Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA IRIS, DIA IRFAN!
SAYA IRIS, DIA IRFAN!
Dzliyana
28/1/2015 13:52:46
168,172
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 10

“Fia, barang ni nak abang letak dekat mana?”

Sofia memandang kearah abangnya yang sibuk mengangkat barang-barang untuk persiapan kenduri itu.

“Abang letak dekat tepi pintu jelah..hati-hati, nanti pecah pula door gift tu!”

“Ialah tuan puteri…takut sangat..ingat abang budak-budak ke?”

“Mestilah takut…kalau pecah tu penat nak cari yang baru..esok dah nak kenduri..”

“Hehe..yelah…untuk adik kesayangan abang ni, apa pun abang boleh buatkan. So macam mana feeling nak kahwin ni? Nervous tak?”

“Hmmm…entahlah..biasa je…kenapa abang tanya?”

“Yela..Fia kan potong trip abang..patutnya abang yang kahwin dulu tau..tup-tup budak kecil ni pula kahwin dulu..”

“Ish..Fia dah besarlah! itulah..abang tu yang bertunang lama sangat..kahwin tak juga. Eleh..abang cakap jelah abang takut rindu dekat Fia nanti…hehehee…”

“Rindu Fia? Eh..tak adalah…abang lagi tak sabar Fia tinggal dekat luar..Hai..amanlah rumah ni..Tak ada orang nak buat bising pagi-pagi…tak sabarnya abang!”

“Cis…dah..dah..pergi main jauh-jauh…Fia banyak lagi benda nak dibuat!”

Adam tersengih tatkala dihalau oleh adiknya itu. Sengaja dia mahu mengusik adiknya itu. Selepas ini mungkin dia tidak akan berjumpa selalu dengan Sofia selalu memandangkan adiknya itu akan berpindah keluar.

“Yelah..yelah..abang nak pergi pasang khemah dekat bawah. Doorgift tu letak tempat tersorok sikit..nanti anak-anak abang Zikry terlanggar pula.”

“Yelah big boss! Nanti Fia simpan..”

Sofia tersenyum melihat gelagat abangnya itu. Setelah Adam melangkah keluar dari biliknya, dia lantas mengangkat barang-barang yang dibawa oleh abangnya sebentar tadi. Kemudian barang barang itu dimasukkan kedalam almari kosong yang berada didalam biliknya itu. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk sekali lagi. Sofia yakin itu pasti abangnya lagi yang datang untuk menganggu kerjanya.

“Abang nak apa lagi? Tak puas ke..”

Tiba-tiba Sofia berhenti bercakap tatkala matanya terpandang kelibat seseorang yang berdiri dimuka pintu biliknya. Sofia benar-benar terperanjat pabila mendapati yang mengetuk pintu biliknya itu bukanlah abangnya, tetapi kakaknya Syasya. Melihat adiknya terperanjat dengan kedatangannya, Syasya membuka mulut untuk bercakap.

“Boleh kakak masuk?”

“Boleh, masuklah kak.”

Sofia lantas menyalami tangan kakaknya itu. Dirinya terasa agak kekok tatkala berhadapan dengan kakaknya itu. Sebenarnya sejak peristiwa dimana keluarga Irfan datang merisiknya, Syasya telah mengambil keputusan untuk membawa diri ke luar negara kerana kecewa dengan permintaan keluarga Irfan untuk mengahwinkan Sofia dengan Irfan dan bukan dengan dirinya. Malah ketika majlis pertunangan diantara Irfan dan Sofia diadakan, Syasya langsung tidak pulang kerumah.

“Kakak sihat?”

“Sihat..Alhamdulillah…Fia?”

“Fia sihat…Fia tak tahu pula akak balik…kalau Fia tahu..Fia jemput akak dekat airport..”

Syasya tersenyum tatkala melihat Sofia yang berkelakuan kekok tatkala bersamanya.

“Akak baru sampai…kawan akak yang hantarkan…Fia…boleh akak cakap sesuatu dengan Fia?”

“Kalau macam tu duduklah dulu…Akak nak cakap apa dengan Fia?”

Syasya perlahan-lahan memegang kedua belah tangan adiknya itu. Sofia pula masih dalam keadaan keliru.

