Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA IRIS, DIA IRFAN!
SAYA IRIS, DIA IRFAN!
Dzliyana
28/1/2015 13:52:46
168,219
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 23

Malam itu Irfan sampai lewat kerumah. Sebelum masuk kerumahnya, dia memandang sampul surat ditangannya itu. Didalam sampul surat tersebut terdapat surat permohonan cerai yang telah diambil oleh Irfan di pejabat agama beberapa hari sebelum itu. Pada mulanya dia nekad ingin melepaskan Sofia. Namun tatkala mendengar kata-kata Johan, Irfan kembali berfikir semula.

Sebenarnya jauh di sudut hatinya dia merasakan berat hati untuk melepaskan Sofia. Akhirnya sampul itu di masukkannya kedalam briefcasenya kembali sebelum dia melangkah masuk kerumahnya. Ketika dia masuk, salamnya tidak terjawab. Dijenguknya di ruang tamu. Kelihatan isterinya itu telah tertidur diatas sofa. Dia memandang kearah jam didinding. Sudah hampir pukul 2 pagi. Tidak hairanlah jika Sofia boleh tertidur tatkala menunggunya pulang. Perlahan-lahan dia mengangkat isterinya itu lalu meletakkannya diatas katil mereka. Sengaja dia tidak mahu menggerakkan Sofia dari tidurnya.

Kemudian dia pergi kedapur. Dilihatnya diatas meja terdapat beberapa jenis lauk pauk yang sudah hampir sejuk. Perlahan-lahan Irfan mengaut nasi ke pinggannya lalu menjamah makanan yang telah dimasak oleh Sofia.

Keesokkan paginya seperti biasa Sofia bangun dari tidur dan mendapati suaminya itu telah keluar ke pejabat. Namun hatinya gembira pabila melihat makanan yang disediakannya semalam telah dijamah oleh suaminya. Jadi dia mengambil keputusan untuk menyediakan makan malam sekali lagi buat suaminya pada hari itu. Apatah lagi hari itu merupakan ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Seharian dia menunggu Irfan pulang. Akhirnya Irfan muncul dimuka pintu.

''Abang dah balik? Fia siapkan makan malam ye. Abang pergilah rehat dulu ye..''

Irfan hanya beredar ke bilik tanpa mengendahkan kata-kata isterinya. Dia berasa keletihan kerana berada seharian bersama Jasmine di hospital. Keadaan Jasmine yang agak tidak stabil membuatkan dia tidak berani meninggalkan isterinya keseorangan.

Namun kerana dia telah berjanji untuk pulang awal kerumah, dia terpaksa pulang bagi mengelakkan Sofia mensyaki apa-apa. Selesai mandi dan solat, dia membaringkan diri diatas katil.Niatnya hanya untuk merehatkan diri. Namun akhirnya dia tertidur.

Sofia tersenyum puas hati melihat makanan semuanya telah siap disediakan. Sengaja dia membiarkan Irfan tidur dahulu sementara dia menyiapkan makanan. Pada mulanya dia ada juga terfikir untuk mengajak Irfan meraikannya diluar. Namun disebabkan Irfan sudah jarang berada dirumah, Sofia mengambil keputusan untuk memasak sendiri untuk suaminya .

Dia kemudian mengambil sebuah kotak kecil yang diisi dengan hadiah ulang tahun mereka yang pertama dari sebuah laci lalu diletakkan diatas meja makan. Irfan yang sedang nyenyak tidur digeraknya perlahan. Namun Irfan masih belum terjaga dari tidurnya. Lalu dia mengelus lembut rambut suaminya itu sambil menggerakkanya bangun dari tidur.

''Abang, Fia dah siapkan makan malam, bangun sayang..''

Irfan mengeliatkan badannya tatkala dikejutkan oleh isterinya.

''Dah pukul berapa ni?''

''Dah dekat pukul 9 malam, abang bangun dulu, cuci muka..Fia tunggu dekat meja makan ye?''

Irfan mengangguk dan terus bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan mukanya. Usai mencuci muka, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Lantas dia mencari iphonenya.

''Abang cari apa tu?''

''Iphone abang..ada nampak tak?''

''Oh..Fia letak tepi katil, cuba abang tengok.''

Irfan terus mencari iphonenya di tepi katil. Ketika menjumpai Iphonenya itu, dia mendapati telefon bimbitnya itu telah dimatikan. Lantas dia menghidupkan telefonnya itu. Seminit kemudian dia menerima beberapa pesanan dari Celcom yang memaklumkan dia telah menerima hampir 10 panggilan tidak dijawab dan satu lagi sms dari Maya. Lantas dia membaca sms itu.

