Rasa sakit yang dirasai dibahagian kepala membuatkan Ain Farhah perlahan tersedar dari pengsannya. Tangannya diangkat naik memegangg kepalanya. Dan cahaya yang tegak menyuluhnya membuatkan matanya terasa silau.
Ain Farhah bergerak ke kanan. Dia mencuba untuk mengetahui akan keberadaannya yang tampak asing. Sekelilingnya terlihat putih. Yang dilihatnya adalah sebuah almari kayu yang terlihat agak usang dan sebuah cermin yang bersaiz sederhana besar.
“Ya Allah, aku dekat mana ni?” keluh Ain Farhah.
Duduk meluncur, dia sekali lagi memeriksa sekelilingnya. Dari apa yang dilihatnya, dia menduga bahawa dirinya berada disebuah bilik hotel. Perlahan dia bangun dan menegakkan badan. Kepalanya masih terasa sakit dan menyukarkannya untuk mengimbangi badannya. Satu persatu langkahnya diatur menghampiri tingkap hotel yang diperbuat daripada kaca tebal.
Langsir berwarna putih diselak kasar. Dia melilau ke bawah dan melihat beberapa orang yang asyik berpasangan. Telinganya sudah mula mendengar muzik yang lantang dari tingkat bawah.
“Tengok apa?” tegur satu suara dan Ain Farhah pantas menoleh. Dia melihat ibunya datang bersama sebungkus makanan dan sebotol mineral.
“Duduk sini!”
Perintah Puan Roliah diturut. Dengan rambut yang mengerbang, dia menghampiri ibunya yang sudah duduk diatas katil.
“Makan ni,” dengan kasar Puan Roliah menghulurkan bungkusan makanan yang dibelinya. Sempat juga matanya menjeling anaknya.
Ain Farhah hanya diam. Bungkusan nasi itu dibukanya perlahan dan seraya itu juga hidungnya sudah mula mencium aroma yang wangi dari masakan itu. Wajah ibunya dipandang seketika.
“Mak dah makan ke?” tanya Ain Farhah.
“Kau jangan nak sibuklah tentang aku. Kau makan je,” jawab Puan Roliah kasar.
Ain Farhah kembali menundukkan wajahnya. Makanan yang ada dipangkuannya dipandang seketika. Ada air mata yang tumpah dan menimpa diatas tumpukan nasi itu.
“Kau kenapa pula? Aku suruh kau makan, bukannya menangis!”
“Mak... Perlu ke mak buat macam ni dengan Ain?”
Puan Roliah mendengus kasar. Pertanyaan anaknya membuatkan darahnya kembali mendidih. Dan tidak semena-mena, satu tamparan hinggap dibelakang kepala Ain Farhah. Bungkusan makanan yang dipegang hampir terlepas.
“Aku suruh kau makan, bukan suruh kau tanya itu ini!” Herdik Puan Roliah. Ain Farhah semakin menangis. Dia tidak dapat membendung tangisnya.
“Kau makan sekarang juga! Kalau aku masuk kau masih tak makan, aku akan lempar kau ke bawah. Biar kau jadi pelacur!”
Puan Roliah bangun dan menuju ke pintu bilik. Dengan rasa berang, dia membanting pintu tersebut sebelumnya mengunci dari luar.
Air mata semakin lebat mencurah turun dari matanya. Dia benar-benar lemah. Dia benar-benar tidak menyangka jika ibunya sudah berubah sedemikian rupa. Dia tidak sangka ibunya yang dulu penyayang kini bertukar menjadi seorang yang kejam. Dirinya sama sekali tidak dianggap sebagai anak.
Makanan yang ada mula dijamah perlahan ditemani air mata. Walaupun dia sudah mula hilang selera, makanan tersebut tetap dipaksa masuk untuk memenuhi segala kelaparan yang dirasainya sejak petang tadi.
Bayangan wajah ayahnya kembali menerpa ruang fikirannya. Dia benar-benar merindukan ayahnya yang akan melindunginya setiap kali ibunya mengamuk. Dia rindukan pelukan ayahnya yang mencuba untuk menenangkannya.
Hairul Jazmi memegang tengkuknya yang terasa sakit. Sesekali dia mengerang namun Fahni hanya diam menyedut air minumannya.
“Kita dimana ni sekarang?” tanya Hairul Jazmi. Duduknya yang tadi longlai perlahan ditegakkan. Lenguhnya mula terasa akibat duduk terlalu lama.