“Akak masih marahkan Fia ke? Fia minta maaf..Fia tahu akak yang selama ni sayangkan Irfan..Fia langsung tak ada niat nak rampas dia dari kakak..Fia minta maaf kak…”

“Fia…Fia janganlah minta maaf! Yang salah tu akak!…akak yang tuduh Fia melulu…akak yang layan Fia secara buruk…akak yang kata Fia anak angkat…”

“Tak akak! Akak tak salah langsung pada Fia..”

“Fia…ibu dah ceritakan semua hal sebenar dekat akak..Fia bukan anak angkat..Fia adik akak..darah daging akak juga…Akak nak minta maaf dari Fia..banyak dosa akak pada Fia selama ni.”

Air mata Syasya mulai turun dengan lebatnya. Sungguh dia menyesali segala perbuatannya terhadap Sofia sebelum ini. Dia benar-benar menyangka Sofia hanyalah anak angkat keluarganya. Namun tatkala ibunya menceritakan perihal yang sebenar, perasaan bersalahnya terhadap adiknya itu tidak dapat dibendung. Lantas dia balik ke Malaysia secepat yang mungkin.

Melihat kakaknya itu menangis tersedu sedan, Sofia lantas memeluk tubuh kakaknya itu.

“Kak..janganlah nangis..Fia tak pernah salahkan akak…Fia nak akak tahu yang selama ia hidup, Fia betul-betul sayangkan akak. Fia pun minta maaf kalau Fia pernah sakitkan hati akak..Mulai hari ini Fia nak kita hidup bahagia..Fia dah lupakan segala hal yang lama…”

“Betul Fia dah maafkan akak?”

Sofia mengangguk sambil tangannya mengelap air mata kakaknya itu.

“Fia tak pernah salahkan akak..akak jangan menangis lagi ye..nanti mata akak bengkak..dah tak cantik dah. Kalau orang tengok, habislah populariti akak..”

Syasya tersenyum dan terus memeluk tubuh adiknya itu.

“Terima kasih Fia..”

 **********************************************


Rumah besar itu kedengaran riuh rendah dengan gelagat tetamu yang datang. Dalam masa setengah jam lagi majlis pernikahan diantara Sofia dan Irfan akan bermula. Sofia pula duduk didalam biliknya dengan penuh kegelisahan. Berkali-kali dia menatap wajahnya yang sudah siap disolek itu. Diperhatikannya pula barang-barang hantaran yang tersusun rapi diatas katilnya.

Sofia mengambil telefonnya. Berkali-kali dia cuba menelefon Misya dan Hana. Namun kedua-dua rakannya itu langsung tidak mengangkat panggilannya itu. Pasti mereka sedang sibuk membantu menyediakan makanan didapur. Sofia mula tidak senang duduk. Hatinya semakin berdegup kencang memikirkan dia akan bergelar sebagai seorang isteri kepada lelaki yang dibencinya.

Tiba-tiba sahaja anak saudaranya masuk kedalam bilik itu dan mendekatinya.

“Mak su..mak su cantiklah…kalau macam ni Mimi pun nak suruh mummy kahwinkan Mimi la..boleh jagi cantik macam mak su!”

Sofia tersenyum mendengar keletah anak saudaranya yang berumur 6 tahun itu.

“Yeke? Terima kasih..Mimi pun cantik juga hari ni…Mimi..mak su nak minta tolong sikit boleh tak?”

“Mak su nak Mimi buat apa?”

“Mimi kenalkan kawan maksu yang dua orang tu? Mimi ada nampak tak diorang?”

Mimi mengangguk pabila mendengar pertanyaan mak ciknya itu.

“Tahu…Mimi nampak diorang kat dapur tadi..kenapa mak su?”

“Mimi boleh tak panggilkan diorang cakap mak su panggil?”

“Ok..Mimi panggil sekarang!”

Sofia menarik nafas lega tatkala melihat anak saudaranya itu pergi mencari rakan-rakannya. Tidak lama kemudian muncul Misya dan Hana dimuka pintu biliknya.

“Kenapa Fia? “

Melihat rakannya muncul, lantas ditariknya kedua-dua mereka masuk kedalam biliknya dan lantas dia mengunci pintu bilik itu.

“Hana..kunci kereta kau mana? Cepat bagi aku!”

“Kunci kereta? Ada dalam beg aku tu..kau nak buat apa?”

“Aku nak lari dari rumah ni..cepat bagi kunci tu! Nanti tak sempat aku nak lari!”

