Home Novel Cinta PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
Fizziany
3/10/2017 23:56:05
42,416
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 23

HARI SABTU.Pukul 12 tengahari. Aku bertukar cuti dengan Lela. Aku terpacak di depan pagar kilang. Kali ini, aku sudah tidak mahu fikir tentang malu atau ‘apa kata orang’. Aku tahu aku letak jawatan ala koboi dulu. Tapi, aku nak juga datang ke kilang itu. Jadi, aku dah berdiri macam tunggul kayu di depan jalan. Betul-betul berdepan dengan kawasan parkir motorsikal kilang itu.

Tepat jam 12 tengahari saja, sebaik siren berbunyi, maka pekerja-pekerja kilang berpusu-pusu keluar. Bas kilang sudah menanti dengan sabar. Aku tersenyum melihat ragam penghuni kilang itu. Situasinya masih sama. Pekerja-pekerja asing lelaki berlumba-lumba naik ke dalam bas. Masih ada yang cuba menjadi Spiderman dengan memanjat belakang bas. Apa dia ingat ini Bangladesh ka, main panjat-panjat keretapi?

Pekerja-pekerja lain pula sibuk dengan urusan mereka. Yang ada motorsikal, sibuk mengacu bunyi enjin pada rakan-rakan mereka. Berlumba-lumba, enjin motorsikal siapa yang paling hebat dan paling kuat didengar. Sekali dengar, kadangkala macam bunyi enjin bot pun ada. Pomm...pomm..pomm...bunyinya. Aku tergelak sendirian tanpa sedar.

Dari jauh, aku sudah nampak batang tubuh lelaki itu. Firdaus sedang berjalan perlahan ke arah motorsikalnya. Dia membuka kunci motorsikal. Kalau tak kunci,silap-silap boleh hilang walaupun ada dalam pagar! Dengan helmet pun boleh hilang sekali! Aku senyum girang. Masih terkial-kial menunjukkan tubuhku pada Firdaus. Nampaknya dia langsung tak nampak aku. Asyik sibuk memakai topi keledarnya tanpa langsung memandang ke depan. Aku tak puas hati.

Sudahlah dia tak tahu aku ke sini. Buatnya dia start enjin motor dan terus blah tanpa jumpa aku, melepaslah aku kali ni! Sia-sia aku datang ke kilang ni. Membazir duit dan tenaga aku naik bas angkut-angkut semata-mata nak jumpa dia. Lalu aku terus melintas jalan.

Sebaik aku sampai di seberang jalan, betul-betul berdiri di hadapannya, langkahku mati. Antara aku dan dia hanya ada pagar besi yang memisahkan kami. Akumemandangnya yang sudah naik ke atas motorsikal. Dia mengangkat wajah,memandang ke depan. Saat itulah, baru dia terpandangkan aku.

Mataku dan matanya bersatu. Dia tidak jadi hendak menghidupkan enjin motorsikal. Wajahnya terpaku memandangku. Aku senyum. Lantas aku melambai tangan padanya. Dia kulihat menoleh ke kiri dan ke kanan. Alamak dia ni...aku lambai kat kaulah! Kat siapa lagi! Desis hati aku. Dia memandang aku semula. Kemudian barulah aku nampak dia mengukir senyum manis. Aku rasa macam nak melompat masa tu!




KENAPA datang tak cakap?” soalnya marah. Tak jadi hendak balik naik motorsikal, dia kini sedang menolak motorsikalnya bersama aku. Jelas terpapar riak gembira di wajahnya.

“Aku nak buat surprise kat kau! Surprise tak?” soalku riang.

“Heee...surpriselah jugak!” dia ketawa senang. Aku pun rasa nak ketawa sama.

“Tak sangka kau nak datang sini lagi. Kenapa tak call dulu?” soalnya lagi. Masih tidak puas hati dengan kedatangan aku yang mengejut.

“Alah..malaslah nak call kau. Dulu, ada dua tiga kali aku call kau, tapi asyik masuk voice mail je...” getusku.

“Ohh..bila tu?” soalnya sambil mencongak sendirian.

“Hmm..adalah dalam dua bulan lepas..” jawapku.

Actually telefon aku hilang seminggu lepas kau berhenti kerja. Puas juga aku cari. Last-last aku beli telefon baru dan cuba dapatkan balik nombor lama aku tu. Nasib baik aku boleh register dengan guna nombor yang sama. Kalau tak, susahlah aku..” beritahu dia.

“Laa...telefon pun boleh hilang?” lucu bila dengar telefon hilang.

