Ain Farhah pantas menunjuk kearah kenderaan Fahni yang diparkir ditepi jalan. Fatin pantas menukar laluan. Signal diberi sebelum berhenti didepan kenderaan Fahni. Ain Farhah keluar dengan pantas. Dia ingin tahu apa yang berlaku. Fatin mengejar dibelakang.
“Fahni,” Ain Farhah membuka pintu. Dia melihat Fahni sedang menangis didalam kenderaan. Wajahnya basah.
“Kenapa ni?” tanya Ain Farhah.
Tidak menjawab pertanyaan Ain Farhah, Fahni mengesat wajahnya. Dia malu apabila air mata lelakinya tumpah.
“Awak kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Awak buat apa disini? Macamana awak tahu saya ada disini?” Fahni menukar topik perbualan.
“Jangan tukar topik. Kenapa awak menangis?”
Fahni diam seketika. Wajah Ain Farhah dipandangnya. Dia tidak tahu bagaimana hendak memula kata.
“Ayah saya kena culik.”
Ain Farhah terlopng. Dia terkejut dengan berita yang didengarnya. Dia tidak menyangka jika Fahni menerima berita buruk dikala dia sedang diburu pihak polis atas laporan Hairul Jazmi.
“Kena culik? Siapa yang culik?” tanya Ain Farhah. Fatin yang mendengar turut terkejut.
“Saya tak tahu tapi dia nak saya datang seorang diri.”
“Saya akan ikut awak,” ujar Ain Farhah.
“Jangan. Ini bahaya,” bantah Fahni. Dia tidak mahu Ain Farhah terluka. Baginya Ain Farhah adalah nyawanya.
“Tak. Saya tetap akan ikut awak. Kan awak dah kata, ayah awak akan jadi ayah saya juga.”
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Saya tetap akan pergi dengan awak. Susah atau senang kita akan lalui bersama. Awak dah bergadai nyawa selamatkan saya dan kini biar saya pula bergadai nyawa untuk selamatkan ayah awak,” potong Ain Farhah.
“Ain, kau yakin ke ni?” tanya Fatin. Dia tampak risau.
“Ya.”
“Tapi Ain, saya tak nak libatkan awak.”
“Hei, kan saya dah kata. Saya tetap akan ikut awak. Samada awak setuju atau tidak, saya tetap akan ikut awak.”
Fahni diam. Wajah Ain Farhah sekali dipandangnya meminta kepastian. Matanya bertaut pada mata Ain Farhah.
“Tapi saya nak awak sentiasa dibelakang saya,” pinta Fahni. Dia tidak mahu nyawa Ain Farhah menjadi taruhan.
“Baiklah,” angguk Ain Farhah yakin. Tangan Fahni digenggam erat. Dia tidak mahu kehilangan Fahni. Dan dia mahu membina kehidupan yang lebih baik bersama lelaki itu. Lelaki yang akan menjadi makmun dalam solatnya kelak.
Sebuah gudang terbiar. Itulah tempat yang diberikan lelaki bertopeng itu melaluinya mesejnya. Dia yakin bahawa dia berada ditempat yang betul. Di kiri kanan gudang, lalang tumbuh subur tanpa sebarang ancaman. Melambai-lambai mengikut arah angin yang bertiup agak kuat.
Fahni mengenggam erat tangan Ain Farhah. Sepucuk pistol Glock 19 kepunyaannya dikeluarkan menghampiri gedung tersebut dengan perlahan. Matanya liar risau jika ada muncung senjata yang mengarah kearahnya dan Ain Farhah.
Ain Farhah hanya membututi dari belakang. Nafasnya cuba ditahan agar tidak berbunyi. Jantungnya berdegup kencang. Dia ingin tahu apakah punca ayah Fahni diculik.
Dari celah lubang, Fahni mencuba untuk mengintai namun dia tidak melihat sesiapapun. Ruang dalaman gedung itu kosong seolah-olah ada perangkap yang dibina.
