Sofia tidak
dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika pensyarahnya sedang mengajar.
Semuanya gara-gara dia mendapat tahu yang Irfan secara rasminya telah berhenti
mengajar secara sementara di kolejnya itu. Entah mengapa dia merasakan perbuatannya
sebelum ini agak melampaui batas. Timbul rasa bersalah di hatinya. Malah
rakan-rakannya yang turut membantunya juga turut mempertikaikan perbuatan
mereka itu.
“Fia..aku rasa tak patutlah kita
buat macam tu dengan Encik Irfan…kasihan dia…”
“Haah la Fia..betul kata Misya
tu..hari itu kau kata saja nak takutkan dia je..sekarang dia dah berhenti terus.Kau tak rasa kita melampau sangat ke?”
Hana mengiakan
kata-kata rakannya Misya. Sofia memandangkan wajah kedua-dua rakannya itu.
Kedua-duanya menunjukkan riak muka bersalah. Sebenarnya dia juga tidak
menyangka yang Irfan telah mengambil keputusan untuk berhenti. Dia cuma
berhasrat untuk menakutkan lelaki itu sahaja.
“Alah…korang
ni kenapa takut sangat?”
“Eh kau gila
ke Fia? Kalau dia report dekat dekan, kita boleh kena gantung tahu tak?”
“Kau orang ni
over thinking sangatlah! Biarlah..dia yang nak berhenti sendiri..bukan kita
paksa pun..dah la..tak payah risaukan dia sangat. Jom masuk kelas..kelas pun
dah nak start!”
Sofia lantas
mengajak rakan-rakannya itu masuk ke kelas kerana dia sendiri tidak tahu
bagaimana hendak menjawab pertanyaan rakan-rakannya itu. Di dalam kelas Sofia
duduk termenung memikirkan mengenai perbuatannya terhadap Irfan.
Sedang asyik
termenung, tiba handphonenya berbunyi. Lantas dikeluarkannya dari tas
tangannya. Mesej dari abangnya, Adam.
''Salam, ayah
call abang tadi. Dia minta kita semua balik ke rumah. Ada hal nak disampaikan
katanya. Sofia dah habis kelaskan? abang jemput Sofia dekat kolej 10 minit lagi
ye.''
“Haah..kalau
macam tu Fia tunggu abang dekat bus stop depan kolej ye.”
Sofia membalas
mesej Adam sambil hatinya tertanya-tanya hal apakah yang akan di bincangkan
oleh ayahnya itu. Jarang sekali ayahnya mengumpulkan mereka empat beradik
kecuali ketika hari raya. Jika ada hal yang mahu di bincangkan, selalunya
ayahnya tidak mengajaknya sekali. Mungkin juga kerana dirinya dikatakan masih
belum benar-benar matang.
Ketika dia
sampai kerumah, dilihatnya semua ahli keluarganya sedang berada di ruang tamu.
Abang sulungnya Zikry yang bekerja di Johor pun pulang bersama keluarganya.
Kakaknya Syasya pula duduk di sebelah ibunya. Entah mengapa dilihatnya muka
kakaknya yang tua enam tahun darinya itu berseri-seri seolah-olah teramat gembira
ketika itu.
''Semua
dah ada ke? ''
Tanya ayahnya. Mereka semua mengangguk
serentak. Masing-masing cuba meneka perkara apakah yang akan di sampaikan oleh
ayah mereka.
''Kamu semua
tahu kan kawan ayah, pak cik Ahmad? “
Masing-masing
mengangguk tatkala ayah mereka bertanya.
“Dia nak bawa
rombongan merisik malam ni untuk anaknya Irfan. Merisik ni cuma untuk cukup
syarat je, kalau boleh majlis pertunangan akan diadakan pada minggu depan dan
sebulan lepas tu majlis nikah terus.''
Mereka semua
tersentak mendengar kata-kata ayah mereka. Masing-masing memandang antara satu
sama lain seakan-akan tidak setuju dengan kata-kata ayah mereka. Tiba-tiba ibu
mereka pula menyampuk.