“Depan hotel murah,” jawab Fahni tanpa memandang Hairul Jazmi.
“Hotel murah? Eh, kau dah gila ke?”
Fahni berpaling. Wajah Hairul Jazmi dipandangnya. Dia tidak faham mengapa dirinya dikatakan gila hanya kerana memarkirkan kenderaannya dihadapan sebuah hotel murah yang sering menjadi tempat maksiat bagi golongan GRO.
“Aku nak keluar,” ujar Hairul Jazmi. Dia mahu meregangkan belakang badannya yang terasa begitu lenguh.
“Tak payahlah keluar,” balas Fahni namun Hairul Jazmi tetap dengan egonya. Pintu kenderaan dibuka seluas yang mungkin. Fahni hanya mendengus kasar.
Baru beberapa ketika Hairul Jazmi keluar, seorang wanita berpakaian agak seksi menghampirinya dari arah belakang. Tanpa berfikir panjang, wanita itu memeluk Hairul Jazmi dari belakang. Tangannya pantas bekerja meraba badan Hairul Jazmi.
Hairul Jazmi yang terkejut pantas berpusing dan menolak jauh wanita itu. Jantungnya seolah jatuh dari tangkai apabila menyedari ada sepasang tangan lembut dan halus merayap diseluruh badannya.
“Apa kau buat ni? Gila!”
“Abang janganlah marah. Nak saya temankan tak?” ujar wanita itu lembut. Bibir bawahnya sengaja digigit memberi aksi ghairah. Dia mencuba untuk mengumpan Hairul Jazmi.
“Tak payah. Habis batal air sembahyang aku. Bagus kau bertaubat,” balas Hairul Jazmi. Dia mengeliat kegelian.
“Alah, abang ni malu-malu pula. Marilah sini saya temankan. Kita boleh berborak sampai pagi. Nak borak dalam bilik pun boleh.”
“Kau jangan berani nak datang setapak dekat dengan aku. Silap haribulan, aku silat kau,” ancam Hairul Jazmi namun wanita itu tidak peduli. Dia tetap merapat dengan Hairul Jazmi.
Melihat Hairul Jazmi, Fahni hanya mendengus kasar. Pintu kenderaannya dibuka dan dia keluar menghampiri Hairul Jazmi. Wanita yang seksi itu mula berpaling memandang Fahni yang jauh lebih tampan.
“Kau masuk kereta,” arah Fahni sambil menolak Hairul Jazmi untuk kembali masuk kedalam kenderaannya. Hairul Jazmi hanya menurut.
“Okay, sekarang awak nak jadi ganti dia ke apa?” wanita seksi itu bertanya. Bajunya yang nampak singkat dan ketat sengaja dibiarkan terlondeh namun Fahni sama sekali tidak tertarik.
“Saya perlukan bantuan awak.”
Wanita seksi itu mengerutkan dahinya. Dia tidak faham mengapa lelaki tidak dikenalinya itu mahu meminta bantuannya.
“Awak bantu saya dan saya akan bagi ganjaran dalam bentuk wang,” sambung Fahni. Hairul Jazmi yang ada didalam kereta hanya mampu mengintai dari balik tingkap yang gelap tanpa mampu mendengar sepatahpun kata.
“Kenapa saya perlu bantu awak?” Wanita seksi itu pula bertanya dan Fahni hanya tersenyum. Dia sudah menduga jika itu pertanyaan wanita itu.
Ya, awak memang kena bantu saya sebab untuk pengetahun awak, saya anggota polis. Bila-bila masa saya boleh panggil kawan-kawan saya dan tangkap awak semua. Nasiblah malam ni saya tak bertugas.”
Wanita seksi itu menelan air liurnya. Wajahnya tampak kecut. Dia tidak menyangka jika lelaki tampan yang ada didepannya adalah seorang anggota polis. Mahu tidak mahu, dia terpaksa bersetuju.
“Apa yang saya kena buat? Tapi awak kena janji yang awak takkan panggil kawan-kawan awak untuk menyerbu tempat ni.”
Fahni mengangguk kepalanya. Umpannya berjaya menipu wanita seksi itu.
Muka je cantik tapi bodoh, dengus hati Fahni.
Wanita seksi yang dikenali dengan nama Shilla itu hanya mengangguk tanda faham dengan arahan Fahni. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Pergilah. Aku akan tunggu dan habis kerja, kau akan terus dapat upah.”
