Ain Farhah, seorang remaja perempuan berusia 23 tahun hanya mampu merenung buku yang tersusun dirak buku. Beberapa orang pengunjung tidak diendahkan sama sekali. Dia bagaikan berada dialamnya sendiri sehingga tidak sedar jika dirinya ditatap oleh seorang lelaki yang juga rakannyaa.
Lelaki yang dikenali dengan nama Hairul Jazmi perlahan menghampiri Ain Farhah. Sebuku buku yang sedari tadi dipegangnya kembali diletakkan dirak buku. Ain Farhah masih tidak sedar akan apa yang berlaku. Lamunannya benar-benar jauh.
“Nah...”
Ain Farhah tersedar dari lamunannya. Kepalanya diangkat memandang lelaki itu sebelum kembali menunduk melihat apa yang diunjukkan lelaki itu.
“Apa ni?” tanya Ain Farhah. Dengan perlahan dia mengambil sebuah kotak kecil berwarna biru muda dari tangan lelaki itu. Hairul Jazmi hanya mengukir senyum sebelum perlahan menarik sebuh kerusi dan duduk berhadapan dengan Ain Farhah.
“Bukalah. Dari tadi awak asyik mengelamun je.”
Ain Farhah hanya tersenyum nipis. Perlahan dia membuka kotak kecil tersebut. Hatinya berdetak ingin tahu. Namun sebaik sahaja penutup kotak tersebut dibuka, dahi Ain Farhah berkerut. Kotak itu kosong tanpa ada kandungan. Dia kembali memandang Hairul Jazmi.
“Nak buat lawak ke?”
“Tak,” Hairul Jazmi menggeleng perlahan. Senyumannya masih terukir diwajahnya yang bersih dan kacak.
“Habis tu?”
“Hadiahnya ada disini.”
Hairul Jazmi menyeluk poket bajunya. Ain Farhah semakin tertanya-tanya. Hadiah apakah yang ingin diberikan lelaki itu kepadanya. Hairul Jazmi pula sengaja melengahkan masa. Dia tenang menatap anak mata Ain Farhah.
“Jangan main-main boleh tak?” Ain Farhah mula marah.
“Sabarlah. Hadiah ni terlalu besar. Susah saya nak keluarkan,” jawab Hairul Jazmi. Ain Farhah mencebik.
Selang beberapa detik, Hairul Jazmi mengeluarkan kembali tangannya. Ibu jari dan telunjuk disilang membentuk hati. Ain Farhah tergamam.
“Kau buat lawak apa ni Hairul?” Ain Farhah bertanya. Wajah rakannya dipandang dengan penuh tanda tanya. Dia ingin tahu apakah motif lelaki tersebut bersikap sedemikian rupa.
“Tak nak ke?” Hairul Jazmi membuat muka comel. Matanya sengaja dikedip-kedipkan.
Ain Farhah bangun dari kerusinya. Beberapa buah buku yang masih ada didalam kotak kembali disusun pada rak. Mulutnya turut berbicara tanpa terdengar dengan jelas butirannya. Hairul Jazmi hanya mampu melepaskan keluhan. Tindakannya untuk melihat senyuman Ain Farhah sama sekali tidak mendatangkan hasil.
“Ain... Aku gurau je,” ujar Hairul Jazmi. Dia turut membantu Ain Farhah menyusun buku.
“Kau baliklah. Aku banyak kerja,” balas Ain Farhah tanpa memandang rakannya. Hairul Jazmi mencebik.
Ain Farhah menjeling. Dia merasa tidak selesa akan kehadiran Hairul Jazmi yang sering datang diwaktu lapang.
“Pergilah balik!”
“Aku nak temankan kau,” jawab Hairul Jazmi. Senyumannya diukir lebar.
“Buat apa temankan aku? Bukannya ada orang jahat dekat sini.”
“Memanglah tak ada tapi pencuri ada.”
“Apa yang kau mengarut ni Hairul? Apa pula yang orang nak curi? Nak curi buku? Tu, didepan ada security guard.” Ain Farhah memuncungkan mulutnya.
“Memanglah tak ada pencuri buku tapi pencuri hati ada.”
Ain Farhah mendengus. Dia benar-benar geram dengan setiap jawapan lelaki itu. Ikutkan hati, mahu saja dia menghempuk buku yang ada ditangannya ke kepala Hairul Jazmi. Namun Hairul Jazmi tetap tersenyum.
“Pergilah balik Hairul. Nanti bos nampak, habis kena ceramah free,” ujar Ain Farhah perlahan. Dia sudah lemah untuk bertengkar dengan lelaki yang telah dikenalinya sejak sekolah menengah itu.
