Irfan
menggosok matanya. jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Mujur hari itu hari
sabtu, jadi tidak jadi masalah buatnya untuk bangun lewat.
“Sayang….”
Suasana bilik
itu agak sunyi. Manakala tempat tidur Sofia pula kelihatan sudah dikemaskan. Pasti
isterinya telah lama bangun dari tidur. Lantas dia turun dari katil mereka dan
menuju kedapur. Dilihatnya isterinya itu sedang begitu khusyuk memasak didapur
dan lalu terus dipeluk isterinya itu.
''Abang
dah bangun? Terkejut Fia, Fia ingatkan abang tidur lagi?''
Irfan hanya
mendiamkan diri. Leher isterinya itu dikucup lembut.
''Abang
lapar ke? Fia sediakan makanan abang ye.''
Sofia cuba
mencapai pinggan yang berada diatas kabinet namun oleh kerana Irfan sedang memeluk erat tubuhnya menyebabkan
pergerakannya agak terbatas.
“Sayang…susahlah
Fia nak masak kalau sayang peluk macam ni?”
''Abang tak
lapar lagi..tak payahlah masak sayang, kita naik katil sambung tidur ye
sayang?''
''La, kan dah
pagi ni, kalau Fia tak masak, nanti abang lapar macam mana?''
''Tak mahu…tak
lapar pun…abang nak baring-baring dengan isteri abang ni puas-puas!''
Sofia mencubit
pipi suaminya itu.
''Manjanya
dia..malam ni lah ye sayang. Sekarang abang pergilah mandi, dah masam dah ni.
Lagipun abang dah lupa ye? kita kan dah janji nak pergi jumpa ayah dan ibu.
Nanti lama pula diorang tunggu.''
“Pergi rumah
ayah dan ibu? Ada apa kat sana?”
“Haaa…lupalah
tu..kan hari ini ibu buat makan-makan…Abang Adam bawa balik tunang dia..Kak
Maya..Kak Syasya pun nak bawa teman lelaki baru dia…”
“Syasya ada
teman lelaki baru?”
“Iyelah…kenapa?”
“Tak
adalah..dulu dia yang tergila-gilakan abang..tapi Fia yang dapat..Sofia untung
tau dapat suami macam abang.”
“Eh..yeke
untung?’
“Yelah…ramai
tau peminat abang…waktu abang belajar dulu lagilah…awek keliling pinggang
tau..cantik-cantik pula tu..Sofia juga yang untung dapat abang!”
“Hahaha..yelah
tu..Fia kahwin dengan abang pun sebab ayah suruh tahu tak? Ikutkan hati nak
enjoy dulu..sayang betul Fia kahwin awal..dulu ramai nakkan Fia tau? abang
angkat je dah berapa orang.Abang yang untung dapat Fia ni..”
Irfan mencubit
manja isterinya.
“Kita nak
bragging..dia pun sibuk nak bragging ek? Dah kahwin ni jangan nak gatal-gatal
nak berabang angkat semua tu..abang tak suka!”
Sofia
tersengih tatkala mendengar nada cemburu suaminya itu.
“Cemburu ke?”
“Mestilah…siapa tak cemburu kalau
dengar isteri ada abang angkat ramai..”
“Hehehe..yela tu..cepatlah siap
sayang..nanti kita lewat pula.”
Irfan
melepaskan pelukannya. Ikutkan hatinya, dia lebih suka menghabiskan masa
berdua-duaan dengan isterinya lagi-lagi setelah penat berkerja keras minggu
itu. namun apabila teringat janji mereka untuk pulang kerumah kedua ibu bapa
mentuanya, Irfan akhirnya mengalah.
''Yelah..tapi
malam ni promise ye, Fia janji nak date dengan abang!''
''Yelah
sayang, tak lupa lah..kalau sempat kita pergi tengok wayang ye..sayang pilihkan
cerita apa sayang nak tengok..tapi sekarang ni abang mandi dulu ye..dah bau
masam sangat ni!''
“Alah..Fia
lagi masamlah!”
Irfan lantas melangkah
ke bilik air untuk mandi. Ikutkan hati mahu sahaja dia naik semula keatas katil
untuk menyambung tidurnya.
Tengahari itu
mereka berangkat kerumah ibu dan bapa Sofia untuk membantu ibunya menyediakan
makanan.
''Kak
maya! Rindunya dekat akak!''