“Awak tunggu disini,” ujar Fahni separuh berbisik. Ain Farhah hanya mengangguk. Menunggu dibalik sebuah pintu yang dibiarkan menyandar ditepi gedung. Beberapa ekor nyamuk yang terbang dibiarkan membuat bising di sekeliling telinga.
Fahni melangkah dengan perlahan. Senjatanya mula diangkat dan diarah kehadapan. Dia kini bersiap siaga. Kedua telinganya mula berkerja meneliti dengan tenang. Matanya juga liar mencari musuh yang mungkin bersembunyi.
Pintu gedung yang diperbuat daripada zink tebal ditarik perlahan. Dia menjengukkan kepala dan melihat ayahnya sedang terikat pada sebuah bangku. Ayahnya terlihat lemah, tertunduk tanpa sebarang sokongan.
Tidak berfikir panjang, Fahni masuk menghampiri ayahnya. Dia tidak sedar jika Puan Roliah sedang duduk menunggunya di balik sebuah kotak besar berhampiran ayahnya.
“Ayah...”
Pak Othman tersedar sebaik mendengar namanya dipanggil. Dan sebaik dia mengangkat kepala, dia terkejut melihat Fahni yang datang membantunya.
“Fahni buat apa disini?” tanya Pak Othman. Wajahnya tampak risau.
“Wow... Hero datang selamatkan lelaki tua,” Puan Roliah mengejutkan Fahni.
Fahni mengangkat senjatanya. Muncung pistol tertuju tepat kearah Puan Roliah yang datang menghampiri tanpa sebarang rasa takut.
“Fahni, mana kamu dapat senjata tu? Turunkan cepat!” Arah Pak Othman. Namun Fahni hanya diam sengaja tidak mendengar. Dia tidak akan sesekali menurunkan senjatanya dari terus mengarah kearah Puan Roliah.
“Tembaklah. Kau tembak aku pun akan tembak lelaki tua ni,” ujar Puan Roliah berani. Dia turut mengangkat senjatanya mengarah kearah bekas suaminya.Wajah Pak Othman dan Fahni dipandang silih berganti mengukir senyuman.
“Lepaskan dia,” arah Fahni namun Puan Roliah hanya mencebik.
“Sebelum aku lepaskan dia, mana Ain?”
“Dia tak ada!”
Puan Roliah ketawa. Dia turut menggeleng. Lagaknya tidak ubah seperti seorang pesakit mental.
Ain Farhah tidak sedar jika ada seorang lelaki berdiri dibelakangnya. Baru sahaja dia hendak berpaling, mulutnya ditekup dengan kain. Dia sama sekali tidak dibenarkan untuk bersuara. Hendak melawan, dia tidak mampu. Kedua tangannya telah digenggam kemas oleh lelaki bernama Roslan.
“Jalan!” Perintah Roslan.
Ain Farhah hanya menurut. Langkahnya diatur memasuki gedung terbiar. Dan sebaik melangkah masuk, matanya terbuntang luas. Dia terpaku melihat ayahnya yang ada diatas sebuah kerusi, terikat dengan tali yang tebal.
“Kau kata tak ada. Itu....” tunjuk Puan Roliah dengan muncung mulutnya yang tebal dilapisi gincu.
Fahni berpaling. Dia terkejut pabila melihat Ain Farhah telahpun di tangkap Roslan. Namun pistolnya tetap setia mengarah kearah Puan Roliah.
“Ain...” Pak Othman sendiri terkejut. Wajah anaknya yang sudah lima tahun tidak ditatap kini ada didepan mata.
“Ayah kenal dengan Ain?” Fahni tertanya-tanya. Setahunya dia tidak pernah menemukan Ain Farhah dengan ayahnya.
“Eh, kenapa pula tak kenal? Inilah ayah Ain, bekas suami aku. Kenapa? Kau kenal dengan lelaki tua ni?” Puan Roliah sendiri terkejut. Telinganya terasa janggal dengan panggilan Fahni pada bekas suaminya.