Shilla mengangguk. Dia mula mengorak langkah naik ke hotel murah yang terletak ditingkat atas sebuah kelab malam. Dengan langkah yang spontan, dia memanjat naik menuju ke tingkat yang pertama. Dia mahu memastikan setiap penghuni bilik.
Satu demi satu pintu diketuk. Namun kesemuanya tidak memberi jawapan pada Shilla. Sehinggalah bilik yang terakhir, dia turut melakukan hal yang sama. Pintu bilik diketuk berkali-kali berharap wanita yang dicari ditemui.
Shilla baru sedar jika pintu bilik tersebut dikunci dari luar. Dia mula buntu. Hatinya kini berdegup laju seolah memberi isyarat jika ada seorang wanita didalam bilik tersebut.
“Apa aku nak buat?” tanya Shilla pada dirinya sendiri.
“Hello, ada orang didalam tak?” laung Shilla sambil mengetuk pintu. Telinga kanannya dilekap pada muka pintu.
“Ain...”
Ain Farhah yang berada didalam bilik terkejut sebaik mendengar namanya dipanggil. Pantas makanannya ditinggalkan diatas tilam sebelum menghampiri muka pintu. Ketukan mula dibalas.
“Tolong saya... Tolong saya keluar bilik ni,” rayu Ain Farhah.
Shilla terkejut dengan balasan wanita itu. Matanya mula liar memandang ke kiri dan kanan. Hendak membuka pintu dia sendiri buntu. Takkanlah dia hendak menendang pintu itu sedangkan badannya begitu kecil. Silap haribulan kakinya boleh patah.
“Ain ke tu?” Shilla meminta kepastian.
“Ya, ini saya. Tolonglah saya. Saya kena kurung. Saya tak boleh keluar.”
“Saya tak boleh buka pintu ni. Pintu ni dikunci dari luar,” balas Shilla. Dia benar-benar buntu.
Shilla mula terfikir untuk Ain Farhah keluar menerusi tingkap. Walaupun berbahaya, itulah jalan keluar yang terbaik. Sudah beberapa kali dia berjaya meloloskan diri jika ada penguatkuasa yang datang merempuh.
Fahni terkejut sebaik melihat Ain Farhah yang keluar menerusi tingkap. Dia tidak menyangka jika Ain Farhah akan keluar dari tingkap bilik hotelnya. Walaupun hanya ditingkat satu, ianya sudah cukup menakutkan jika terjatuh. Nyawa menjadi taruhan sekiranya dia gagal mengimbangi badannya.
“Kenapa pula dia keluar dari situ?” dengus Fahni. Dia segera keluar dari dalam kenderaannya. Senjata Glock 19 yang diambilnya dari bawah kerusinya sempat dimasukkan kedalam jaketnya tanpa pengetahuan Hairul Jazmi.
“Uii, gila perempuan ni.”
Hairul Jazmi turut terkejut. Dia juga keluar dari dalam perut kereta. Hampir terbeliak biji matanya melihat tindakan berani Ain Farhah.
Ain Farhah menelan air liurnya. Dia tidak sanggup untuk memandang kebawah. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia menurut kata wanita yang tidak dikenalinya itu.
“Ain!”
Ain Farhah tersentak sebaik mendengar namanya dipanggil oleh satu suara yang cukup dikenalinya. Dengan angin malam yang bertiup agak lembut, dia mula merasa gayat. Kedua tangannya erat memegang hos panjang yang melekat.
“Kau buat apa disitu?” laung Hairul Jazmi. Kelibat Fahni tidak kelihatan.
“Hairul, tolong aku.”
Hairul Jazmi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sendiri buntu bagaimana hendak membantu. Matanya meliar mencari kelibat Fahni.
“Ain, turun ikut sini,” arah satu suara.
Ain Farhah menoleh. Dari satu tingkap yang terbuka, dia melihat seorang wanita memintanya untuk turun dari celah penghawa dingin. Ain Farhah menggeleng. Mana mungkin dirinya akan bergerak sejauh itu dimana dia harus meniti diatas beberapa buah alat penghawa dingin yang nampak tidak stabil.
“Aku tak berani,” ujar Ain Farhah. Kedua kakinya terasa kaku. Dia tidak lagi mampu untuk melangkah.
“Ain, cepat! Ada orang datang!”
Ain Farhah menoleh masuk kedalam bilik hotelnya. Dia dapat melihat tombol pintu yang sedang dipulas seseorang. Dengan keberanian yang tidak seberapa, dia nekad untuk melakukan sesuatu diluar dugaannya. Dia bertindak untuk terjun diatas sebuah kenderaan.
