Fahni memarkirkan kenderaannya dihalaman rumah Ain Farhah. Enjin kenderaannya dibiarkan hidup. Sepucuk pistol jenis Glock 19 yang dilengkap dengan Silencer YHM Cobra dikeluarkan dari dalam dashboardnya. Dengan langkah yang pantas, dia menghampiri rumah tersebut.
“Ain!”
Puan Roliah yang asyik menonton tv terkejut dengan kehadiran seseorang. Dengan rokok yang tersisa sedikit, dia bangun dan melangkah ke pintu. Alangkah terkejutnya dirinya apabila melihat Fahni berdiri di muka pintunya.
“Mana Ain?” tanya Fahni seperti biasa. Senjata api diletakkan dibelakang badannya.
“Dia tak ada,” jawab Puan Roliah berbohong.
“Betul dia tak ada?”
Puan Roliah mendengus kasar. Pertanyaan yang diulang membuatkan dia merasa geram.
Fahni mengeluarkan telefonnya. Dia kembali menghubungi Ain Farhah. Wajah Puan Roliah ditatapnya. Bunyi deringan telefon Ain Farhah membuatkan Puan Roliah terkejut. Dia sudah terlupa akan keberadaan telefon anaknya itu. Wajahnya bertukar panik.
“Ain mesti lupa bawa phone ni,” ujar Puan Roliah. Dia mengambil telefon Ain Farhah yang berada dibawah kerusi.
Mata Fahni tiba-tiba tertuju pada sebuah bilik yang dirantai dari luar. Dengan lagak yang bersahaja, dia masuk kedalam rumah namun Puan Roliah tiba-tiba menghalang.
“Eh, kenapa ni? Ain memang tak ada disini,” ujar Puan Roliah. Dia menolak Fahni untuk kembali keluar.
“Kenapa bilik tu berantai? Ain ada didalam ke?” tanya Fahni.
“Tak adalah. Dia keluar. Dalam bilik tu hanya ada barang berharga je, sebab tu saya rantai, takut hilang.”
“Boleh buka? Saya nak tengok.”
Puan Roliah meneguk air liurnya. Wajahnya pucat. Mana mugkin dia akan membuka rantai tersebut. Silap haribulan Ain Farhah akan lari keluar.
“Kenapa? Lupa simpan kunci dimana ke?” tanya Fahni.
“Tak...”
“Kalau macam tu, biar saya tengok.”
“Jangan, awak tak boleh masuk. Ini rumah saya dan awak tak ada hak untuk masuk kerumah saya begiu saja,” halang Puan Roliah.
Fahni mengeluarkan senjata apinya. Muncung pistol tersebut diarahkan tepat ke dahi Puan Roliah. Puan Roliah terkejut besar. Hampir saja dia menjerit.
“Buka sekarang atau aku tembak kepala kau,” ujar Fahni.
Puan Roliah terpaksa menurut. Dengan tangan yang terketar-ketar, dia membuka rantai tersebut. Peluhnya mendadak keluar. Dia benar-benar ketakutan. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia dihadapkan dengan muncung pistol.
“Cepat sikit!”
Pintu bilik akhirnya terbuka. Fahni terkejut sebaik melihat Ain Farhah yang terbaring tidak sedarkan diri. Dahinya penuh dengan darah yang sudah membeku. Pistolnya diletakkan diatas meja, lalu meluru kearah Ain Farhah.
“Ain, bangun!”
Ain Farhah perlahan membuka matanya. Rasa sakit dikepalanya masih dirasainya.
Dalam pada masa yang sama, Puan Roliah bertindak berani. Pistol yang diletakkan diatas meja dicapai. Dengan tangan yang terketar-ketar, dia mengarahkan pistol tersebut kearah Fahni.
“Baik kau keluar sekarang,” ujar Puan Roliah. Fahni tergamam dengan apa yang dilihatnya. Puan Roliah kini memegang senjata api miliknya.
“Mak...”
Ain Farhah turut terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia tidak sangka ibunya akan senekad itu.
Dengan tenang, Fahni bangun dan menghampiri Puan Roliah. Dan dengan sepantas kilat, dia merampas senjata tersebut dari tangan Puan Roliah. Kepakarannya dalam bela diri membuatkan dia terlihat tangkas.
“Ain, ikut aku sekarang,” ujar Fahni.
“Tak. Kau tak boleh bawa dia,” bantah Puan Roliah.
“Diam. Kalau tak kepala kau akan hancur malam ni.”
Fahni menarik Ain Farhah agar mengikutinya. Ain Farhah hanya menurut. Dia tidak mahu menjadi mangsa ibunya lagi. Dia lebih rela mengikut Fahni yang baru dikenalinya daripada ibunya.
Puan Roliah hanya mampu menyumpah seranah didalam hati. Hatinya benar-benar mendidih. Dia kini kehilangan Ain Farhah dan kini dia harus mencari jalan bagaimana hendak merampas anaknya kembali dari lelaki itu.
Dengan perlahan, luka Ain Farhah dibersihkan sebelum ditampal dengan handyplast. Ain Farhah pantas mengucapkan terima kasih.