Roslan memaksa Ain Farhah untuk duduk. Belakang lututnya ditendang. Ain Farhah kini melutut diatas tanah. Kedua tangannya telah diikat dengan tali. Sedikit darah membekas ditepi mulut akibat pukulan Roslan sewaktu Ain Farhah mencuba untuk melawan. Roslan turut mengeluarkan sepucuk pistol, mengarah tepat ke kepala Ain Farhah yang duduk melutut.
“Ayah...” Ain Farhah mula menangis. Dia tidak menduga jika dirinya akan bertemu dengan ayahnya dalam keadaan sedemikian rupa.
“Apa semua ni?” Fahni pula semakin tertanya-tanya.
“Maafkan ayah Fahni. Ain adalah anak ayah. Ayah pernah berkahwin sebelum ibu kamu,” terang Pak Othman.
“Hah?”
Puan Roliah tiba-tiba menepuk tangannya. Dia bagaikan sudah faham dengan apa yang berlaku. Fahni adalah anak kepada wanita yang dikahwini Pak Othman sesudah bercerai dengannya. Dan siapa sangka, Fahni sudahpun mengenal Ain Farhah.
“Wah, bagus. Rupanya semua ada ikatan,” ujar Puan Roliah.
“Ayah...”
“Ain, Fahni ni anak tiri ayah...”
Ain Farhah tertunduk menangis. Dia mula merasa malu. Dia malu dengan apa yang telah dilakukannya bersama Fahni.
Dalam ketidaksedaran, Puan Roliah kembali mengarahkan muncung pistolnya kearah Pak Othman. Wajahnya kembali membengis. Dia tidak lagi mahu menunggu lama, menunggu drama keluarga yang baginya tidak pernah habis.
“Turunkan pistol tu,” arah Fahni. Picu pistolnya ditarik.
“Kenapa aku kena turunkan pistol ni?” tanya Puan Roliah.
“Roliah, jangan macam ni. Kita boleh berbincang,” Pak Othman mencuba untuk memujuk namun Puan Roliah hanya menjawab dengan gelengan dan senyuman liar.
“Buat apa nak bincang? Lagipun kita nak bincang apa? Anak kau ni tetap tak nak ikut cakap aku. Susah sangat ke ikut rancangan aku? Aku bukannya nak suruh kau melacur. Aku cuma nak kau kahwin dengan Murad, itu saja.”
“Mak, sampai bila-bila pun Ain takkan kahwin dengan lelaki tu. Ain tak nak berkahwin dengan dia,” keluh Ain Farhah.
“Hei, aku dah beri kau kesenangan tau. Kalau kau kahwin dengan dia, kau tak perlu kerja lagi. Kau duduk je rumah bagi anak dekat dia. Senang kan?”
Ain Farhah menggeleng. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dikatakannya pada ibunya itu.
“Tapi tak apalah. Ayah kau sendiri yang akan suruh kau ikut aku,” Puan Roliah menghampiri Pak Othman. Muncung pistolnya diletakkan benar-benar dikepala bekas suaminya.
“Jangan berani datang dekat!” Bentak Fahni.
“Wow, hampir terlupa pula...”
“Jangan datang dekat!”
Puan Roliah hanya tersenyum. Pistolnya yang diarah ke bekas suaminya diturunkan. Dia berpusing memandang anaknya sebelum kembali memandang Fahni.
“Tembaklah. Aku jamin Ain Farhah akan turut mati jika kau tembak aku. Pilihan ada dua, aku tembak lelaki tua ni atau dia tembak Ain. Mana yang kau nak tengok mati dulu?” Puan Roliah tersengih lebar.
“Fahni, turunkan pistol tu. Jangan ikutkan perasaan,” Pak Othman mencuba untuk menenangkan Fahni.
“Tak. Fahni takkan turunkan senjata. Ayah dengan Ain takkan mati. Biar Fahni yang jadi galang ganti. Perempuan tua ni memang akan Fahni bunuh!” Jawab Fahni.
“Fahni!”
Fahni tidak mengendahkan kata-kata ayahnya. Dia nekad.
