Sofia hanya
mendiamkan diri. Fikirannya runsing sejak peristiwa semalam. Tidak lama selepas
dia datang ke rumah Irfan, abangnya adam menelefonnya. Pada mulanya dia enggan
menjawab pangilan itu, pasti Adam ingin menyuruhnya pulang kerumah. Namun
setelah berkali-kali panggilan masuk, akhirnya dia menjawabnya. Namun ternyata
sangkaannya meleset apabila dia diberitahu ayahnya kini terlantar di hospital
akibat serangan jantung.
Kerana tidak
mampu memandu keseorangan dalam keadaan begitu lebih-lebih lagi pada pukul 4
pagi, Sofia memberanikan diri meminta pertolongan Irfan menghantarnya ke
hospital.
Irfan sekali-sekala
memandang kearah Sofia yang berada di tepinya itu. Gadis itu hanya mendiamkan
diri sambil memandang kosong kedepan. Dia tahu gadis itu sedang menangis dalam
diam kerana dia terlihat Sofia menyapu air matanya.
''Awak
ok ke?''
Sofia hanya
mengangguk lemah. Irfan yang memahami situasi itu cuba menenangkan sofia.
“InsyaAllah
pak cik mesti selamat, awak janganlah fikir yang bukan-bukan.sekejap lagi kita
sampailah..tak jauh dah pun.''
Sofia masih
mendiamkan diri. Fikirannya masih lagi runsing memikirkan keadaaan ayahnya itu.
“Awak jangan risau..ayah awaklah
lelaki paling kuat pernah saya jumpa. Dia pernah selamatkan nyawa saya tahu tak?”
“Selamatkan awak?”
“Iyelah…Adam
tak pernah cerita ke dekat awak dulu ayah awak pernah bawa saya, Adam dan Zikry
masuk hutan?”
Sofia
menggelengkan kepalanya.
“Pak cik
pernah bawa kami berkhemah dalam hutan. Satu hari tu, waktu saya sibuk main
tepi sungai, tiba-tiba ada seekor ular tedung cuba patuk saya. Mujur pak cik
perasaan kehadiran ular tu. Jadi pak cik sempat tarik saya sebelum dipatuk…tapi
nasib pak cik tak baik, tangan dia pula yang kena patuk. Even dia kena patuk
pun dia masih lagi boleh tenangkan kami yang ketakutan tu. Dia minta kami
tenangkan diri dan kemaskan barang-barang secepat mungkin untuk pergi ke
hospital. Awak bayangkan..sepanjang jalan pergi kehospital tu, dia langsung tak
mengadu sakit sedangkan tangannya dia dah bengkak teruk. Saya tahu dia sakit sangat..tapi
sebab kami ada..dia langsung tak merungut..Sebab tu saya kata ayah awak
kuat..jadi jangan risau ye…ayah awak mesti selamat.’’
Sofia
mengangguk lemah. Dia tahu Irfan cuba untuk menenangkannya.
“Terima
kasih….”
“Sebab saya cerita pasal ayah awak
tadi ke?”
“Sebab
awak bangun pukul 4 pagi untuk hantar saya..”
Irfan
mengangguk sambil tersenyum. Walaupun Sofia lebih banyak mendiamkan diri,
sekurang-kurangnya dia tahu gadis itu tidaklah terlalu memendam perasaan
sedihnya.
“Dah sampai…awak naiklah dulu..saya
nak cari parking kereta dulu.’’
Sofia
mengangguk lalu lantas berlari keluar menuju ke wad kecemasan.
''Ayah,
Fia minta maaf….sebab Fia, ayah jadi macam ni.''
Sofia mula
menangis apabila melihat ayahnya terbaring di katil hospital. Sudah semalaman dia
menunggu ayahnya yang masih tidak sedarkan diri.
''Kalaulah Fia
tahu Fia anak angkat, dari dulu lagi Fia tak kan susahkan ayah dan ibu. Fia
janji tak kan ganggu ibu dan ayah lagi kalau ayah sembuh.''
Tangisannya
bertambah kuat, namun tiba-tiba sahaja dia merasakan kepalanya diusap, lantas
dia memandang wajah ayahnya yang kini telah sedar