Sofia
tersenyum apabila dia melihat Irfan dari jauh. Di kotak fikirannya terbayang
rancangan membalas dendamnya. Selepas peristiwa hari itu, ibunya telah
menghalangnya pergi bercuti ke Bali bersama rakan-rakannya yang lain. Penat dia
cuba memujuk ibunya itu. Namun segala usahanya menjadi sia-sia kerana ibunya
itu tetap dengan keputusannya.
“Ibu..Fia dah
lama rancang vacation ni dengan kawan-kawan Fia…tiket flight pun dah
booking..tak kan Fia nak cancel pergi?”
“Ibu cakap apa
dengan Fia? Kalau ibu cakap tak boleh, tak bolehlah! Fia ni kenapa selalu lawan
cakap ibu?”
“Tapi bu…”
“Keputusan ibu
muktamad! Dah..ibu tak mahu dengar lagi Fia cakap pasal vacation!’
Geram benar dirinya tatkala memikirkan hal
itu. Ini semua kerana percutian itu telah dirancangnya bersama-sama
rakan-rakannya sejak beberapa bulan yang lepas lagi, tetapi disebabkan
pergaduhannya dan Irfan, ibunya telah tidak membenarkannya untuk pergi bercuti
bersama-sama rakan-rakannya.
Sofia
sebenarnya telah lama memerhatikan Irfan, dia tahu setiap hari Isnin dan Rabu
Irfan akan datang mengajar di kolej itu bagi menggantikan tempat rakan baiknya
yang sedang menyambung pelajaran. Melihat sahaja Irfan yang sedang menuju ke
arah parking lot, Sofia lantas bergegas ke kawasan itu. Sebelum itu dia sempat memberi
insyarat kepada rakan-rakannya yang telah bersubahat untuk mengenakan Irfan.
Apabila dia
sudah pasti Irfan sedang mengundurkan keretanya, lantas Sofia berlari di
belakang kereta itu sebelum berpura-pura dilanggar oleh Irfan. Sebelum itu
Sofia sempat meletakkan cecair berwarna merah seakan-akan darah di hidungnya dengan bantuan rakannya seolah-olah dia telah
benar- benar cedera dilanggar oleh Irfan.
Irfan yang
tidak perasan akan kehadiran gadis itu dibelakang keretanya terus menarik brek
tatkala terdengar jeritan gadis itu. Lantas dia bergegas keluar dari keretanya
dan terus mendapati Sofia terbaring betul-betul di belakang keretanya dan
berlumuran darah. Orang ramai mula memenuhi kawasan parking itu. Irfan lantas
mendekati gadis itu.
Dia mula panik apabila Sofia tidak menyahut
panggilannya lalu lantas mengambil keputusan untuk mengangkat Sofia ke dalam
keretanya dengan bantuan rakan-rakan Sofia. Selesai mengangkat gadis itu, dia
terus memecut kearah hospital yang berada berdekatan. Entah mengapa hatinya
sangat berdebar ketika itu. Peristiwa lama mula menghantui fikirannya. Lantas
ditekannya dengan lebih kuat pedal minyak keretanya itu. Matanya kadang kala
sempat menjeling kearah cermin untuk melihat keadaan Sofia.
Sofia menahan
dirinya dari ketawa.Dia dapat membayangkan jika berita mengenainya dilanggar oleh
Irfan tersebar. Pasti selepas ini Irfan tidak lagi dibenarkan mengajar di
kolejnya. Sengaja dia merancang untuk mengeluarkan Irfan dari kolejnya. Hatinya
sering terasa sakit tiap kali melihat Irfan. Kalau boleh dia tidak mahu
berjumpa denga Irfan langsung selepas ini.
Namun entah mengapa keluarga Irfan dan
keluarganya semakin hari semakin rapat. Setiap minggu pasti keluarga mereka akan
berjumpa. Dia turut mendengar ura-ura yang mengatakan Irfan akan berkahwin
dengan kakaknya Syasya. Bengang bila dia memikirkannya. Sudahlah nanti dia
terpaksa mengadap lelaki itu di kolej, sekarang Irfan turut akan menjadi salah
seorang ahli keluarganya pula.
