Setelah dua
hari berada di pulau itu akhirnya mereka berangkat pulang. Sebelum pulang terus
ke kampung Irfan mereka sempat pulang sebentar ke rumah Sofia untuk mengambil
luggagenya yang tertinggal itu. Tidak lama kemudian mereka pun sampai di hadapan
sebuah rumah besar di tengah-tengah kawasan sawah padi.
“Tuan
puteri sayang, nak saya dukung awak keluar ke?''
Sofia terjaga
dari tidurnya tatkala mendengar suara suaminya itu. Entah bila dia tertidur,
dia sendiri tidak perasan. Tangannya menggosok gosok matanya.
''Cepatnya
sampai..bukan jauh lagi ke?''
''Haa..yela
tu, Kuala Kangsar dengan Kuala Lumpur tu memang jauh, macam nak pergi Paris.
Ini mesti waktu belajar Geografi dekat sekolah awak tidur ni!''
Irfan memerli Sofia sambil mengangkat beg baju
mereka dari but keretanya itu.
''Ish..tahu je dia aku memang suka tidur waktu
kelas Geografi dulu''
Sofia mengeluh sambil turun dari kereta itu. Ikutkan
hati memang dia mahu menyambung tidurnya itu.
''
Sofia makan lah kuih tu, nanti sejuk pula''
''Eh tak pelah nek, tunggu Irr...eh, aaa..bang
makan sekali''
Sofia menahan
malu, kekok pula dia menggelar Irfan dengan panggilan abang. Mujur hanya dia
dan nenek Irfan sahaja berada di dapur, jika tidak pasti Irfan mengetawakannya.
Neneknya tersenyum melihat Sofia yang malu-malu apabila menyebut Irfan dengan
panggilan abang.
''Tak apa,
nenek faham, lama lama nanti biasalah tu. Nenek dulu pun kahwin dengan arwah
atuk sebab keluarga yang rancang.''
“Sebab
keluarga juga?”
“Haa..nenek
kahwin dulu lagi muda dari Sofia tau. Umur 15 tahun nenek dah kahwin dengan
arwah atuk.”
Terbeliak mata
Sofia tatkala mendengar kata-kata nenek Irfan.
“15 tahun? Mudanya nenek
kahwin…nenek tak menyesal ke kahwin muda?”
Nenek Irfan
tersenyum tatkala mendengar pertanyaan Sofia itu. Walaupun sudah hampir berumur
80an, wajahnya masih kelihatan cantik.
“Mula-mula
nenek menyesal juga..masih muda lagi..banyak nenek boleh buat..lagi-lagi
keluarga yang paksa nenek kahwin dengan lelaki nenek tak kenal. Mula-mula je
susah..tapi Alhamdulillah..kalau dah jodoh kita..kalau Allah sendiri dah
tentukan pasangan kita..semuanya akan berjalan lancar..Macam Sofia..mula-mula
kekok..tapi tak lama lagi mesti dah tak kekok..yang penting Sofia kena percaya
ketentuan tuhan..mesti ada sebab kenapa Sofia dikahwinkan dengan Irfan…”
Sofia
mengangguk sambil tersenyum. Matanya memandang kearah luar tingkap. Tenang
hatinya melihat pemandangan hijau dihadapannya itu.
''Irfan ni pun
satulah, boleh pula ditinggalkan isteri macam tu je. Patutnya bawalah Sofia
sekali''
''Dia
pergi kemana nek?''
''Irfan
ni, kalau balik kampung, ke parit belakang rumah tu lah dia pergi. Lagi-lagi
tengah banyak ikan ni, seronok la dia nak menjala''
Sofia mengerut keningnya tanda tidak faham.
''Menjala tu apa nek? ''
''Sofia
tak tahu menjala tu apa? Menjala tu sebenarnya...''
belum sempat neneknya menjawab, kedengaran
suara Irfan memanggil neneknya.
''Nek!
Oh nenek ku sayang!''
''Hah,
itu mesti nak baldi isi ikan, Sofia pergilah hantarkan dekat Irfan tu.”
Sofia hanya menurut, dia turun ke pelantar
bawah rumah dan terus mencapai baldi merah di tepi tangga lalu menuju kearah
suaminya itu. Dari jauh dia sudah nampak Irfan sedang menebar jala. Oh..tangkap
ikan rupanya menjala ni.
''Nah
baldi, nenek suruh hantar.''
''Eh,
baldi je? Cedok la air parit tu, macam mana nak letak ikan nanti.”
