Keesokkan
harinya mereka berdua pergi ke pantai. Sampai sahaja di pantai itu Irfan terus
terjun kedalam laut. Sofia pula hanya duduk dibawah pokok sambil melihat
suaminya itu mandi laut. Irfan berkali-kali memanggil Sofia terjun bersamanya.
Namun Sofia berdegil tidak mahu turun kelaut. Dirinya sibuk menyapu sunblock
kebadannya takut-takut kulitnya terkena sinaran mentari.
“Awak! Jomlah
mandi, kita datang jauh-jauh ni sebab nak mandi laut, bukan nak duduk bawah
pokok je!”
“Tak
naklah…nanti hitamlah kulit saya! Tak pun nanti kena cancer kulit!”
“La…kesitu
pula dia…pagi-pagini kan cahaya matahari tu bagus..apa orang kata..Vitamin E
untuk kulit kan?”
“Tak nak!
Nanti kulit hitam..dah lah ada majlis reception hujung minggu ni..”
“Alah..awak
pakailah sunblock banyak macam mana pun, tak ada bezanya pun..kalau dah hitam
tu, hitam jugak hehe!”
Sofia
menjeling suaminya itu. Geram benar pabila dia bercakap dengannnya. Ada sahaja
benda yang mahu diusiknya.
“Hehehe..marah
ke? Tak payah lah marah saya, nanti makin banyak berkedut dekat muka awak tu..”
Sofia
mendiamkan diri sambil buat-buat tidak mendengar kata-kata suaminya itu.
Baginya melayan suaminya itu bercakap tak ubah seperti melayan abangnya Adam.
Ada sahaja perkara yang akan diusik oleh mereka. Dia kemudiannya mengambil
sebuah novel dari dalam begnya untuk dibaca.
Sedang khusyuk
membaca novel tiba-tiba sahaja Irfan merenjis air kepadanya. Habis novelnya itu
basah gara-gara terkena air. Dilihatnya Irfan sedang berdiri berhampirannya
sambil mengibas-ngibas pakaiannya yang basah. Dia pasti suaminya itu sengaja
berbuat demikian untuk menganggunya.
“Awak ni kan!
Kalau tak ganggu saya tak boleh ke hah?”
“Eh..bila masa
saya kacau awak..saya tak buat apa pun..keringkan baju je..”
“Banyak-banyak
tempat..perlu ke awak kibas baju awak depan saya?”
“Laaa….itu pun
salah ke?”
Irfan
buat-buat sepeti tidak bersalah. Sofia pula pabila melihat suaminya itu sengaja
menganggunya, dia mengusap-ngusap dadanya. Sabar sofia..sabar..jangan dilayan
sangat dia ni..buat sakit hati je! Irfan tersengih sekali lagi tatkala melihat gelagat
isterinya itu. Sengaja dia mengusik isterinya itu.
Sofia duduk di bawah sambil memerhatikan suaminya
yang sedang begitu rancak berbual dengan beberapa orang pelancong asing. Dia
mula menarik muka masam kerana sudah hampir setengah jam dia duduk dimeja makan
itu keseorangan. Sebentar tadi Irfan telah mengajaknya makan malam di restoran.
Tetapi tatkala dia sampai ke restoran itu dia mendapati suaminya sedang begitu
rancak berbual bersama sekumpulan gadis.
“Tadi beria suruh aku siap cepat…tapi dia pula
sibuk mengorat minah-minah saleh ni..eee.geramnya..baik aku duduk dalam bilik
makan Maggi je!”
Sementara menunggu suaminya itu selesai berbual,
Sofia akhirnya mengambil keputusan untuk makan sendirian kerana perutnya mula
terasa lapar. Sambil menjamu selera dia sibuk memerhati gelagat suaminya itu.
Irfan kelihatan begitu gembira bersama-sama gadis-gadis itu sehinggakan dia
mulai yakin yang suaminya itu mungkin sudah terlupa akan janjinya untuk makan
malam bersama.
Akhirnya selera makannya hilang begitu sahaja.
Lantas dia mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan di tepian pantai. Suasana
kawasan pantai agak menenangkan. Memandangkan pantai itu berdekatan dengan
restoran tadi, maka dirinya tidaklah begitu takut untuk berjalan berseorangan.