''Luth, aku dah cuba call kau banyak kali, tapi telefon kau off. Jasmine tak stabil sekarang. Aku harap kau boleh datang hospital secepat mungkin.''

Irfan mengeluh, lantas dia mencapai baju t-shirtnya dan kunci kereta diatas meja.

''Abang..jumpa tak Iphone tu? Tadi Fia off kan. Takut ganggu abang tidur..''

Irfan terus merenung Sofia apabila mendengar kata-kata isterinya itu.

''Jangan sentuh barang aku boleh tak! Pandai-pandai je off kan..kalau ada panggilan penting macam mana hah?''

Sofia tersentak mendengar Irfan memarahinya. Sepanjang mereka berkahwin, tidak pernah sekali pun Irfan memarahinya sebegitu rupa. Apatah lagi meninggikan suara terhadapnya. Melihat riak wajah Sofia yang terkejut akibat di marahinya. Irfan terasa sedikit bersalah.

''Aku ada hal penting..malam ni jangan tunggu aku.''

''Tapi abang tak jamah makanan pun lagi..sekurang-kurangnya makanlah sikit. Fia masak banyak untuk abang.''

''Simpan jelah dalam peti ais tu dulu..aku dah lambat..aku pergi dulu!''

Sofia terdiam. Dia hanya mampu melihat suaminya beredar dari rumah mereka. Perlahan-lahan dia memasukkan semua makan yang disediakannya kedalam peti ais. Selera makannya juga terbantut. Kotak hadiah diatas meja juga disimpannya kedalam almari baju mereka. Malam itu dihabiskannya dengan menangis mengenangi sikap suaminya yang kian berubah.

Maya memerhati wajah pucat adik iparnya itu. Dia memegang tangan Sofia dengan harapan gadis itu akan memberikan respon terhadapnya. Namun sia-sia sahaja kerana gadis itu hanya mendiamkan diri. Namun tidak lama kemudian Sofia mula bersuara.

''Dah lama kak Maya tahu pasal abang Irfan?''

Maya mengangguk mengiakan soalan Sofia. Sofia menahan sebak didalam dadanya.Sejak akhir-akhir ini Irfan bersikap panas baran. Ada sahaja yang tidak kena padanya. Setelah lama curiga dengan kelakuan Irfan, akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengikuti suaminya dari jauh dan akhirnya dia sampai ke sebuah hospital.

Dia mengikuti jejak Irfan tanpa disedari oleh suaminya itu dan akhirnya sampai ke sebuah wad. Apabila dia mengintai melalui celah tingkap wad itu, alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati Irfan sedang memegang tangan seorang wanita. Apa yang membuatkannya lebih terperanjat ialah wajah wanita itu mirip wajah isteri pertama Irfan iaitu Jasmine yang kononnya telah meninggal dunia akibat kemalangan di USA 3 tahun lepas.

''Sofia, janganlah salah sangka..akak tak niat pun nak rahsiakan dari Fia..akak tak nak Fia sedih..''

Belum sempat Maya menghabiskan kata-katanya, Sofia terus bersuara.

''Tak apalah kak, kalau Fia tahu pun, Fia tak boleh buat apa-apa. Fia masih isteri nombor dua... Fia langsung tak layak nak kata apa-apa..mungkin dah nasib Fia..Fia redha kak..cuma Fia terkilan bila abang Irfan macam berubah. Agaknya selama ni mungkin dia hanya anggap Fia ni pengganti isteri dia...mungkin Fia ni cuma tempat untuk dia hilangkan rasa sunyi dia selama ni..''

''Luth takkan buat macam tu Sofia..akak rasa dia pun serba salah..Sofia pun isteri dia, tapi pada masa yang sama Jasmine pun perlukan perhatian dari dia. Dah 3 tahun dia ingat Jasmine sudah meninggal dunia, tiba-tiba sahaja dia dapat tahu Jasmine masih hidup. Mungkin sebab dia rasa dia sebagai suami bertanggungjawab untuk jaga Jasmine. Sofia kena faham keadaan Luth sekarang…Akak yakin dia pun dah cuba sedaya upaya nak tunaikan tanggungjawab dia..Cuma akak minta Fia sabar…''

Sofia menyeka air matanya yang hampir menitis itu sambil mengangguk faham akan kata-kata kakak iparnya itu.

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.