Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA IRIS, DIA IRFAN!
SAYA IRIS, DIA IRFAN!
Dzliyana
28/1/2015 13:52:46
168,203
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 18

''Sayang…jom!''

'Jom? Abang nak pergi mana?''

''Ala, Fia ikut je abang..''

“Yela, tapi sekurang kurangnya beritahu la kita nak kemana. Kan dah malam ni?''

''Sayang ikut je ok..tak payah risau''

Sofia hanya mengikut kehendak suaminya apabila Irfan menarik tangannya. Mereka mendaki bukit kecil betu- betul terletak di belakang rumah kedua ibu bapa Irfan.

''Abang nak buat apa malam-malam atas bukit ni, bahaya lah..''

“Sofia ikut je.. ha..dah nak sampai dah pun''

Dari jauh Sofia melihat cahaya samar samar di hadapannya. Semakin lama semakin jelas. Sofia terkejut apabila melihat sebuah pondok kecil dikelilingi tanglung bercahaya di hadapannya. Ditengah tengahnya ada terhidang makanan lengkap dengan hiasan lilin. Pondok itu dihias seperti sebuah katil besar lengkap dengan langsir,Sofia memandang kewajah Irfan. Dilihatnya suaminya itu tersenyum memandangnya.

''Candlelight dinner atas bukit waktu tengah malam?''

''Kenapa? Fia tak suka? ''

''Suka sangat. Tapi kita tengah celebrate apa ni sayang? Birthday abang dan Fia dah lepas..Anniversary pun lambat lagi… ?”

“Saja abang buat untuk Sofia..tak semestinya nak tunggu hari-hari macam itu untuk candlelight dinner dengan isteri sendiri kan?”

“thanks sayang..cantik tempat ni..mesti susah kan nak sediakan ni semua? Atas bukit pula tu, kasihan abang, mesti penatkan?''

Irfan menggeleng kepalanya.

''Tak pun, abang suruh Mak Som dengan Pak Tam yang buat!''

''Ha??? Takkan abang suruh mereka panjat bukit semata mata untuk Fia?''

''Hehehe..bukan la sayang, makanan dan barang-barang ni mereka yang sediakan, abang cuma bawa naik ke atas dan hiaskan sikit sikit je, sekarang jom kita makan.. Abang lapar sangat dah ni'’

Selesai makan, Sofia duduk di hujung pondok itu. Dia memerhatikan pemandangan malam dari atas bukit itu. Didalam hatinya dia memuji kecantikan pemandangan ketika itu. Irfan pula memeluk isterinya dari belakang.

''Fia tak tahu pun atas bukit ni ada tempat secantik ni..''

''Cantik kan? Tempat ni ayah yang buat untuk ummi. Dari dulu sampai sekarang mereka akan naik kesini bila hujung minggu.''

''Romantiknya ayah abang..''

''Haah..sebab itu lah, abang teringin sangat nak bawa isteri abang naik keatas ni bila dah kahwin. Sekarang tertunai dah hajat abang.''

Sofia terdiam sebentar, tiba-tiba fikirannya teringatkan cerita ummi mengenai isteri pertama Irfan. Hatinya tertanya-tanya adakah Irfan sebenarnya teringin membuat perkara yang sama kepada arwah isterinya.

''Sayang kenapa diam?''

Sofia tersedar dari lamunannya.

''Ha? Abang tanya apa tadi?”

“Sayang abang kenapa diam je ni?”

“Oh..tak ada apalah..dah lama kita dekat sini, abang tak nak balik rumah ke? lagipun dah lewat ni?''

''Tak nak! Abang nak tidur dengan Fia dekat sini.''

Mendengar kata-kata suaminya itu, Sofia lantas mencubit pipi suaminya.

''Abang tidurlah seorang dekat sini, Fia nak balik!''

Sofia terus melangkah namun cepat ditarik oleh suaminya dan dipeluknya tubuh langsing itu.

''Lepaslah abang..kalau ada orang nampak nanti macam mana?

''Mana ada orang lain, lagipun isteri mana boleh lawan cakap suami''

Irfan mengangkat Sofia keatas pondok itu..perlahan-lahan langsir pondok diturunkan.Sofia tertunduk menahan malu. Namun hatinya sangat gembira kerana dia yakin Irfan kini benar-benar menyayanginya tanpa dihantui peristiwa silam lagi.



*******


Irfan membelek kasut bayi berwarna merah jambu itu. Gembira benar wajahnya ketika itu. Sofia yang baru sahaja selesai membayar barang yang di belinya mencari kelibat suaminya itu.

''Abang, Fia dah selesai bayar dah. Jom kita pergi makan nak tak? Laparlah''

Irfan seperti tidak mendengar pertanyaan Sofia kerana khusyuk membelek sehinggalah dia perasan kelibat isterinya itu tidak jauh dari tempatnya berdiri. Lantas Sofia mendekati suaminya itu lalu dicuit pinggang suaminya itu.

''Abang tengok apa tu sampai khusyuk sangat? Fia panggil pun abang tak dengar?''

''Sayang tengok ni, mesti comelkan kalau anak kita pakai?''

Sofia tersenyum mendengar kata-kata suaminya itu. Sudah setahun mereka berkahwin dan inilah kali pertama Irfan menyebut mengenai anak.

''Abang nak belilah!'

Sofia terkejut mendengar kata-kata Irfan.

''Abang nak beli? Buat apa sayang?”

“Untuk baby kitalah’’

“Tapi kita bukan ada baby pun lagi?''

''Sebab tak adalah kita kena buat!''

Pipi Sofia kemerahan menahan malu apabila mendengar kata-kata suaminya itu.

''Abang ni, nak jaga baby bukan senang tahu? Bukan macam bela anak kucing. nak jadi parents kena betul-betul ready''

Irfan memeluk tubuh isterinya dari belakang.

''Abang dah lama ready, abang tunggu sayang ready je''

''Abang ni, malulah orang tengok, kalau kat rumah tak apalah kalau nak peluk macam ni.''

''Biarlah, isteri abang, suka hati abanglah nak peluk dekat mana-mana pun!''

Tiba-tiba seorang pekerja bahagia barangan bayi itu menghampiri mereka.

“Boleh saya bantu encik dan puan?”

“Ha..boleh juga! Saya nak beli untuk anak saya.”

Irfan lantas menjawab pertanyaan pekerja itu. Sofia cepat-cepat mencuit lengan suaminya itu.

“Abang!”

Irfan tersengih tatkala dicuit isterinya itu.

“Untuk anak encik? Berapa ye umur dia? Boleh saya carikan saiz.”

“ Ha? Umur? Tak tahulah pula..”

Sofia lantas memintas kata-kata suaminya itu.

“Eh..tak apa cik..suami saya datang tengok-tengok je..maaf ye menyusahkan cik..”

“Eh tak apa puan..memang tugas saya.”

“Terima kasih ye..’

“Sama-sama”

Melihat sahaja pekerja itu berlalu pergi, Sofia lantas menarik tangan suaminya itu,

“ Abang ni..buat malu Fia je..jom kita makan..laparlah..”

“Hehehe…apa salahnya abang bergurau..Oklah sayang..jom kita makan ye tuan puteri!”

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.