kan?”

Ain Farhah tersentak. Ucapan Fahni benar-benar diluar dugaannya. Hairul Jazmi juga terkejut. Dia pantas bangkit dan memandang Fahni. Maruahnya sebagai seorang lelaki bagaikan telah calar dengan seorang budak.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.