Sofia
mengeluh, dia tidak menyangka begitu banyak prosedur dan perkara yang perlu
dilakukannya sebelum berkahwin. Memandangkan dia baru sahaja selesai ujian
akhir semester maka dia agak terasa letih kerana terpaksa menguruskan hal
perkahwinan mereka pula.
Dia asyik memerhatikan jam di tangannya, sudah
hampir pukul 6 petang, namun Irfan masih belum muncul. Sepatutnya mereka sudah
berjanji untuk berjumpa di butik pengantin itu untuk fitting pakaian pengantin
sebelum majlis perkahwinan mereka yang akan diadakan pada hujung minggu ini.
Tidak lama
kemudian Irfan tiba, dari pakaiannya Sofia dapat mengangak Irfan baru pulang
dari pejabatnya. Selepas Irfan balik ke Malaysia, dia telah mengambil keputusan
untuk membantu ayahnya menguruskan syarikat mereka. Namun kadangkala dia juga
akan membantu menggantikan tempat rakannya mengajar sekiranya kawannya itu
mempunyai kelas.
Dari jauh lagi
Irfan sudah terlihat kelibat Sofia didalam butik itu. Dia pasti Sofia sedang
marah padanya gara-gara dia terlewat. Oleh kerana masih banyak kerja yang belum
disiapkannya, dia terpaksa menyiapkan kerja-kerja tersebut sebelum pergi
berjumpa dengan tunangnya itu.
“Awak lambat
sejam tahu tak? penat saya tunggu awak! Banyak lagi kerja saya nak kena buat.''
Sofia
memandang wajah tunangnya itu. Geram benar dirinya pabila terpaksa menunggu
tunangnya itu hampir sejam.
''Eh,
kenapa? awak rindu saya ke?''
Irfan mengusik
Sofia yang kelihatan mula menarik muka masam.
''Tolong
sikit ye, tak kuasa saya nak rindu awak..buat apa nak rindu awak?''
“Eleh..saya
tahu awak rindu nak jumpa saya. Mengaku jelah awak rindu sebab dah seminggu tak
jumpa saya.”
“Awak
ni memang muka perasan kan? Tak ada sebab saya nak rindu awak.”
''Alah, lepas kahwin nanti mesti awak rindu
punyalah kalau tak jumpa saya.''
''Ish..cepatlah
ukur baju tu, malas saya nak layan awak, banyak lagi kerja saya nak buat.'
''Tengok,
sekarang siapa yang excited nak kahwin dengan saya? Buat persiapan ke sana ke
sini.Dulu bukan main lagi cari gaduh dengan saya.''
''Encik Irfan, kalau saya kena kahwin dengan
orang lain, agaknya saya rasa saya lagi excited kot!''
''Hai cik
sofia, awak kira beruntung tau dapat bakal suami handsome macam saya. Ramai tau
peminat peminat saya''
''Haa...saya
tahu sangat, peminat awak memang ramai, itu ha, semua yang dekat Hospital Sakit
Jiwa Tanjung Rambutan tu!''
''Eh, macam mana awak tahu?''
''Tahu apa?''
''Yela, macam
mana awak tahu diorang semua gilakan saya sampai masuk hospital bahagia tu?''
''Ish,
malaslah saya nak layan awak!''
Sofia menarik
muka masam sambil berpaling ke tempat lain. Irfan tergelak melihat gelagat Sofia.
Entah mengapa semakin hari dia merasakan begitu tertarik dengan gadis itu.
Apabila Irfan melangkah ke bilik fitting baju, Sofia pula tersenyum sendirian.
Sebenarnya dia benar-benar menyangka Irfan
berdegil untuk memilih tema tradisional untuk majlis resepsi mereka, namun
apabila dia tiba ke butik pengantin itu sebentar tadi, dia terkejut apabila
mendengar Irfan hanya bertujuan mengusiknya. Malah Irfan sendiri yang telah
membantu memilih perhiasan perhiasan mengikut tema taman yang dipilih oleh
Sofia sebelum ini tanpa pengetahuannya.
