Apabila lampu insyarat bertukar hijau, pedal minyak
kereta Suzuki Swift itu terus ditekannya. Sambil memandu matanya mengerling ke
arah jam di tangan kanannya.
''10 minit lagi kelas dah nak mula, matilah
aku kalau lambat!''
Sofia mengomel seorang diri. Semuanya gara-gara dia
terbangun lewat pagi itu. Apabila sampai di dalam kawasan kolej, lantas dia terus
mencari parking lot kereta yang kosong. Dari jauh dia sudah nampak tempat
parking yang kosong, baru sahaja dia mahu memberi signal, tiba-tiba muncul
sebuah Proton Iswara lama masuk ke dalam parking lot itu. Pemandunya pula terus
keluar dari kereta dan menuju kearah bangunan kolej. Lantas Sophia menekan hon
keretanya.
''Hoi!
Tak nampak ke orang dah bagi signal nak masuk parking tu! Awak buta ke?''
Pemandu Proton
Iswara yang memakai kemeja berwarna ungu itu seakan-akan tersentak tatkala
mendengar jeritan Sofia. Merah mukanya menahan malu. Lagi-lagi pabila orang
sekeliling memandang kearahnya seakan-akan dia melakukan kesalahan besar.
''Ish
budak perempuan ni! Kurang ajar betullah, kalau tak sebab ramai orang, siap
kau!''
Dia sengaja
berpura-pura tidak mendengar lalu terus melangkah pergi. Melihat sahaja lelaki
itu berlalu pergi begitu sahaja tanpa langsung memandangnya, hati Sofia
bertambah marah. Tapi bila difikirkan dia sudah terlewat ke kelas, lantas dia
mencari tempat letak kereta lain dan cepat- cepat bergegas ke kelasnya.
Sampai sahaja di kelasnya, kelihatan Mr.Raja sedang
mengagihkan kertas ujian. Sofia menarik nafas lega. Mujur ujian masih belum
bermula.
''Hah! Awak lagi Sofia, lain kali dah tahu saya nak
buat test, datang awal sikit boleh tak? Alasan apa pula awak nak beri hari
ini?''
Sofia tersengih apabila ditegur pensyarahnya.
''
Sorry sir, saya tak sengaja. Cari parking tak jumpa-jumpa tadi!''
''Kalau
macam tu, cepat duduk, saya nak mulakan ujian sekarang.''
Sophia mengangguk, lantas kakinya melangkah ke
tempat duduk yang kosong. Dalam hatinya dia masih menyalahkan lelaki tadi.
Nyaris-nyaris dia terlambat untuk menjawab kertas ujian hari ini gara-gara
berebut parking lot dengan lelaki itu.
Usai menjawab soalan ujian itu, Sofia didekati oleh
rakan-rakannya.
“Awek, jom ikut kami pergi shopping nak tak? Aku
dengan yang lain ingat nak cuci mata dekat mall.''
''Ala,
kau orang tak cakap awal-awal, aku dah plan nak buat benda lain hari ni!''
Berkerut dahi Hana mendengar jawapan Sofia.
''Kau
nak kemana? ''
''Adalah, mana boleh beritahu, rahsia! Eh, kau
kenal tak siapa tuan punya kereta Iswara itu?''
Hana
menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
“Kenapa
kau tanya?''
''Aku
bengang betul lah dengan driver dia pagi tadi. Sebab dia lah aku lewat tadi.
Aku nak balas dendamlah!''
Lantas tangannya menyeluk poket begnya mencari
sesuatu sambil dirinya melangkah kearah kereta yang dimaksudkannya itu.
Rakan-rakannya yang langsung tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Sofia hanya
berpandangan antara satu sama lain sambil turut mengikut rakan mereka dari
belakang.
Irfan berjalan bersama rakannya Johan menuju
kerarah tempat parking. Tatkala terpandang sahaja kereta milik rakannya yang
dipinjamnya sebentar penuh dengan contengan, Jrfan menepuk dahinya. Johan pula
hampir sahaja terbeliak matanya melihat keretanya sebegitu rupa.
