Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA IRIS, DIA IRFAN!
SAYA IRIS, DIA IRFAN!
Dzliyana
28/1/2015 13:52:46
168,211
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 21

'' Abang! Abang mengelamun ke?''

Irfan tersedar dari lamunannya apabila mendengar Sofia memanggilnya.

''Hah? Oh..tak la..abang tengah pikir barang apa nak bawa esok..''

Sofia tersenyum kepada suaminya.

''Ingatkan dah sampai dekat Beijing dah fikiran tu…Fia dah kemaskan barang-barang abang dalam luggage..cukup untuk seminggu dua..kenapa lama sangat abang pergi? Sudah la tiba-tiba je abang dapat arahan pergi Beijing. Kalau tak sebab exam boleh Fia ikut abang...''

Sofia menarik muka masam sebelum pipinya dicubit oleh suaminya.

''La..tadikan senyum, kenapa tiba-tiba masam ni? Bukan lama pun sayang, kejap je..lagipun sayang abang kan banyak lagi paper exam..sayang janganlah sedih, abang janji abang bawa ole-ole ye..kalau Fia rasa takut nak tinggal seorang, abang benarkan Fia balik rumah ibu tak pun rumah ummi''

Sofia mengangguk. entah mengapa hatinya berat untuk melepaskan suaminya itu pergi.

“Ok…tapi janji dengan Sofia jangan menggatal dekat sana ye?”

“Sayang abang ni..takkan abang nak curang..isteri sendiri dah cantik..takkan nak cari perempuan lain.”

“Manalah tahu..perempuan dekat Beijing tu semua putih melepak..comel-comel pula tu..mestilah risau!”

“Sayang jangan risaulah..hati abang untuk Sofia seorang je..”

“Janji?”

“Abang janji…Sofia duduk rumah, study elok-elok tau. Kalau dapat Anugerah dekan lagi, abang bawa Sofia holiday. Boleh?”

Sofia mengangguk. Wajahnya yang suram jelas kelihatan. Irfan tahu Sofia sedih kerana dia tidak pernah meninggalkan Sofia sejak mereka berkahwin. Namun dia juga punya tanggungjawab lain yang perlu dia selesaikan.

''Fia…fia buat apa tu?''

''Tak buat apa pun ummi..tadi Fia ingat nak bagi makan dekat Putih dengan Comel, tapi bila cari, hilang pula.''

''Biasalah tu, nanti lapar, datanglah balik kucing-kucing tu. Jom makan, ummi ada beli Pavlova dekat kedai kek tadi.''

Sofia menyucikan tangannya sebelum pergi ke pondok kecil di mana ibu mertuanya itu sedang menunggu. Sofia merenung kek Pavlova dihadapannya itu. Walaupun kek itu kelihatan menarik, namun selera makannya seakan-akan mati.

''Kenapa Fia tenung je kek tu? Makanlah..ke Sofia tak suka makanan manis?''

''Eh,Fia makan je ummi. Cuma bila tengok kek ni, Fia teringat dekat abang Irfan. Dia suka makan kek ni..''

Ibu mentuanya memerhatikan wajah sugul menantunya itu. Dia tahu, ini pasti kerana Irfan sudah seminggu tidak menghubunginya.

''Fia risaukan Irfan ke? Tak payahlah risau sangat..pandailah dia jaga diri dia..Ummi tengok muka Fia cengkung je..Fia tak sihat ke?''

Sofia menyentuh mukanya.

''Eh..tak delah ummi..Fia sihat je. Sebab exam kot...lagi-lagi semester akhir..Fia tak cukup tidur sebelum ini..''

''Kalau ye pun study, jagalah kesihatan tu..kurus sangat ummi tengok!''

''Hehe..ummi jangan risaulah..sebab itu Sofia rajin datang rumah ni, ummi masak sedap, tak lama lagi gemuklah Fia!''

''Ha, kalau macam itu malam ni kita makan sedap-sedap sikit..sedih ummi tengok menantu ummi ni kurus sangat.''

''Terima kasih ummi..''

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.