Malam itu Sofia membantu nenek Irfan menyiang
ikan-ikan yang berjaya ditangkap oleh suaminya. Tatkala nenek Irfan sibuk
menyiang ikan, Sofia pula membantu membersihkan ikan-ikan itu. Tiba-tiba
suaminya muncul di pintu dapur.
“Nek..oh
nenek ku sayang..”
“Kenapa
Irfan?”
“Tu
ha..skandal nenek datang cari nenek..”
“Ish
budak ni! Suka sangat merepek!”
“Betullah
nek..Irfan dah kata dekat nenek..Tok Aki tu dah lama ngorat nenek..nenek tu ha
yang jual mahal! Kasihan tau dia tunggu lama-lama..”
“Dah-dah..jangan
merepek lagi..kenapa tak pangil dia masuk?”
“Hehehe..nenek
malulah tu…Irfan dah ajak..dia yang taknak..dia kata nak ajak nenek pergi ke
rumah Nek Piah..”
“Ni mesti
pasal lembu untuk kenduri kamu..Aki ni pun, waktu nenek sibuk siang ikan nilah
dia nak datang..”
“Alah..Sofia
kan ada..nenek suruh je dia siangkan..apa susah?”
Sofia yang
sedang khusyuk mencuci ikan di sinki terbeliak tatkala mendengar namanya
disebut. Dari jauh dia menggelengkan kepalanya sebagai insyarat kepada
suaminya. Irfan pula tersengih melihat gelagat isterinya itu.
“Eh…boleh ke Fia buat ni?”
“Ush..itu kan Iris Sofia
nek..semuaaaaaa benda dia pandai buat tau!”
Mahu sahaja
Sofia mencekik suaminya itu. Ish! Gilalah mamat ni! Aku mana reti siang ikan!
“Boleh ke Fia? Nenek nak keluar
sekejap jumpa Tok Aki ni.”
“Hah? Err…boleh..boleh..nanti Fia
buatkan…”
“Kalau macam tu nenek keluar kejap
ya?”
Sofia
mengangguk-nganguk kepalanya. Mampos! Mana pernah aku siang ikan! Selama ni pun
Mak Pah yang buatkan. Sofia menjeling kearah suaminya yang menuju ke arah ruang
tamu. Dilihatnya suaminya tersenyum sinis seakan-akan sengaja ingin
mengenakannya. Tidak mahu mengalah dengan usikan suaminya itu, Sofia lantas
bergegas kebilik mereka untuk mengambil sesuatu.
Irfan berbaring
dihadapan televisyen. Sengaja dia mahu merehatkan diri setelah sibuk menjala
sebentar tadi. Sudah lama dia tidak menjala ikan. Habis lenguh-lenguh badannya.
Sedang khusyuk menonton televisyen, tiba-tiba dia terdengar suara isterinya
menjerit didapur. Irfan lantas bergegas menuju kedapur.
“Kenapa awak? Kenapa menjerit?”
“Ikan tu! Ikan tu lari! Cepat
tangkap!”
“Ikan lari?
Apa yang awak merapu ni? Ikan berenang bolehlah..saya tak tahu pula ikan pandai berlari!”
“Betullah!
ikan tu lari tadi! Dia lari dari baldi lepas tu terus masuk bawah meja makan
tu!”
Sofia
bersungguh-sungguh menunjukkan tangannya kebawa meja makan.
“Astaghfirullahalazim
budak ni! Ikan tu bukan lari..dia memang jenis suka melompat keluar dari baldi!
Awak ni pergi sekolah mana ni dulu? Bahasa Malaysia tu berterabur betul!”
“Ish!
Janganlah membebel! Cepatlah tangkap..nanti terlepas pula!”
Irfan lantas
menangkap ikan yang melompat dari dalam baldi itu lalu dicampaknya semula
kedalam baldi tersebut.
“Eh..banyaknya
lagi tak disiang? Punya lama awak dekat dapur, tak kan seekor pun tak tersiang.
Awak ni reti siang ikan ke tak?”
Sofia
cepat-cepat mengalihkan pandangan matanya ketempat lain. Aiseh..kantoi!
“Ya Allah…tak tahu langsung ke ni?”
Sofia cepat-cepat
menggelengkan kepalanya.Malu sebenarnya dia hendak mengaku di hadapan suaminya
itu. Pasti dia akan menjadi bahan ejekan si Irfan.
“Dalam youtube tak ajar pun
cara-cara siang ikan…”
“Astaghfirullahalazim! Nak siang
ikan pun belajar dari youtube?”
