Home Novel Cinta PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
Fizziany
3/10/2017 23:56:05
42,396
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

“DIA PM aku beb!!! Dia pm aku...” aku menunjuk-nunjuk telefon bimbitku ke muka Firdaus. Sampai saja di pintu pagar asrama kilangku, terus ku tunjukkan padanya mesej itu. Dia juga bagai tidak percaya semasa membacanya. Berulang kali dia meneliti mesej itu. Kemudian dia pandang muka aku. Kami masih berjalan menuju ke kilang pagiitu.

“Betul ke dia ni?” soal Firdaus ragu-ragu.

“Apa pulak tak betulnya... “ sanggahku sambil menarik kembali telefon bimbitku dari tangannya. Dia kulihat menggaru-garu dagunya. Garis di dahinya makin banyak pula.

“So...apa aku nak jawab ni ek? Nak jawab dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?” tanyaku galak. Aku dah tak sabar nak bersembang dengan orang kaya ni. Semacam pula semangatnya! Kembang kempis lubang hidungku.

“Dia tanya dalam English...kau jawaplah dalam English jugak...” saran Firdaus.

“Haa...betul...betul...”aku setuju 100% kata-katanya tu. Sudah bersiap sedia untuk menaip beberapa patah kata untuk membalas mesej itu.

“Tapi..apa aku nak taip? English aku berdebu sikit...” soalku. Firdaus merampas telefon bimbitku lalu menaip sesuatu. Aku jengah mukaku ke telefon bimbitku.

“Bagi aku tengok dulu sebelum kau send!” arahku. Telefon aku, hak aku! Dia jangan cuba-cuba nak buat onar dengan telefon aku!

“Tahu...”pintas Firdaus. Aku dan dia sama-sama menelek telefon bimbit. Firdaus menaip

 [Hi. I think we haven’t met before.] Aku dan Firdaus sama-sama berpandangan.

“Apa maknanya tu?” soalku. Firdaus tergelak.

“Saya rasa kita tak  pernah jumpa sebelum ni” Firdaus membaca terjemahannya.

“Haa..bagus! Bagus...send la. Apa lagi...” kataku tidak sabar. Pandai juga si Firdaus ni. Firdaus menekan butang ‘send’. Lalu mesej dihantar. Dadaku berdebar-debar. Apalah agaknya balasan si Tengku Khairudin ni nanti. Buat seketika, kami hampir-hampir terbabas ke semak kerana terlalu leka merenung telefon bimbit sambil berjalan.

“Simpan dululah! Aku takut kita terlintas jalan tanpa sengaja pulak lepas ni!” marah Firdaus bila kami sudah kembali ke jalan yang betul. Aku sengih gelihati.Telefon bimbit kusimpan dalam kocek. Aku mahu lintas jalan dulu. Bila ada masa terluang, barulah aku tengok kembali telefon bimbitku.





Previous: Bab 8/1
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fizziany