‘’Beb, apasal kereta aku jadi macam ni? Baru
pinjamkan dekat kau sekejap, dah kena conteng! Dengan lipstik pula tu. Kau cari
pasal dengan perempuan mana ni?''
Johan
membebel sambil membelek cermin tingkap keretanya yang penuh dengan contengan
lipstik merah jambu. Irfan mula berasa bersalah. Jika bukan kerana keretanya
rosak, dia tidak akan meminjam kereta rakannya itu dan pasti kereta rakannya
itu tidak akan diconteng sebegitu rupa.
“Ini mesti kerja budak perempuan tadi..ishh.. Asal
kau punya student kolej ni? Ganas gila!''
''Hah! baru kau tahu..aku dah mengajar tiga tahun dekat
sini yang tanggung azab tau!, anak orang berada, mana reti hormat orang lain.''
''Aduh..sorry la bro!..kita pergi car wash dulu, settlekan
kereta kau, lepas tu baru ke bengkel ambil kereta aku''
Johan mengangguk tanda setuju. Irfan mengeluh
sendirian apabila ternampak sebatang lipstik di tepi tayar kereta itu. Lantas
dikutipnya lipstik itu sambil tebayang di dalam kotak fikirannya wajah gadis sebentar tadi.
''
Siap kau kalau aku jumpa lagi!''
************************************
''Mak long, rumah siapa ni? Besarnya, kenduri pun
macam meriah je, anak datuk mana yang kahwin ni?''
Bisik Sofia
di telinga mak longnya.
''Ish budak
ni, tak kan tak ingat? Ni kan kawasan rumah Sofia dulu. Waktu kecilkan Sofia
dengan Adam selalu datang main dekat sini dengan Irfan, Ingat tak? Hari ini
mereka buat kenduri doa selamat untuk Irfan, dah 8 tahun dia tak balik
Malaysia.''
''Oooo...yeke..''
Sofia membalas pendek. Dari riak mukanya sahaja mak
longnya dapat mengagak gadis itu masih tidak dapat mengingatinya.
''
Haa..tak ingat la tu!''
Sofia tersengih bila disergah oleh mak longnya.
''Ala mak long ni, Fia ingat-ingat lupa la..rasa
macam pernah datang rumah ni.''
“Memanglah, inilah tempat awak main waktu kecil dulu,
asal bangun dari tidur je, awak usung bantal busuk pergi rumah sebelah. Tak
malu betul, pagi-pagi dah cari anak teruna orang ajak main!''
Sofia mengerutkan keningnya tanda tidak percaya.
''Tipulah
mak long ni..tak percayalah lah Fia''
Baru dia mahu bertanyakan soalan lagi kepada mak
long nya, tiba-tiba seorang wanita berusia kira-kira 50 an datang memeluk mak
longnya.
''Ya
Allah Mar, datang pun kau, lama dah aku tunggu!''
''Eh, mestilah aku datang, dah lama betul aku tak
jumpa kau! Aku lambat sementara tunggu si Sofia ni habis kelas. Nak harapkan si
Mukhriz tu, alamatnya tak dapat datanglah aku kenduri kau ni, busy memanjang! Sofia,
sini, salam mak cik Nina.''
Sofia yang
masih terpinga-pinga lantas menghulurkan kedua belah tangannya namun lantas
dipeluk oleh wanita itu.
''Sofia ke
ni Mar? Masya Allah, dah besar dah sekarang. Dulu kecik je, dengan pakai
lampinnya. Dah besar ni cantik sangat mak cik tengok! Ingat mak cik lagi tak?''
Sofia tersenyum tersipu malu. Perlahan-lahan memori
di rumah besar itu muncul di fikirannya. Betul kata mak long nya, baru dia
teringat, dulu sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, keluarganya pernah menetap di
Hulu Langat dan rumah besar itulah tempat dia bermain ketika masih kecil.
''Bakal
menantu kau, memanglah kau kata cantik Nina''
Balas puan Marlia.