Usai urusan
mereka di butik itu, kedua mereka melangkah keluar dari butik itu. Irfan
memandang Sofia. Dilihatnya gadis itu seakan-akan mencari sesuatu.
''Awak
balik naik apa ni?''
''Teksi
kot..awak ada nampak perhentian teksi tak dekat area ni?”
“Tak
nampak pula saya..Kenapa awak tak bawa kereta sendiri?”
“Kereta
saya hantar servis…datang tadi pun abang Adam yang hantar.''
''Kalau macam tu, jom ikut saya.''
''Ikut
awak? Pergi mana?''
''Ummi
bising suruh saya bawa awak sendiri untuk pilih barang hantaran awak, dia kata
kalau saya yang pilih sendiri, mesti awak tak nak guna barang-barang tu sebab
old fashion katanya.''
Sofia tergelak
kecil mendengar jawapan Irfan itu.
''Eh..gelak
pula dia?''
''Hahaha..bukanlah..saya
cuma fikir yang ummi awak ni memang faham betul perangai awak kan?''
''Awak dengan ummi memang ngam sangat kalau
berkomplot kenakan saya..Dahla, cepat naik kereta. Nanti jalan sesak pula''
Sofia hanya
menurut arahan tunangnya itu. Ketika suasana agak sunyi, Sofia tiba-tiba
bersuara.
“Awak, thanks ye..''
Irfan
mengerutkan keningnya.
''For
what? Sebab nak belikan awak hantaran? Itu bukan memang adat ke?''
''Bukanlah..thanks
sebab awak tukar wedding theme kita tu..sebenarnya saya dari kecil lagi selalu
berangan-angan nak kahwin guna tema garden ni..So kira awak dah tunaikan impian
saya lah..''
''Haha..pasal tu pun awak nak berterima kasih?
Saya bukan apa, kasihan kat awak, nanti kalau saya tak tukar, mesti awak masam
muka hari kenduri nanti, awak kalau masam muka, sebijik macam gorila tahu tak?
Silap-silap tetamu pun confuse, diorang pergi kenduri kahwin ke, pergi melawat
zoo!''
Melihat Irfan
ketawa berdekah-dekah, Sofia terus berpaling memandang keluar tingkap.
''Malas saya nak layan awak ni! asyik cari
gaduh dengan saya je!''
Seminggu kemudian Sofia masih sibuk menguruskan
persiapan kenduri. Masih banyak lagi perkara yang perlu dia uruskan. Kadang
kala rakan-rakan baiknya turut membantunya memandangkan masa agak suntuk. Sofia
mengeluh tatkala melihat jam ditangannya itu. Sudah hampir pukul 3 petang,
batang hidung kedua rakannya itu masih belum kelihatan.
''Haisshhh...memang
janji Melayu betullah minah dua orang ni! Janji pukul 2, ni dah nak dekat pukul
3 tak muncul-muncul lagi!''
Sofia
mengomel sendirian. Sudah sejam dia menunggu rakan-rakannya. Cadangnya dia mahu
membeli pakaian pengapit pengantin untuk kedua rakan karibnya itu. Memandangkan
masa untuk menyiapkan persiapan untuk majlisnya agak suntuk, dia mengambil
keputusan untuk mencari pakaian yang telah siap dijahit.
Tiba-tiba tekaknya terasa haus. Lantas dia
melangkah menuju ke arah kafe yang berdekatan. Tatkala mahu memesan minumannya,
tiba-tiba lelaki yang beratur dihadapannya berpusing dan terus terlanggar dirinya.
Mujur Sofia sempat mengelak, namun nasibnya agak malang kerana begnya pula yang
terkena tumpahan kopi itu. Sofia mengeluh. Habis beg tangannya dibasahi oleh
kopi yang baru dibeli di kafe tersebut.
''
Ya Allah! Sorry-sorry...saya tak sengaja cik!''
''Eh..tak apa...tak apa.''
''Maafkan saya cik..saya tak hati-hati. Habis
beg cik kena kopi saya..''
