Home Novel Cinta PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
Fizziany
3/10/2017 23:56:05
42,443
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5/2

“KENAPA kau duduk hostel? Kau ada motor. Tak susah nak datang kerja” soalku sewaktu kami sedang makan. Dia makan nasi kandar dengan ayam goreng. Aku makan nasi putih, kari ikan dan sayur sahaja.

“Duduk hostel lagi jimat!” jawapnya dengan mulut yang penuh. Aku menyuap sayur kobis ke mulut.

“Kalau aku duduk hostel , aku jimat tak payah bayar sewa rumah...jimat duit isi minyak motor...jimat duit tak payah bayar bil elektrik, bil air...dan, dekat nak pergi kerja...” sambungnya selepas itu. Aku angguk setuju. Betullah tu!

“Dah berapa lama kau kerja di KL ni? Kau tak nak balik Kedah? Kerja kilang kat Penang pula ke...aku dengar, kat Penang pun banyak kilang... Lagi dekat dengan kampung kau...” soalku. Dia membetulkan rambut yang berjuntai di dahinya. Kemudian memandangku.

“Masuk tahun ni, dah lima tahun aku kat sini. Aku beranak kat Kedah. Membesar kat Kedah...takkan nak kerja pun kat Kedah? Penang...Kedah...Perlis tu...aku dah puas pusing. Aku nak jugak merasa duduk berdikari sorang-sorang jauh dari mak bapak...” jawap Firdaus.

“Kau kerja kat mana sebelum ni?” soalku sekadar bertanya. Makan tanpa bersembang bosan juga kan?

“Shah Alam...kilang Motorola tu...” katanya. Keningku terjungkit tinggi.

“Motorola tu? Wow...best tu. Orang cakap kerja situ gajinya tinggi. Kenapa kau berhenti?” soalku lagi. Dah macam Kiah Propa aku ni, asyik korek kisah orang!

“Hmmm...best. Tapi..penatlah kerja situ.Sesekali, cari suasana baru pulak...” selamba Firdaus menjawab.  Aku mencebik. Kami makan lagi. Bahang malam masih terasa. Penduduk di sekitar kawasan itu memang tak reti nak tidur awal gamaknya. Kedai makan itu masih penuh.

“Esok pergi kerja, kau naik bas atau jalan kaki?” soalnya pula tiba-tiba. Nasi di pinggannya sudah habis.

“Jalan kaki...” kataku.

“Tunggu aku depan gate kau..pukul 8.00 esok. Tau?” katanya berkeras.

“Kau nak jalan jugak?” soalku hairan. Dia angguk sambil meneguk teh ais limaunya.Aku terkikih-kikih ketawa. Dia pandang aku pelik.

“Kenapa??”soalnya hairan. Aku masih tergeleng-geleng kepala dengan tingkahnya.

“Kau ni dah syok kat aku ye? Asyik nak berkepit dengan aku 24 jam?” soalku. Brssttt!!! Tersembur sedikit air teh ais limaunya dari straw yang sedang dia gunakan. Serta-merta bibirnya basah dengan air lalu pantas dia mengesat bibirnya dengan tisu.

“Gila kau!” marahnya dengan muka berkeronyok.

“Habis tu...kau asyik ikut aku je...” dugaku. Dia menghela nafas berat. Kemudian memandangku.

“Aku cuma tak nak kau kena kacau...” jelasnya. Keningku berkerut seribu dengan kata-katanya.

“Masa kita masuk kerja hari pertama dulu...ada beberapa mamat dalam kilang tu jumpa aku. Dia tanya, kau dan aku ni ada kena mengena ke... macam makwe  pakwe ke...atau adik abang ke...jadi, aku tanya diorang balik. Kenapa? Diorang jawap, kalau kau adik aku...diorang nak mengorat kau...tapi kalau kau makwe aku...then diorang takkan mengorat...” terang Firdaus sambil menolak pinggan kosong ke tepi. Aku ternganga.

“Mamat mana pulak yang nak mengorat aku?” soalku hairan.

“Ada la...kau tak perasan kot diorang dok perhatikan kau...” lemah suara Firdaus. Aku terkial-kial mencari bayangan beberapa lelaki yang sempat kuingat. Tapi...ah,ramai!  Aku tak tahu nak teka yang mana satu. Kerja kilang ni, memang macam ni.Pantang kita ni berdahi licin sikit, asyik jadi perhatian saja.

“Jadi? Kau jawap apa kat diorang?” soalku. Air sirap bandung kusedut rakus. Nasiku juga dah habis. Tinggal tulang ikan saja. Kalau tulang ikan boleh ditelan, aku telan juga rasanya.

“Aku cakaplah kau makwe aku...sebab tu diorang tak usha kau. Tapi, petang tadi diorang nampak aku balik sorang dengan motor. Aku tinggalkan kau kat tepi jalan. Jadi, Maghrib tadi, diorang jumpa aku tanya aku...pasal apa aku tinggalkan kau...jadi, aku jawap, kita gaduh...tu je...heiii..rimasnya nak bercerita panjang dengan kau ni! Kau tak payah tanya banyaklah! Yang penting,aku rasa baik kau hati-hati. Itu saja. Area ni bukan bagus sangat untuk orang lawa macam kau....Bulan lepas je, dah ada kes rogol 6 lawan 1 kat blok kilang Sankyu...” marah Firdaus tiba-tiba. Dia bangun menuju ke singki untuk membasuh tangan yang kotor.

6 lawan 1? Apa maksudnya? Terkocoh-kocoh aku lari tinggalkan meja makan dan menghampirinya di singki. Wajah kami berdua terpantul di kaca cermin di hadapan kami.

“6 lawan 1 tu maksudnya apa?” soalku kaget. Benar-benar ingin tahu. Dia memandangku dari dalam cermin. Tangan yang sudah siap dibasuh, dia lap dengan tisu. Aku tergesa-gesa membasuh tangan dan menghampirinya semula di meja makan.

“6 orang lelaki...rogol 1 orang perempuan...” jawapnya perlahan. Terbeliak mataku mendengar kata-katanya. Mulutku terlopong. Cukup luas untuk lalat masuk. Pantas kututup kembali mulutku bila dia sudah bangun dari meja makan dan menuju ke kaunter bayaran.

“Takutnya....”aku dah rasa seram sejuk pula. Kata-katanya aku percaya. Tengok sajalah kawasan ini pada waktu malam. Muda-mudi berpeleseran. Bercampur-gaul sesama mereka tanpa batas. Dia tersenyum sungging melihat mukaku yang sudah pucat. Aku keluarkan dompet, mahu membayar harga makanan. Dia sudah keluar dari kedai itu dan menunggu aku di koridor kedai.

“Berapa?”soalku pada pekerja di kaunter bayaran.

“Itu abang sudah bayar....” katanya. Tanganku yang sedang membuka dompet mati. Tak jadi hendak mencari bayang duit. Kupandang Firdaus yang sedang menunggu di luar kedai sambil tersengih. Sajalah dia ni..... 

Previous: Bab 5/1
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fizziany