Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA IRIS, DIA IRFAN!
SAYA IRIS, DIA IRFAN!
Dzliyana
28/1/2015 13:52:46
168,214
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 17

''Ummi, fia nak tanya sesuatu boleh tak?''

“Fia nak tanya apa?''

Puan Nina yang sedang sibuk mengupas buah epal memandang menantunya itu.

“Abang Irfan ada teman wanita ke sebelum berkahwin dengan Fia?''

Puan Nina berhenti mengupas buah epal itu apabila mendengar pertanyaan Sofia. Lantas dia mengalihkan pandangannya kearah luar tingkap.

“Ummi?”

''Kenapa Sofia tanya?''

“Fia nampak gambar abang dengan perempuan lain dalam iphone dia...siapa perempuan itu ummi? Ummi kenal tak?''

Sofia memandang wajah ibu mentuanya dengan penuh harapan agar soalannya itu terjawab.

“Fia…sesetengah perkara ummi rasa lebih baik Fia tak tahu..Fia jangan risau, irfan tak kan duakan Fia..Ummi pasti…”

“Tapi Fia masih nak tahu perkara sebenar..Fia layak untuk tahu perkara-perkara yang melibatkan suami Fia.”

Melihat wajah menantunya itu begitu bersungguh sungguh, Puan Nina yang pada mulanya tidak mahu menceritakan perkara itu akhirnya mengalah.

''Perempuan tu sebenarnya bekas isteri Irfan...''

Sofia terdiam tatkala mendengar kata-kata ibu mentuanya itu. Hampir sahaja gelas air di tangannya terlepas dari pegangannya itu.

''Bekas isteri?''

''Haah.. namanya Jasmine. Mereka berkahwin waktu belajar sama sama ketika di luar negara. Ayah kamu tak restu, jadi Irfan terus tak mahu pulang ke Malaysia. Penat ummi pujuk dia balik. Tapi dia cakap selagi ummi dengan ayah tak mahu terima Jasmine, selagi tu dia takkan balik ke Malaysia….”

Ibu mentuanya berhenti bercakap buat seketika sebelum menyambung ceritanya.

“Lama juga kami tak dengar berita mengenai Irfan. Waktu tu ummi rindu sangat dekat dia.Fia tahukan, Irfan seorang jelah anak yang ibu ada lepas adiknya meninggal dunia.”

Sofia mengangguk.Dia sudah lama tahu mengenai kematian adik perempuan Irfan ketika masih kecil.

“Ayah kamu memang degil, ummi cakap apa salahnya kalau kami terima Jasmine sebagai menantu. Dia tetap tak mahu terima Jasmine. Tapi satu hari tu kami dapat panggilan mengatakan Irfan kemalangan jalan raya. Ibu bapa manalah yang sanggup biarkan anak terlantar seorang diri. Kami tinggal disana hampir 6 bulan sampailah dia benar benar sembuh..''

Sofia terkejut tatkala mendengar yang suaminya itu pernah mengalami kemalangan jalan raya dan hampir meragut nyawanya. Irfan langsung tidak menceritakan kisah silamnya kepadanya.

''Perempuan tu..''

''Jasmine pun terlibat sekali dengan kemalangan itu. Lebih teruk dari kecederaan Irfan. Hatinya hampir rosak. Bila tengok keadaan anak mereka tenat, ibu bapanya ambil keputusan untuk bawa dia pulang ke tempat mereka.”

“Abang Irfan pula?”

“Irfan koma..bila dia sedar dia dapat tahu tahu Jasmine dah dibawa pulang oleh kedua ibupanya, lepas sembuh dia minta izin dari kami berdua untuk mencari Jasmine kembali dan bawa dia pulang ke Malaysia. Berat hati kami nak benarkan, tapi sebab itu kehendak Irfan, kami cuma akur sahaja. Kami takut kalau kalau dia melarikan diri sekali lagi….''

Sofia merenung wajah ibu mentuanya itu sambil menunggu ibu mentuanya itu menyambung ceritanya

''Hampir setahun Irfan mencari Jasmine, tapi tak jumpa juga. Sehinggalah satu hari itu Irfan menghubungi kami dan mengatakan dia mendapat khabar berita bahawa Jasmine sudah lama meninggal dunia. Ummi tahu dia sedih, setahun juga dia macam hilang arah. Walaupun tahu Jasmin sudah meninggal dunia, dia masih berdegil untuk menetap disana. Tapi Alhamdulillah, lepas dua tahun, dia pulang ke Malaysia..

“Ummi..”