“Saya tak nak. Lagipun kena bos awak nak marah? Saya bukannya ada curi buku. Oh ya, kalau boleh saya nak kerja disini.”
Ain Farhah memandang Hairul Jazmi dengan tajam. Dengusan kasar turut dilepaskan. Dia sudah buntu. Lelaki itu tetap saja ingin berada disampingnya.
“Boleh kan?”
“Boleh blah!” Jawab Ain Farhah dan Hairul Jazmi hanya memuncungkan mulut.
Jarum jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Hari yang siang sudah bertukar menjadi malam. Matahari yang terbenam juga sudah berganti dengan bulan yang cantik menerangi alam. Beberapa butir bintang berkelipan turut menghiasi dinding langit tanpa sebarang kehadiran awan.
“Ain... Nak makan dulu tak sebelum balik?” tanya Hairul Jazmi. Dia memandang wajah rakannya sambil tersenyum.
“Boleh tak sehari tak ganggu saya?”
“Ganggu? Mana ada saya ganggu,” balas Hairul Jazmi. Ain Farhah mula merasa menyampah.
Sebuah gerai tepi jalan menarik perhatian Hairul Jazmi. Tidak menunggu lama, dia menarik tangan Ain Farhah menghampiri gerai tersebut. Ain Farhah yang terkejut hanya menurut. Bau dari ayam bakar di gerai tersebut mula membuatkan air liurnya meleleh. Perutnya mula berbunyi meminta simpati empunya badan untuk menikmati lazatnya ayam bakar tersebut.
Pak cik, beri saya dua ketul,” ujar Hairul Jazmi pada lelaki penjaga gerai tersebut.
Ain Farhah menelan air liurnya. Matanya tidak lari dari terus memandang ayam bakar yang sedang dikipas oleh seorang lagi lelaki. Dia seolah terpaku pada ayam tersebut sehinggalah... Dia menutup matanya akibat asap yang begitu banyak. Asap yang membuatkan matanya menjadi perih dan memerah.
“Kenapa?” Hairul Jazmi terkejut. Dia melihat Ain Farhah mengosok matanya.
Bagaikan drama Korea, Hairul Jazmi menarik tangan Ain Farhah. Dia meniup mata Ain Farhah dengan lembut. Ain Farhah terkaku seribu bahasa. Dia tidak menyangka jika dirinya benar-benar dilindungi sedemikian rupa.
“Okay?”
Ain Farhah hanya mengangguk perlahan. Dia mula merasa bersalah kerana bertingkah kasar dengan Hairul Jazmi yang selalu bersamanya. Perlahan senyumannya diukir tanda terima kasih dan siapa sangka jika Hairul Jazmi membalasnya dengan kenyitan mata.
Ya Allah! Dugaan apakah yang Kau berikan untukku? Mengapa hatiku mula berasa berdebar? Ain Farhah berbicara didalam hati. Tangan kanannya mula naik memegang dada. Dia dapat merasakan degup jantungnya yang cepat.
Ayam bakar yang diletakkan dalam sebuah plastik kini bertukar tangan. Hairul Jazmi pantas membayar harga ayam bakar tersebut.
“Jom balik,” ujar Hairul Jazmi dan Ain Farhah hanya mengangguk.
Mereka kembali mengorak langkah. Sebuah laluan pejalan kaki yang diterangi dengan lampu jalan membuatkan suasana mereka terlihat romantik. Masing-masing hanya diam menikmati ayam bakar yang terasa begitu nikmat.
“Terima kasih sebab belanja ayam ni,” ujar Ain Farhah setelah sekian lama. Hairul Jazmi mengangguk sambil tersenyum.
Sebuah kenderaan tiba-tiba meluncur laju. Lopak air yang ada ditepi jalan dilanggar tanpa mempedulikan kehadiran mereka. Hairul Jazmi pantas menarik Ain Farhah. Dia menghalang percikan air tersebut dengan belakangnya. Bajunya kini kotor dengan air lopak tersebut.
Ain Farhah tergamam. Mulutnya melopong terkejut dengan apa yang berlaku. Hairul Jazmi kini kotor dengan air lopak yang melekat dibajunya.
“Awak tak apa-apa?” tanya Ain Farhah. Pantas dia mengeluarkan sapu tangannya dan membersihkan wajah Hairul Jazmi yang sedikit kotor.
Hairul Jazmi memegang tangan Ain Farhah. Ain Farhah terkejut. Dia kaku bagaikan telah disimen. Senyuman Hairul Jazmi mula menakutkannya. Apatah lagi wajah lelaki itu mula menghampiri wajahnya.