Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA IRIS, DIA IRFAN!
SAYA IRIS, DIA IRFAN!
Dzliyana
28/1/2015 13:52:46
168,171
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 22

Sofia mengerling jam di dinding. Sudah hampir pukul satu pagi, namun suaminya belum juga pulang. Sejak pulang dari Beijing beberapa hari yang lepas, dia mendapati Irfan seperti berubah menjadi pendiam. Sepatah yang ditanyanya, sepatah dijawabnya. Sofia tidak dapat mengawal rasa mengantuknya lagi. Akhirnya dia tertidur di atas sofa di ruang tamu itu.

Irfan memegang erat tangan Jasmine. Isterinya itu kelihatan nyenyak tidur diatas katil hospital. Pencariannya di Beijing berhasil setelah hampir 3 minggu disana. Akhirnya dia berjaya membawa Jasmine pulang ke Malaysia. Namun oleh disebabkan keadaan Jasmine yang belum benar-benar sembuh membuatkan dia khuatir untuk meninggalkan isterinya itu keseorangan. Tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang. Lantas dia berpaling kebelakang. Dilihatnya Maya sedang berdiri ke belakang.

''Jom cakap dekat luar, aku tak mahu ganggu Jasmine rehat''

Irfan hanya akur dengan kata-kata rakannya itu.

''Ada apa Maya?”

“Luth.. kau baliklah rumah dulu, dah lama kau dekat hospital ni. Biar aku ganti jaga Jasmine''

''Maya..aku bukan tak nak balik..tapi aku tak boleh tinggalkan dia macam tu je..dia isteri aku..kalau dia sedar mesti dia cari aku!''

''Luth! Kau lupa ke Sofia pun isteri kau? Tiap-tiap malam dia tunggu kau balik rumah. Kau tak kasihan ke dekat dia?''

Irfan menggelengkan kepalanya.

''Sofia boleh tunggu, tapi Jasmine sakit..aku kena ada setiap masa dengan dia!''

''Kau biarkan dia tunggu kau seharian, tapi langsung tak beritahu sebab apa, kau ingat dia senang hati ke duduk dalam rumah tu? Look, aku tahu kau serba salah. Tak tahu nak jaga mana satu, tapi at least kau kena ingat, Sofia tu pun tanggungjawab kau. Baliklah sekejap jumpa dia. Sejak kau pergi cari Jasmine, aku tengok Sofia tu macam tak ada selera nak makan sebab risaukan kau.''

Irfan mengeluh panjang. Kusut benar fikirannya ketika itu. Entah mengapa dia merasakan dia patut lebih mementingkan Jasmine dari Sofia walaupun dia sedar adalah tanggungjawabnya untuk melayani kedua isterinya seadil yang mungkin

''Sofia, kau buat apa tu?''

Misya memerhatikan gelagat rakannya itu. Dari tadi dia melihat Sofia termenung sendirian. Sofia pula seakan-akan tidak mendengar panggilannya itu. Lantas dia mendekati rakannya itu.

“Fia?”

''Ha? Kenapa Sya? Ada problem ke dengan stok baju tu.”

Misya menggelengkan kepalanya. Dia pasti fikiran Sofia telah menerewang ke tempat lain hinggakan langsung tidak menyedari keadaan di sekelilingnya.

“Aku tanya kau buat apa ni? Dari tadi asyik termenung je?”

“Oh…aku tak buat apa pun..''

''Yeke? Dari tadi aku tengok kau termenung je… Kau ok tak ni?''

''Aku ok je..tak ada apalah...''

''Betul ni? Kalau ada masalah, jangan segan-segan nak beritahu aku. Mana tahu aku boleh tolong..''

''Betul lah Sya..aku ok je..''

'Hmmmm…betul tak ada apa-apa? Kalau betul tak ada apa-apa, aku balik dululah ye..macam dah lewat je. Lagipun abang aku nak guna kereta malam ni..bising pula dia kalau aku balik lewat.''

''Ok dear..hati-hati drive tu...''

''Alright..see you later..Bye..''

''Bye..''

Sofia memerhatikan langkah Misya menuju kearah keretanya. Tatkala rakannya itu hilang dari pandangan matanya, dia lantas bangun untuk mengemas stok-stok barang yang telah ditempah oleh pelanggan-pelanggannya.

Walaupun Maya telah memintanya menguruskan bisnes online miliknya setelah Sofia habis belajar, namun memandang Sofia tidak begitu sibuk, jadi dia telah menawarkan diri untuk menguruskan bisnes itu dan memandangkan permintaan customernya semakin meningkat, Sofia telah meminta pertolongan dari Misya untuk menguruskan stok-stok barang tersebut.

