''Sayang…jom!''
'Jom? Abang nak pergi mana?''
''Ala,
Fia ikut je abang..''
“Yela, tapi sekurang kurangnya beritahu la
kita nak kemana. Kan dah malam ni?''
''Sayang ikut je ok..tak payah risau''
Sofia hanya
mengikut kehendak suaminya apabila Irfan menarik tangannya. Mereka mendaki
bukit kecil betu- betul terletak di belakang rumah kedua ibu bapa Irfan.
''Abang
nak buat apa malam-malam atas bukit ni, bahaya lah..''
“Sofia
ikut je.. ha..dah nak sampai dah pun''
Dari jauh Sofia melihat cahaya samar samar di
hadapannya. Semakin lama semakin jelas. Sofia terkejut apabila melihat sebuah
pondok kecil dikelilingi tanglung bercahaya di hadapannya. Ditengah tengahnya
ada terhidang makanan lengkap dengan hiasan lilin. Pondok itu dihias seperti
sebuah katil besar lengkap dengan langsir,Sofia memandang kewajah Irfan.
Dilihatnya suaminya itu tersenyum memandangnya.
''Candlelight
dinner atas bukit waktu tengah malam?''
''Kenapa? Fia tak suka? ''
''Suka sangat.
Tapi kita tengah celebrate apa ni sayang? Birthday abang dan Fia dah
lepas..Anniversary pun lambat lagi… ?”
“Saja abang
buat untuk Sofia..tak semestinya nak tunggu hari-hari macam itu untuk candlelight
dinner dengan isteri sendiri kan?”
“thanks
sayang..cantik tempat ni..mesti susah kan nak sediakan ni semua? Atas bukit
pula tu, kasihan abang, mesti penatkan?''
Irfan menggeleng kepalanya.
''Tak
pun, abang suruh Mak Som dengan Pak Tam yang buat!''
''Ha??? Takkan abang suruh mereka panjat bukit
semata mata untuk Fia?''
''Hehehe..bukan
la sayang, makanan dan barang-barang ni mereka yang sediakan, abang cuma bawa
naik ke atas dan hiaskan sikit sikit je, sekarang jom kita makan.. Abang lapar
sangat dah ni'’
Selesai makan,
Sofia duduk di hujung pondok itu. Dia memerhatikan pemandangan malam dari atas
bukit itu. Didalam hatinya dia memuji kecantikan pemandangan ketika itu. Irfan
pula memeluk isterinya dari belakang.
''Fia
tak tahu pun atas bukit ni ada tempat secantik ni..''
''Cantik
kan? Tempat ni ayah yang buat untuk ummi. Dari dulu sampai sekarang mereka akan
naik kesini bila hujung minggu.''
''Romantiknya
ayah abang..''
''Haah..sebab
itu lah, abang teringin sangat nak bawa isteri abang naik keatas ni bila dah
kahwin. Sekarang tertunai dah hajat abang.''
Sofia terdiam sebentar, tiba-tiba fikirannya
teringatkan cerita ummi mengenai isteri pertama Irfan. Hatinya tertanya-tanya
adakah Irfan sebenarnya teringin membuat perkara yang sama kepada arwah
isterinya.
''Sayang kenapa diam?''
Sofia tersedar
dari lamunannya.
''Ha?
Abang tanya apa tadi?”
“Sayang
abang kenapa diam je ni?”
“Oh..tak ada
apalah..dah lama kita dekat sini, abang tak nak balik rumah ke? lagipun dah
lewat ni?''
''Tak nak!
Abang nak tidur dengan Fia dekat sini.''
Mendengar
kata-kata suaminya itu, Sofia lantas mencubit pipi suaminya.
''Abang
tidurlah seorang dekat sini, Fia nak balik!''
Sofia terus
melangkah namun cepat ditarik oleh suaminya dan dipeluknya tubuh langsing itu.
''Lepaslah
abang..kalau ada orang nampak nanti macam mana?
''Mana
ada orang lain, lagipun isteri mana boleh lawan cakap suami''
Irfan
mengangkat Sofia keatas pondok itu..perlahan-lahan langsir pondok
diturunkan.Sofia tertunduk menahan malu. Namun hatinya sangat gembira kerana
dia yakin Irfan kini benar-benar menyayanginya tanpa dihantui peristiwa silam
lagi.
*******
Irfan membelek
kasut bayi berwarna merah jambu itu. Gembira benar wajahnya ketika itu. Sofia
yang baru sahaja selesai membayar barang yang di belinya mencari kelibat
suaminya itu.
''Abang,
Fia dah selesai bayar dah. Jom kita pergi makan nak tak? Laparlah''
Irfan seperti tidak mendengar pertanyaan Sofia
kerana khusyuk membelek sehinggalah dia perasan kelibat isterinya itu tidak
jauh dari tempatnya berdiri. Lantas Sofia mendekati suaminya itu lalu dicuit
pinggang suaminya itu.
''Abang
tengok apa tu sampai khusyuk sangat? Fia panggil pun abang tak dengar?''
''Sayang
tengok ni, mesti comelkan kalau anak kita pakai?''
Sofia
tersenyum mendengar kata-kata suaminya itu. Sudah setahun mereka berkahwin dan
inilah kali pertama Irfan menyebut mengenai anak.
''Abang
nak belilah!'
Sofia terkejut
mendengar kata-kata Irfan.
''Abang
nak beli? Buat apa sayang?”
“Untuk
baby kitalah’’
“Tapi
kita bukan ada baby pun lagi?''
''Sebab tak adalah kita kena buat!''
Pipi Sofia
kemerahan menahan malu apabila mendengar kata-kata suaminya itu.
''Abang ni,
nak jaga baby bukan senang tahu? Bukan macam bela anak kucing. nak jadi parents
kena betul-betul ready''
Irfan memeluk
tubuh isterinya dari belakang.
''Abang dah lama ready, abang tunggu sayang
ready je''
''Abang ni, malulah orang tengok, kalau kat
rumah tak apalah kalau nak peluk macam ni.''
''Biarlah,
isteri abang, suka hati abanglah nak peluk dekat mana-mana pun!''
Tiba-tiba
seorang pekerja bahagia barangan bayi itu menghampiri mereka.
“Boleh saya bantu encik dan puan?”
“Ha..boleh juga! Saya nak beli untuk
anak saya.”
Irfan lantas
menjawab pertanyaan pekerja itu. Sofia cepat-cepat mencuit lengan suaminya itu.
“Abang!”
Irfan
tersengih tatkala dicuit isterinya itu.
“Untuk anak encik? Berapa ye umur
dia? Boleh saya carikan saiz.”
“ Ha? Umur? Tak tahulah pula..”
Sofia lantas
memintas kata-kata suaminya itu.
“Eh..tak apa cik..suami saya datang
tengok-tengok je..maaf ye menyusahkan cik..”
“Eh tak apa puan..memang tugas
saya.”
“Terima
kasih ye..’
“Sama-sama”
Melihat sahaja
pekerja itu berlalu pergi, Sofia lantas menarik tangan suaminya itu,
“ Abang ni..buat malu Fia je..jom
kita makan..laparlah..”
“Hehehe…apa
salahnya abang bergurau..Oklah sayang..jom kita makan ye tuan puteri!”