''Haha, yela, siapa yang tak nak menantu cantik
macam ni, dah jom masuk. Mak ayah kamu dah lama sampai.''
Sofia menjenguk ke dalam rumah itu, kelihatan ayah
dan ibunya sedang berborak dengan tetamu lain. Sebentar tadi abangnya telah
meminta dirinya mengambil mak long mereka dirumahnya. Memandangkan abangnya
agak sibuk, Sofia bersetuju untuk mengambil mak longnya itu manakala ibu dan
ayahnya pula telah bertolak lebih awal kerana ingin membantu dalam persiapan
kenduri itu.
''Tunggu
apa lagi tu, jom lah masuk, mak long pun dah lapar ni''
Lantas Sofia mengangguk dan mengikuti mak longnya
dari belakang. Suasana rumah itu agak meriah memandangkan telah ramai tetamu
yang hadir. Setelah selesai bersalaman dengan tetamu yang ada, Sofia lantas
menuju ke bawah khemah untuk mengambil makanan. Perutnya sebenarnya sudah lama
lapar. Sengaja dia tidak menjamah makanan memandangkan dia perlu hadir ke
majlis itu.
Irfan memerhatikan Sofia dari jauh, gadis itu
sedang sibuk mengambil makanan yang telah disediakan di bawah khemah. Apabila
melihat Sofia duduk di sebuah meja, lantas dia pun bergegas duduk di meja berhadapan
dengan Sofia. Matanya memandang tajam kearah gadis itu. Sofia pula ketika
sedang menjamu selera,tiba tiba dia merasakan dirinya diperhatikan.
“Apahal mamat depan aku ni? aku tahu la aku lawa,
tak payah la pandang sampai macam tu sekali”
Sofia
berpura-pura tidak melihat Irfan lalu menyambung menjamu selera.Tiba-tiba dia
tersedak apabila dia menyedari Irfan duduk disebelahnya ketika dia khusyuk
menyambung menjamu selera. Lantas dia meneguk air dengan gelojohnya.
“Haa..itulah,
makan gelojoh sangat, kan ke dah tersedak?’’
Sofia menjeling kearah Irfan.
“Awak
nak apa? kalau ye pun nak duduk tepi saya, tak boleh ke bagi salam dulu?”
Sofia merungut sambil mengelap mulutnya dengan
tisu. Di pandangnya kiri dan kanan, mujur tak ramai yang berada di khemah itu.
Kalau tidak pasti sahamnya turun gara-gara tersedak ketika khusyuk menjamu
selera
“Eh,
memang saya nak bagi salam, tapi tak sempat bagi, awak dah tercekik dulu!”.
Sofia menjeling Irfan sekali lagi. Bila diamatinya
wajah lelaki itu macam pernah dilihat olehnya sebelum ini.
“Awak
ni siapa? Datang dari mana? Nak apa?”
“Wah,
banyaknya soalan? Saya datang ni sebab nak tanya awak ada hilang barang ni
tak?”
Irfan
mengeluarkan sebatang lipstick dari poket baju melayunya. Melihat lipstick itu
Sofia lantas mengambilnya dari tangan Irfan.
“Eh! mana awak jumpa? Lipstik MAC saya..baru beli
ni..penat saya cari dari petang tadi….”
Tiba-tiba mukanya berubah merah padam, lalu lipstick
yang dipegagnya itu dipulangkan pada Irfan.
“Ini bukan saya punya, awak salah orang lah! Cuba tanya
dekat perempuan lain..mungkin ada yang tercicir tadi!’’
Sofia terus tergesa-gesa bagun meninggalkan meja
itu. Irfan pula tatkala melihat gadis itu bergegas meninggalkannya, dia lantas terus
mengejar gadis itu lalu menarik tangannya di hadapan khalayak ramai.
“Oh, awak dah conteng kereta kawan saya dengan
lipstick ni, sekarang tak mengaku pula ye?”
“Apa awak
cakap ni? saya tak fahamlah!”
