Home Novel Cinta PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
Fizziany
3/10/2017 23:56:05
42,455
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

BERMULA DARI saat itu, kubulatkan hati untuk terima saja Qada’ dan Qadar dalam hidup aku. Aku sudah tak fikirkan sangat tentang hal nak mencari lelaki kaya. Aku sudah tamatkan pencarian aku. Tapi aku masih belum berkesempatan untuk memberitahu Firdaus. Biarlah dahulu. Mungkin hujung minggu nanti, aku ingat nak pergi ke kilang lama aku dan mencari dia.

Cakap dalam telefon tak berapa best! Aku nak juga tengok muka dia. Barulah seronok sikit! Mengenangkan kejutan yang bakal kubuat untuk dia, aku jadi seronok dan teruja. Macam-macam idea muncul dalam kepala otak aku yang bengong ni untuk bersemuka dengan Firdaus. Nantilah!

Aku sudah membetulkan niatku. Aku hanya mahu mencari bahagia dalam hidup ini. Aku tak perlu fikirkan soal ‘apa kata orang?’. Apa orang nak kata...lantaklah! Katalah apa pun. Aku hanya perlu tahu yang aku buat perkara yang betul. Aku akan jadikan Tuhan sebagai panduan untuk aku berjalan di atas muka bumi ini.Tapi...jumpa Firdaus tu...bukan muhrim tu...tak berdosa ke? Eh...tapi aku dan dia cuma kawan saja! Tak ada nafsu pun pada dia. Itu kata kau. Kau tak ada nafsu tengok dia. Tapi dia? Alamak..aku dah ragu-ragu.

Aku rasa dia juga macam aku kot! Kot...Yalah...dia tak pernah kata pun yang dia suka kat aku. Lagipun, aku percayakan dia. Dia punya sikap protektif tu, buat aku rasa selamat kalau bersama dengan dia. Jadi, kalau setakat nak jumpa kawan,tak apa kan? Janji...jangan pegang-pegang! Aku garu kepala...benda baik memang susah nak buat. Itu pun satu ujian juga. Tapi aku akan cuba. Aku tahu, aku bukanlah orang baik. Tapi aku nak jadi baik!

Usai Solat Subuh, aku keluar untuk bersarapan. Di dapur, kulihat mak tiri aku sedang membancuh kopi. Ayah aku suka minum kopi pekat-pekat.

“Nak pergi kerja dah Lily?” soal mak tiri aku bila aku masuk ke dapur.

“Ha’a..mak cik masak apa pagi ni?” aku angguk sambil menjengah ke dapur. Ada kuali di atas api dapur.

“Goreng cekodok saja...kamu nak sarapan?” soalnya lagi. Dia menuang kopi yang baru dibancuhnya ke dalam cawan. Aku duduk dan terus minum air yang sudah dituangnya.

“Mana Nini?” soal mak tiri aku lagi.

“Tengah bersiap...” jawapku. Aku seluk tanganku ke dalam beg sandang. Aku keluarkan sesuatu dari celah zip bahagian dalam beg sandangku. Kemudian cepat-cepat dua keping not RM10 aku serahkan kepada mak tiri aku.

“Eh! Nak buat apa ni?” dia terpinga-pinga bila aku melipat duit itu dan meronyokkan ke dalam genggaman tangannya. Buntang matanya memandangku hairan.

“Untuk mak cik shopping hari ni..” kataku lalu tersenyum. Dia terkesima. Kemudian membuka lipatan duit sebanyak RM20 itu. Ditayangkan duit itu di depan matanya.

“Uih...kamu dah dapat gaji ke Lily?” soalnya teruja. Lebar benar sengihannya pagi itu.

“Taklah...gaji minggu depan. Tapi saja bagi...” kataku perlahan. Saat itu ayah keluar dari bilik.

“Makcik jangan bagitahu siapa-siapa saya bagi duit kat mak cik!” cepat-cepat aku menegah. Takut dia bising pula. Entah, aku rasa segan kalau orang tahu aku beri duit pada mak tiri aku. Lagi-lagi kalau ayah aku tahu. Takut nanti dia fikir lain pula. Tak pasal-pasal dia fikir mak tiri aku peras ugut minta duit dari aku.

“Haa...okey..okey...”sepantas kilat dia menyumbat duit RM20 itu ke dalam anak bajunya melalui ruang leher baju kurung kedah yang dipakainya. Aku tersengih. Ayah datang menyertai kami bersarapan di meja makan. Kemudian Nini juga datang. Pagi itu, aku rasa hati aku sangat tenang. Jiwa aku rasa sangat besar. Sebesar alam. Walaupun aku cuma beri RM20 pada mak tiri aku, tapi aku rasa satu kepuasan yang sangat tinggi. Bahkan, sedikit pun aku tidak merasa duitku kurang. Bahkan nikmat tenang itu menghujani setiap langkah kakiku hari itu. Nyata sekarang, aku mencari ketenangan dalam hidup!





Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fizziany