Bab 4

Seminggu berlalu dengan pantas. Ain Farhah masih tidak mendapat sebarang pekerjaan. Bebelan ibunya semakin menanahkan telinganya. Setiap hari, ibunya akan meminta duit. Jika tidak, ibunya akan memaki hamunnya bagaikan binatang. Ada kalanya dia terfikir untuk keluar dan lari dari rumah tapi setelah berfikir, kemana dia  harus pergi jika dia keluar dari rumah. Hanya itulah rumah yang ada.

Angin yang meniup lembut dirasakan memegang wajahnya. Namun entah mengapa angin tersebut tidak dapat membawa pergi rasa sakit hatinya. Dia asyik teringat akan permintaan ibunya yang semakin hari semakin mencekik dirinya.

“Nah, makan dulu.”

Ain Farhah menoleh. Dia agak terkejut dengan lelaki yang duduk disebelahnya. Fahni, itulah lelaki comel si pemungut hutang.

“Saya tak ada duit nak bayar,” beritahu Ain Farhah. Dia kembali melemparkan pandangan ke tengah jalan. Fahni hanya senyum.

“Saya datang bukan nak kutip hutang,” ujar Fahni. 

“Habis tu awak datang nak apa? Awak nak bunuh saya ke? Bunuhlah, saya tak kisah. Lagipun nyawa saya tak ada makna.”

“Apa yang awak mengarut ni? Tak baik tau cakap soal mati ni,” balas Fahni.

“Apa nak buat? Semua orang hanya tahu menyusahkan saya. Saya hidup didunia ni seolah menjadi boneka orang.”

“Awak tak boleh berputus asa tau. Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya.”

“Hikmah? Hikmah apa yang saya dapat? Saya kena bayar hutang sedangkan bukan saya yang berhutang. Dimana saya nak dapat duit? Takkanlah saya kena merompak kedai emas?”

Fahni hanya ketawa kecil. Luahan hati Ain Farhah seolah lawak ditelinganya. Ain Farhah menjeling sekilas. 

Melihat Ain Farhah yang terlihat menyedihkan, Fahni menggamit Ain Farhah. Dia mengeluarkan setapau makanan dari sebungkus plastik dan diberikan kepada Ain Farhah.

“Makanlah dulu. Nanti awak sakit,” ujar Fahni. Ain Farhah menggeleng.

“Saya tak ada duit nak bayar makanan tu.”

“Ini saya belanja. Awak tak perlu bayar.”

“Kenapa awak baik dengan saya?”

Fahni diam. Wajah Ain Farhah ditatapnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mendekati wanita itu. Dia merasakan bahawa wanita itu seperti magnet yang kuat. Wanita yang harus dilindunginya walaupun dia tahu dia tidak boleh merasa kasihan dengan anak orang yang telah meminjam duitnya.

“Erm... Saya bukan apa. Awak nampak macam kakak saya jadi rasanya tak salah kalau saya nak baik dengan awak,” ujar Fahni. 

“Kakak awak? Mengarut...” Ain Farhah tersenyum. Entah mengapa kata-kata itu lucu.

Boleh pula dia senyum? Fahni berkata didalam hati. Senyuman Ain Farhah mula menarik hatinya untuk mengenali anak peminjam hutang.

“Makanlah. Nanti sejuk tak sedap pula,” ujar Fahni. Tangan Ain Farhah ditarik dan tapau tersebut diletakkan diatas tangan. Sebuah sudu turut diberikan.

“Terima kasih. Lain kali bila saya dah ada duit, saya belanja awak pula.”

“Tak apalah. Awak simpan je duit tu. Nanti dah cukup boleh bayar hutang,” balas Fahni. Ain Farhah mengukir senyum.

Sedikit demi sedikit nasi disuap masuk kedalam mulutnya. Inilah kali pertama dia menjamah nasi selepas seminggu mengisi perut dengan air paip. Fahni hanya memandangnya dengan kasihan. Dia tidak sampai hati mengambil tagihan hutannya pada wanita itu.


