Home Novel Cinta PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
Fizziany
3/10/2017 23:56:05
42,386
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

SERBA SALAH juga nak berhenti kerja. Macam mana nak berhenti pun aku tak tahu. Aku baru saja masuk kerja. Tak sampai 3 bulan pun... Setakat ini, kilang tempat aku bekerja sekarang okey saja. Banyak kelebihan yang dia beri seperti perkhidmatan asrama, kupon makanan, surau, perkhidmatan bas kilang dan uniform kilang yang percuma. Apa lagi yang aku cari dalam sebuah kerjaya?

Peningkatan! Ya...aku mencari peningkatan taraf hidupku. Melalui novel-novel yang kubaca, jelas memperlihatkan bahawa nasib seseorang takkan berubah jika seseorang individu itu tidak berani menukar haluan hidup atau mencuba sesuatu yang baru.Ada sesetengah watak dalam novel yang kubaca terpaksa kerja jadi orang gaji dalam rumah orang kaya. Lepas tu, dia terus sambar orang kaya tu jadi laki dia.Hehe..

Ada setengah watak pula, sanggup memperjudikan nasib dengan jadi pengantin ekspress bila melihat lelaki yang bakal dikahwini itu kaya dan hensem. Yalah...kalau dah ada pakej cukup lengkap macam tu, risiko untuk terjun lombong pun sanggup ambil.

Adalagi watak lain yang kukira menarik. Ada watak heroin yang sanggup lari dari rumah redah hutan dalam gelap malam sampai terlambung kena langgar dek kereta. Nasib dia baik sebab kereta tu milik hero yang kaya dan muda. Lepas tu, diorang kahwin...haahahha...aku dah melalut!

Jadi,dalam kes aku ni, tak salah kan jika aku ambil keputusan gila macam ni? Aku merenung jalan yang masih jauh. Jauh lagi nak sampai ke asrama. Aku makin bosan berjalan dengan Firdaus yang makin pendiam ni. Lalu aku toleh padanya yang berjalan di sebelah aku.

“Kau rasa...aku patut hantar surat resign atau cabut je?” soalku. Firdaus dah tahu yang aku dah dapat kerja dengan Hotel Premier tu.  

“Ikut kaulah...” bersahaja dia menjawab. Itu bukan jawapan yang aku nak dengar.

“Kalau aku cabut je boleh tak? Kalau aku hantar surat resign pun...silap-silap haribulan, dia tak bayar juga gaji aku kerja dua minggu tu...” soalku sekali lagi. Firdaus diam, kemudian mengangguk.

“Cabut jelah...” katanya. Aku mengukir senyum. Memang itupun niat aku. Aku memang nak berhenti mengejut saja. Itupun selepas dapat gaji minggu depan. Kalau aku hantar surat perletakan jawatan, aku bimbang banyak pula soal dari penyelia kilang aku nanti. Silap-silap haribulan dia gantung gaji aku. Punahlah harapan aku nak beli baju sikit dan kasut hitam untuk kerja baru nanti.

So...muktamad sekarang. Aku cabut..”putusku. Dia mengukir senyum kelat. Sekelat hempedu. Err..sebenarnya aku pun tak tahu apa rasa hempedu. Tapi aku tengok muka Firdaus dah lain macam. Bagai ada yang tak kena dengan dia.

“Eh...kalau aku dah berhenti pun, kita jangan lost contact tau...” aku bersuara dalam nada ceria yang dibuat-buat. Dia angguk dan senyum. Kami sudah menghampiri bangunan asrama. Aku memandangnya sipi-sipi. Dia diam sahaja. Aku masih menunggu ajakan darinya untuk makan bersama malam ini seperti yang selalu dia buat. Tapi, hinggalah kami sampai di pagar asrama aku, dia tidak berkata sepatah pun. Hanya ‘bye’ saja saat aku dan dia berpisah.

Aku mula rasa pilu. Ada rasa aneh yang menular di jiwa bila melihat dia pergi begitu saja tanpa kata. Seolah-olah dia tidak menghargai kewujudan aku sebagai kawannya. Dia marahkah aku tukar kerja? Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku terus mengatur langkah pulang ke bilik dengan hati yang berbalam-balam.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fizziany