Sofia memerhatikan tebing parit itu.
''Awak
nak saya turun ambil air tu?''
''Haah,
yela, takkan air hujan pula? Eh lupa pula, budak pekan macam awak ni mana
pernah turun parit dan bendang, nanti kotor pula baju mahal-mahal tu''
''Huh!
Setakat turun ambil air je, bukannya hebat pun. Saya pun boleh buatlah!''
Sofia
perlahan-lahan turun ditebing parit itu dan mencedok sedikit air parit. Tiba
tiba dia tergelincir, mujur Irfan sempat memaut pinggangnya, kalau tidak pasti
dia sudah terjatuh didalam parit itu. Sofia cepat cepat menolak tangan Irfan
yang memaut pinggangnya itu.
''Itulah,
cakap besar lagi, nasib baik tak jatuh''
Sindir Irfan pada isterinya. Sofia buat buat
tak dengar sambil duduk di atas titi. Irfan sekali lagi tersengih melihat
gelagat isterinya itu. Dia mula menebar jalanya tatkala melihat sekumpulan ikan
di dalam air. Sofia hanya memerhatikan Irfan mula menjala ikan. Semakin lama
semakin banyak ikan yang berjaya dinaikkan oleh Irfan. Sofia begitu teruja
memerhatikan ikan-ikan yang berjaya ditangkap oleh suaminya itu.
''Ini
ikan apa? Tak pernah tengok pun?''
Irfan sekali
lagi tersenyum melihat gelagat sofia. Tak ubah seperti kanak kanak.
''Itu namanya ikan sepat..''
“Oooo..yang ini pula?''
Sofia cuba
menangkap seekor ikan yang lebih besar dari ikan sepat tadi dengan tangannya.
''Eh!
Jangan pegang!''
Irfan lantas menarik tangan Sofia. Sofia
terkejut apabila Irfan menjerit menghalangnya menyentuh ikan itu.
''Itu namanya
Puyu, jangan cuba sentuh, silap haribulan luka tangan kena duri nanti.''
''Tahulah, saya kan dah besar! Hal kecik je
ni''.
Tiba tiba dia
terasa gatal di betisnya. Lantas dilipatnya kaki seluar yang dipakainya itu.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sesuatu sedang melekat di betisnya.
''aaaaaaaaa!!!
''Tolong!!!!''
Irfan lantas
berpusing, panik benar dia mendengar isterinya menjerit.
''Kenapa?''
''Ada
ulat hitam makan darah saya!''
Irfan terus
membelek betis sofia. Kelihatan dua ekor pacat besar sedang menghisap darah
dibetisnya. Irfan tidak dapat mengawal ketawanya.
''Ini
awak kata ulat? Belajar sains ke tak dulu?
“Ish…cepatlah
buang!”
“Hai,
awak kan dah besar, benda kecil macam ni pun nak jerit ke?''
''Eeee...cepatlah
tolong buangkan! Habislah darah saya dia hisap nanti!!''
''Hahaha..ini
bukan ulat hitam, ni namanya pacat. Awak tadi main dekat tebing parit tu, entah-entah
banyak lagi dalam baju dengan seluar tu, nanti check habis-habisan ye.''
“Haa? Baju
pun? eeee.....janganlah gelak je, cepatlah buang! geli lah!''
Sofia tidak
dapat menahan perasaan gelinya lagi.ikutkan hati mahu sahaja dia berlari ke
tandas untuk memastikan tidak ada lagi pacat di badannya. Namun melihat Irfan
yang asyik mengetawakannya, lantas dibatalkan hasratnya itu. Kalau tidak pasti
Irfan lebih kuat mengusiknya.
“Binatang
kecil macam ini pun nak takut”
“Gelilah..kalau
dia hisap darah saya sampai habis..matilah saya nanti!”
“Hahaha…Cik
Sofia oi…tak kan matilah kalau setakat binatang kecil ni yang hisap! Ha..dah
buang dah..cepat pergi basuh kaki tu…alang-alang pergi mandi..dah nak malam
dah..nanti air perigi jadi makin sejuk pula.”
“Eh? Perigi?
Tak ada shower room dalam rumah ke?”
“Sayang
oi..rumah kampung mandi pakai perigi je.”
“Seriously???
awak biar betul? Tipulah! Tak ada shower room dengan water heater?”
“Suka hati
awaklah nak percaya ke tak..cepatlah pergi mandi..lepas ni saya pula nak mandi”
Sofia
memerhatikan bilik air itu. Bumbungnya hanya menutup sebahagian ruang atas
bilik air itu.