Sofia memegang tangan ibu mentuanya tatkala dia melihat anak mata ibu mentuanya mula dilinangi air mata.

“Irfan dah tak macam dulu lagi, Dia dah jadi semakin matang. Tapi ummi tahu dia masih lagi sedih dan kesunyian. Irfan jadi pendiam dan selalu menyendiri. Kami takut dia jadi hilang arah. Sebab itu ummi, dan ayah rancang perkahwinan kamu. Ummi nak dia hidup normal.Bahagia dengan isteri dan anak-anak. Ummi tak sanggup tengok Irfan jadi macam dulu lagi.”

Puan Nina memandang wajah menantunya sambil tersenyum. Dipegangnya pula tangan menantu kesayangannya itu.

“Sofia pula..dah lama ummi berkenan nak jadikan Sofia menantu ummi..Bila mak long Fia bawa Fia datang tempoh hari, ummi yakin, Sofialah calon isteri yang sesuai untuk Irfan. Walaupun Sofia jauh lagi muda…tapi ummi dapat rasakan Sofia memang pasangan hidup Irfan. Ummi tahu Fia terkejut dengar cerita ini, tapi Fia jangan risau, ummi yakin Irfan tak akan sia- siakan Fia. Pasal Jasmine, Fia janganlah risau..ummi yakin Irfan dah lupakan dia. Tapi Fia kena faham..bukan senang dia nak lupakan bekas isterinya itu..mungkin akan ambil masa sikit…'’

Sofia tersenyum tatkala mendengar kata-kata ibu mentuanya lalu lantas memeluk ibu mentuanya itu.

''Ummi… lepas dengar cerita sebenarnya, Fia dah tak risau lagi..ummi jangan risau ye..selagi Fia ada, selagi itu Fia janji akan jaga abang betul betul..itu janji Fia, umi jangan sedih ye?''

Puan Nina mengangguk tatkala mendengar kata-kata menantunya itu. Dia yakin memang Sofialah calon isteri yang terbaik buat anaknya itu.

Sofia memerhatikan Irfan yang sedang tidur. Matanya terpandang kesan parut di belakang badan suaminya itu. Selama ini dia tidak pernah bertanya dari mana datangnya kesan parut itu, namun dia dapat mengagak bahawa itulah kesan dari kemalangan dua tahun lepas. Sofia mengelus lembut rambut suaminya itu.

Pada mulanya ketika mendapat tahu mengenai perkahwinan pertama Irfan, dia agak marah apabila memikirkan Irfan menyembunyikan hal itu daripadanya. Namun melihat layanan Irfan padanya, dia tahu suaminya itu sudah sedaya upaya cuba melupakan perkara silamnya itu.

Sedang dia khusyuk mengelus rambut suaminya itu, tiba-tiba sahaja pinggangnya dirangkul oleh suaminya dan lantas membuatkannya terbaring di sebelah suaminya itu. Sofia tahu itu ialah tabiat suaminya. Jika dia mendapati sofia masih belum tidur, pasti ditariknya sekali supaya isterinya itu tidur sekali.

“Sayang abang tak nak tidur ke?”

Bisk Irfan ditepi telinga isterinya.

“Nak tidurlah ni..kenapa abang bangun?”

“Fialah yang buat abang terkejut…abang tengah nyenyak tidur, Fia ganggu abang pula.”

“Yeke? Bukan ke abang buat-buat tidur saja?”

“Mana ada..abang memang tengah sedap tidur..Fia yang kejutkan abang..nakal sayang abang ni..Meh sini abang nak tidurkan dia…”

Irfan menarik rapat tubuh Sofia sebelum mencium dahi isterinya itu.

“Nak tidur ke tak nak? Kalau tak abang peluk kuat-kuat sampai pagi esok!”

“Hehe..tak naklah..dah la abang masam..Fia nak tidurlah ni…”

“Betul nak tidur?’

“Haa…betullah..’

“Kalau macam tu..sayang abang sikit!”

“Hehe..tak naklah…masam…jomlah tidur sayang..”

“Kedekutlah isteri abang ni..minta cium sikit pun tak nak bagi…kalau tak nak bagi biar abang yang ciumlah sampai pagi!”

‘Hehe..tak naklah sayang..jomlah tidur..esok kan nak kerja? Bangun lewat nanti baru tahu!”

“Alah..nak takut apa? Abangkan bos..siapa berani marah abang!”

Sofia mencubit hidung mancung milik suaminya itu.

“Jom tidur.”

“Yela..yela…goodnite sayang..I love you..”

“Me too sayang..I love you more..”

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.