“Kan seronok datang tempat macam ni dengan orang
yang kita suka…ni tak..datang dengan orang tua tu bukan best pun…menyakitkan
hati je…apalah malang sangat nasib kau ni Sofia!”
Sofia mengeluh sendirian. Kemudian dia mengeluarkan
telefon bimbitnya. Niat dihati mahu menelefon rakan-rakannya.
“Ishhh…line pula tak adalah…bosannya! Ada suami
pun, sibuk mengayat perempuan
lain…”
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk hanya
berjalan-jalan di persisiran pantai itu.Ketika sedang sibuk berjalan menikmati
suasana malam di pulau itu, tiba-tiba dirinya terasa seolah-olah seperti
diekori dari belakang. Lantas dia mempercepatkan langkahnya.
Namun malang tidak berbau pabila dia telah tersepak
tunggul kayu yang berada di kawasan itu lalu jatuh ke atas pasir. Tiba-tiba dia
mendapati ada seorang lelaki sedang berdiri hampir dengannya. Sofia mula kaget.
Lantas dia menjerit meminta pertolongan sekuat yang mungkin. Kakinya pula sibuk
menendang-nendang kaki lelaki tersebut dengan harapan dapat menghalau lelaki
itu pergi menjauhi dirinya.
Lelaki itu
mengerang kesakitan sambil memegang kakinya.
''Aduh....
Cik! Cik! Janganlah menjerit, saya bukan orang jahat..''
''Awak nak apa dari saya ha? Kalau awak berani
datang dekat lagi, saya menjerit lagi kuat nanti!''
''Ok..ok..saya memang tak ada niat nak buat
jahat...saya sebenarnya nampak cik dari restoran tadi... Kita pernah jumpa
sebelum ni...cik ingat saya lagi tak?''
Sofia terdiam sebentar tatkala mendengar kata-kata
lelaki itu. Buat seketika dia hanya memandang wajah lelaki itu. Tiba-tiba
barulah dia mengenali wajah lelaki yang berada dihadapannya itu. Lelaki itulah
yang telah melanggarnya ketika dia berada di kafe seminggu sebelum
berlangsungnya majlis perkahwinannya. Sofia lantas bangun berdiri.
''Ya Allah...awak ke? Sorry...sorry...saya
mati-mati ingatkan awak ni orang jahat..Ya Allah...saya minta maaf...tak
sengaja...saya tak kenal sangat muka awak dalam keadaan samar-samar ni...''
''Eh...tak apa...tak apa...salah saya sebab ikut
cik macam tu..mesti saya buat cik rasa takut tadi..''
''Hehehehe...tak adalah..tapi kenapa awak ikut
saya?''
''Oh...tadi
memang saya nak tegur cik..tapi belum sempat saya nak tegur, cik dah tinggalkan
restoran tu..lepas tu saya nampak cik tertinggal dompet cik..sebab itu saya
ikut cik..nak panggil, tak tahu nama..''
Sofia menepuk dahinya.
''Astarghfirullahalazim...dah
la awak nak tolong saya, boleh pula saya pukul awak tadi...saya minta maaf
ye...sakit tak saya tendang tadi?''
''Hahahaha...boleh
tahan juga la…sampai sekarang still berdenyut..kuat juga awak ni kan?''
Sofia tersengih malu.
''Sorry
ye..betul-betul tak sengaja.''
''Nevermind...nanti
hilanglah sakit ni.''
''Really?
thanks...eh..memandangkan awak dah tolong saya pulangkan dompet yang saya
tertinggal ni..why not saya belanja awak minum? Boleh?''
''Awak nak belanja saya minum? Eh tak payah
lah..lagipun kita sama-sama baru lepas makan kan? tapi kalau awak nak, boleh
kita duduk dekat tepi pantai ni je..I mean, boleh kita borak-borak..last time
saya tak sempat nak berkenalan dengan awak..''
''Oh..ok..good idea..kita duduk dekat pondok
tu ok tak? Dekat sikit..tak adalah awak kena jalan jauh dengan kaki awak yang
sakit tu.''
Lelaki itu
mengangguk sambil tersenyum. Buat seketika Sofia terpaku melihat wajah lelaki
itu. Walaupun ini kali kedua dia bertemu dengan lelaki itu, tetapi barulah dia
sedar yang lelaki itu mempunyai rupa paras yang agak menarik hati perempuan.