''Tak
kan nak mandi kat sini? Kalau orang nampak, malulah.''
Sofia mengomel
sendirian. Tangannya memperbetulkan kain basahan mandinya. Takut-takut
terlondeh pula. Dijenguknya pula perigi didalam bilik air tersebut. Ini kali
pertama dia mandi menggunakan air perigi, jadi dia tidak begitu pasti bagaimana
mahu mencedok air dari perigi itu.
“Ish..dalam pula perigi ni!”
Perlahan-lahan
dia mencedok air dari dalam perigi dengan cara mencampak bekas air yang diikat
dengan tali dan menariknya keatas. Air yang berjaya dicedoknya disiram ke
badannya. Sejuk dan nyaman air perigi itu. Barulah dia faham kenapa nenek lebih
suka menggunakan air perigi untuk mandi daripada menggunakan air paip.
Dilontarkan bekas air itu sekali lagi, namun entah
dimana silapnya, bekas air itu terjatuh kedalam perigi bersama-sama talinya.
Sofia kaget, lantas dia menjenguk keluar bilik air tersebut, dilihatnya
suaminya sedang sibuk membersihkan jala yang digunakannya tadi.
'' Awak! Awak!''
Sofia melambai
kearah irfan namun Irfan tidak menyedarinya.
“Eeee..pekak
ke dia ni?''
Sekali lagi
dia memanggil Irfan namun responnya masih tetap sama. Diambilnya seketul sabun
buku di tepi dinding, lalu lantas dibalingnya kearah suaminya. Niatnya cuma
mahu membaling keatas kaki suaminya.Namun nasib Irfan tidak begitu baik apabila
buku sabun yang dibaling oleh Sofia itu jatuh tepat mengenai kepalanya.
'' Aduh! Siapa baling sabun ni!''
Irfan
mengerang kesakitan sambil memandang ke sekeliling. Dilihatnya isterinya sedang
melambai kearahnya.
''Oppss…Sorry
awak..”
“Aduh…sakitlah!
awak nak apa? Tak boleh ke panggil saya elok-elok!”
“Hehehe..saya
sebenarnya nak minta tolong ambilkan bekas air dalam perigi..terjatuh tadi, banyak
kali saya panggil…awak tak dengar saya panggil, saya balinglah sabun tu..sorry
ye?''
''Ish budak
ni..saya suami awak tau,kalau saya mati, menjanda awak tahu tak?''
Irfan
melangkah menuju kebilik air. Semakin hampir dengan Sofia, barulah dia perasan
isterinya itu sedang berkemban. Bentuk tubuh sofia yang langsing begitu
terserlah dan menarik perhatian naluri lelakinya. Irfan lantas mengalihkan
pandangannya dan berpura-pura sibuk mengambil bekas air yang terjatuh itu.
''Nah,
jatuh lagi ambil sendiri ye!''
Irfan
menghulurkan bekas itu kepada isterinya dan cepat-cepat melangkah keluar dari
situ. Dia sedaya upaya mengelak dari memandang kearah tubuh isterinya itu.
Sofia tersenyum puas, namun tatkala Irfan melangkah keluar, barulah dia sedar
yang dirinya hanya memakai kain basahan sahaja. Lantas ditutupnya pintu rapat-rapat.
Takut ada yang terlihatnya dalam keadaan begitu.
''Ya Allah, malunya, kenapa aku terlupa
langsung tengah berkemban!''
Sofia
kemudiannya mencapai bekas air itu. Baru sahaja dia mahu menyiram badannya,
tiba-tiba seekor katak melompat keluar dari bekas air itu.
''Opocot
mak kau! Eeeeeee.......awak! Tolong saya! Ada katak besar!''
Irfan ketawa
pabila terdengar jeritan Sofia dari dalam bilik air itu.
''Eh, awak kan
dah besar, takkan katak pun awak takut. halau sendirilah! Saya nak naik atas.
Mandi dekat bilik air dalam rumah. Siap ada pemanas air lagi tau!''
Mendengar kata-kata
suaminya itu, Sofia lantas menjerit.
''Awak memang
nak kenakan saya ke? Tadi cakap rumah nenek mandi dekat perigi je!”
Sofia
kemudiannya mendengar bunyi Irfan ketawa terbahak bahak. Pasti dia suka benar
dapat mengenakan Sofia.
''Kurang
ajar punya suami..siaplah kau nanti!''