Selesai mengemas, Sofia duduk di beranda rumahnya. Fikirannya menerawang memikirkan perihal suaminya. Entah mengapa dia merasakan Irfan semakin hari kian berubah menjadi semakin pendiam. Sepatah yang ditanya, pasti sepatah yang dijawabnya. Malah dia mula keluar awal setiap hari dan pulang pada waktu lewat malam. Tatkala ditanya, jawapannya pasti banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Sofia teringat akan peristiwa yang berlaku beberapa hari lepas. Memandangkan kerjanya pada hari itu telah lama disiapkan, Sofia teringat untuk memasak makanan tengahari buat suaminya itu. Cadangnya dia mahu membuat kejutan kepada Irfan. Sebelum berangkat ke pejabat suaminya itu, dia sempat menelefon suaminya dahulu.

''Sayang..abang dekat pejabat ke sekarang ni?''

''Haah...kenapa?''

''Oh.. tak ada apalah..saja je nak tanya..abang busy ke?''

''Abang tengah meeting ni..nanti abang call Fia balik..''

''Yeke?..ok kalau macam tu, tak apalah....bye sayang..''

Sofia lantas mematikan panggilan telefon itu. Dia terus memandu menuju kearah pejabat Irfan. .Jarak diantara rumah mereka dan pejabat suaminya itu tidaklah terlalu jauh. Cuma mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan. Sampai sahaja dia dipejabat suaminya itu dia disambut oleh para pekerja suaminya.

''Assalammualaikum…”

“Waalaikumsalam…Eh puan Sofia..lama tak jumpa..Sihat ke?''

''Alhamdulillah sihat je..akak tak payahlah panggil saya puan, seganlah saya..''

''Hehehe..mana boleh macam tu..isteri bos kami kenalah hormat..''

Sofia tersenyum mendengar gelagat suaminya itu. Memandangkan semua pekerja suaminya itu lebih tua darinya, Sofia terasa agak kekok tatkala mendengar mereka memanggilnya sebegitu.

''Puan cari Encik Irfan ke?''

''Haah..tadi saya ada call, dia cakap dia tengah meeting. Tak apalah..saya tunggu dalam office dia jelah..''

''Errr...tapi puan, Encik Irfan tak datang pun lagi hari ni..tak tahu lah saya kalau-kalau dia ada mesyuarat diluar..tak ada pula dia inform pada saya..selalunya dia akan beritahu kalau dia ada meeting di luar..''

Sofia tersentak tatkala mendengar jawapan pekerja suaminya itu. Baru sahaja sebentar tadi dia menelefon suaminya itu. Timbul perasaan ragu-ragu terhadap suaminya itu.

“Oh..yeke..saya yang salah dengar agaknya. Tak apalah..kalau macam tu, saya balik dulu lah ye...Assalamualaikum..''

Setelah bersalaman dengan pekerja-pekerja suaminya itu kakinya lantas melangkah keluar dari pejabat suaminya. Fikirannya ligat memikirkan perihal suaminya itu. Baginya kelakuan Irfan baru-baru ini seakan-akan sedang merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya. Yang pasti perkara itu sudah mengugat keamanan rumah tangga mereka.

Malam itu ketika Irfan pulang, Sofia lantas menyediakan makanan malam buat suaminya itu. Seperti biasa Irfan cuma menjamah sedikit makanan sahaja. Tidak seperti sebelum ini, segala makanan yang disediakan oleh Sofia pasti akan dihabiskan olehnya tanpa ditinggal berbaki.

''Sikitnya abang makan? Tambah lah lagi..banyak Fia masak untuk abang..''

''Tak apalah..abang dah kenyang...banyak sangat makan tengahari tadi..''

Sofia merenung wajah suaminya itu. Irfan pula tatkala menyedari isterinya itu sedang merenung wajahnya itu, dia lantas cepat-cepat menambah nasi di pinggannya kerana tidak mahu Sofia mengesyaki sesuatu mengenainya. Sebenarnya setiap malam sebelum pulang kerumah, Irfan pasti akan menemani Jasmine makan malam. Disebabkan itulah dia sudah tidak mampu menjamah makanan di rumah.

''Tadi abang meeting dekat ofis ke?''

''Kenapa tanya?''

''Saja...tadi Fia pergi ke office, tapi pekerja-pekerja abang cakap abang tak masuk office pun harini...''

Irfan berhenti mengunyah makanannya. Seleranya seakan-akan tertutup tatkala mendengar pertanyaan isterinya itu. Sofia pula tatkala melihat suaminya itu terdiam, dia lantas menyambung pertanyaannya.

''Abang tipu Fia ke? Abang tak ada meeting pun hari ni kan?''

''Eh kau boleh tak jangan masuk campur hal kerja aku? Tak payah nak sibuk-sibuk datang office! Kerja aku, aku buat sendiri! Tak payah kau susah-susah nak menyibuk! Dahlah! Aku penat...malam ni aku nak tidur bilik tetamu..Jangan kacau aku!''