Fahni muncul disaat akhir. Dia seolah tahu apa yang akan dilakukan Ain Farhah. Pantas dirinya menunjuk kearah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diparkir menepi di depan hotel.
“Kau buat apa ni?” tanya Hairul Jazmi. Dia tidak faham dengan apa yang ditunjukkan Fahni.
Puan Roliah terkejut besar sebaik melihat ketiadaan Ain Farhah didalam bilik hotel tersebut. Pintu kamar mandi ditendang kasar namun anaknya tetap tidak kelihatan. Tingkap yang terbuka luas membuatkan dirinya dapat meneka apa yang berlaku. Ya, anaknya telah lari dari tingkap tersebut.
“Sial!” Dengus Puan Roliah kasar.
Dengan pantas dia keluar dari dalam bilik. Langkahnya diatur cepat. Orang suruhannya dipanggil meminta bantuan. Hatinya geram dengan keberanian Ain Farhah.
“Hoi!” Pekik Puan Roliah. Hatinya bertambah mendidih sebaik melihat wajah Fahni.
“Jangan datang dekat,” ujar Fahni. Dia berundur beberapa tapak kebelakang.
“Kau bagi balik budak tu dekat aku.”
“Mak cik, ni anak mak cik tau,” sampuk Hairul Jazmi. Dia turut tersentak dengan panggilan wanita itu pada anaknya sendiri.
“Kau diam! Kenapa kau perlu masuk campur?”
“Hairul, bawa Ain masuk kereta,” pinta Fahni. Tangan kanannya mula masuk kedalam jaketnya bersiap sedia apatah lagi matanya sempat melihat orang suruhan Puan Roliah yang bersenjata api.
“Ain, kau kesini sekarang!” Pekik Puan Roliah lagi. Dia benar-benar berang. Dia tidak mahu rancangannya kembali gagal.
“Tak. Ain akan ikut saya balik,” bantah Fahni. Dia tetap tenang.
“Hei, kau jangan nak main-main dengan aku ya?”
Secara tiba-tiba, lelaki suruhan Puan Roliah mengeluarkan senjata apinya. Fahni turut tangkas mengeluarkan Glock 19 nya. Dia tidak teragak-agak untuk mengacukannya tepat ke wajah Puan Roliah walaupun dirinya telahpun diarahkan oleh senjata api sejenis dengan orang suruhan Puan Roliah.
Ain Farhah dan Hairul Jazmi yang masih berada dibelakang Fahni terkejut. Begitu juga dengan beberapa orang awam yang sedang berada diluar kelab. Ada yang menjerit menyelamatkan diri dan tidak kurang juga terpekik bagaikan mempunyai penyakit gila babi.
“Apa yang kau buat ni bodoh? Kau nak masuk penjara ke?” marah Hairul Jazmi.
“Tembaklah. Satu peluru yang keluar, aku akan pastikan kepala tuan kau meletup,” ujar Fahni pada orang suruhan Puan Roliah. Puan Roliah menelan air liur. Muncung pistol milik Fahni begitu dekat diwajahnya.
“Fahni, jangan,” Ain Farhah pula berkata. Dia tidak rela melihat Fahni membunuh ibunya. Baginya ibunya tetap terbaik buatnya walaupun dia sering diperlakukan dengan kasar.
“Masuk dalam kereta sekarang,” ujar Fahni tanpa mengendahkan kata-kata dan rayuan Ain Farhah. Tangan kanannya tetap tegap mengacukan senjata apinya ke wajah Puan Roliah.
“Tapi...”
“Aku kata masuk dalam kereta sekarang!” Bentak Fahni. Dan kesempatan itu diambil oleh lelaki suruhan Puan Roliah untuk melepaskan tembakan.
Fahni tidak sempat mengelak. Bahu kirinya terkena akan tembakan lelaki itu. Dia menunduk sambil melindungi Ain Farhah dan Hairul Jazmi yang sudah terduduk ketakutan. Dengan pantas, dia membalas tembakan lelaki itu dan hasilnya dia berjaya menembak jatuh lelaki tu. Tembakannya tepat dikepala. Puan Roliah sempat melarikan diri dan bersembunyi.
Bunyi tembakan semakin membuatkan keadaan menjadi huru hara. Orang awam berlari menyelamatkan diri. Ada yang menikus ditepi kenderaan dan tidak kurang juga berlari pecut menyeberang jalan. Semuanya kacau bilau.