“Kau gila ke Sofia!”

Hana dan Misya menjerit serentak.

“Aku memang dah nak gila..macam manalah aku boleh setuju nak kahwin dengan mamat tu! Cepatlah bagi kunci kereta tu!”

“Babe…relax babe..kitaorang tahu kau nervous..normal lah tu bakal pengantin nervous..cuba kau duduk, tarik nafas dulu..tenangkan fikiran..”

Misya menarik tangan Sofia dan menyuruhnya duduk.

“No! No! No!...ini bukan nervous! Ini kerja gila namanya..Aku tak nak kahwin! Aku tak nak kahwin..Aku kena lari dari sini!’

“Sofia! Kau ni memang gilalah..tahu tak lagi 5 minit lagi majlis dah nak mula! Kalau kau lari kitaorang yang kena menjawab nanti tahu tak?”


“Huhuhu…kau orang kan kawan aku..tolonglah aku...Ni masa depan aku tahu tak? Aku tak nak kahwin dengan mamat pelik tu! Boleh gila aku kalau kahwin dengan dia! Kau orang bagi je kunci tu! Aku boleh turun ikut tingkap ni! Mesti tak ada siapa-siap pun yang tahu..”

Sofia menyingsing lengan bajunya dan mengangkat kainnya. Veilnya yang panjang berjela itu pula dibelitnya sekeliling leharnya. Dia sudah bersedia untuk turun melalui tingkap itu. Dia sudah tidak peduli apa pun lagi. Yang dia tahu dia perlu keluar dari rumah itu secepat mungkin sebelum rombongan pihak lelaki sampai.

Misya dan Hana lantas menerpa kearah Sofia yang sudah bersedia untuk terjun dari tingkap.

“Ya Allah Sofia! Kau jangan cari pasal..kalau kau terjun dari tingkap ni, jangankan lari dari rumah! Arwah terus tahu tak!”

“Huhuhu…aku tak nak kahwin..aku muda lagi…”

Melihat keadaan Sofia yang tidak tentu arah itu, kedua rakannnya itu mula berasa serba salah.

“Tak boleh Fia…macam mana kalau…”

Tiba-tiba pintu bilik itu diketuk. Kedengaran suara ibu Sofia memanggilnya. Misya perlahan-lahan membuka pintu bilik itu walaupun Sofia menyuruhnya jangan membuka pintu itu.

“Sofia, rombongan pengantin lelaki dah sampai. Jom turun!”

Sofia merenung kedua rakannya itu dengan riak wajah yang sedih. Sudah terlambat untuknya melarikan diri. Akhirnya dia terpaksa mengikut ibunya turun kebawah. Ketika dia sampai sahaja keruang tamu rumahnya itu, hampir semua tetamu yang hadir memandang kearahnya.

Sofia semakin berdebar-debar. Fikirannya semakin bercelaru. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia berlari keluar saat itu. Namun tangannya dipegang kuat oleh Misya dan Hana yang duduk bersebelahan dengannya. Seakan-akan mereka tahu apa yang difikirkannya. Dalam keadaan gelisah, tiba-tiba sahaja dia mendengar suara Irfan seakan-akan bergema kedua belah telinganya.

“Aku terima nikahnya Iris Sofia binti Mukriz dengan mas kahwinnya seribu lima ratus ringgit tunai..”

Sofia terkedu. Dengan sekali lafaznya dia telah menjadi isteri yang sah kepada Luth Irfan. Sudah tidak ada maknanya jika dia melarikan dirinya ketika itu. Saat Irfan mendekatinya untuk menyarungkan cincin, Sofia tidak dapat mengawal perasaannya lagi. Air matanya mula mengalir. Bukan kerana terharu, tetapi kerana tidak dapat menerima hakikat yang dirinya sudah bergelar isteri.

Telefonnya tiba-tiba sahaja berbunyi. Lantas Sofia mengangkat telefonnya itu. Dia kemudiannya membaca mesej yang diterimanya dari rakannya. Entah apa pula yang mereka mahu mengusiknya. Sepanjang majlis perkahwinannya siang hari tadi, pelbagai usikan yang dilakukan oleh mereka. Terutamanya Hana dan Misya. Beriya benar mereka mengusik dirinya. Apatah lagi saat dia menangis selepas bergelar isteri.

