Sofia melangkah
lemah kearah rumah besar itu. Entah mengapa ketika hatinya tidak keruan, dia
terus memandu kerumah Irfan. Ditekannya loceng rumah itu. Irfan yang membuka
pintu buatnya menjadi hairan melihat Sofia yang datang kerumahnya pada waktu
tengah malam dalam keadaan matanya yang bengkak dan mulutnya berdarah.
“Awak…..maaf
saya ganggu malam-malam macam ni…”
“Tak..awak
tak ganggu pun….”
“Boleh
saya masuk?”
Irfan
mengangguk lalu membenarkan gadis itu masuk kerumahnya.
“Duduklah…saya
ambilkan air untuk awak sekejap..”
“Tak payah…saya
tak nak air…saya nak jumpa ummi awak…boleh cakap dekat dia saya datang nak
jumpa dia?”
Irfan tidak
menjawab pertanyaan Sofia. Melihat sahaja keadaan gadis itu dia dapat mengagak
gadis itu dalam kesusahan. Dia lantas naik ketingkat atas untuk memanggil umminya.
Puan Nina
mengelap muka Sofia dengan tuala lembap. Hatinya resah melihat keadaan Sofia
begitu. Dia dapat mengagak kenapa Sofia datang dalam keadaan begitu. Pasti
berlaku pergaduhan diantara keluarganya selepas mereka pulang dari rumah Sofia.
Malah sebelum mereka berangkat pergi kerumah Sofia sebelum itu, suaminya masih
berasa serba salah.
“Awak rasa
betul ke apa yang kita buat ni? Kalau dua beradik tu bergaduh macam mana pula?”
“Entahlah
abang…saya pun ada terfikir juga menegenai hal tu…tapi bila difikirkan
balik…Sofia memang sesuai untuk Irfan.Sekarang ni kita tawakkal jela
abang…harap-harap tak ada masalah akan timbul.”
Puan Nina dan
suaminya sudah lama tahu yang Syasya yang meminati Irfan selama ini. Namun
sebagai ibu kepada Irfan, hatinya tetap mengatakan yang Sofialah yang layak
menjadi teman hidup Irfan.
''Mak
cik..''
''Ye
Sofia?''
''Fia
memang anak angkat ibu dan ayah ke? Fia ni anak siapa sebenarnya?''
Sofia memandang
tepat wajah Puan Nina dengan harapan wanita itu akan menceritakan segalanya. Namun
bakal ibu mentuanya itu hanya mendiamkan diri.
''Sebenarnya
Fia dah lama syak Fia anak angkat..tapi Fia selalu doa harap itu semua tipu..Fia
tak boleh terima hakikat Fia anak orang lain, bukan anak ayah dan ibu..tadi kak
Syasya yang cakap, Fia anak angkat..Fia ni keturunan perempuan jahat!''
Air mata Sofia
mula mengalir deras. Puan Nina terdiam lagi mendengar kata kata Sofia itu. Dia juga tidak dapat menahan sebaknya tatkala
melihat gadis itu menangis teresak-esak dihadapannya, lantas dipeluknya gadis
itu erat-erat.
“Sofia jangan
menangis ye sayang..Sofia bukan anak buangan…mak cik tak boleh ceritakan pada
Sofia. Biar ayah Sofia sendiri yang ceritakan pada Sofia nanti..Sekarang mak
cik nak Sofia rehat dulu. Esok pagi mak cik hantar Fia balik ye sayang?”
“Fia tak nak
balik mak cik…Fia bukan ahli keluarga mereka..Fia anak angkat!”
“Fia jangan
cakap macam tu..percayalah cakap mak cik..Fia bukan anak angkat..sekarang Fia
rehatkan diri dulu.Jangan fikir yang bukan-bukan ye sayang?”
Sofia akhirnya
mengalah. Dia sendiri tidak dapat berfikir secara baik. Akhirnya dia tertidur
sambil ditemani bakal ibu mentuanya itu. Melihat sahaja Sofia telah tertidur,
Puan Nina mengeluh. Perasaan kasihan terhadap gadis itu menyelubungi dirinya.
Sebenarnya
segala perkara mengenai Sofia, semuanya sudah dia ketahui sejak gadis itu masih
kecil. Dia teringat peristiwa ketika gadis itu masih kecil. Ketika itu dia
sibuk menyiram pokok bunga dilaman rumahnya. Tiba-tiba dia terdengar suara
kanak-kanak sedang meraung.
“Ampun
ibu! Ampun! Fia janji tak buat lagi jangan pukul Fia bu..sakit…”
“Ooo..pandai
kau minta maaf..waktu kau buat, tak reti nak fikir!”
“Fia
tak buat dah…Fia janji…ampun bu…ampun…”
“Kau
memang tak ada otak kan? kau mari sini!”