Ketiadaan duit membuatkan Ain Farhah terpaksa berjalan kaki pulang kerumah. Dengan jarak kira-kira 5 ilometer, dia melangkah dengan perlahan. Sesekali dia menyepak batu kecil yang ada ditepi jalan. 

Sebuah kenderaan tiba-tiba membunyikan hon dari arah belakang. Ain Farhah pantas ke tepi jalan. Dia sudah biasa dihon akibat berjalan di tengah jalan tanpa sebarang lampu. 

“Marilah masuk. Saya hantar balik,” ujar Fahni dari dalam kereta Honda miliknya.

“Tak apalah. Saya balik jalan kaki,” Ain Farhah menolak. 

“Eh, tak takut ke jalan sorang-sorang macam ni? Jumpa hantu nanti baru tahu.”

“Hantu? Baguslah... Dah lama saya teringin nak jumpa hantu,” balas Ain Farhah.

Gila ke apa perempuan ni? Hantu pun kau nak jumpa? Kalau aku, memang taklah.Getus hati Fahni. Bulu romanya mula meremang naik.

“Awak baliklah. Lagipun saya dah biasa jalan kaki balik rumah.”

Fahni mendengus kasar. Dia tidak menyangka jika Ain Farhah seorang wanita yang agak degil dan keras kepala. Handbreak kenderaan ditarik. Dia membuka pintu dan keluar menghampiri Ain Farhah.

Lengan Ain Farhah ditarik dan dipaksa masuk kedalam kenderaannya. Ain Farhah yang lemah hanya mampu menurut. Pintu kenderaan kembali ditutup setelah Ain Farhah masuk kedalam kereta.

“Awak buat apa ni? Saya boleh je jalan kaki balik rumah,” ujar Ain Farhah sebaik Fahni kembali masuk kedalam kereta.

“Jalan kaki balik rumah? Kalau awak kena angkut dengan lori sampah macamana?”

“Lori sampah? Apa hal pula mereka nak angkut saya dengan lori sampah?” Ain Farhah tidak faham.

“Faham tak apa maksud lori sampah? Orang yang suka angkut perempuan lepas tu bila dah dipakai, dibuang ditempat lain. Faham tak?”

Ain Farhah mengerutkan dahinya. Dia masih tidak faham dengan apa yang dimaksudkan Fahni. Setahunya lori sampah hanya akan mengangkut sampah, bukannya mengangkut manusia. Fahni mula menggaru kepalanya. Dia sendiri buntu bagaimana hendak menerangkan kata-katanya itu.

Handbreak kembali diturunkan. Gear turut ditukar menjadi D. Jelas bahawa kenderaannya itu automatik. Ain Farhah hanya diam. Sesekali dia memandang Fahni yang sudah memandu kenderaannya.


Dirumah, Ain Farhah keseorangan. Ibunya tidak terlihat sebaik dia sampai namun dia tahu kemana arah tujuan ibunya. Apa lagi jika tidak ke kelab dangdut. Pasti ibunya kini sedang bergembira dengan rakannya menabur duit sesuka hati. Pasti ibunya sedang seronok berpelukan dengan lelaki miang yang dalam diam mengambil kesempatan.

Ain Farhah merenung gambar yang dipegangnya. Gambar dimana dia berganding tangan dengan ayahnya membuatkan dia mula merindui sosok ayahnya itu. Jika dia dapat memutar waktu, dia mahu mengikut ayahnya daripada tinggal bersama ibunya yang kini berubah seratus peratus.

Telefonnya tiba-tiba berdering. Ain Farhah pantas mencapai telefonnya. Berkerut dahinya sebaik melihat nama Fahni tertera di skrin telefonnya.

Apa lagi yang budak ni mahu? Ish... Ain Farhah mula merungut namun panggilan tersebut tetap dijawab.

“Hello.”

“Keluar sekejap. Saya ada diluar ni,” ujar Fahni mengejutkan Ain Farhah. Dengan pantas, dia bingkas bangun dan berlalu ke pintu utama. Dari tirai jendela yang telah kusam, dia mengintai dan memang benar lelaki itu berada diluar rumahnya.

“Apa yang awak buat dekat sini? Nanti jiran nampak macamana?” ujar Ain Farhah sebaik dia membuka pintu.

