Bab 3


S

udah lima jam dia merayau mencari pekerjaannamun dia masih tidak menemui kerja baru. Peluhnya yang sudah basah disekanyadengan tangannya. Air mineral botol kecil yang dibelinya disebuah kedai turutditeguk sehingga habis. Tekaknya terasa begitu haus.

Keluhan demi keluhandilepaskan Ain Farhah. Hendak balik kerumah, malas pula dia hendak mendengarbebelan ibunya. Hendak merayau, tapi kemana? Dia sendiri bingung. Hidupnyaseolah tiada tujuan.

Punggungnyadilabuhkan ke sebuah bangku taman yang ada ditepi jalan. Hembusan angin yangsesekali meniup memberikan rasa sejuk yang nikmat. Beberapa orang pejalan kakitidak diendahkan olehnya.

Anak matanyatiba-tiba tertuju pada seorang anak perempuan berumur belasan tahun yang sedangberganding tangan dengan ayahnya. Dia tergamam. Dia mula mencemburui gadisbelasan tahun itu. Perlahan dia kembali menghela nafas dan hanya mampu melihatkedua beranak itu berlalu pergi dengan mesra.

Ain Farhah tiba-tibasebak. Dia mula teringat akan ayahnya yang kini tiada disisinya. Sejak diaberumur 18, dia terpaksa berpisah dengan ayahnya. Ayahnya terpaksa pergi akibatdihalau ibunya. Sejak dari itu, dia bagaikan bermusuh dengan ibunya sendiri.Setiap kali ditanya soal keberadaan ayahnya, ibunya pasti akan meradang danmenyumpah seranahnya.

Air mata yangbertakung dengan pantas dihapuskan. Dia tidak mahu hanyut dalam perasaanrindunya itu. Baginya, ayahnya tetap ada didalam hatinya walaupun sudah limatahun dia tidak bertemu langsung dengan ayahnya.

Baru sahaja diahendak bangun, tiba-tiba seseorang menyapanya. Ain Farhah tercengang. Matanyasengaja dikecilkan cuba memastikan siapakah lelaki itu. Namun semakin lelakiitu mendekatinya, dia semakin tertanya. Lelaki itu benar tidak dikenalinya.

“Awak Ain Farhahkan?” tanya lelaki itu dan Ain Farhah hanya mengangguk. Anak matanya liarmemandang dari atas ke bawah melihat penampilan segak lelaki itu. Daripenampilannya, dia dapat meneka jika lelaki itu bekerja disebuah syarikatberdasarkan kot yang dipakainya.

“Dah lama saya cariawak,” sambung lelaki itu.

Cari aku? Kenapa puladia nak cari aku? Ain Farhah bertanya didalam hati.

“Saya Fahni,” lelakiitu menghulurkan tangannya mahu bersalaman. Ain Farhah tersengih dan hulurantersebut disambut. Dia dapat merasakan betapa hangatnya tangan lelaki itu.

“Apa yang awak naksebenarnya?” Giliran Ain Farhah bertanya. Dia semakin tidak sabar inginmengetahui mengapa lelaki berketinggian 170sm itu datang menyapanya.

“Oh, saya cuma nakberitahu yang awak kena bayar hutang.”

Ain Farhah terkejut.Setahunya dia tidak pernah berhutang dengan sesiapapun. Lelaki yang tersengihbagaikan tenuk itu dipandangnya dengan penuh tanda tanya.

“Seingat saya, sayatak pernah berhutang dengan sesiapapun,” ujar Ain Farhah.

“Lupa nak beritahu.Memang bukan awak yang berhutang tapi mak awak dan... Dia kata awak yang akanbayar untuknya,” beritahu Fahni tenang.

“Apa? Mak saya?”

Fahni mengangguk.Senyumannya turut diukir memperlihatkan lesung pipitnya yang ada dikedua belahpipinya.

“Kenapa pula sayayang kena bayar?”

“Mak awak kata awakyang akan bayarkan,” balas Fahni. Senyumannya tetap diberikan membuatkan AinFarhah menjeling tidak berpuas hati. Sudahlah dia pening akan ketiadaan kerja,kini dia pula dikejar pemungut hutang yang berwajah comel.