''Mana boleh
macam tu bang, Aida memang berkenan dengan Irfan tu, tapi kalau minggu depan
nak tunang dan bulan depan juga nak kahwin, mana la sempat Syasya nak buat
persiapan. Banyak benda nak kena uruskan. Kateringlah,jemputan semua..belum
kira lagi hal-hal akad nikah semua itu. ''
''Haa la ayah, mana Sya sempat nk buat
persiapan, nak tempah baju, barang hantaran, kad jemputan, pelamin lagi…tak
sempatlah ayah!''
Sofia hanya
mendiamkan dirinya ketika perbincangan itu dilakukan. Dia sebenarnya dapat
mengagak perkara yang ayahnya mahu bincangkan. Sofia pun sudah tahu betapa
kakaknya itu amat menyukai Irfan. Malah,sejak dari dulu lagi Syasya sudah
menyimpan perasaan terhadap Irfan.
Masih segar di
ingatannya tatkala dia masih kecil. Kakaknya itu seringkali meminta Sofia
menghantar surat-surat kepada Irfan. Sofia yang ketika itu masih kecil hanya
menuruti permintaan kakaknya itu tanpa sebarang pertanyaan.
“Fia ingat
tau? Bagi dekat abang Irfan! Kalau Fia tak hantar, kakak beritahu pada ibu Fia
yang pecahkan pasu bunga kesayangan ibu.”
Mendengar
ugutan kakaknya itu Sofia menjadi takut. Jika ibu mereka tahu bahawa dia yang
telah memecahkan pasu bunga kesayangan ibunya tatkala dia bermain didalam
rumah, pasti tubuh kecilnya itu akan dibidas dengan getah paip. Gara-gara takut
akan ugutan kakaknya itu, Sofia langsung tidak pernah menolak permintaannya
itu. Fikirannya yang menerawang tiba-tiba sahaja terhenti tatkala dia mendengar
suara abang sulungnya bercakap.
''Ye lah ayah,
tak cepat sangat ke? Kalau ye pun tunggulah dua tiga bulan dulu ..bolehlah Syasya
buat apa yg patut dulu. Lagipun saya pun tak boleh kerap sangat ambil
cuti..sekarang ni kerja dekat office tu banyak ayah!''
Semua mata
tertumpu kepada ayahnya. Manakala muka ayahnya berkerut seperti memikirkan
sesuatu tatkala menyedari semua mata tertumpu kepadanya sambil menunggu kata
putus darinya.
''Hal-hal itu
semua, kita bincang je bila pihak lelaki sampai, so ayah nak minta semua tolong
sediakan apa yang patut untuk malam ni. Boleh?''
Walaupun pada
mulanya mereka semua seakan-akan berat hati untuk mengiyakan, namun akhirnya mereka
semua mengangguk tanda setuju.
Malam itu
ketika semua orang sibuk dengan persiapan majlis, Sofia pula sedang sibuk
membantu pembantu rumah mereka didapur.
“Nasib baik
tetamu tak ramai kan Mak Pah? Kalau tak penatlah Mak Pah nak masak
banyak-banyak…kasihan Mak Pah. Kan senang tempah je dari catering. Tak adalah
kelam kabut macam ni.”
“Alah..bukan
banyak pun..Mak Pah boleh je masakkan untuk tetamu semua.Lagipun benda last
minute macam ini mana sempat nak tempah dengan Katering. Pudding Sofia buat dah
siap ke belum? Sedap ke tak tu? Jangan buat main..nak jamu orang ni.”
Sofia
tersengih pabila diusik oleh pembantu rumahnya itu.
“Eh! Mestilah
sedap Mak Pah..Chef Sofia yang masak ni..Kalau makan mesti nak lagi. Tak
sia-sia tau Fia selalu tengok rancangan masak-masak dalam astro tu.’’
“Iyelah
tu…kalau setakat puding segera Mak Pah pun pandai! Eh..Sofia tak bersiap ke?
Mak pah tengok Syasya bukan main cantik bersiap tadi. Siap ke salon buat rambut
dan make up lagi. Takkan sofia nak pakai baju macam ni je?''
