Home Novel Cinta PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
Fizziany
3/10/2017 23:56:05
42,397
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

AKU TELEFON Nini dan maklumkan kepadanya perkembangan projek mencari Prince Charming aku tu. Dia bukan main gembira. Dengan pantas dia mencadangkan agar aku segera bertemu dengan Tengku Khairudin. Buat apa tangguh lagi. Inilah masanya kau nak berkawan dengan dia di alam nyata! Itu kata Nini.

“Tapi aku takut...” balasku di hujung talian telefon bimbit. Malam itu aku tak keluar. Balik kerja tadi terus aku ke kedai runcit dan membeli meggi untuk makan malam. Hidup seorang diri ni, makan meggi adalah satu nikmat yang tak terhingga. Memasaknya juga mudah. Tak payah berdiri lama-lama di dapur. Cukup 2 minit, dah masak! 2 bungkus aku sapu meggi malam itu. Lagi 3 bungkus, aku simpan.

“Takut apa?” soal Nini di hujung talian. Dia di rumah sekarang ni. Minggu ini dia bekerja shift pagi. Itu yang aku tahu darinya di awal perbualan tadi.

“Nanti kalau dia tengok aku...dia tak nak kawan terus dengan aku. Aku bukan lawa sangat!” ujarku resah.

“Kau lawalah kak! Siapa cakap kau tak lawa? Setakat perempuan yang aku kenal, kaulah perempuan paling lawa tau...” huh...Nini memang pakar ‘angkat bakul’! Punggung aku dah kembang kempis dengan pujiannya.

“Mata kau kena operate ni Nini...” barangkali ada kesilapan dalam pandangan mata Nini. Begitu hujahku. Dia mengekek ketawa di hujung telefon.

“Betullah kak... Tapi kau jangan pakai pakaian biasa kau. Nanti kita pergi cari baju yang lawa sikit Sabtu ni....Baru kau nampak georgeous!” tokoknya. Aku terdiam. Pakaian biasa aku? Jeans dan t-shirt. Juga tudung yang kusarung ala kadar.

“Hmm...okeylah.Tapi aku tak mau belanja banyak sangat kat baju tau...Habis duit tabung aku nanti..” keluhku.

“Hesy...nak cari lelaki kaya, kenalah keluarkan modal sikit. Nanti kalau kau dah kahwin dengan dia, kau mintalah dia bayar balik duit kau yang hangus sebab dia tu...”terkikih-kikih Nini ketawa. Aku dapat membayangkan wajah Nini yang sedang ketawa saat itu. Pasti giginya yang putih tersusun itu jelas kelihatan. Dia akan menutup mulutnya. Aku tersenyum bahagia.

“Okey..okey...Jadi,bila tarikh yang sesuai untuk aku bagi pada dia?” soalku pula.

“Ahadlah! Kita beli baju hari Sabtu. Kita jumpa dia hari Ahad! Hari lain, kita kerja...”saran Nini. Ya tak ya juga. Hari apa lagi yang aku ada? Sabtu aku dah kerja setengah hari. Ahad saja yang aku free.

“Okey..Ahad..” bagai patung aku mengikut. Nini tersenyum girang. Aku mula rasa berbahang. Duitku bakal melayang. Tapi disebabkan misi mustahil ini, aku sanggup redah apa jua. Apalah sangat nilai baju kalau nak dibandingkan dengan apa yang aku dapat selepas aku kahwin dengan lelaki kaya nanti! Aku tersenyum.




“KAU tolong taip sekejap...bagitahu dia...aku free Ahad ni. Aku boleh jumpa dia Ahad nanti...” pintaku pada Firdaus pagi itu. Kami berjalan perlahan kerana pagi masih awal. Aku menyerahkan telefon bimbitku kepada Firdaus. Dia memandangku sinis, kemudian membuat seperti yang aku suruh.Jari-jarinya laju menaip di skrin telefon bimbitku. Aku menjengahkan mukaku kepada skrin telefon. Takut dia taip yang bukan-bukan!

[I’m free this Sunday.] “Boleh?” soal Firdaus padaku sebelum menekan butang ‘send’.Aku tilik kembali ke dada skrin.

“Aik? Pendeknya. Aku cakap tadi punyalah panjang sehasta..” komenku. Dia sekadar menjeling. Nampak sangat riak mukanya yang dah malas nak melayan kerenahku.

“Okey..okey..send..” arahku. Dia dengan laju menekan butang ‘send’. Tak sampai seminit, mesej itu berbalas. Berebut aku dan Firdaus membaca mesej itu.

[Great. Can we meet at 10.00 am? Kindly send me your address. I’ll send my driver to pick you up. Thanks.] Aku melopong.

“Ahahahhh!!!” aku melompat riang. “Aku ada date!!!” jeritku gembira. Firdaus merenungku muak.

“Apasal dia kena hantar driver untuk ambik kau? Tak boleh ke dia datang ambil kau sendiri?” soal Firdaus curiga.

“Hey pak cik...dia orang kaya. Orang kaya memang macam tu! Takkan kau tak pernah tengok cerita Korea? Kan ada hero yang anak kepada CEO, dia hantar driver untuk ambil makwenya?” getusku dalam riak riang. Muka Firdaus tetap masam.

“Aku tak percayalah! Dia pun tak cakap kat mana dia nak jumpa kau...” keluh Firdaus sambil berjalan.

“Alah...nant iaku tanyalah driver dia...” sampukku.Firdaus masih bermuka masam.

“Kalau ini fraud macam mana?” soal Firdaus.

“Apa pulak fraud? Kau ingat macam kredit kad ke? Ada fraud bagai...” aku dah mula meninggikan suara.

“Kau kena hati-hati Li...” katanya lirih. Kami sudah hampir untuk melintas jalan.

“Ye...aku hati-hati... Kau tak payah bimbang....” aku sungguh-sungguh memberi jaminan.Firdaus diam sepanjang jalan.




 

Previous: Bab10/1
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fizziany