“Awak tinggallah disini mulai sekarang. Lagipun rumah ni kosong, sayang juga kalau dibiarkan tak berpenghuni,” ujar Fahni.
“Terima kasih.”
“Sama-sama,” jawab Fahni. Ain Farhah dibiarkan tinggal di apartment miliknya.
“Berehatlah dulu. Esok saya akan datang lagi. Semua saya dah sediakan. Anggap ini rumah awak.”
Ain Farhah hanya mengangguk. Dia kekok dengan bantuan yang diberikan Fahni.
Fahni melangkah menuju ke pintu. Kasutnya kembali disarungkan pada kakinya.
“Saya nak tanya sesuatu boleh tak?”
“Apa?” Fahni menoleh. Wajah Ain Farhah dipandangnya.
“Macamana awak boleh ada pistol?”
Fahni diam. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan wanita itu. Hanya senyuman nipis diukir.
“Berehatlah. Saya balik dulu,” ujar Fahni tanpa menjawab soalan Ain Farhah. Pintu rumah dibuka sebelum kembali ditutup rapat.
Ain Farhah mendengus kasar. Dia semakin tertanya-tanya akan pekerjaan sebenar Fahni. Mana mungkin dengan usianya yang begitu muda membolehkan dirinya mempunyai senjata api layaknya seorang pembunuh upahan.
Dia kini buntu. Dia tidak dapat menyimpulkan apa yang telah berlaku. Selimut tebal yang diletakkan ditepinya dicapai sebelum berbaring dan membungkus tubuh.
Fahni kembali ke rumahnya. Senjata apinya kembali disembunyikan didalam dashboard kenderaannya. Dia sendiri tertanya-tanya dengan apa yang berlaku dalam keluarga Ain Farhah. Dari apa yang diketahuinya, ibu Ain Farhah adalah seorang mata duitan dan lebih menyayangi wang dari anaknya sendiri.
Perlahan, dia menolak pintu rumahnya. Kunci kenderaan diletakkan diatas meja kecil yang ada ditepi dinding. Jaket hitamnya dilepaskan membiarkan rasa sejuk mencengkam badannya yang hanya dilapisi dengan tshirrt nipis berwarna biru muda.
“Tuan baru balik?” Jennifer tiba-tiba memunculkan diri dari dapur.
“Ya, mana ayah?”
“Dia dah tidur didalam bilik dia,” jawab Jennifer.
“Baiklah. Awak pun berehatlah.”
Jennifer hanya mengangguk sebelum berlalu. Sudah hampir lima tahun dia setia bekerja dengan keluarga itu. Baginya keluarga itu sempurna walaupun ada kisah gelap pada keluarga tersebut.
Fahni melangkah naik ke bilik ayahnya. Tombol pintu dipulas sebelum menolak sedikit. Dia dapat melihat ayahnya sedang tidur dengan nyenyak. Tidak mahu menggangu, dia kembali menutup pintu dan melangkah ke biliknya.
Badannya terasa letih. Pantas dia merebahkan badannya keatas tilamnya yang empuk. Sebiji bantal diletakkan dibelakang kepala dengan tambahan lengannya. Siling biliknya dipandang. Dia bagaikan sedang memikirkan sesuatu sebelum akhirnya turut terlelap dengan seribu satu persoalan.
Mimpi yang sama menyerang lagi. Ain Farhah sekali lagi bermimpi bertemu dengan lelaki yang melarikan diri darinya. Kakinya tetap saja tidak mampu menyaingi lelaki itu. Dia masih lagi tercungap-cungap akibat kepenatan. Malah tenaganya terasa semakin lemah. Dia bagaikan berada diambang maut.
Ain Farhah mengucap panjang. Peluhnya terasa diseluruh badan. Walaupun alat penghawa dingin dihidupkan, dia tetap terasa panas.
“Ya Allah, apa maksud semua ni?” Ain Farhah berkata sendiri. Dia meraup wajahnya dengan kedua tangannya. Dan entah mengapa bayangan wajah ayahnya kembali menerpa ruang fikirannya.
Ain Farhah bangun dari sofa yang menjadi tempat tidurnya. Sehelai tuala yang memang tersedia diatas meja dicapai sebelum masuk kedalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Sempat juga dia memandang jam dinding yang sudah mengarah keangka 2 pagi.
Setelah beberapa ketika, dia kembali keluar dengan pakaian yang bersih. Perutnya yang kini berbunyi membuatkan dia membuka peti ais. Pelbagai makanan ringan tersedia termasuk juga dengan makanan cepat saji.
Sebungkus roti paun dikeluarkan bersama setin kaya. Sebotol air oren turut dikeluarkan. Dia mengunyah dengan lahap. Maklum saja, dia tidak menjamah sebarang makanan sepanjang hari. Dia terpaksa mengikat perut demi mencari ayahnya.
Air matanya tiba-tiba tumpah. Entah mengapa rasa rindunya membuatkan dia menangis teresak-esak. Wajah ayahnya kembali menerpa masuk. Dia benar-benar merindui ayahnya.