''Tak apalah...dah nak tumpah saya rasa boleh
cuci dengan tisu basah...''
Lantas dikeluarkan tisu basah miliknya lalu
dilapkan kesan tumpahan kopi diatas beg tersebut. Namun nasibnya agak malang
kerana kopi yang tumpah itu meninggalkan kesan yang agak sukar ditanggalkan
pada permukaan begnya.
''Macam tak hilang je...maaf cik...saya betul-betul
tak sengaja. Cik tunggu sini kejap ye. Nanti saya datang balik.''
Tanpa sempat Sofia menghalang, jejaka itu lantas
berlari keluar dari cafe tersebut. Dalam keadaan masih keliru, Sofia akhirnya
mengambil keputusan untuk duduk disebuah meja yang disediakan. Tangannya masih
cuba mengelap begnya itu dengan harapan kesan tumpahan kopi itu dapat
dihilangkan.
Hampir 10 minit dia mencuba. Namun ternyata
usahanya sia-sia. Sofia mengeluh sekali lagi. Beg itu baru sahaja dibelinya dan
baru dipakai beberapa kali. Namun akibat kesan tumpahan kopi itu dia mungkin
tidak akan menggunakan beg itu lagi.
''Haisshh...memang
malang betul nasib kau harini Fia!''
Sofia mengomel sendirian. Ikutkan hatinya, pasti
dia sudah memarahi lelaki itu. Namun bila difikirkan yang lelaki itu juga tidak
bersalah, dia terus membatalkan hasratnya itu. Tiba-tiba bahunya terasa dicuit
oleh seseorang. Lantas dia mengalihkan pandangannya.
''Maaf buat cik tunggu lama...ini saya ganti balik
beg cik...saya minta maaf sangat-sangat ye?''
Sofia terkejut tatkala lelaki itu menyuakan beg
kertas yang mengandungi sesuatu kepadanya.
''Eh..tak
payahlah..awak bukan sengaja pun tadi...tak perlulah awak ganti beg saya..''
Sofia menolak pemberian lelaki itu. Baginya itu
juga salah dirinya. Jika dia tidak beratur terlalu hampir dengan lelaki itu
pasti perkara itu takkan terjadi.
''Jangan macam tu cik..saya dah rosakkan beg
cik..takkan saya nak pergi macam tu je...cik tolonglah ambil..selagi cik tak
ambil, saya rasa bersalah dekat cik.''
Sofia mulai berasa serba salah. Melihat kesungguhan
jejaka itu, akhirnya dia mengambil beg kertas itu.
''Bukalah..kalau
jenama tak sama, saya minta maaf...tak sempat nak carikan yang sama macam beg
cik yang saya dah rosakkan itu.''
Perlahan-lahan Sofia membuka beg kertas itu.
Alangkah terperanjatnya dirinya tatkala melihat isi kandungan beg itu. Lantas
dia menutup kembali beg itu lalu menyuakan semula kepada lelaki itu.
''Saya
rasa saya tak boleh terima beg ni..''
''Ha??
kenapa? Sebab lain jenama ke? Kalau awak nak jenama yang sama saya boleh
carikan?''
''Eh!Tak!..tak
payah susah-susah..saya bukan tak nak terima, tapi beg ni mahal sangat..saya
tak boleh terima encik..beg saya ni pun jenama biasa je..takkan saya nak terima
beg yang jauh lagi mahal..''
Sofia masih tegas dengan pendiriannya. Mana mungkin
dia menerima beg semahal itu dari lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki itu
pula hanya tersenyum pabila mendengar kata-kata Sofia.
''Awak...saya dah rosakkan beg awak, so saya patut
ganti yang baru. Mahal atau tak..itu bukan perkara penting sekarang ni..yang
penting saya dah ganti beg awak yang saya dah rosakkan tu.''
''Tapi
encik...''
''Alamak! Dah pukul 3 lebih! Maaf cik..saya kena
balik dulu! Saya ada hal...saya pergi dulu ye..''
