Home Novel Cinta PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
Fizziany
3/10/2017 23:56:05
42,387
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

PAGI-PAGI LAGI, si Salman Khan celup sudah menunggu aku di meja kerjaku. Aku yang berpapasan dengan Firdaus berpandangan. Bingung sekejap. Firdaus terus pergi ke mejanya dengan matanya tak lepas memandang si Salman Khan celup. Aku senyum juga dalam teragak-agak.

“Karipap...”katanya sambil menunjukkan sebungkus plastik kuning kecil. Ada 3 biji karipap di dalamnya. Alahai ..sweetnya si Salman Khan celup ni. Siapa entah nama dia. Aku tak sempat tanya lagi.

“Tak apa...saya sudah makan...” lembut aku menolak. Dia letak juga karipap itu di depanku.

“Makan...”paksanya. Aku terkedu. Kemudian si Salman Khan celup itu menghampiri Firdaus pula. Aku ternganga.

“Dia...you punya adik?” soal si Salman Khan celup pada Firdaus. Aku dan Firdaus berpandangan. Ternganga. Firdaus kemudian tersenyum lucu sambil menggeleng, kemudian menuding jari telunjuknya ke arahku.

“Dia...saya punya cinta hati...” kata Firdaus sekaligus membuatkan aku ternganga. Hendak ketawa pun ada juga. Si Salman Khan celup itu memandangku minta penjelasan.

“Ini orang ada butul ka?” hahaa...butul ka botol ka...aku tak tahu. Tapi aku angguk laju saja. Firdaus kemudian tersengih gembira.

“Apa tak betul pulak. Betullah. You...jangan kacau saya punya cinta hati. Understand?”gertak Firdaus lagi. Si Salman Khan celup itu berpandangan aneh kepada aku dan Firdaus. Kemudian dia mengangkat kedua belah tangannya tanda angkat ‘bendera putih’.

“Okey...okey...sorry. Saya punya hati...banyak suka sama dia...tapi dia you punya. Sorry aa...” kata si Salman Khan celup itu lagi. Dia mendekati aku. Kemudian dia mengambil semula bungkusan karipap itu dari meja aku.

“Heh!Tadi you cakap itu karipap you bagi sama saya?” soalku sekadar mengusik.

Next time....” balasnya dan berlalu sambil ketawa. Aduhai...buruk siku betul dia ni! Aku dah tak tahan gelak. Pagi-pagi lagi dia dah buat lawak antarabangsa. Aku hanya memandang dia yang telah kembali ke tempat kerjanya dengan muka merah padam. Kesian pula rasanya bila melihat wajahnya yang jernih itu. Aku membuang pandang ke arah Firdaus di sebelahku. Dia sedang memakai sarung tangan. Waktu kerja akan bermula sebentar lagi. Dia tiba-tiba memandangku. Pandangan kami berlaga.

“Nak karipap?” soalnya. Adus! Pantas aku mencebik lalu bersiap sedia untuk memulakan tugas hari ini.

“HAAA...kau tengok! Kau tengok!” aku tunjuk-tunjuk skrin telefon ke muka Firdaus. Dia membaca tetingkap mesej peribadi dari Facebook aku dengan dahi yang berkerut.

[I’m glad to know you. Hope we can meet some other time. ] Ada lagi mesej yang kedua.

[Let me know when you’re free. We will fix the date. I really want to meet you.] Mesej terakhir yang paling bawah dibaca lagi.

[Truly, you make me remember to someone else.] Habis. Firdaus dan aku saling berpandangan.

Nay...ini semua propa!” bentak Firdaus dengan nafas benci. Runtuh impian aku untuk bergembira dengan mesej-mesej bermakna seperti itu. Dia menjauhi mukanya dari telefon bimbitku.

“Arghhh..semua benda pun kau tak percaya. Lagi baik aku tak payah share cerita ni dengan kaulah! Baik aku cerita dengan Nini saja...”aku dah jelak dengan sikap dia! Lepas ini, aku tak nak berkongsi cerita dengannya lagi! Aku marah!

“Siapa Nini?” soalnya.

“Tak payah sibuk nak tahu...” aku memalingkan wajahku dari mukanya. Biarlah dia makan seorang diri. Lalu aku bangun dan berjalan pulang ke seksyen kami. Seleraku dah terbantut.

“Oit!Tak nak makan ke?” laungnya bila melihat aku pergi. Aku diam tak menjawap. Biar dia...

“Kalau lapar jangan mengadu kat aku...” dia melaung lagi. Suaranya kini sayup kedengaran. Tanda jarak antara aku dan dia sudah jauh.

 SUKAR juga bila kita dah terlalu rapat dengan seseorang, tiba-tiba hubungan itu jadi renggang. Maka semua kerja jadi macam serba tak kena. Aku yang marah. Aku yang memutuskan untuk tak mahu melayan Firdaus lagi. Tapi, aku pula macam rasa kehilangan. Dia pula, bukan reti nak pujuk aku. Bila aku buat muka bodoh dengan dia. Dia nampaknya macam sedar diri yang dia sedang dimarahi. Lalu dia pun langsung tak tegur aku dan tak endahkan aku.

Baik! Kalau dia lancarkan perang dingin ini, aku pun nak ikut serta juga. Kalau dia hantar peluru berpandu, aku pun akan hantar balik peluru berpandu. Biar sama-sama meletup! Baru padan dengan muka kitorang kan? Kalau tak ada dia pun...aku boleh hiduplah! Aku dah biasa.

Fikiranaku berlumba-lumba mencari keputusan. Apa patut aku buat dengan mesej tadi?Bagaimana aku nak balas? Apa ayat aku nak jawab? Nyatanya, dia minta satu tarikh untuk aku berjumpa dengan dia. Dia...si Tengku Khairudin yang kaya raya tu. Jadi...macam mana nak buat ni?

Aku jeling Firdaus di tepiku yang masih sibuk bekerja. Otaknya agak-agak tengah fikir apa? Aku sekadar menduga. Bukankah bagus kalau aku ni ada cip dalam kepala macam dalam drama Inggeris yang bertajuk ‘Intelligent’ tu? Tengok muka orang...dah dapat baca seluruh sejarah hidup seseorang dan tahu apa yang orang tu fikir. Wah...hebat betul aku. Dah boleh jadi ejen CIA kalau macam tu... Dengan itu, barulah aku dapat mengenal pasti apa yang ada dalam fikiran Firdaus.

Tapi...macam mana nak balik petang ni? Jalan kaki seorang diri? Aduh... Aku termangu sendirian sambil tanganku ligat bekerja.

Previous: Bab 9
Next: Bab10/1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fizziany