Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA IRIS, DIA IRFAN!
SAYA IRIS, DIA IRFAN!
Dzliyana
28/1/2015 13:52:46
168,168
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 43-FINAL

''Sayang abang buat apa tu?''

Irfan memeluk isterinya dari belakang.

''Abang ni..buat terkejut Fia je..tak buat apa pun. Tengok Dhia dengan Mia main je.”

Irfan mengalihkan pandangannya kearah anak-anaknya yang sedang khusyuk bermain dilaman rumah mereka. Anak sulungnya Dhia sedang bersungguh-sungguh berlari mengejar adik kembarnya. Mia pulak menjerit tatkala dikejar kakaknya. Irfan tersenyum melihat gelagat kedua anak perempuannya itu yang hampir berumur 2 tahun itu.

''Cepat betul mereka besar..Fia rasa macam baru semalam mereka lahir. kecil sangat..rindulah waktu mereka kecil. Fia rasakan bang, diorang waktu baby comel sangat tau..''

''Eh..sekarang tak comel ke?''

''Comellah! Maksud Fia, waktu diorang kecil diorang baik sangat. Tapi bila dah besar ni, rasa penat melayan kerenah diorang je..tadi Dhia tumpahkan makanan dia..Mia pula bila tengok makanan kakak dia tumpah, dia pun sibuk nak tumpahkan makanan. Pagi tadi lagilah..Fia bagi mereka main crayon, Fia pergi ke tandas..bila Fia balik, Muka Mia dah berconteng dengan krayon..penat betul nak jaga, tak boleh tinggal mereka langsung..hmmm''

Irfan tersenyum tatkala mendengar ngomelan isterinya itu. Dicuitnya pipi Sofia,

''La..baru dua orang sayang abang dah bising penat. Baru ingat nak tambah boboy seorang tau..''

''Ha? Abang biar betul? Nak tambah boy seorang? Penatlah Fia macam ni...girls ni pun da buat fia semput tau.''

Sofia mengerutkan keningnya. Pabila melihat riak wajah isterinya itu berubah, Irfan lantas mencuit hidung isterinya sambil ketawa.

''Abang gurau jelah...sayang ni..cepat sangat takut tau.''

Sofia pula lantas mencubit manja tangan suaminya.

''Abang ni...buat takut Fia jelah!''

Irfan tertawa lagi. Pinggang ramping isterinya itu dirangkul kemas. Badan isterinya itu juga ditarik rapat kebadannya. Sofia dapat merasakan bunyi nafas suaminya di tepi telinganya itu.

''Tapi kalau dapat baby boy pun apa salahnya kan?''

Irfan sengaja membisik perlahan ditepi telinga isterinya itu sehinggakan wajah isterinya itu bertukar kemerahan menahan malu. Sofia kemudiannya tersenyum malu. Ditolaknya lembut tubuh badan suaminya itu namun Irfan masih memeluk tubuhnya dengan erat. Akhirnya dia mengalah lalu membiarkan tubuhnya berada didalam dakapan suaminya itu. Buat seketika mereka hanya saling berdakapan sehinggalah tiba-tiba Sofia menyedari anak-anaknya hilang dari pandangannya.

''Eh..Dhia dengan Mia mana abang?''

Nada suaranya bertukar gara-gara cemas.

''Sayang jangan risau ye.. abang dah minta Maya ambil diorang tadi.''

''Hah? Buat apa?''

''Sebab malam ni kan anniversary kita. Abang nak kita berdua-duaan je malam ni..no kids ok..''

Sofia menepuk dahinya. Tiba-tiba dia teringat akan anniversarynya dan Irfan. Sudah hampir tiga tahun mereka berkahwin.

''Ya Allah, maaf abang..Fia lupa langsung..abang nak makan apa malam ni? Fia masakkan yang special untuk abang ye?''

Baru sahaja Sofia mahu melangkah irfan lantas menarik kembali tubuh badan isterinya itu.

''Abang tak nak apa-apa..abang nak duduk dengan isteri abang je..''

Perlahan-lahan dia mengelus lembut rambut isterinya yang menutupi bahagian dahi lalu mencium dahi isterinya itu. Sofia pula menyandarkan kepalanya didada bidang milik suaminya itu.

''Fia..''

''Ye abang?''

''Terima kasih sebab jadi isteri abang..Fia dah banyak berkorban untuk abang..banyak salah abang pada Fia..tapi Fia masih setia dengan abang..abang rasa bertuah dapat isteri macam Fia..abang janji dengan Fia abang akan bahagiakan Fia dengan anak-anak kita..abang tak kan tinggalkan Fia lagi..abang nak Fia ada sepanjang masa depan abang..bolehkan sayang?''

Sofia tiba-tiba sahaja menggelengkan kepalanya tatkala mendengar kata-kata suaminya itu.

''Fia tak boleh ada depan abang sepanjang masa....''

Irfan terkejut tatkala mendengar jawapan isterinya itu.

''Hah? Kenapa? Fia nak kemana?''

''Fia tak boleh...''

Sofia menundukkan kepalanya. Irfan mula berasa tidak senang duduk tatkala mendengar jawapan isterinya itu.

''Kenapa? Fia ada masalah ke? Cuba cerita dekat abang!''

''Fia tak de masalah..cuma Fia tak boleh ada depan mata abang sepanjang masa..Fia ada banyak kerja rumah nak buat, nak iron baju, sidai kain, sapu sampah, jaga Dhia dan Mia lagi..mana boleh duduk depan abang je setiap masa.''

Pabila menyedari isterinya itu mengenakannya, Irfan lantas menolak isterinya keatas katil.

''Aduh! Sakit la..''

Sofia mengurut-ngurut pinggulnya.

''Hah! Rasakan..main-main pulak dia ye?''

''Hehe..mana ada..betullah pe yang Fia cakap tadi...''

''Saja nak usik abang ye? meh sini abang nak balas dendam..geletek kang baru tahu!''

''Hah? Tak mahu! Tak mahu! Ampun Fia tak buat lagi''

Irfan tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Lantas dia merapatkan mukanya kewajah isterinya itu. Pandangan matanya menusuk tajam ke dalam mata isterinya. Tiba-tiba Sofia mengelus lembut wajah suaminya itu. Dia kemudiannya merapatkan lagi wajahnya ke wajah suaminya lalu membisik perlahan ke telinga suaminya.

''Fia pun sayangkan abang..''

Ttatkala mendengar bisikan isterinya itu..Irfan perlahan-lahan mencium dahi isterinya sekali lagi sambil merangkul tubuh isterinya itu lalu dia turut membalas bisikan isterinya itu.

''Terima Kasih sayang.. Fia pelengkap hidup abang..abang tak kan sia-siakan hidup Fia...abang yakin Fia jodoh sehidup semati abang..Kita kan satu..''

Sofia tersenyum tatkala mendengar kata-kata suaminya itu. Dibiarkan tubuhnya dipeluk kemas oleh suaminya. Sungguh dia tidak menyangka hidupnya akan berubah sebegini rupa sejak mengenali Luth Irfan. Tanpa kehadiran lelaki itu, pasti dia masih lagi seorang gadis yang tidak kenal erti kasih sayang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.