Jadi dia
berhasrat untuk menyingkirkan Irfan dari kolejnya itu supaya sekurang-kurangnya
tidaklah dia perlu mengadap Irfan selalu. Apatah lagi apabila setiap kali Irfan
masuk mengajar ke kelasnya, pasti Sofia menjadi sasarannya. Ada sahaja yang
tidak kena tiap kali dia masuk ke kelas Irfan.
Assignmentnya sering
kali diarahkan untuk diolah. Sedangkan dia sudah bersungguh bersengkang mata
menyiapkan kerja itu. Ikutkan hati mahu sahaja dia menukar kelas. Namun
disebabkan jadualnya agak padat, dan agak susah untuk diubah, dia terpaksa
masuk ke kelas Irfan walaupun dia sendiri tidak rela.
Dia masih teringat peristiwa pada minggu lepas
ketika dia dimarahi oleh Irfan di hadapan rakan-rakannya.
“Iris
Sofia!’
Sofia hanya
mendiamkan diri apabila namanya dipanggil. Tentu ada sahaja perkara yang tidak
kena dimata Irfan. Seringkali dia ditegur oleh Irfan. Dari cara dia berpakaian
hinggalah assignmentnya. Melihat Sofia yang tidak mempedulikan panggilannya,
Irfan mula panas hati lalu lantas meninggikan nada suaranya.
“Iris
Sofia! Awak ni pekak ke? Saya panggil awak kan? Dah pekak sangat ke hah?’’
Sofia menarik
muka masam. Dia dapat merasakan seluruh isi kelas Ekonomi itu sedang memandang
kearahnya.
“Ye
saya…”
“Ada
pun orangnya..saya ingatkan dah pekak tak pun bisu. Datang ke depan sekarang!”
Dengan berat
hati Sofia melangkah kehadapan. Dia dapat mendengar suara rakan-rakannya yang
sibuk membisik antara satu sama lain. Tak kurang juga ada yang turut
mengetawakannya tatkala dia dimarahi oleh Irfan.
Sampai sahaja
dia di hadapan Irfan, tiba-tiba sahaja Irfan melemparkan helaian kertas
dihadapannya. Walaupun tidak melihat kertas apakah yang dilemparkan kepadanya,
Sofia yakin itu ialah kertas kerja yang ditugaskan oleh Irfan untuk dihantar
beberapa hari sebelum itu.
“Apa yang awak
bagi saya ni? Saya minta awak buat benda lain, lain pula yang awak buat? Awak
ni memang tak faham bahasa ke? Saya minta awak siapkan esei mengenai
Makrokredit! Bukan Mikrokredit!”
“Saya buat
macam yang Encik Irfan suruh tapi…”
“Tak de
tapi-tapi! Lain kali jangan selalu ponteng kelas, assignment pun boleh silap
buat! Ingat saya tak tahu ke awak ni kaki ponteng? Kalau ada kelas, janganlah
sibuk-sibuk pergi spa, manicure pedicure semua tu! Saya nak awak siapkan balik
dan hantar pada saya esok pagi..jangan lewat! Faham?”
Satu kelas
mula ketawa tatkala mendengar sindiran Irfan terhadapnya. Sofia mula panas
hati. Namun oleh kerana memikirkan markahnya untuk lulus ditangan lelaki itu.
Akhirnya dia mengangguk perlahan. Didalam hatinya perasaan marah begitu
membuak-buak.
Sebenarnya
bukan dia sengaja untuk ponteng kelas namun disebabkan dia tidak berapa sihat
maka dia terpaksa ponteng kelas tersebut. Pabila dia bertanya rakannya mengenai
assignment apa yang perlu dihantar, dia pasti dia telah tersalah dengar tajuk
esei yang perlu disiapkannya.
Akhirnya dia
menghabiskan masanya sepanjang malam untuk menyiapkan esei baru seperti yang
disuruh oleh Irfan.Disebabkan itulah dia bertambah yakin untuk mengenakan Irfan
bagi membalas dendam kerana memalukannya dihadapan khalayak ramai.
