Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA IRIS, DIA IRFAN!
SAYA IRIS, DIA IRFAN!
Dzliyana
28/1/2015 13:52:46
168,213
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 25

Sofia mengemas pinggan mangkuk yang telah dicucinya. Sebentar tadi kedua ibu bapa Irfan baru sahaja datang ke rumahnya. Sengaja mereka datang untuk makan malam bersama anak dan menantu mereka. Dan seperti biasa Sofia sedaya upaya berlakon seolah olah tiada masalah diantara dia dan Irfan. Dia tidak mahu mereka risau jika mendapat tahu hubungannya dan suaminya itu sedikit renggang.

“Fia…”

Sofia berpusing mengadap ibu mentuanya yang berdiri dibelakangnya.

“Ye ummi?”

“Fia ada Eye Mo tak? Mata ummi pedihlah. Masuk habuk agaknya.”

“Yeke? Ada dalam bilik..ummi tunggu sekejap ye?”

Sofia bergegas masuk kedalam biliknya. Diluar kedengaran suara suaminya dan ayah mentuanya sedang rancak berbual. Sofia membuka laci-laci meja soleknya. Namun tidak menjumpai Eye Mo yang diminta oleh ibunya.

Tiba-tiba dia teringat yang Irfan sering membawa Eye Mo didalam briefcasenya. Lalu dia membuka briefcase suaminya itu dan akhirnya menjumpainya. Tatkala mahu menyusun kembali barang-barang yang telah dikeluarkan dari dalam briefcase suaminya itu. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada satu sampul surat yang mengandungi beberapa helai dokumen. Lantas diambil lalu dibacanya dokumen itu.

Tatkala membaca tajuk dokumen itu, tangannya mengeletar. Fikirannya mula dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Mengapa suaminya itu menyimpan dokumen perceraian didalam begnya? Jika benar dokumen itu milik Irfan, kepada siapakah dokumen itu hendak diserahkannya. Sofia mengelap air matanya yang tumpah. Entah mengapa berat hatinya untuk mengakui yang didapat merasakan dokumen itu akan diserahkan kepadanya. Tiba-tiba Sofia terdengar ibu mentuanya memanggilnya.Lantas dia mengelap air matanya dan mengemaskan briefcase suaminya itu.

“Fia..ada tak? Kalau tak ada, ummi boleh pakai dekat ruma.Ayah kamu pun dah ajak balik tu….”

“Ada ummi…kejap lagi Fia bawa…”

Selepas sahaja kedua ibu bapa mentuanya itu pulang kerumah mereka, Sofia menyambung mengemas pinggan mangkuknya. Fikirannya masih bercelaru memikirkan dokumen-dokumen pernceraian yang berada didalam beg suaminya itu. Tiba-tiba kepalanya terasa pening. Pandangan matanya hampir menjadi gelap lalu pinggan yang dipegangnya itu terlepas dan jatuh berkecai diatas lantai. Irfan yang mendengar bunyi pinggan pecah itu lantas bergegas ke dapur. Dilihatnya isterinya itu sedang mengutip serpihan kaca yang berselerak di atas lantai.

''Kenapa Fia?''

'’Tak ada apa..Fia terlepas pegang pinggan ini tadi..sebab tu pecah..abang pergilah rehat..Fia nak bersihkan serpihan kaca-kaca ni..''

Irfan merenung wajah isterinya itu. Raut wajah Sofia yang kelihatan pucat lesi menunjukkan bahawa dia tidak sihat.

''Fia tak sihat ke?''

''Sihat..letih sikit je..abang pergilah ke depan..biar Sofia kemaskan sepihan kaca ni''

Sofia cuba membangunkan dirinya. Namun tatkala dia ingin bangun,dia tidak dapat mengimbangi dirinya dan hampir sahaja terjatuh. Melihat isterinya itu hampir pitam Irfan lantas memegang tangan isterinya itu.

''Tak apa, abang kemaskan..Fia rehat dalam bilik ye..''

“Fia boleh buat…”

“Fia..Fia tak sihat sangat ni…rehat dalam bilik ye? Abang pimpin Fia..”

Sofia akhirnya mengangguk tanda akur sambil membiarkan dirinya dipimpin oleh suaminya ke bilik tidur mereka. Kepalanya terasa berdenyut-denyut dan tubuhnya terasa begitu lemah.Sampai sahaja kebilik dia lantas membaringkan diri keatas katil dan melelapkan matanya.

Tidak lama kemudian Irfan masuk kedalam bilik setelah usai membersihkan serpihan kaca yang pecah itu. Dilihatnya isterinya itu sudah lama terlelap. Lalu dia duduk disebelah isterinya. Perasaan bersalah menyelubunginya. Dia teringat kata-kata Maya beberapa hari sebelum ini.

''Luth, Sofia dah tahu pasal Jasmine. “

Irfan tersentak tatkala Maya memberitahunya.