Dia tahu rakan-rakannya itu hanya mampu menyedapkan hatinya. Mujur juga mereka ada bersamanya, Jika tidak pasti dia akan menangis sepanjang masa. Setelah berkali-kali diusik oleh rakannya itu, akhirnya Sofia berhenti menangis dan perlahan-lahan dia menerima hakikat yang dirinya sudah berkahwin.

“Sofia.. Selamat menyambut malam pertama! Jangan lupa pakai hadiah yang kami bagi malam ni. Boleh lah kami cepat-cepat timang anak saudara! Hehehe..”

Merah padam mukanya tatkala membaca mesej itu. Dia teringat akan hadiah yang telah diberikan oleh Hana dan Misya. Sepasang gaun tidur berwarna hitam yang agak jarang. Malu benar dia tatkala membuka hadiah itu bersama Irfan dan keluarganya. Habis satu rumah menggelakkannya.Dia juga teringat akan hadiah yang diberikan oleh abangnya Adam. Satu set pakaian dan barangan bayi. Dia tahu abangnya itu sengaja mahu mengusiknya.

Rakan-rakannya sekelasnya yang lain juga tidak kurang juga mengusiknya. Memandangkan dia yang paling awal berkahwin, maka seluruh rakan kelasnya hadir ke majlis nya dan Irfan. Riuh rendah dewan itu dengan gelagat rakan-rakannya. Mujur pelaminnya tidak roboh gara-gara semua rakan-rakannya sibuk mengambil bahagian dalam sesi bergambar.Sofia membalas mesej rakannya itu.

“Wah..wah…saja ye kau orang nak malukan aku! Habis satu family gelakkan aku bila tengok hadiah kau orang..Oklah.aku nak mandi solat..balik dari Pulau Perhentian nanti aku text kau orang ye..jangan rindu aku!”

Seminit kemudian dia menerima mesej lagi.

“Nak pergi mandi ke..nak bermanja dengan cik abang..hehehe..yelah..pergi honey moon tu jangan lupa belikan ole-ole untuk kami ye..Goodnight pengantin baru!”

Sofia tersenyum membaca mesej rakannya itu. Usai membaca lantas dia melangkah kebilik mandi.

Irfan melipat sejadahnya selepas selesai mendirikan solat isya'. Apabila dia berpaling kearah Sofia, dia mendapati isterinya itu sedang nyenyak tidur di atas sofa dengan kain telekungnya masih dipakai. Pasti gadis itu tertidur selepas solat isya' tadi. Dia juga tahu isterinya pasti kepenatan setelah seharian melayan tetamu yang datang ke majlis mereka pada siang hari tadi.

Esok pula mereka akan berangkat ke Pulau Perhentian. Pasti Sofia akan kepenatan. Mujur dia menolak pelawaan Ibu dan ayahnya untuk menaja bulan madu mereka ke Bali. Jika tidak pasti isterinya itu kepenatan memandangkan masih ada majlis bertandang yang perlu diuruskan seminggu lagi.

Irfan mendekati isterinya itu, diperhatikan raut wajah sofia perlahan-lahan. Sebenarnya sejak pertama kali melihat gadis itu dia agak terpegun melihat raut wajah sofia. Sangat lembut dan manis dipandang. Mana-mana lelaki yang melihatnya, pasti akan menoleh sekali lagi.Malahan tatkala majlisnya berlangsung petang tadi ramai rakan-rakannya memuji kecantikan Sofia. Sebagai suami dirinya terasa agak bangga tatkala ramai yang memuji kecantikan isterinya itu.

Raut wajah Sofia berlainan dengan wajah Syasya, walaupun Syasya seorang gadis yang mempunyai raut wajah yang cantik, namun raut wajah Sofia lebih menarik perhatiannya. Lagi-lagi apabila gadis itu buat pertama kalinya membuka tudung di hadapannya. Perasaan kagum dengan kecantikan gadis itu semakin bertambah.

Telekung yang dipakai Sofia dibukanya perlahan lahan. Irfan mengelus rambut Sofia yang ikal dan panjang itu. Terasa lembut ketika jari jarinya menyentuh rambut gadis itu. Tidak lama kemudian dia mengangkat isterinya itu perlahan lahan ke atas katil. selepas itu dia mengambil bantal dan merebahkan diri keatas sofa. Badannya juga terasa keletihan dan tidak lama kemudian dia juga ikut terlelap.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.