Fahni tetap mengukirsenyuman. Ain Farhah pula semakin pusing. Ikutkan hati mahu saja dia berteriakmengeluarkan rasa tidak puas hatinya. Entah nasib malang apa yang diterimanyasehingga dia terpaksa membayar hutang ibunya.

 

Pintu rumah dihempas dengan kuat. Ain Farhahberang. Kasutnya sukannya dilempar ke tepi pintu. Puan Roliah menoleh. Wajahanaknya dipandang.

“Kau dah dapatkerja?”Itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Puan Roliah.

“Mak dah gila ke?”

“Apa yang kau cakapni Ain?”

“Ain tanya mak dahgila ke?” Suara Ain Farhah semakin kuat. Hatinya benar-benar mendidih.

“Cantiknya mulut.Siapa mengajar?” Puan Roliah bangun dari kerusi rotan yang didudukinya.

“Kenapa mak pinjamduit dengan along?”

“Habis tu nak tunggukau bagi duit? Sempat mak mati kalau nak tunggu kau,” jawab Puan Roliah.

 Ain Farhah mendengus kasar. Sakit benarhatinya mendengar jawapan ibunya itu.

“Mana duit tu mak?”

“Duit apa?”

“Duit along tu lah.Mana mak simpan?” Ain Farhah kembali meninggikan suara.

“Dah habis,” dengantenang Puan Roliah menjawab. Dirinya seolah tidak mempunyai belas kasihan akananak tunggalnya itu.

“Habis? Mak pinjamsepuluh ribu dari mereka dan sekarang duit tu dah habis? Mak buat apa denganduit banyak tu?”

“Ain, mak niperempuan dan mak perlukan terapi untuk mak. Jadi duit tu mak bawa pergishopping. Dan sudah menjadi kewajipan untuk Ain yang bayar.”

Ain Farhah merengus.Kelopak matanya mula bertakung. Tangannya digenggam kuat. Dia tidak menyangkahidupnya akan malang sedemikian rupa.

Puan Roliah kembalimenonton televisyen. Sebungkus keropok kembali dicapai dan diletakkan diataspahanya. Dia tidak peduli dengan Ain Farhah yang kaku membatukan diri.

Melihat ibunya yangbersikap santai, Ain Farhah masuk kedalam biliknya. Pintu bilik dihempas kuat.Beg sandang turut dibaling ke dinding bilik. Hatinya benar-benar kecewa akansikap ibunya. Dia kini terduduk dan menangis.

 

Jam dinding menunjukkan pukul 1 pagi. Denganperlahan dia duduk melunjurkan kaki diatas lantai. Dia tidak sedar jika dirinyaterlelap diatas lantai yang sejuk. Matanya kini bengkak akibat terlampaumenangis.

Perutnya mulaberbunyi. Lapar. Cuaca yang semakin sejuk membuatkan dia menggigil kesejukan. Perlahandia bangun dan menuju ke almari pakaian. Sehelai sweater disarung membaluttubuh. Seharian dia tidak mandi.

Pintu bilik dibukaperlahan. Dia tidak mahu mengejutkan ibunya yang ada dibilik sebelah. Langkahnyadiatur perlahan menuju ke dapur mencari makanan untuk dimasukkan kedalamperutnya.

Satu demi satu almarimakanan dibuka namun semuanya kosong. Tidak ada sebungkus makanan segera yangtinggal. Semuanya tinggal plastik. Beberapa ekor lipas turut berlari keluarmenyelamatkan diri.

Ain Farhah melepaskankeluhannya. Sebuah kerusi dimeja makan ditarik lalu duduk. Dia kini harusmenahan lapar. Perutnya yang semakin berbunyi terpaksa dibiarkan.

Matanya tertuju padapaip yang ada di singki. Tidak mahu berfikir panjang, paip tersebut dihampiri.Pilinya diputar lalu keluarlah air. Kedua tangan segera menadah air tersebut.Bila sudah penuh, air tersebut diminum.

Ain Farhah berhentisebaik merasa kenyang. Dia tidak mahu mati kelaparan. Baginya, biarlah dia matiwalaupun hanya kenyang meminum air. 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.