Sofia cuba melepaskan tangannya daripada pegangan tangan
Irfan. Mukanya bertambah merah padam pabila melihat ramai orang sedang memerhatikan
mereka berdua. Aduh..macam manalah dia
boleh cam muka aku?
“Eh, awak ingat saya tak cam ke muka awak pagi
tadi? suka hati awak je nak conteng kereta orang!”
“Sakitlah..lepaslah tangan saya! alah setakat kena
conteng macam tu, bukan mahal pun kos nak hilangkan! cakap je berapa? Setakat
benda macam tu saya boleh bayarlah!”
Irfan mula
kurang sabar mendengar jawapan Sofia yang dirasakannya agak kurang ajar. Tanpa
berfikir panjang dia meninggikan lagi suaranya. Tetamu yang hadir semakin ramai
mengelilingi mereka tatkala mendengar suara mereka berdua.
“Wah, wah, senangnya dia cakap! dah buat salah, tak
nak mengaku, lepas tu tak reti-reti nak minta maaf! Awak ni memang jenis budak
kecil tak ada adab ke?”
“Eh! Suka
hati awak je panggil saya budak kecil! Saya dah besar lah!”
“Saya peduli
apa awak besar ke kecil! Sekarang saya nak awak minta maaf cepat!”
“Saya minta maaf dengan awak? Eh sorry lah! Saya
Iris Sofia tak kan minta maaf kalau orang lain yang mulakan dulu!”
“Eh awak yang conteng kereta tu! Kenapa saya yang
mulakan pula?”
“Hello! Sebab awaklah saya nyaris lambat jawab
ujian tadi tahu tak!”
“Oh, sebab berebut parking tu? Awak ni memang dasar
budak kecil! Fikiran tak matang langsung! Budak tadika pun tak kan conteng
kereta orang tahu tak!”
“Eh! Awak ni kan….”
Baru sahaja Sofia mahu membalas kata-kata Irfan,
tiba- tiba dia terdengar ibunya menjerit namanya.
“Iris
Sofia! tak malu ke gaduh-gaduh dekat rumah orang?”
“Tapi ibu, dia yang mulakan dulu..”
“Sudah!
ibu tak nak dengar apa pun! Kamu pergi balik sekarang!”
“Tapi
bu…”
“Balik
sekarang!”
Sofia akur dengan kata-kata ibunya. Dia berlalu
pergi. Namun dia sempat menoleh kearah Irfan dan mendapati Irfan sedang tersenyum
sinis kearahnya tatkala melihat Sofia dimarahi.
“Siap
kau! kau dah malukan aku, ingat aku nak lepaskan kau macam tu saja?”
Melihat Sofia dimarahi oleh ibunya, Puan Nina
berasa bersalah lalu pergi mendekati ibu Sofia.
“Sudahlah Aida, Irfan ni yang mulakan, bukan salah
Sofia pun. Budak tu baru nak makan, tak kan nak suruh dia balik? Kasihan
Sofia..”
“Tak
apalah kak, biar dia balik ke rumah,nanti bergaduh lagi.Buat malu depan orang
je!”
“Ya
Allah Aida..Sofia tu tak salah, si Irfan ni yang cari gaduh dulu!”
Tanpa sempat mengelak tiba-tiba tangan ibunya
hinggap ke lengannya lalu dicubit oleh ibunya. Irfan mengaduh kesakitan.
“Aduh!
Sakitlah ummi…dia yang cari gaduh dulu la..bukan salah Irfan pun..”
“Memang
patut pun ummi cubit kamu! Yang kamu pergi usik Sofia tu kenapa?”
“Bukan
Irfan lah..perempuan tu yang cari pasal dulu..Irfan tak tipulah ummi…”
“Tak apalah kak..biar si Sofia tu
balik..kadang-kadang dia memang macam tu. Dah besar pun gaduh macam
budak-budak..tak pasal-pasal pula Irfan yang akak marah.”
Irfan tersengih tatkala mendengar ibu Sofia
menyokongnya. Padan muka kau perempuan!