“Macam mana dia boleh tahu sedangkan hal ni kita berdua sahaja yang tahu?”

Maya mengeluh perlahan-lahan.

“Sofia bukan budak lagi yang kau boleh tipu. Aku terjumpa dia waktu dia ekori kau ke hospital. Dia cakap dah lama perhatikan kau.”

“Dia ekori aku?”

“Haah…Bila aku tengok dia bersungguh-sungguh tanya pasal Jasmine, aku pun ceritakan semuanya dekat dia. Aku faham kau mesti serba-salah. Tapi aku rasa kau patut jaga hati Sofia. Jangan abaikan dia.''

Irfan memandang wajah pucat isterinya itu. Dia juga perasan yang Sofia lebih banyak mendiamkan diri. Tidak seperti selalu. Biasanya pagi-pagi hari lagi dia sudah mendengar suara ceria isterinya itu. Ada sahaja benda baru yang akan disembangkan oleh Sofia.

Namun ternyata baru-baru ini Sofia semakin kerap mendiamkan dirinya. Apatah lagi selepas kejadian dimana dia telah menampar Sofia kerana menumpahkan bubur yang telah dimasaknya untuk Jasmine. Mungkin benar kata-kata Maya yang dia terlampau mengabaikan Sofia kerana sibuk menjaga Jasmine.

Malah dia juga semakin bersikap panas baran terhadap Sofia. Sofia seolah-olah menjadi tempat untuk dirinya melepaskan geram sedangkan isterinya itu langsung tidak bersalah.

Irfan kemudiannya menarik selimut lalu diletakkan diatas tubuh badan isterinya. Panadol yang dia bawa bersamanya tadi diletakkan di meja tepi katil supaya Sofia boleh mengambilnya apabila bangun nanti. Rambut panjang isterinya itu dielus lembut. Dahi isterinya juga dicium perlahan-lahan supaya tidak membuatkan isterinya itu terjaga dari lenanya. Hatinya benar-benar diselubungi perasaan bersalah.

Keesokkan paginya, apabila Sofia terbangun dari tidur, dia mendapati suaminya itu telah menyediakan sarapan beserta panadol ditepi katilnya. Turut disertakan oleh Irfan ialah sekeping nota. Lantas dia mengambil dan membaca nota itu.

''Sayang…. Abang minta maaf sebab abang tampar Fia sebelum ni..abang betul-betul tak sengaja..tak terniat pun nak sakitkan Fia...Kalau Sofia tak sihat, jangan lupa makan ubat. Malam nanti abang janji akn jemput Fia dekat kolej dan lepas tu kita dinner sama-sama ye..abang nak ganti balik malam anniversary kita hari tu ..Abang pergi kerja dulu ye sayang..''

Sofia tersenyum membaca nota itu. Hatinya yang selama ini sedih bertukar menjadi gembira. Sebenarnya sejak peristiwa dimana Irfan menampar wajahnya itu, dia banyak mendiamkan diri apabila berada di rumah. Dia cuma berlagak seperti biasa apabila kedua ibu dan ayah mentuanya datang kerumah mereka. Seakan-akan tidak ada pekara buruk berlaku. Namun di dalam hatinya dia benar-benar kecewa dengan layanan Irfan terhadapnya. Apatah lagi pabila dia mendapati suaminya itu mungkin ingin meninggalkannya.

Namun setelah membaca nota itu, hatinya menjadi gembira kembali. Perasaan risau dan khuatirnya terhadap dokumen perceraian itu juga hilang. Malah badannya yang lemah juga terasa seperti bertenaga semula. Dilihatnya jam di dinding baru menunjukkan pukul 10 pagi. Masih banyak masa untuk dia bersiap memandangkan dia perlu menghantar thesisnya pada waktu petang. Lantas dia bangun dari katil untuk membersihkan diri dan mengemas rumah.

Sofia berjalan kearah tempat menunggu bas sambil tersenyum. Sebentar tadi dia baru menghantar thesisnya yang sudah lengkap kepada lecturernya Puan Kalsom. Itu bermakna dia hanya perlu menunggu keputusan peperiksaan akhir sahaja lagi untuk memastikan dia lulus dan boleh menamatkan pengajiannya.

Apabila sampai ke pondok menunggu bas, dia sempat melihat jam ditangannya yang menunjukkan pukul 5 petang. Sebelum dia keluar dari rumah Irfan telah menghantar mesej mengatakan dia akan menjemput Sofia pada pukul 5 petang itu. Namun sehingga kini Irfan masih belum muncul.

Sofia tidak begitu risau memandangkan dia beranggapan suaminya itu mungkin tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Untuk menghilangkan perasaan bosannya ketika menunggu, Sofia membuka zip begnya untuk mengeluarkan novel untuk dibaca. Namun matanya tertumpu kearah sebuah kotak yang berbalut kemas di dalam begnya itu. Sofia tersenyum sambil mengeluarkan kotak itu dari begnya. Dia membelek kotak itu bagi memastikan balutannya masih kemas dan cantik.