“Beritahu jiran awak kalau saya ni bakal suami awak. Habis cerita,” jawab Fahni tenang. Ain Farhah terkedu.

“Bakal suami?”

Fahni hanya mengukir senyum. Pintu rumah yang hanya terbuka separuh ditolak luas. Tanpa merasa kekok, dia masuk kedalam rumah. Beberapa bungkus plastik berisi makanan diletakkan diatas meja. Ain Farhah hanya tercengang.

“Hei, keluarlah. Kalau orang tengok macamana?”

“Apa? Beritahulah dengan mereka kalau awak tu isteri saya. Senangkan?”

“Isteri? Kau dah gila ke? Tak pasal-pasal kena tangkap basah. Aku tak nak kahwin dengan pemungut hutang tau,” ujar Ain Farhah. Dia mula menarik lengan Fahni dan memintanya untuk keluar dari rumahnya. Dia risau jika diwaktu itu ibunya balik.

“Oh, jadi awak memang tak nak kahwin dengan saya? Tadi bukan main lagi awak kata saya boleh buat apa saja.”

“Bila masa pula aku kata macam tu?”

“Tadi.”

“Tadi bila? Eh, jangan nak buat cerita ya?”

“Jangan buat-buat lupa ya?” 

Ain Farhah mengetap bibirnya. Wajah lelaki itu dipandang dengan rasa geram. Fahni hanya tersenyum sumbing memandang Ain Farhah. Yang jelas dia menang.

Namun baru sahaja Ain Farhah ingin membuka mulut, dia dikejutkan dengan kepulangan ibunya. Dengan pakaian yang seksi, Puan Roliah menghampiri Fahni. Matanya liar memandang Fahni yang segak berpakaian kasual.

“Awak Fahni kan?” Puan Roliah meminta kepastian. Dia seolah ingat lupa akan lelaki itu.

“Ya,mak cik,” jawab Fahni. 

“Mak cik?”

“Ya, mak cik.”

Panggilan mak cik pada dirinya membuatkan dia nampak marah. Namun Fahni hanya tersenyum dengan seribu satu sindiran. Ain Farhah pula hanya mampu menelan air liur. 

“Saya tengok mak cik gembira hari,” ujar Fahni memulakan perbualan. Puan Roliah hanya mengangguk sedikit.

“Baru balik dari kelab?”

“Ya, kawan ajak tadi,” balas Puan Roliah lagi. Dia ingin menapak masuk kedalam bilik namun terhenti dengan deheman Fahni yang seolah mengisyaratkannya agar berhenti.

“Bila mak cik nak bayar hutang?” tanya Fahni lagi. Puan Roliah menelan air liur.

“Kan Ain yang bayar. Mintalah dengan dia,” jawab Puan Roliah takut-takut.

“Kenapa pula dia yang kena bayar? Seingat saya mak cik yang pinjam duit tu bukannya Ain.”

Puan Roliah kini terdiam seribu bahasa. Dia tidak tahu lagi jawapan yang hendak diberikan olehnya. Ain Farhah hanya diam membisu. Sesekali dia memandang Fahni yang dalam kesempatan mengenyitkan mata kearahnya.

“Macam ni lah mak cik. Tadi Ain ada berhutang dengan saya jadi saya nak mak cik bayar,” Fahni mula melangkah menghampiri Puan Roliah.

“Kenapa pula saya yang kena bayar? Dia yang berhutang dia lah yang kena bayar,” jawab Puan Roliah. Dia sempat menjeling kearah anaknya.

“Kalau macam tu kenapa mak cik suruh Ain yang bayar sedangkan mak cik yang berhutang dengan saya?”

Sekali lagi Puan Roliah terdiam. Hatinya bertambah takut tatkala Fahni meletakkan tangannya diatas bahunya. Jauh didalam hati Ain Farhah tersenyum gembira. Lelaki penagih hutang itu mula dianggap hero. Maklumlah, jarang ada along yang akan berfikir sedemikian rupa. Bagi mereka, ahli keluarga harus tetap membayar walaupun si peminjam bukanlah mereka.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.