Irfan berlari
sambil mendukung sofia ke wad kecemasan. Dari tadi gadis itu masih tidak
sedarkan diri. Dia mula takut sesuatu yang buruk akan terjadi pada Sofia.
Ketika menunggu Sofia diperiksa doktor oleh bertugas, dia tidak keruan menunggu
di luar. Dia tiba-tiba teringat akan peristiwa lama yang menyelubunginya selama
ini.
“Luth!
Are you sure you can drive?”
“Of course! I boleh
drive lah sayang!”
“Luth..you mabuk
ni..let me drive ok?”
“No..No! I will
drive!”
“But Luth…
“Hey! I can drive....”
Irfan terus
memandu keretanya dengan lajunya kearah lebuhraya. Suasana lebuhraya itu begitu
senyap sunyi dan gelap gelita. Tidak banyak lampu jalan yang berfungsi dan menyala.
Irfan memeluk gadis disebelahnya itu sambil tersenyum.
“You look beautiful
tonight dear..”
“Really?”
“Yeah..I mean it”
Melihat gadis itu tersenyum Irfan
lantas mengucup pipi gadis itu. Namun tiba-tiba gadis itu menjerit dengan kuat
sambil tangannya menunjukkan kearah depan kereta.
“Luth!!”
Irfan lantas mengalihkan
pandangannya kehadapan. Namun agak terlambat kerana di hadapan keretanya itu
terdapat sebuah kereta sedang menuju betul-betul kearah keretanya. Sesaat
kemudian kedua-dua kereta itu bertembung dan berlangggaran antara satu sama
lain.
Irfan meraup wajahnya sekali lagi. Dia sebolehnya tidak mahu mengingati lagi
peristiwa lama itu. Namun apabila dia terlanggar Sofia sebentar tadi, ingatan
lamanya kembali semula. Tiba-tiba sahaja pintu wad kecemasan dihadapannya
terbuka. Apabila doktor yang merawat Sofia keluar, lantas dia mendekati doktor
tersebut.
''Macam mana doktor? Dia ok ke?''
''Saya dah
periksa dia dan encik jangan risau,saya rasa dia cuma terkejut sebab tak ada
kecederaan yang serius. Kejap lagi mungkin akan sedar”
Irfan
mengangguk..matanya memandang tepat kearah Sofia yang terbaring diatas katil.
Dirapatinya perlahan-lahan. Entah kenapa dia terasa sebak di dada. Sekali lagi
peristiwa silam bermain di kotak fikirannya. Tiba-tiba lamunannya terhenti
apabila dia menyedari Sofia telah sedar dan sedang ketawa dengan begitu kuat.
Irfan mengerut
muka tanda hairan. Tidak mungkin gadis itu boleh ketawa seolah-olah tidak ada
apa yang buruk telah terjadi. Diperhatikannya Sofia yang sedang turun dari
katil seperti orang yang dalam keadaan teramat sihat.
''Hahaha...kenapa?
Terkejut ke? Saya ingatkan awak ni cerdik sangat, tapi rupanya tak adalah pandai
mana pun, saya buat-buat buat kena langgar pun awak percaya..siap bawa ke
hospital lagi..awak tahu tak? awak tak langgar saya pun tadi. Saya cuma
pura-pura dilanggar!..lepas ni mesti heboh dekat kolej mengenai lecturer ganti
langgar student..pasti awak kena buang! Puas hati saya!''
Irfan terkejut
mendengar kata-kata Sofia. Entah bagaimana, tiba-tiba sahaja tangannya secara spontan
menampar pipi gadis itu.
''Eh
perempuan, kau ingat benda macam ni boleh buat main ke hah! Kalau aku
betul-betul terlanggar kau tadi, kau boleh mati tahu tak! Kalau tak suka aku
mengajar dekat situ, kau cakap jelah, senang..benda yang kau buat ni, bukan saja
bodoh! Tapi boleh meragut nyawa tahu tak!''
Irfan tidak
dapat mengawal perasaan marahnya lantas dia terus beredar meninggalkan sofia
begitu sahaja. Sofia yang agak terkejut dimarahi oleh Irfan hanya mampu
terdiam. Dia tidak sangka kerana perbuatannya itu benar-benar membuat Irfan
marah padanya.