Sepatutnya kotak itu diberinya kepada suaminya sebagai hadiah ulang tahun pertama mereka. Namun kerana Irfan begitu tergesa-gesa meninggalkannya pada malam itu, sehingga kini hadiah itu masih belum sempat diserahkan kepada suaminya. Jadi dia telah bercadang untuk memberikan hadiah itu kepada suaminya pada malam ini.

Jasmine memerhatikan Irfan yang nyenyak tidur itu. Sudah dua hari dia dibenarkan pulang dari hospital. Sebentar tadi Irfan datang menjenguknya dan membawa makanan untuknya. Ketika suaminya itu meminta diri untuk pulang, Jasmine lantas memintanya untuk menemaninya sebentar. Sebenarnya dia agak bosan tinggal di kondominium itu berseorangan.

Tiap kali dia mengajak Irfan menemaninya pada waktu malam, suaminya itu pasti menolak dengan alasan takut ibu bapanya mempersoalkan mengapa dia tidak pulang kerumah pada waktu malam.

“I bosan tinggal seorang…please don’t leave me alone…”

“I know..tapi I kena balik rumah malam ni.. Kalau I tak balik rumah, nanti parents I fikir yang bukan-bukan..”

“Then take me with you Luth…mereka tahu kan kita dah kahwin…pasti mereka tak fikir bukan-bukan lagi…”

Irfan memandang wajah sedih isterinya itu. Bukan dia tidak mahu membawa Jasmine pulang kerumahnya..Jika dia tidak berkahwin dengan Sofia, pasti sudah lama dibawanya Jasmine pulang. Namun sekiranya dia membawa Jasmine pulang ketika ini, pasti keluarganya dan keluarga Sofia tidak dapat menerima hakikat itu.

“Jasmine..I understand that you feel so lonely..tapi I tak boleh bawa you balik macam tu je..parents I ingatkan you dah meninggal dunia selama ni..i perlukan masa untuk explain dekat mereka dulu..So I betul-betul harap you bersabar..I promise..tak lama lagi I bawa you balik…Ok?”

“Ok….but please don’t go home right now..I sunyi..temankan I sampai petang boleh?”

“Well..ok..I temankan you sebentar..”

Akhirnya Jasmine akur kerana dia tahu sejak mereka berkahwin lagi ibu dan bapa Irfan tidak merestui perkahwinan mereka. Begitu juga kedua ibu bapanya. Malah, ketika Irfan muncul di rumahnya di Beijing untuk membawanya pulang ke Malaysia amatlah ditentang oleh ibu bapanya. Namun apabila Jasmine merayu meminta mereka membenarkannya mengikuti suaminya itu, akhirnya mereka membenarkannya pergi ke Malaysia.

Lamunan Jasmine terhenti apabila terdengar suara suaminya terbatuk. Dilihatnya Irfan baru sahaja bangun dari tidurnya.

''You dah bangun? I panaskan makanan ye? Kita dinner sama-sama''

Mendengar perkataan dinner terus membuatkan Irfan terhadap janjinya untuk makan malam bersama Sofia. Dilihatnya jam didinding menunjukkan hampir pukul 8 malam. Irfan lantas menepuk dahinya, dalam fikirannya memikirkan Sofia yang pasti sudah lama menunggunya.

''Luth, do you hear me?''

''What?..oh sorry Jasmine..not tonight ok..I have things to do.''

''Oh..ok..by the way, someone called you before. Since the phone keep ringing, I answered it for you.''

Pasti Sofia yang menghubunginya. Getus Irfan didalam hati. Lantas dia mencapai kunci keretanya.

''Jasmine, i ada hal penting...so I need to go right now… If you need anything, call me ok?''

Jasmine mengangguk sambil membuka pintu untuk suaminya. Baru sahaja Irfan mahu menyarungkan kasutnya, tiba-tiba telefonnya berdering. Di skrin tertera nama Maya sebagai pemanggilnya. Lantas dia menekan butang menjawab. Terdengar suara Maya yang cemas dihujung talian.

''Kau kat mana Luth? Aku call kau dari tadi tahu tak? Kau datang ke Hospital Anggerik secepat mungkin sekarang juga!''

''Kenapa Maya? Ada masalah ke?''

''Luth… Sofia...''

''Kenapa dengan Sofia?''

Degupan hati Irfan seakan-akan terhenti tatkala mendengar nama Sofia disebut. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap isterinya itu.

''Sofia kena rompak..dia cedera teruk! Sekarang ambulans on the way ke hospital. aku jumpa kau kat sana ye.''

Sebaik sahaja mendengar berita buruk itu, Irfan terus berlari meninggalkan Jasmine di muka pintu tanpa berkata apa-apa.

Previous: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.