''Handsome
betullah encik Irfan tu..tiap kali dia mengajar, cair aku tengok dia.
Ish..badan dahlah tegap macam Fahrin Ahmad..Sya, kau agak dia ada girlfriend
tak?''
''Aku pun tak tahulah Hana..umur dia dah dekat
30 kot..ish takkanlah dia tak ada girlfriend.''
''Tapi
aku tengok macam tak de girlfriendlah Sya..macam single je.. Kau pulak Fia?
rasa-rasanya dia ada girlfriend tak?''
Sofia
hanya termenung memandang buku-buku dihadapannya itu. Mulutnya pula sibuk
mengunyah gula-gula getah. Melihat Sofia tidak menghiraukan soalannya, Hana
lantas mencucuk pinggang rakannya itu.
''Opocot..mak
kau! Terkejut aku!...Hoi! Tak reti panggil aku elok-elok ke? Nasib baik aku tak
tercekik tau!''
''Hahaha..sorrylah..aku
tanya kau buat bodoh je dari tadi.. Pe kes kau ni? asyik termenung je baru-baru
ni?''
''Tak de
apa apa pun..apa soalan kau tanya aku tadi?''
''Tak delah..aku dengan Si Misya tengah cakap
pasal encik Irfan yang ajar subjek Marketing tu..handsomelah..agak-agak dah ada
girlfriend ke belum ek?''
''Girlfriend
aku tak tahu..yang aku tahu bulan depan dia nak kahwin....''
''Hah!
Nak kahwin? Mana kau tahu ni? Kau kenal ke siapa pengantin perempuannya? Ya
Allah, bertuahnya perempuan tu!''
Sofia
lantas menunjukkan riak wajah sedih.
''Hana....perempuan tu tak bertuah
langsung...malang lagi yelah...''
'' Eh..mana
kau tahu? Dia dahlah handsome, aku dengar anak orang kaya pula tu! Untung tau
dapat kahwin dengan dia.''
Sofia mula
menangis teresak-esak dihadapan rakan-rakannya itu.
''Lah..menangis
pula dia..kau suka dekat dia juga ek Fia? Aku ingatkan Hana seorang je yang
tergilakan encik Irfan tu..kau pun sama? Bersabar jela ye Sofia..kita kan muda
lagi..ramai lagi calon untuk kau nanti..''
Misya
menepuk-nepuk belakang sahabatnya itu. Tangisan Sofia semakin kuat pabila
mendengar kata-kata Aisya.
''Eh..yang kau beria menangis ni kenapa? Bukan
kau bencikan dia ke?''
''Sebab aku benci dialah aku menangis...''
''Eh..kenapa pula?''
Aisya
dan Hana bertanya serentak. Pelik benar melihat reaksi rakan karib mereka itu.
“Sebab
akulah bakal isteri dia! Huhu....aku tak nak kahwin dengan dia...”
Hana dan
Aisya saling berpandangan selepas mendengar kata-kata Sofia.
''Kau jangan buat lawak Sofia..tak lawak pun!''
''Kau orang ingat aku main-main ke bab kahwin ni..
aku tak nak kahwin awal..aku tak nak!''
''Kau biar betul Sofia?''
''Betullah..kau
orang ingat aku suka ke melawak hal-hal macam ni…aku baru nak bagi kad jemputan..tak percaya
sangat..tengoklah..''
Aisya
lantas mengambil kad jemputan yang dihulurkan oleh Sofia itu.
''Ya
Allah..Hana! Betullah Sofia nak kahwin dengan encik Irfan!''
***************************************
Irfan
mengangkat kotak yang mengandungi barang-barang Sofia untuk dipindahkan ke
apartment yang bakal dihuni mereka selepas berkahwin itu. Dia lantas meletakkan
kotak itu sebaik sahaja masuk kedalam apartment itu.
''Eh!
Barang ke batu yang awak bawa ni? Nak patah pinggang saya angkat tahu tak?''
''La..sakit ke? Tadi beria depan abang Adam
awak kata boleh pindahkan barang saya sendiri..ingatkan kuat, lembik
rupanya..''
''Eh..eh..masalahnya
bukan kuat ke lembik, sekarang ni barang awak je dah penuh bilik tu..habis
sekarang ni barang saya nak letak mana?''
''Letak
la dekat bilik lagi satu,.bukan kongsi bilik pun. Tak nak saya tinggal sebilik
dengan awak!''
''Habis
tu, awak ingat saya nak ke tidur dengan budak tak cukup umur macam awak ni?
Cutting body pun tak lawa..''
''Ewah...sedap
mengata orang! Sekarang saya nak bilik yang itu, awak pula nanti tidur bilik
yang itu.''
Sofia
menundingkan jarinya ke bilik berhampiran dapur.
''Saya
tak kisah..tapi ummi dengan ayah saya awak nak campak mana bila diorang nak
tumpang tinggal waktu rumah diorang kena renovate nanti?''
Sofia
terdiam sebentar. Baru dia teringat akan rancangan bakal keluarga mentuanya itu
untuk mengubahsuai sedikit rumah. Jadi mereka telah meminta izin untuk
menumpang tidur dirumah yang bakal didiami oleh Sofia dan Irfan buat sementara
waktu.
''Eemmmm…Itu
pun susah ke? Mestilah tinggal dekat bilik teta...eh! Mana bilik tetamu?''
Sofia
menjenguk-jenguk rumah itu sambil mencari-cari bilik tetamu.
''Cik Sofia oi, ini apartment dua bilik je
faham?''
“Eh..bukan 3 bilik ke?”
“Bila masa saya kata 3..2 bilik jelah…”
''Mana boleh! Awak sebagai suami kenalah
sediakan rumah besar untuk keluarga. Takkan nak tinggal rumah yang ada dua
bilik je? Reban ayam belakang rumah saya tu lagi besar tahu tak?''
''Kalau macam tu, jom angkat balik barang awak
masuk kereta.''
Sofia
mengerutkan keningnya.
''Nak
buat apa angkat balik?''
''Nak
hantar ke reban ayam rumah awaklah..kan lagi besar. Awak tinggallah dekat
situ!''
“Eeee...orang
cakap serius dia main-main pula!''
Irfan
tergelak kecil melihat gelagat bakal isterinya itu. Pantang diusik pasti di
kerutkan wajahnya tanda marah.
“Buat
sementara ni jelah..kan kita nak kahwin ni tiba-tiba je..so saya tak sempatlah
nak cari rumah yang lagi besar. Lagipun yang ni je yang berdekatan dengan kolej
awak..saya tak naklah awak kena drive jauh-jauh nanti. Kita tinggal je sebilik
sementara ummi dan ayah ada..lepas tu awak boleh pilih bilik mana satu yang
awak nak. Dah, jangan muncung mulut tu..ingat cantik ke buat macam tu? Ayam
dalam reban belakang rumah awak tu lagi cantik tau?''
Sofia
terasa panas hati mendengar usikan Irfan. Lantas dimuncungkan lagi mulutnya
sambil mengangkat kotaknya sambil mengomel sendirian.
''Sebilik boleh..sekatil jangan haraplah!''
Irfan
tersenyum mendengar Sofia merungut sendirian. Macam-macam betul perangai budak
ni..sabar Irfan..bakal isteri kau juga!