“Buatlah pilihan Ain. Kalau tak nak ikut, aku akan tembak ayah kau. Kalau kau ikut, aku akan lepaskan ayah kau,” ujar Puan Roliah. Dia tampak tenang dan santai walaupun muncung pistol dihalakan kearahnya.
Ain Farhah menangis. Wajah bengis Fahni dipandangnya seketika sebelum beralih ke arah ayahnya yang begitu dirinduinya. Seribu satu keputusan dibuat disaat-saat akhir.
“Macamana? Dah habis fikir?” gesa Puan Roliah lagi.
Ain Farhah masih mendiamkan diri. Dia tidak tahu siapakah yang harus dipilihnya. Fikirannya masih buntu. Perasaannya juga bercampur aduk.
“Lambat sangatlah,” Puan Roliah tiba-tiba kembali mengangkat pistolnya kearah Pak Othman. Fahni yang tidak mampu menahan diri pantas melepaskan tembakan. Tembakannya menuju tepat ke dada Puan Roliah.
Tidak sampai beberapa detik, pistol Fahni tertuju kearah Roslan. Roslan turut ditembak tepat dikepala. Tangannya tidak sempat menarik picu pistol yang sudah terarah ke kepala Ain Farhah.
Ain Farhah rebah ketanah. Walaupun dia tidak ditembak, dia dapat merasakan sakit didadanya.
“Fahni!”
Fahni menghampiri Puan Roliah yang sudah sekerat nyawa. Dia tidak peduli jika dia harus membunuh ibu Ain Farhah.
“Fahni, jangan...” Rayu Pak Othman. Dia tidak sanggup melihat bekas isterinya dibunuh anak tirinya.
“Fahni...”
Fahni yang ingin menembak Puan Roliah lagi berhenti. Dia bagaikan tersedar dengan suara Ain Farhah. Hatinya tiba-tiba menjadi luluh. Dan dalam kesempatan itu Puan Roliah menembak Fahni.
Fahni jatuh. Dadanya turut ditembak dalam jarak yang dekat. Darah merah membuak keluar dari mulut. Matanya melotot menatap Ain Farhah yang menangis rebah dengan kedua tangan masih diikat dibelakang.
Puan Roliah tersenyum puas. Walaupun dia telah ditembak, namun dia merasa puas. Dia telah berjaya mengotakan janjinya pada diri sendiri untuk membunuh Fahni. Namun tidak lama kemudian, dia menghela nafas yang terakhir. Dia mati akibat jantung yang berlubang terkena tembakan Fahni.
Fahni tercungap-cungap. Dia bagaikan seekor ayam yang disembelih. Menunggu ajal datang mencabut nyawanya. Dalam keadaan yang lemah, pandangan yang sudah berpinar, dia mengensot menghampiri Ain Farhah.
“Fahni...”
Fahni mencuba untuk membuka ikatan tangan Ain Farhah. Darah yang semakin keluar dengan banyak. Dia tidak lagi mampu menahan rasa sakitnya. Peluru yang masuk kedadanya membuatkan dia merasa seperti dibakar.
Sebaik ikatan terlerai, Ain Farhah pantas memangku kepala Fahni. Darah yang keluar dilap. Dia tidak mahu kehilangan Fahni.
“Fahni, awak harus kuat,” Ain Farhah cuba untuk memberi semangat namun Fahni hanya tersenyum. Dia tidak mampu menurut kemahuan Ain Farhah yang dicintainya.
Fahni semakin kritikal. Dia tidak lagi mampu memandang wajah Ain Farhah yang sudah berpecah menjadi dua. Pandangannya kabur. Udara yang masuk semakin menipis.
Ain Farhah meraung dengan kuat sebaik melihat Fahni menutup matanya. Dia tidak sanggup kehilangan Fahni. Dia tidak mahu Fahni pergi.
Namun Allah berkehendak lain. Fahni tetap pergi mengadap Ilahi. Ain Farhah meraung kuat. Kepala Fahni yang penuh dengan darah dipeluk erat.