“Yela…selalunya
dalam youtube tu macam-macam benda diorang ajar…”
“Awak ni
kan….memang dah parah dah awak ni! Tak pernah saya dengar orang siang ikan
belajar dari youtube!”
Sofia
tertunduk malu tatkala ditegur oleh Irfan.
“So what?
Selama ni saya beli ikan dekat supermarket tu dah siap siang pun..mana pernah
saya siang sendiri!”
“Ish..ish..ish..saya
tak faham betullah kenapa ummi nak sangat ambil awak jadi menantu? Dah la tak
cantik…Belajar tak pandai, Masak tak pandai…social skill pun hancur!
Dah..ketepi, biar saya ajar awak..tunggu awak belajar siang ikan dari youtube
tu, berjanggutlah saya dengan nenek tunggu nak makan.”
Irfan lantas
mengambil seekor ikan lalu menyiangnya dihadapan Sofia. Sofia pula begitu
khusyuk melihat suaminya itu menyiang ikan.
“Awak buang
sisik dia dulu lepas tu buat macam ni, lepas tu buat macam ni..haaa..kan siap
dah..”
“Oooo macam tu ke…ikan yang ni
pula?”
“Ikan ni? Yang
ni lagi senang, buat macam ni, lepas tu macam..tak susah pun. Yang penting
sisik buang, isi perut pun jangan lupa buang.”
“Gitu
ek? Kalau yang ikan tu pula?”
“Sama
je..meh saya tunjuk, tengok betul-betul tau?”
“Baik
bos!”
Hampir
setengah jam kemudian Irfan selesai menyiang semua ikan-ikan yang berjaya
ditangkap olehnya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
“Eh! Kenapa saya yang siang semua
ikan-ikan ni? Bukan ke ini awak punya kerja?”
Irfan baru
menyedari yang dia telah dipergunakan oleh isterinya tatkala melihat Sofia
tersengih-sengih dihadapannya.
“Hehehe…saya
tak suruh pun awak siangkan semua..saya suruh ajar je..tapi awak yang rajin
siangkan semuanya..saya biarkan jelah hehehe…”
“Ish budak ni!
Saya baru je mandi tadi..sekarang satu badan berbau ikan! Ish dah lah..saya nak
mandi…cepat masak ikan tu..nanti nenek balik baru tahu!”
Sofia
tersengih tatkala dimarahi suaminya itu. Lega dirinya, sekurang-kurangnya dia
tidak perlu lagi menyiang ikan-ikan itu. Manalah dia tahu menyiang ikan..selama
ini pun dia cuma membeli ikan yang telah siap disiang sahaja..
Sofia lantas
memberi ruang untuk suaminya itu. Buat seketika dia betul-betul kagum dengan
kebolehan suaminya itu. Mamat ni..kalau letak dalam hutan, mesti survive ni!
''Kenapa tak
makan Fia? Nah, ikan sepat goreng ni banyak lagi. Makan lah, penat irfan
tangkap untuk kamu!''
Nenek Irfan
menghulurkan sepinggan ikan sepat goreng kepada Sofia.
''Eh,
tak apalah nek, banyak dah Fia makan ni''
Sofia menolak
baik perlawaan nenek sambil membetulkan kakinya. Dia tidak begitu selesa makan
dalam keadaan bersimpuh, malah sambil memakai kain batik buat pertama kalinya.
Irfan memerhatikan Sofia, dia tahu gadis itu tidak biasa mengenakan kain batik
dirumah, namun disebabkan kain itu pemberian nenek, dia sanggup memakainya
walaupun jelas kelihatan dia tidak selesa.
Tidak lama
kemudian apabila nenek Irfan sudah masuk ke kamarnya untuk tidur, Sofia cepat-
cepat masuk ke biliknya dan Irfan. Suaminya pula sedang leka menonton
televisyen di ruang tamu. Perlahan-lahan dia menyelak baju yang dipakainya dan lantas
cuba mencapai pin kerongsang yang dipinkan di kain batik bagi mengelakkan kain
batik yang dipakainya tidak terlucut jatuh.
Sofia menahan
pedih ketika cuba membuka pin itu, disebabkan pin itu agak besar, kulit
badannya sedikit terluka akibat kesan daripada geseran pin tersebut. Namun pin
kerongsangnya itu agak susah untuk dibuka. Malah semakin tersangkut di kain
batik itu. Disebabkan tidak dapat menahan sakit, matanya mula berair.