Lelaki itu lantas meninggalkan Sofia yang masih
dalam keadaan terpinga-pinga. Tanpa sempat Sofia berkata-kata, lelaki itu telah
bergegas meninggalkannya. Direnungnya beg pemberian lelaki itu.
''Ish...agaknya
nasib aku tak adalah malang sangat harini....tapi lelaki tadi tu siapalah
agaknya ye? Nama pun aku tak sempat tanya...''
Tatkala dia agak leka membelek beg itu,Tiba-tiba
kedua rakan karibnya menghampiri dirinya.
''Ya Allah Fia...Sorry kitaorang lewat...kunci
kereta abang aku pegang. Kami lewat sebab tunggu dia balik dari kelas.''
Sofia memandang wajah rakannya itu. Ternyata di
wajah rakannya itu terpapar riak bersalah. Misya yang berada disebelah Hana
turut mengangguk mengiakan kebenaran kata-kata Hana.
''Hmmm...tak
apalah..nak buat macam mana...dah nasib aku...duduklah minum dulu...''
Hana dan Misya lantas duduk dikerusi bertentangan
dengan dirinya.
''Kau orang tak nak minum dulu ke?''
''Taknaklah..kami dah minum tadi sementara
tunggu abang si Hana ni balik dari kelas...Eh, apa ni? Cantiknya...barang
hantaran ek?''
''Haah la Fia..cantiknya...encik Irfan belikan
untuk buat hantaran kau ke? Untunglah dapat bakal suami yang concern...''
''Ish...apa
yang kau berdua merepek ni...bukan dia bagi lah...memang bertuahlah aku kalau
dia bagi belikan beg mahal macam ni..''
''Habis tu? Kau beli sendiri ke? Banyaknye duit kau
Fia? Setahu aku beg ni mahalkan?''
Sofia lantas menggelengkan kepalanya.
''Tak adalah...tadi ada seorang lelaki tu..dia
terlanggar aku..habis kopi dia tumpah atas beg aku ni...so dia gantilah beg
baru...''
Kedua rakannya itu hampir terbeliak biji mata
mereka tatkala mendengar jawapan Sofia.
''Ha? Seriously? Tipulah... Takkan ada lelaki yang
sanggup belikan beg mahal-mahal semata-mata nak gantikan beg buruk kau ni?''
''Ewah! Suka
hati kau je...beg ni aku baru beli tau! Entahlah..aku pun tak faham...lepas
bagi beg ni kat aku, dia terus pergi macam tu je...''
''Pergi
macam tu je? Biar betul? dia beritahu tak nama dia siapa?''
Sofia menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu nama
lelaki itu. Dia sendiri tertanya-tanya siapakah nama lelaki itu.
''Nama
pun dia tak beritahu? Muda ke tua?''
''Emmm...taklah muda sangat...tapi yg pasti
tak setua bakal laki aku tu lah...''
''Ish..yeke...ingatkan
orang tua...handsome tak Fia?''
''Bolehlah...handsome
juga lah...kenapa kau orang tanya macam-macam ni?''
''Ish
kau ni! Lelaki yang bagi kau beg ni confirm anak orang kaya! Kalaulah dia bagi
kau name card ke, no telefon dia ke? Tak ke untung tu!''
''Ish..kau
orang ni gila ke apa? Aku dah nak kahwin minggu depan tau! Mana boleh nak flirt
dengan lelaki lain...''
''Ish...bukan
untuk kau lah! Untuk kami berdualah! Hehehe...''
''Hah!
Mulalah tu nak melalut..dah...jom! Aku ada banyak kerja nak dibuat lepas ni...
Nanti tak sempat pula...''
''Alah..minta la tunang tersayang tolong
buatkan..''
''Siapa?
Mamat tua tu? Aku lebih rela buat persiapan kahwin ni seorang dari buat dengan
dia! Asyik nak bergaduh je!''
''Hahaha...
kau benci macam mana pun, itulah lelaki yang kau kena hidup bersama sampai mati
tahu tak...ok..jomlah kita cari baju cepat. Nanti lewat pula balik...''