Home Novel Cinta PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
Fizziany
3/10/2017 23:56:05
42,240
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25

APA AGAKNYA reaksi pemilik duit itu bila dia sedar bahawa dia telah tercicir duit itu? Hahahaa...mahu pitam sehari dua. Aku tak cerita pada Nini tentang hal aku terjumpa duit RM16,000 tu. Takut dia bising-bising di rumah. Bab duit ni...bahaya sikit. Anak beranak pun, kalau bab duit memang tak boleh senyap.Lagipun, buat apa nak bising, aku percaya sehari dua lagi, tuan punya duit tu pasti akan datang mencari semula haknya yang hilang. Kasihan kan...

Sebaik tuan punya duit mendapat nota dari aku melalui sampul surat itu, aku percaya dia akan jumpa dengan aku. Waktu itu, apa aku nak buat ya? Isy...kalau RM16,000 main tinggal dalam laci hotel...aku rasa dia ni tentu orang kaya! Paling koman pun Tan Sri ke... Hmm..kalau pemilik duit itu seorang Tan Sri...nampak gayanya aku boleh memanfaatkan sesuatu dari peristiwa ini. Aku boleh menjana lebih banyak duit dari kes ini. Betul kan...

Aku akan berjumpa dengan Tan Sri tu...kemudian aku akan mengugut dia.

“Kalau Tan Sri nak semula wang Tan Sri tu...saya boleh pulangkan. Tapi dengan syarat! Syaratnya ialah...Tan Sri kena bayar saya RM10,000 dahulu. Selepas itu...barulah saya pulangkan balik duit Tan Sri!” hahahaa...aku dah tergelak seorang diri di dalam bas. Tan Sri tu mesti kena bayar jugak kan?! Kalau dia tak bayar, macam mana dia nak dapat balik duit RM16,000 dia tu...Hahahaa....aku pandai! Aku pandai!

Tapi...minta tebusan RM10,000 macam sikit kan? Tak cukup untuk menampung kos percutian aku dengan Nini...dan juga menampung kos pembinaan bilik baru untuk aku...dan juga kos untuk aku memborong novel dari kedai buku! Hmm...kena minta lebih lagi ni... Berapa ya? Aku menggaru daguku sambil berfikir. Berapa ya? Haa...mungkin RM20,000? Ya...RM20,000! Aku memang pandai! Aku tersengih.

Tit..Tit...Tit...Alamak! Telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi pula. Kacau daun betul! Lantas aku telek skrin telefon. Nama Firdaus terpapar di skrin telefon bimbitku. Laju saja tanganku menjawap.

“Halop!” kataku membuka bicara.

“Kau kat mana?” soalnya di hujung talian. Dari nada suaranya aku agak dia sedang tersenyum ni...

“Dalam bas...” jawapku. Bunyi enjin bas sesekali mengganggu konsentrasi aku untuk berbual dengan Firdaus pagi ini.

“Ohh..okey. Ahad ni kau kerja?” soalnya.

“Kerja...”jawapku pendek.

“Alaa...aku baru nak jumpa kau...” keluhnya.

“Nak buat apa? Ada restoran baru buka kat situ ke?” soalku. Selalunya, Firdaus ni rajin berjalan ke restoran. Jalan-jalan cari makan.

“Tak.Tapi ada kedai buku baru buka kat sini. Besar kedainya...aku rasa kau mesti suka...” katanya lagi. Terjungkit keningku. Kedai buku baru? Wow..

“Macam best...tapi aku kena kerja. Lain kalilah...” kataku.

“Bila kau cuti?” soal Firdaus lagi.

“Khamis...”

“Okey...Khamis nanti kita pergi. Aku tunggu kau kat depan bus stand Port Klang...” katanya. Dahiku berkerut seribu.

“Kau tak kerja?” pelik! Bukankah dia kerja hari khamis?

“Aku ambil cuti... Khamis okey! Pukul 10 pagi...jangan lupa...” pesannya.

“Okey..”

Bye... Kerja baik-baik... Jaga diri baik-baik...” dah macam ayah aku pula dia ni. Siap berpesan-pesan pula.

“Yelah .Bye...” talian terus mati. Kusimpan semula telefon bimbitku ke dalam beg sandangku. Aku merenung ke luar tingkap bas. Bandar sibuk ini meriah. Pagi-pagi lagi suasananya sudah hangat dengan deru penghuni bandar yang mengejar masa untuk keluar mencari rezeki. Panggilan dari Firdaus di awal pagi membuatkan aku makin bersemangat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fizziany