Sampai sahaja di bawah pondok itu mereka terus menyambung perbualan seolah-olah
sudah lama saling mengenali.
''Dah lama kita duduk borak, nama cik pun saya
tak tahu..''
''Oh..haah la...kita ni sembang macam kawan lama
pula kan? Hehehe..lupa pula nak beritahu nama saya...awak boleh panggil saya
Fia..''
''Fia? Nama
penuh?''
''Iris Sofia..panggil Fia pun cukuplah..nama
awak?''
''Iris
Sofia? Sedap nama tu..Saya Harith...kawan-kawan panggil Riz..cik pun boleh
panggil Riz je.''
''Hehehe..
Kira saya ni dah jadi kawan awak la ni ek? Awak buat apa ye kat pulau ni? I
mean datang bercuti ke?''
''Eh tak
adalah..saya sebenarnya kerja dengan travel agency..so saya sebenarnya datang
bawa pelancong-pelancong asing ke pulau ni lah.''
''Really? Tipulah...saya tak percaya..''
''Ha? Tak
percaya? Kenapa pula?''
''Yelah..beg yang awak bagi dekat saya tu harga dia
mahal tau..saya tak percaya awak ni kerja tourist guide je.''
''Hehehe...yelah..pandai
cik Sofia teka... Actually travel agency tu saya yang punya. Sebab minat sangat
melancong, saya decide nak buat travel agency sendiri..bolehlah saya bekerja
sambil melancong...''
''Wah!
Bestnya..muda-muda lagi ada company sendiri...mesti seronok kan kerja macam tu?
So tadi group foreigners dekat restoran tu awak punya customerlah ek?''
Harith tersenyum sambil mengangguk. Entah mengapa
dia agak tertarik dengan gadis dihadapannya itu sejak kali pertama dia melihat
Sofia.
''Seronok juga lah..banyak tempat saya dah
pergi...cik Sofia pula? Datang sini bercuti ke?''
''Alah..tak
payahlah panggil saya cik cik ni...panggil Fia dah lah..lagipun saya dah
kahwinlah..''
Harith terkejut tatkala mendengar Sofia mengatakan
bahawa dia sudah berkahwin. Tiba-tiba muncul perasaan kecewa dihatinya. Mana
mungkin gadis itu sudah berkahwin. Baginya Sofia kelihatan seperti terlalu muda.
''Tipulah..tak
kan muda-muda dah kahwin? Saya tak percayalah..''
''Betullah awak..tengok ni..tangan pun still
berinai lagi tau..''
Buat seketika Harith mendiamkan diri. Jari jemari
sofia yang masih merah berinai membuktikan gadis itu sudah berpunya.
''So
baru kahwinlah ni? Kira Sofia datang ni dengan suami la?''
Sofia mengangguk.
''Yes..dengan
suami saya...''
''Tapi…”
“Tapi
apa?”
“Saya tengok Fia dari tadi seorangan je? Kalau
suami Fia ada sekali, kenapa Fia tak jalan-jalan dengan dia? Ni kita duduk
berdua ni dia tak marah ke?''
''Hehehe...awak jangan risaulah..dia bukan hiraukan
saya sangat.. Tadi awak nampak tak ada seorang lelaki Melayu duduk dengan
cutsomer awak?”
Harith mengangguk. Tatkala dia meninggalkan
restoran itu dia sempat melihat kelibat seorang lelaki Melayu sedang rancak
berbual dengan pelancong-pelancong dari agensinya.
“Itulah
suami saya...''
''Eh..kalau macam tu kenapa dia biarkan Fia
seorangan?''
Sofia
tersenyum tatkala mendengar pertanyaan Harith itu. Dia sendiri tidak tahu
bagaimana hendak menerangkan perkara yang sebenarnya kepada lelaki itu.
“Panjang ceritanya…oklah awak..dah
lewatlah..saya nak balik ke chalet dululah..”
“Oh..ok..nak saya temankan ke?
Malam-malam macam ni bahaya kalau jalan seorang?”