Irfan lantas meninggalkan meja makan itu dalam keadaan marah. Dirinya sebenarnya keletihan kerana terpaksa menjaga Jasmine seharian. Jika boleh dia mahu berehat tanpa diganggu oleh sesiapa. Itulah sebabnya dia mudah naik darah tatkala mendengar Sofia mengungkit mengenai kerjanya.

Sofia pula tergamam tatkala mendengar suaminya menengkingnya. Fikirannya mula bercampur baur dengan pelbagai jenis persoalan. Namun yang membuatkannya pasti, Irfan benar-benar berubah semenjak pulang dari Beijing. Malam itu dia tidak dapat melelapkan matanya gara-gara terlalu asyik memikirkan apakah punca sebenar kepada perubahan sikap suaminya itu.

Keesokan paginya Sofia terbangun lewat. Lantas dijenguknya bilik tetamu dengan harapan suaminya itu belum pergi ke pejabat. Namun hatinya hampa tatkala melihat bilik itu kosong. Sofia mengeluh keseorangan. Pasti suaminya benar-benar marahkan dirinya memandangkan Irfan langsung tidak mengejutkannya sebelum pergi ke pejabat.

Ini kerana kebiasaanya walaupun Sofia sedang tidur suaminya itu akan menciun dahinya sebelum dia keluar ke pejabat. Sofia lantas mengambil telefonnya dan cuba menghubungi suaminya itu. Namun panggilannya langsung tidak terjawab. Memandangkan tiada panggilan yang dijawab oleh suaminya itu, akhirnya Sofia mengambil keputusan untuk menaip mesej untuk dihantarkan kepada suaminya.

''Salam..abang..Fia minta maaf sebab dah buat abang marah..Fia tahu abang penat malam tadi. Fia tak sepatutnya tanya perkara yang bukan-bukan. Fia rasa bersalah sangat... Malam ni Fia masakkan makanan kesukaan abang ye..Fia nak tebus kesalahan Fia..Fia tunggu abang balik malam ni ye?''

Ditunggunya suaminya itu membalas mesejnya. Namun hampir sejam menunggu, Irfan masih tidak membalas mesejnya. Sofia yang dari tadi tidak senang duduk memikirkan kelakuan suaminya itu lantas bangun dan mencapai beg tangannya. Tudungnya yang disangkut di tepi pintu turut disarungnya ke kepala. Niatnya mahu pergi ke pasar berhampiran untuk memasak hidangan buat suaminya walaupun suaminya itu masih tidak membalas mesejnya.

Irfan yang baru selesai bermesyuarat bersama-sama pekerja membaca mesej yang dihantar oleh isterinya itu. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dia sendiri tidak tahu sama ada dapat pulang kerumah untuk makan malam bersama Sofia atau tidak memandangkan dia terpaksa menemani Jasmine. Akhirnya dia membalas mesej isterinya itu.

“Abang tak tahu lagi boleh balik awal atau lambat… so tak payahlah susah-susah masak untuk abang.”

Irfan yang menunggu Sofia membalas mesejnya itu tiba-tiba terperanjat tatkala bahunya ditepuk. Lantas dia berpaling dan mendapati Johan berada dibelakangnya. Memandangkan Johan sudah berhenti mengajar, Irfan menawarkan rakannya itu jawatan kosong di tempatnya. Sekurang-kurangnya jika dia terlalu sibuk menguruskan Jasmine, Johan dapat membantu menguruskan syarikatnya itu.

“Hai..masam je aku tengok..ada masalah ke?”

“Biasalah…kau sendiri tahu apa masalah aku kan..”

“Jomlah kita keluar minum…boleh kau cerita..mana tahu aku boleh tolong..”

Irfan mengangguk lalu melangkah keluar bersama-sama rakannya itu. Tidak lama kemudian mereka sampai ke restoran yang bertentangan dengan kawasan pejabat Irfan. Usai membuat pesanan Johan lantas menanyakan kepada Irfan tentang masalahnya itu.

“Kenapa kau ni macam orang tak cukup rehat je aku tengok? Waktu presentation tadi pun banyak kali kau lupa point. Kalau kau ada masalah…cerita dekat aku..aku kan kawan kau…”

Irfan mengeluh. Dia tahu yang masalahnya itu semakin teruk hinggakan prestasi kerjanya turut terjejas. Dia juga tahu yang sebagai ketua dia tidak sepatutnya bersikap mencampur adukkan hal peribadi dan kerjaya. Namun dia juga tidak mampu membahagikan masanya buat keluarga dan kerjanya ketika itu. Apatah lagi dengan keadaan Jasmine yang tidak begitu sihat dan Sofia yang seakan-akan mengesyaki dirinya.

