''Kenapa
awak senyap? Awak juga yang cakap nak jumpa saya?''
''Saya
nak cakaplah ni..pasal kahwin tu..''
''Kalau
pasal kahwin tu, cakap jelah dekat parents awak suruh batalkan sahaja. Apa
susah? Parents saya tu, pandailah saya settlekan..paling tak pun saya carilah
perempuan jauh lagi cantik dari awak. Mesti diorang berkenan!''
Irfan terus
menyedut air minumannya. Dia sudah mengagak pasti gadis itu akan mengajak dia
berjumpa untuk membatalkan rancangan perkahwinan itu. Sofia mula panas hati
mendengar kata kata Irfan. Ingat aku ni tak cantik ke? Rabun punya orang tua
ni! Kau ingat kau handsome sangat ke? Sofia tidak menghiraukan kata-kata Irfan,
lantas dia membalas.
''Bila masa
saya nak kata saya nak batalkan? Saya nak jumpa awak ni Encik Luth Irfan, sebab
saya nak beritahu awak saya dah terima pinangan mak ayah awak tu! Faham?''
Irfan tersedak
tatkala mendengar kata kata Sofia.
''Eh! Cik Iris
Sofia, awak gila ke? Awak tahu tak kita macam langit dan bumi tahu? Mana boleh
kita kahwin!''
''Eh encik
Luth Irfan, mestilah saya tahu, awak tua, saya muda, awak hodoh, saya pula
cantik! Puas? Eh, awak ingat saya teringin sangat ke nak kahwin dengan awak?
Ikutkan hati saya, saya lagi sanggup lari rumah daripada kahwin dengan awak
tahu tak? Tak pun saya lagi sanggup kahwin dengan bangla tahu?''
''Hah! Kahwin
jela dengan bangla tu, kenapa awak nak kahwin dengan saya pula?''
''Eeeeee...
execuse me encik Irfan, pembetulan sikit.. Mak ayah kita yang nak kahwinkan
saya dengan awak. Faham?''
Irfan
mendiamkan diri, matanya tepat merenung Sofia. Apahal pula mamat ni? Muka aku
comot ke?
“Betul awak
setuju dengan perkahwinan ini? Benda ni bukan main-main tahu? Banyak
tanggungjawab bila jadi seorang isteri ini tahu? Kahwin ini bukan macam
assignment role play yang saya suruh buat dalam kelas tu! Ini hal serius tahu?''
Sofia
mendiamkan dirinya. Tidak lama kemudian baru dia mengangguk, namun dihatinya
dia terasa berat untuk bersetuju dengan perkahwinan tersebut. Dia masih muda,
masih banyak lagi impian dan cita-cita belum tercapai. Namun permintaan ayahnya
itu langsung tidak dapat ditolaknya.
''Ok,
fine, kita tunaikan permintaan mereka semua..tapi saya bagi warning ye!''
Sofia mengerutkan
keningnya. Ish orang tua ni..siap warning-warning lagi. Ingat aku ni apa.
''Warning apa?''
Irfan bangun
dan merapatkan wajahnya dengan wajah Sofia. Sofia cepat-cepat menjauhkan
wajahnya dari wajah Irfan. Melihat reaksi gadis itu, Irfan tersenyum dan dengan
nada separuh membisik dia mengeluarkan kata-kata.
''Saya
dari dulu teringin nak ada anak ramai-ramai, so get readylah ye!''
Irfan
tersenyum sambil berlalu pergi ke kaunter pembayaran meninggalkan Sofia yang
merah padam mukanya.
“Eeeee…awak
ni memang pervertlah!”
Sofia mula tidak
senang duduk.Dia langsung tidak terpikir mengenai soal anak apabila mengambil
keputusan untuk berkahwin. Bagaimana jika ibu bapa mereka mempersoalkan tentang
zuriat? Pasti dia tidak mampu menjawab persoalan itu. Melihat Irfan keluar dari
cafe itu sambil melambai tangan kearahnya, Sofia mula ragu-ragu untuk berkahwin
dengan Irfan yang sejak dari dulu lagi dibencinya
Seminggu
kemudian Sofia dan Irfan telah pergi ke butik pengantin untuk berjumpa dengan
wedding planner mereka. Itu pun setelah kedua ibu mereka memaksa mereka pergi
bersama. Jika tidak pasti masing-masing tidak mahu mengambil tahu hal
persediaan perkahwinan itu.
Irfan membuka
album contoh perkahwinan yang disediakan oleh Butik Pengantin Kisha itu. Banyak
pilihan pelamin yang disediakan. Sofia juga sedang khusyuk meneliti album itu.
Tiba-tiba mereka disapa oleh wedding planner mereka iaitu tuan punya butik
tersebut.
''Hai bakal
pengantin! You guys ni memang bagai pinang dibelah dua tau I tengok. Mesti
cantik bila naik pelamin nanti.So you guys dah decide ke tema untuk wedding you
guys?''
“Yes!”
Sofia dan
Irfan menjawab serentak sambil masing-masing menunjuk contoh gambar tema yang
berlainan.
''Eh,
yang mana satu ni? Susah saya nak buat kalau you guys tak betul-betul decide.''
''Tak apa Puan
Kisha, you buat ikut tema yang I pilih, inikan wedding I, so I nak garden
theme.''
Mendengar
kata-kata Sofia, Irfan lantas mencelah.
''Eh, mana
boleh! Ini pun wedding saya, Puan Kisha ikut je tema tradisional yang saya
pilih ni.''
''Eeee....old
fashion lah awak ni!, mana ada orang buat tema tradisional ni dah! lagipun saya
dah discuss dengan butik ni through phone call malam tadi!''
''Eh, cik Sofia
tunangku sayang, sebab orang tak buatlah kita kena buat. Saya bakal suami awak,
so awak kena ikut cakap saya faham! Lagipun saya yang bayar''
Sofia menarik
muka masam. Dia tahu kalau bertekak dengan Irfan pasti dia akan kalah. Lalu dia
lantas bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi. Irfan tersenyum puas hati
apabila melihat Sofia mengalah dengannya. Wedding planner mereka yang kelihatan
keliru melihat pergaduhan mereka itu tiba -tiba mencelah.
''Are
you sure encik Irfan? Cik Sofia memang dari malam tadi macam berminat dengan
garden theme ini.''
Irfan hanya
tersenyum lebar sekali lagi.