Puan Nina
pasti suara yang didengarinya itu ialah suara Sofia. Lantas dia bergegas
kerumah sebelah dan mendapati Sofia sedang dipukul oleh ibunya.
“Aida!
Kenapa pukul Sofia macam tu sekali?”
“Biarkan saya
kak! Budak ni memang patut diajar! Habis semua barang-barang saya
dipecahkannya!’
Puan Nina
memerhatikan Sofia yang sudah mula terkulai lemah gara-gara dipukul oleh
ibunya.
“Sudahlah tu!
Jangan dipukul lagi! Tak kan sebab dia pecahkan barang-barang kau nak pukul
dia? Mati budak tu nanti!’
“Biar dia mati kak!
Hidup pun menyakitkan hati saya je!”
“Kau gila ke Aida!
Budak tu anak kau sendiri! Takkan nak pukul dia sampai mati?”
“Dia bukan anak saya!
Kalau dia mati, lagi senang hidup keluarga saya!”
“Aida!”
Puan Aida
terdiam tatkala dijerkah dengan kuat oleh jirannya itu. Matanya memandang
kearah tubuh kecil Sofia yang terkulai lemah tidak sedarkan diri. Barulah dia
sedar akan perbuatannya itu. Dia tersandar ke dinding sambil menekup wajahnya.
Perasaan bersalah mula menyelubunginya.
Melihat
keadaan Sofia yang tidak sedarkan diri, Puan Nina lantas mendukung Sofia pulang
kerumahnya. Di rumahnya dia mengubati kesan pukulan ditubuh kecil itu. Mujur
kecederaan kanak-kanak itu tidak begitu serius.
Malam itu Puan
Aida datang kerumahnya bersama suaminya untuk mengambil Sofia. Mereka juga
telah meminta maaf dan menceritakan segala-galanya. Bersungguh-sungguh ibunya menangis meminta
maaf sambil menceritakan segalanya. Walaupun terkejut mendengar cerita mengenai
Sofia, namun atas sebab tertentu, dia dan suaminya telah berjanji untuk
menyimpan rahsia itu daripada pengetahuan sesiapa.
Irfan berhenti
menaip kerjanya. Fikirannya mula menerawang memikirkan mengenai Sofia. Baru
sahaja dia mendapat tahu rancangan ibu dan ayahnya utuk menjodohkan Sofia
dengannya. Pada mulanya dia tidak bersetuju. Mahu sahaja dia menolak permintaan
ayah dan ibunya. Mana mungkin dia mahu bernikah dengan gadis yang 10 tahun muda
darinya malahan gadis itu selalu menyakitkan hatinya.
“Ummi dengan
ayah nak Irfan kahwin dengan budak tu? Ummi..Irfan tahu ummi dengan ayah nak
tengok Irfan hidup normal…ada isteri, ada anak-anak..…Irfan faham.. Irfan
setuju..Irfan tak kisah langsung kalau ummi dengan ayah nak kahwinkan Irfan
dengan sesiapa pun..tapi bukan dengan Sofia!”
“Kenapa
dengan Sofia? Sofia tu pun perempuan juga?’’
“Ummi, Sofia
tu budak-budak lagi ummi..tak matang pun..apa yang dia tahu? Silap haribulan
boleh bercerai-berai nanti kalau kami kahwin. Irfan tak fahamlah kenapa ummi
dan ayah pilih Sofia, bukan Syasya.”
“Irfan belum
cuba lagi belum tahukan? Ummi boleh ajar perlahan-lahan macam mana nak jalankan
tanggungjawab seorang isteri ni..lagipun bukan ummi dengan ayah berdua sahaja
yang bersungguh-sungguh nak jodohkan Irfan dengan Sofia….ummi bukan tak suka
dengan Syasya..Baik budaknya…Cuma ummi dan ayah tengok Syasya tu sosial
sangat..dengan kerja dia sebagai model..aurat pun tak bertutup..apa salahnya
kalau Irfan kahwin dengan Sofia?”
“Ummi..”
“Ummi tengok
Sofia tu baik budaknya. Manis bertutup aurat. Sopan dengan orang tua.. Sesuai
nak dibuat isteri tau..”
“Hmmm..yelah…kalau
ummi rasa itu yang terbaik, Irfan pun tak tahu nak kata apa lagi..ummi buatlah
apa yang ummi rasa bagus untuk Irfan..”
Akhirnya Irfan
bersetuju kerana tidak lagi mampu menghampakan permintaan ibu dan ayahnya
apatah lagi tatkala dia mendengar cerita sebenarnya mengenai Sofia. Walaupun
berat hatinya untuk bersetuju dengan permintaan ibu bapanya itu. Namun setelah
berfikir masak-masak akhirnya dia terbuka hati untuk menunaikan permintaan
mereka.