Sofia berpelukan dengan tunang abangnya itu. Sudah lama benar mereka tidak berjumpa. Hampir
dua tahun tidak berjumpa kerana tunang abangnya sibuk menyambung pelajarannya
ke di luar negara.
''Akak pun rindu
dekat Sofia! Dah lama tak jumpa, dah besar pun..siap dah kahwin pulak tu! Langkah bendul ni…Bukan nak jemput akak! Dah
berisi ke belum ni?''
Maya sempat
menyentuh perut Sofia.
“Hehehe.. belum
ada rezeki lagi…eh Sofia jemputlah akak hari tu… akak tu je yang jauh sangat
masa tu, balik Malaysia pun dah jarang-jarang. Sibuk sangat dengan PHD
tu..mujur abang selalu outstation ke tempat akak..kalau tak memang senyap macam
tu je..kan Fia dah terlangkah bendul..nak tunggu akak dan abang Adam lambat
sangat hehehe… ''
''Akak melawak jelah..Dah habis study ni akak
terus balik Malaysia..bising abang awak tu cakap Fia dah langkah bendul
dulu..dia kata nanti anak kami lagi muda dari anak Sofia …hehehe…eh! mana dia
suami Sofia? Akak tak pernah jumpa lagi..nama pun akak tak tahu?''
''Irfan nama dia.. Fia minta dia keluar beli
barang sikit, kejap lagi baliklah tu, jom masuk, ibu dah masak macam-macam
untuk bakal-bakal menantu dia.”
Adam yang
tiba-tiba mendekati mereka mula menyampuk.
“Hai, ibu
seorang je ke yang masak? Mak dara yang seorang ni confirm tukang makan je!''
''Amboi, suka hati dia je nak tuduh orang, Fia
masak jugak tahu?''
''Haha yelah
tu..abang dah tinggal serumah dengan Fia 20 tahun dah..semua jenis masakan
hangit abang dah rasa..malang betul Irfan kahwin dengan kamu ni!''
''Eee...cepatlah
masuk, kasihan kak Maya, mesti dah lapar.''
Adam tersengih
sambil menarik tangan tunangnya.
''Jom
kedapur, ibu dah lama tunggu awak.''
“Haa..masuklah
kak..Kak Syasya pun ada kat dapur tu.”
“Ok..akak
masuk dulu ye..’’
Ketika mereka
sekeluarga sedang bersiap sedia untuk menjamah makanan, kedengaran suara Irfan
memberi salam dan disahut oleh mereka. Sofia lantas mendekati suaminya itu.
''Lamanya
abang beli buah? Semua orang tengah tunggu abang''
''Kedai
buah tutuplah sayang, so abang terpaksa pergi cari dekat kedai lain.”
“eh..kan
ada kedai buah yang dekat area tu juga?”
“Ada..abang
yang malas pergi situ..”
“Kenapa pula?”
“Yela..Indon
jaga keda tu suka ngorat abang tau! Abang dah kata dah abang dah kahwin..nak
juga ngorat abang..penatlah jadi orang handsome ni…”
“Hah…mula la nak merepek tu..dah..cepat masuk..”
“Hehehe..betul
lah..mana ada abang merepek.. Tunang Adam dah sampai ke?''
''Haah..jom
masuk, makanan dah lama terhidang..tunggu abang je tak sampai-sampai lagi..lama
sangat..Indon yang mengorat abang ke..abang yang mengorat indon ni?”
“Eh?
Salah ek? Abang ingatkan tak pe…hehehe..”
“Eeee..sempat
lagi tu! Dah..jomlah masuk.”
Irfan
melangkah masuk kedalam rumah itu.
''Maya?''
Maya yang
sibuk bercakap dengan bakal ibu mentuanya terkejut apabila melihat kelibat
Irfan yang berdiri di hadapannya.
''Eh..Luth?
Luth Irfan ke ni? Ya Allah, you ke suami Sofia?''
Irfan mengangguk mengiyakan pertanyaan Maya.
''Eh?
macam mana kamu berdua boleh kenal?''
Ibu Sofia
menyampuk. Bukan dia seorang sahaja yang tertanya-tanya, malah semua yang
berada di meja makan itu juga agak terkejut. Maya tersenyum sambil menjawab
pertanyaan bakal ibu mentuanya itu. Sofia juga hairan bagaimana tunang abangnya
itu mengenali suaminya.
''Siapa yang
tak kenal Luth Irfan ni aunty? Satu universiti tempat kami belajar tahu siapa
dia!''
Irfan
tersenyum tatkala mendengar jawapan rakan lamanya itu.