Irfan yang
baru selesai menonton televisyen hanya memerhatikan isterinya yang sedang cuba
membuka pin itu. Apabila melihat kesan luka di tepi pinggang Sofia, lantas dia
mendekati isterinya itu.
''Mari
sini, saya tolong bukakan”
Sofia yang tidak perasan akan kehadiran Irfan
cepat-cepat menurunkan bajunya yang sedikit terselak itu.
“Saya tak perasan pun awak datang..tak apa
saya boleh buat sendiri.''
''Awak ni degillah, nanti makin teruk luka tu baru
tahu! Biar saya tolong awak..''
Irfan lantas
menarik tubuh Sofia rapat ke badannya. Sofia pula sedikit melawan kerana berasa
malu. Tidak pernah ada lelaki yang menyentuh badannya selama ini. Melihat wajah
isterinya itu bertukar menjadi merah padam, lantas dia menegur isterinya itu.
“Kenapa?
Malu saya sentuh awak?”
''Haa…”
“Saya kan
suami awak, tak berdosa pun kalau saya sentuh awak. Dah..biar saya tolong
bukakan pin tu. Nanti makin teruk luka tu.''
Perlahan-lahan
Sofia berhenti melawan. Dia membiarkan sahaja Irfan membantu menanggalkan pin
itu.
''Dah
teruk macam ni baru awak nak tanggalkan?''
''Saya
tak tahu pakai kain batik, tiap kali pakai, mesti terlucut. Sebab itu saya
pinkan supaya tak jatuh.''
“Dah
tahu tak reti pakai kain batik..kenapa tak pakai je seluar tidur awak?”
“Kain
ni nenek yang bagi..tak kan saya tak pakai…”
Balas Sofia
perlahan, dia tahu pasti Irfan akan mengetawakannya. Namun sangkaannya meleset
apabila suaminya menurunkan nada suaranya.
''Saya tahu..
tunggu sekejap, biar saya sapukan ubat untuk awak, lepas ni rehat ok. Awak
mesti dah penatkan?''
Sofia
mengangguk sambil memerhatikan irfan mengambil sebotol ubat di atas meja solek
dan menyapu ubat diatas lukanya itu. Tatkala ubat itu disapu oleh Irfan, dia
menjerit kesakitan.
''Pedih sikit
je, awak tahan ye, kalau tak letak ubat, nanti berparut pula. Cuba awak duduk,
senang saya nak sapukan''
Sofia hanya
menurut kata suaminya. diperhatikan wajah suaminya. Ini kali pertama dia
melihat wajah Irfan secara dekat walaupun sudah berkahwin. Kulitnya agak cerah,
raut wajahnya juga sentiasa tenang, dan yang paling Sofia suka, senyuman Irfan.
Tiap kali Irfan tersenyum, Sofia perasan ramai gadis yang memandang. Senyuman
Irfan tidak ubah seperti senyuman kanak kanak.
Walaupun
umurnya sudah hampir 30 tahun, namun tiap kali dia tersenyum, dia kelihatan
seperti seorang remaja lelaki.. Malah dia turut mengakui kata-kata teman
sekolejnya. Wajah dan bentuk tubuh Irfan hampir sama dengan pelakon terkenal
Fahrin Ahmad. Tidak hairanlah ramai pelajar perempuan menyukai Irfan ketika dia
mengajar dahulu.
''Kenapa awak pandang saya macam tu?''
Sofia terkejut
dengan kata kata Irfan, baru dia sedar anak mata Irfan dan anak matanya saling
berpandangan lantas dia mengalihkan pandangannya kearah lain.
''Hah?
mana ada. Saya tak pandang awak pun! Awak yang perasan…''
''Kalau
macam tu tak apalah…Emm.. Malam ni saya tidur atas lantai, awak tidur atas
katil.Kejap saya nak ambil toto dekat bilik sebelah.''
''Emmm...kalau
awak nak tidur atas katil, tidurlah. Kalau tidur atas lantai, nanti sakit badan
pula. Lagipun kalau nenek tahu awak ambil toto..mesti dia pelik nanti…”
Irfan terkejut
mendengar kata kata Sofia.
''Boleh
ke?''
Irfan agak
ragu-ragu tatkala mendengar kata-kata isterinya itu.
''Tak kan
selamanya saya nak biar suami saya tidur atas sofa dan lantai. Berdosa saya
nanti.''
Irfan
tersenyum apabila mendengar Sofia menggelar dirinya suami. Baru pertama kali
dia mendengar kata-kata itu semenjak mereka bernikah.