''Kenapa Mak
Pah? Salah ke Sofia pakai t-shirt dengan jeans je?''
''Tak de lah
salah sayang oi.., tapi kan manis kalau Sofia pakai baju kurung. Jarang Mak Pah
tengok Fia pakai baju kurung. Kan banyak baju kurung Fia dalam almari tu. Tak
pernah pun Mak Pah tengok Fia pakai''
''Alah,
bukannya diorang nak merisik Sofia pun, Sofia pakai biasa jelah, boleh Sofia
tolong apa yang patut dekat dapur ni..lagipun Mak Pah, kalau Fia pakai
cantik-cantik..nanti diorang salah ingat Fia bakal pengantin..tak ke naya nanti
hehehe..''
''Ish budak ni..kita serius dia main-main
pula.. Sofia nak tolong tu boleh je, tapi sekurang kurangnya tukarlah dulu baju
tu..nanti kan kena keluar jumpa tetamu juga..tak manislah bila majlis-majlis
macam ni pakai seluar. Tak elok!''
''Yelah Mak Pah, Fia naik tukar sekarang..Fia
pakai baju yang vavavoomoommm lagi untuk Mak Pah. Barulah mengancam tukang buat
air Mak Pah ni hehe…''
“Eh budak ni!
Main-main lagi..dah, cepat..pergi tukar baju tu! Dah lewat ni..”
“Yelah! Yelah!
Fia nak naik tukar lah ni..hehe…”
Ketika dia
menaiki tangga, dia berselisih pula dengan abangnya Adam. Antara adik
beradiknya itu, Adamlah yang paling rapat dengannya. Walaupun perbezaan umur
mereka hampir 10 tahun, namun hubungan mereka benar-benar rapat. Adamlah tempat
Sofia mengadu tatkala dia mengalami masalah. Walaupun kini Adam banyak bertugas
diluar negara, hubungan mereka masih lagi akrab seperti ketika masih kecil.
'’Haaaa..
gayut dengan kak Maya ye??? Ada orang tu rindu tunanglah tu!! Itulah..suruh
kahwin cepat-cepat tak nak..busy lah..nak kumpul duitlah!’’
“Ewah-ewah
budak kecil ni! Entah datang dari mana terus menyampuk! Dari kecil sampai ke tua
gayut pun tak berubah langsung.Ni nak kemana ni?”
“Puteri Sofia
sedang mahu berangkat kekamarnya lah!”
“Eeeeee…perasan
gila jadi puteri..nak termuntah abang dengar tahu tak?’’
“Hehehe..Fia
nak keatas. Nak bersiap..tuan puteri mestilah kena nampak cantik ye
tak..hehe..abang, cuba tengok kak Sya tu, bukan main lawa lagi, siap buat
rambut semua..macam nak kahwin je Fia tengok! Kalaulah ni majlis Fia..Fia nak
simple-simple je. Sebab Fia kan dah ada natural beauty!''
''Eh..eh awak
tu, sibuk pasal orang, biarlah dia nak melaram pun..dah dia yang nak
kahwin…yang awak tu! dah mandi ke belum? Bau kambing lah…Natural beauty
konon..eeeee..kembang tekak abang dengar tahu tak?’’
Adam menutup
hidungnya tanda memerli sofia.
''Eeee..orang
dah mandilah..malas nak layan abang ni..ok lah..tuan puteri Sofia nak keatas
bersiap!''
Jerit Sofia
sambil berlari menaiki anak tangga.
“Ha..pergilah
tuan puteri perasan oooiii.kalau tak bersiap nanti pengsan pula orang tengok rupa sebenar awak tu. Hodoh
sangat!”
Adam masih
sempat mengusik adiknya itu. Begitulah hubungan mereka. Walaupun jarak umur
agak jauh, namun Adam sentiasa melayan Sofia sebagai seorang abang dan rakannya.
Dia tahu Sofia tidak ada tempat untuk mengadu didalam rumah itu. Hanya dia dan
Mak Pah sahaja tempat untuk Sofia bermanja.