Sofia
memandang kakaknya yang sedang menangis teresak-esak di pangkuan ibu mereka.
Dia juga masih kebingungan. Peristiwa yang berlaku sebentar tadi masih segar di
ingatannya.
''Mukhriz, aku
cakap terus terang jelah ye..tak pandai pula aku nak bermadah-madah ni..kau pun
dah tahu niat kami datang ke sini. Jadi kita tetapkan jelah tarikh pertunangan
dan nikah Irfan dan Sofia ni.''
Sofia yang
ketika itu sedang mengangkat dulang minuman terkejut pabila mendengar namanya
yang disebut,bukan kakaknya. Hampir sahaja dulang air yang dipegangnya itu
terjatuh ke lantai. Semua tetamu yang hadir juga kelihatan terkejut pabila
mendengar nama Sofia yang disebut. Oleh kerana terperanjat dengan kata-kata
ayah Irfan, Puan Aida lantas menyampuk.
''Sofia? Abang
Mat dah silap ni, anak saya yang nak dikahwinkan dengan Irfan itu namanya Syasya.
Bukan Sofia…Sofia tu adik Syasya.''
''Eh
tak lah, memang kami datang ni nak merisik si Sofia. bukan Syasya!''
Buat seketika
majlis merisik itu menjadi riuh rendah gara-gara berlaku salah faham diantara
dua keluarga itu. Namun oleh kerana ramai tetamu luar yang hadir, bagi mengelak
malu, pinangan itu diterima oleh keluarga Sofia. Sebaik sahaja semua tetamu
sudah beredar pulang, Puan Aida terus mendekati suaminya.
''Apa ni bang?
Kenapa Sofia yang mereka nak kahwinkan dengan Irfan? Syasya yang selama ni
sukakan Irfan..kita pun dah janji nak kahwinkan mereka. Kenapa tiba-tiba Sofia
pula yang mereka mahu jadikan isteri Irfan?''
Anak matanya
memerhatikan anak perempuannya yang masih menangis teresak esak. Dia tahu
Syasya kecewa apabila rombongan tersebut datang untuk merisik adiknya. Dia juga
tahu Syasya sudah lama menyukai Irfan.
“Iyelah ayah,
Sofia tu baru 20 tahun, belajar pun tak habis lagi, takkan nak dikahwinkan
dengan Irfan? Irfan tu kan sebaya saya?''
Adam
menyampuk. Dia juga terkejut dengan peristiwa sebentar tadi. Mana mungkin dia
mahu membiarkan adik kesayangannya itu dikahwinkan dengan lelaki yang 10 tahun
lebih tua darinya.
''Awak dengar
sendiri kan tadi? Ahmad sendiri cakap dia nak jadikan Sofia menantu, bukan Syasya..mesti
ada sebabnya!''
Ujar encik Mukhriz
kepada isterinya. Mendengar kata-kata ayahnya itu Syasya lantas menerpa kearah
adiknya itu.
''Ini semua
salah kau Sofia! Mesti kau yang goda irfan kan? Kau tahu aku suka dia, sebab tu
kau nak rampas dia dari aku!''
Sofia terkejut
tatkala kakaknya itu menerpa kearahnya.
“Ya Allah kak,
Fia tak pernah buat macam tu, tak terfikir pun nak buat perkara macam ni dekat
kakak!''
Sofia menjawab
bersungguh-sungguh untuk membuktikan dia tidak melakukan perkara yang dikatakan
kakaknya itu. Namun Syasya yang tidak dapat mengawal rasa marahnya itu terus
menampar Sofia hingga adiknya itu terjatuh.
''Syasya! Kau
gila ke tuduh adik sendiri!''
Jerkah Adam. Lantas
dia membantu Sofia untuk bangun. Dilihatnya di tepi mulut adiknya itu kelihatan
sedikit berdarah. Syasya mendengus kuat sebelum menyambung percakapannya.
''Adik?
Perempuan ni bukan adik aku! Ayah, ibu, Sya dah tak tahan dah! Selama ni Sya buat
tak tahu je! tapi sekarang Sya dah tak kisah dah dengan perempuan tak tahu malu
ni! Sya dah tak sanggup hidup dengan anak angkat ni! Entah dari keturunan
perempuan jalang mana dia datang, dia tak layak langsung jadi adik Sya!”
“Syasya! Tutup
mulut kau!”
Syasya
merenung abangnya tatkala Adam menyuruhnya mendiamkan diri.
“Abang suruh
Sya diam? Dari dulu sampai sekarang Sya selalu dengar jiran-jiran kita kata
kita bela anak buangan. Kawan-kawan Sya kata adik Sya anak angkat! Anak luar
nikah! Sya senyap je walaupun Sya malu..tapi hari ni Sya dah tak sanggup dah
tengok muka anak angkat ni! Biar dia tahu taraf dia dalam rumah ni!''
“Syasya!”
Mendengar
kata-kata yang keluar dari mulut kakaknya itu membuatkan tubuh badannya
mengeletar. Air matanya mula bergenang.
''Fia..Fia
ni anak angkat ibu dan ayah ke? “
Dipandangnya
kedua ibu bapanya, namun kedua-duanya seakan akan mengelak dari memandang
kearahnya. Adam lantas memegang tangan adiknya itu.
''Fia jangan dengar cakap Syasya, tak betul
semua tu! Fia adik abang!'
Sofia memandang
pula wajah abangnya itu. Air matanya mula menitik dan mula membasahi wajahnya.
“Abang pun
tahu yang Fia ni anak angkat? Kenapa….Kenapa tak beritahu Fia? Kenapa tak cakap
Fia anak angkat!!!”
Sofia lantas
berlari keluar dari rumahnya tanpa sempat dihalangi oleh sesiapa dan terus
memandu keretanya keluar. Encik mukhriz mengeluh kuat sambil memerhatikan
kereta Sofia keluar dari perkarangan rumah mereka.
Rahsia yang
selama ini tersimpan rapi telah terbongkar pada malam itu. Hatinya jadi tidak
keruan dan tiba-tiba sahaja dia merasa tidak boleh bernafas dan dadanya teramat
sakit. Pandangannya bertukar gelap tidak lama kemudian. Seisi rumah menjadi
kelam-kabut sebaik sahaja melihat ayah mereka rebah ke lantai.