Irfan
memerhatikan isterinya yang menuju ke bilik diatas. Baru sebentar tadi
isterinya itu meminta diri untuk menunaikan solat sebentar. Manakala Adam telah
membawa kedua ibu dan ayah mentuanya pergi ke rumah sahabat mereka untuk
menghadiri majlis tahlil. Apabila dia mengalihkan pandangannya kearah Maya,
barulah dia perasan gadis itu sedang memandang wajahnya.
''Kenapa? aku
tahulah kau dah lama tak jumpa aku, kalau rindu pun janganlah pandang aku macam
tu sekali!''
Irfan berseloroh.
''Hahaha..nothing..
aku cuma terkejut bila tengok kau dah berubah, dekat 3 tahun kita tak jumpa,
tiba-tiba dapat tahu kau bakal biras aku pula tu!''
''Kenapa? kau tak sangka aku kahwin dengan
Sofia?''
''Yes, definitely! Luth Irfan yang suka
perempuan free hair, pakai seksi tiba-tiba kahwin dengan perempuan bertudung,
mestilah aku terperanjat. aku tahu lah taste kau, dah lama sangat kita
kenal...tapi itu bukan point aku, aku maksudkan, kali terakhir aku tengok kau,
kau macam zombie tahu? Macam kau hidup, tapi jiwa kau kosong and then kau
hilang macam tu je! Kawan-kawan kita risaukan kau tahu tak?''
''Well..manusia
kan boleh berubah..''
''Ke kau berubah sebab kenal dengan Sofia?''
Irfan tersenyum sambil mengangguk. Dia tidak
menafikan bahawa sejak dia bertemu Sofia, hidupnya mula kembali berubah. Jika
selepas peristiwa tragis itu dirinya berubah menjadi seorang yang tidak tentu
arah tuju, dia kembali ceria dengan kehadiran isterinya itu.
''Kalau
bukan sebab dia, maybe aku still macam dulu. Hilang arah tujuan..''
''Dia
tahu pasal Jasmine?''
'’Tak,
aku tak pernah ceritakan dekat dia..lagipun aku dah mulakan hidup baru..aku tak
nak buat dia sedih kalau tahu perkara silam aku..so, kalau boleh aku nak kau
jangan cerita apa-apa dekat dia..boleh?''
''Mestilah
boleh...dia dah macam adik kandung aku sendiri..so kau kena janji dengan aku, jaga
dia elok-elok ok?''
Irfan
tersenyum sambil mengangguk.
“Kau pula? Macam mana boleh kenal
Adam?”
“Adam? Aku
kenal sebelum aku buat Master…lama juga lah..5 tahun rasanya..tak sangka pula
kau dah lama kenal Adam..Sofia pun aku tak expect dia kahwin dengan kau..last
time aku jumpa dia, baru lepas SPM kot..budak lagi..manja pula tu..hehehe..tak
sangka betul dia kahwin dulu..”
“Hehehe..itulah..kebetulan
pula…dah jodoh..So apa rancangan kau bila dah habis belajar ni?''
''Emm..actually
aku ingat nak buka butik aku sendiri. Yela aku tengok market kat Malaysia ni
boleh tahan juga. Bukan apa..malas lah nak makan gaji dengan orang..belum tentu
cepat kaya ye tak?''
''Hahaha...macam tu pula.. Kau dah cari ke
tempat semua tu?''
''Haa..aku
dah review kedai untuk disewa. Price ok juga lah..hah..aku baru teringat
something..Sofia dah nak habis study kan? Dia ada intention nak further study
tak?''
''Tak sure
lagi. Dia kata tengok keadaan dulu.Kenapa? Kau ada nak offer kerja dekat dia
ke?''
''Hehehe..lebih kurang juga la..actually aku
nak minta dia uruskan online business aku.Itu pun kalau kau izinkanlah''
''Online
business?''
''Haa..aku
ada online business.. Tapi since butik pun dah nak buka, tak ada orang nak
handle business ni. Kerja dia tak susah pun..Sofia boleh buat dekat rumah. If
dia nak further study pun still boleh. Income pun boleh tahan banyak juga
la..apa pendapat kau?''
''Eh..ok sangatlah tu..aku pun suka kalau dia buat
kerja dari rumah..tak adalah aku risau sangat.''
''Great!
Since kau pun setuju, so aku boleh terus offer dekat dialah.''
''Aku ok
je..''
''Alhamdulillah..settle satu masalah..nanti aku
discuss dengan Sofia.''