“Alah..kaupun...baju pun boleh hilang...apa nak hairan..” dia mencebik. Aku tersengih.Masih ingat rupanya dia akan cerita kami suatu masa dahulu.

So..macam mana kerja baru kau? Dah jumpaPrince Charming kau?” soalnya bertalu-talu. Aku mengetap bibir sambil mengukir senyum.

“Kita minum. Then, aku beritahu kau....”kataku membuat keputusan. Dia merenung wajahku, kemudian mengangguk senang.





AKU tak dapat kerja jadi receptionist macam yang aku pernah beritahu kau. Aku cuma dapat jadi cleaner je...” ujarku berterus terang. Dia memandangku tidak percaya.

“Aku tak pandai cakap London. Sebab tu aku tak dapat kerja tu...Tapi, kerja aku sekarang ni okey jugak...aku suka... Mula-mula memang aku rasa ralat sikit buat kerja tu. Tapi lama-lama kemudian, aku sudah mula suka kerja aku..” ujarku jujur.Firdaus tersenyum memandangku.

“Kalau macam tu baguslah. Kerja apa pun tak apa. Janji kerja halal...” kata-katanya membuatkan aku tersenyum lebar.

“Jadi..dah jumpa lelaki yang kau nak cari?” soalnya pula. Aku diam sejenak. Dia menghirup Ribena Laicinya. Masih tak berubah kesukaan dia. Kalau minum di luar, suka minum Ribena Laici. Macam kanak-kanak Ribena!

“Tak...”jawapku sekaligus membuatkan dia tersengih memandangku.

“Apasal? Dah 3 bulan kerja kat situ...takkan tak jumpa lagi?” soalnya hairan dengan senyuman yang panjang. Sukar untuk kutafsirkan erti senyumannya. Dia mengejek aku? Atau dia suka dengan kenyataan aku masih belum jumpa lelaki idaman aku?

“Kau ingat senang? Aku masuk pintu lain. Guest masuk pintu lain. Waktu aku kerja, guest tak ada. Masa bila aku nak jumpa? Nak harapkan jumpa kat lobi? Lagilah mustahil...aku pun jarang jejak kaki kat kawasan lobi kecuali ada hal penting..” kataku geram. Dia tergelak lucu.

“Jadi...masih nak teruskan usaha? Atau dah give up?”soalnya dengan senyuman manis. Aku pandang mukanya yang asyik tersengih. Macam dia gelakkan aku saja. Geram pun ada! Aku memeluk tubuh.

“Entahlah...aku rasa macam nak give up. Nak berbalik pada dunia nyata. Tapi aku rasa, tak salah kalau masih berharap... aku masih boleh berdoa kan?” aku cuba menaikkan motivasi dalam diriku sendiri. Dia angguk dengan cebikan di mulut.

“Semangati tu yang aku suka! Teruskan usaha cik Lily....” dia menepuk-nepuk tangannya seolah-olah aku dah menang trofi anugerah ‘Artis Paling Popular’. Ada beberapa pasang mata yang memerhatikan kami bila dia bersikap sedemikian.

“Kau ni dah gila ke apa?” gedik betul dia ni kan? Sabar sajalah dengan perangainya...

Macam ada semangat baru, balik saja dari berjumpa Firdaus, aku rasa semakin optimis pada hidup. Berbual dengannya dari satu topik ke satu topik yang lain, membuatkan aku rasa hidup aku terisi. Jiwa aku tidak lagi berkecamuk. Hati aku rasa tenang. Bahkan riang. Bukankah ini yang aku cari? Ketenangan. Aku mengulum senyum sendirian.

Benar kata pepatah, hidup ini umpama satu kanvas lukisan. Jika kita lihat ia putih,maka ia putih. Jika kita lihat ia hitam, maka ia hitam. Tuhan juga berfirman,

[aku berbuat menurut sangkaan hambaku ]99

Aku kembali bekerja seperti biasa. Tiada lagi niat untuk mencari lelaki kaya atau mencari kredibiliti di mata manusia. Aku bekerja, dengan niat Lillahi Taala. Kalau kita kerja dengan lafaz Bismillah dan niat untuk Allah maka kerja itu dikira satu ibadah bukan? Mengingatkan hal itu, hati aku makin seronok. Aku bekerja seolah-olah aku akan hidup seribu tahun lagi. Mudah-mudahan rezeki yang kuperolehi ini mendapat berkat. Berkat bermaksud, walau apa kuantiti atau nilai yang kudapat, ia cukup dan bermanfaat bagiku. 

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fizziany