“Tak
apa..lagipun tak jauh sangat..by the way..thanks sebab belikan beg hari tu…saya
tak sempat cakap terima kasih dengan awak..cepat sangat awak pergi.. and terima
kasih sebab temankan saya berbual..awak macam tahu je saya tengah bosan..”
“Welcome..see
you later ok?’
“Alright..Good
Night..”
Sofia lantas
mempercepatkan langkahnya menuju ke chalet. Dia terlalu asyik berbual hinggakan
dia terlupa yang Irfan mungkin menunggunya dihadapan chalet memandangkan kunci
ada padanya.
“Alamak! Mesti orang tua tu membebel
nanti. Habislah aku!”
Sangkaan Sofia
memang tepat kerana dari jauh lagi dia dapat melihat suaminya itu sedang
berdiri tercegat di hadapan pintu chalet.
“Hah! Ada pun..ingatkan dah balik KL
tadi! Berjanggut saya tunggu awak tahu tak?”
“Sorrylah..saya terlupa awak tak ada
kunci bilik..bukan saya sengaja..”
“Kalau terlupa
boleh dimaafkan lagi…Awak pergi mana malam-malam buta macam ni? Saya tunggu
awak dekat restoran punyalah lama! Awak tu isteri saya, kalau nak pergi
mana-mana pun at least call lah saya..ni tak..telefon pun awak off kan..kalau
apa-apa jadi dekat awak saya yang kena jawab nanti!”
Sofia mula
hilang sabar tatkala Irfan memarahinya.
“Awak tahu tak
saya tunggu awak dekat restoran tu dekat sejam! Suka hati je awak marahkan
saya! Patutnya saya yang marah awak! Sibuk sangat menggatal dengan minah-minah
saleh tu sampai isteri sendiri pun awak lupa!”
Dia lantas
masuk kedalam bilik mereka dalam keadaan marah dan meninggalkan Irfan dalam
keadaan terpinga-pinga. Irfan pula mula berasa bersalah tatkala mendengar
kata-kata Sofia. Sebenarnya dia begitu asyik berborak dengan
pelancong-pelancong asing itu hinggakan terlupa akan janjinya pada Sofia.
Tatkala dia selesai berbual, dia terus mencari Sofia. Namun dia tidak terlihat
akan kelibat isterinya itu di kawasan restoran. Disangkanya isterinya itu
mungkin masih berada di chalet.
Pabila dia pulang dia mendapati Sofia tiada di
chaletnya. Bekali-kali dia cuba menghubungi isterinya itu. Namun ternyata
telefon isterinya itu telah dimatikan. Setelah melihat Sofia begitu marah Irfan
mula menyedari sebenarnya dirinya lah yang memungkiri janji.
Irfan
kemudiannya masuk kedalam bilik dengan niat mahu memujuk isterinya itu. Dia
terkejut tatkala melihat Sofia telah membaling bantalnya kelantai.
“Awak buat apa ni?”
“Saya tengah
asingkan tempat tidur awak dengan saya! Malam ni awak tidur bawah! Saya tak nak
tidur sekatil dengan awak!”
“Tapi takkan saya nak kena tidur
dekat bawah? Mati kesejukanlah saya?”
“Itu bukan hal saya…awak uruskanlah
sendiri!”
Irfan
mengeluh. Jika tidak kerana perasaan bersalahnya terhadap Sofia, pasti sudah
lama dia berebut tempat tidur dengan isterinya itu. Dia kemudian mengutip
bantalnya dari atas lantai lalu membaringkan dirinya keatas sofa yang berada di
tepi katil itu. Niatnya mahu tidur sahaja diatas sofa itu.
Namun oleh
kerana tubuh badannya agak besar, sofa itu agak terlalu sempit buatnya. Mahu
atau tidak akhirnya dia membaringkan dirinya keatas lantai. Hai Irfan…siapa
suruh kau cari pasal…nasib kau lah kena tidur dekat lantai…Sekurang-kurangnya
Sofia tidak menghalaunya tidur di luar.
Keesokkan
paginya Irfan bangun dalam keadaan sakit belakang. Berkali-kali dia menepuk
belakangnya, namun lenguh-lenguh akibat tidur diatas lantai itu masih belum
hilang. Sofia pula tersenyum sinis tatkala melihat gelagat suaminya itu. Padan
muka! Siapa suruh cari pasal dengan aku.