“Entahlah Johan…aku sebenarnya tak tahu nak buat macam mana lagi. Dengan keadaan Jasmine yang tak stabil..kadang-kadang waktu aku dekat rumah, hospital call aku. Kalau ikutkan hati aku, memang aku nak je duduk temankan Jasmine sepanjang masa. Tapi dengan kerja lagi..dengan Sofia lagi..sampai kadang-kadang aku sendiri rasa tak tentu arah..dah macam terumbang ambing hidup aku ni..”

“Tak apalah..pasal kerja kau janganlah risau…aku kan ada..kerja-kerja kau aku boleh coverkan..yang penting sekarang ni kau kena pandai bahagikan masa untuk Jasmine dengan Sofia..”

“Eh…mana boleh macam tu..kau pun dah banyak kerja..tak kan aku nak susahkan kau..”

“Beb…kau bayar aku gaji kan? So memang patut pun aku buat kerja..”

“Hmmm…entahlah..aku kalau bole tak nak lah susahkan orang sekeliling aku…sebab tu aku fikir…aku nak ceraikan Sofia…”

“Ceraikan Sofia??? Kau gila ke??? Kenapa kau nak ceraikan dia?”

“Aku tak boleh Johan…aku rasa terbeban sangat bila ada Sofia dan Jasmine..aku rasa aku tak boleh nak berlaku adil..’

“So? Kau nak lepaskan Sofia macam tu je? Kau jangan main-main…kau tahu tak apa yang kau cakap ni?”

“Aku tahu..aku dah fikir masak-masak dah…Kalau tak sebab aku, Jasmine tak kan terlantar sakit macam tu! Aku bertanggungjawab dekat dia..aku tinggalkan dia macam tu je..patutnya aku cari dia betul-betul dulu..jaga dia elok-elok..mesti tak kan jadi macam ni…banyak dosa aku dekat dia…”

“Habis tu Sofia? Kau tak rasa sayang ke nak lepaskan dia?”

“Aku sayang Sofia..dan sebab aku sayanglah aku nak lepaskan dia…aku tak nak dia terseksa hidup bermadu ni…lagipun dia muda lagi…satu hari nanti mesti dia akan jumpa lelaki yang lebih baik untuk dia…”

Johan menggelengkan kepalanya tatkala mendengar kata-kata Irfan. Baginya Irfan sudah tidak mampu berfikir dengan waras kerana mahu menceraikan Sofia.

“Mak ayah kau pula macam mana? Keluarga Sofia lagi?”

“Aku rasa diorang mesti faham niat aku… keluarga Sofia pula…nantilah aku fikirkan..”

“Irfan…aku sebagai kawan nak nasihatkan kau janganlah ceraikan Sofia…banyak lagi cara macam mana kau nak selesaikan masalah ni..bagi aku, cerai tu jalan terakhir. Lagipun sebagai seorang suami, sebelum ceraikan seorang isteri kau kena terangkan sebabnya dulu, si isteri berhak tahu apa sebab dia diceraikan. Macam kes Sofia, aku rasa tak ada sebab kau boleh ceraikan dia.”

Johan berhenti bercakap sebentar sebelum menyambung kata-katanya.

“Sofia tu… Dia tak buat salah langsung dekat kau.. memang dia muda…senang nak cari pasangan lain. Tapi kau kena faham, maruah dia boleh rosak kalau diceraikan waktu umur muda macam ni. Orang akan tuduh dia macam-macam. So before kau buat keputusan…aku minta kau fikir masak-masak dulu. Than, bila kau rasa itu yang terbaik..kau buatlah…aku tak boleh nak halang..aku cuma boleh beri kau nasihat je sebagai kawan kau..boleh?”

Irfan hanya mendiamkan diri sambil memikirkan kata-kata rakannya itu. Baginya apa yang dikatakan oleh Johan memang ada benarnya. Tidak ada sebab munasabah baginya untuk menceraikan Sofia. Sofia menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri dengan sangat baik. Walaupun usianya masih muda, dia tahu akan segala tanggungjawabnya. Akhirnya Irfan mengangguk mengiakan kata-kata rakannya itu.

“Baiklah…aku akan fikir masak-masak…thanks for the advices…”

“Tak ada masalah lah..sekarang pasal kerja kau jangan fikir sangat. Kalau kau tak boleh buat, aku tolong take over ok?”

“Ok…thanks Johan..aku tak tahu macam mana nak balas jasa kau…banyak sangat kau dah tolong aku..”

“Hahaha..tak susah pun…hujung tahu bagi jelah extra bonus…”

“InsyaAllah..mesti ada punyalah..kau kan pekerja aku paling rajin.”

“Hehe yelah tu..jomlah makan..aku banyak benda nak dibuat di office tu.”

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.