Home Novel Cinta PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
Fizziany
3/10/2017 23:56:05
42,385
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

LEPAS HABIS kerja Sabtu itu, terus kunaik bas menghala ke bandar Klang. Aku sudah berjanji dengan Nini akan berjumpa dengannya di depan Perhentian Bas Klang. Depan kedai India yang jual gelang warna warni tu. Bila aku sampai, kulihat Nini sudah ada di dalam kedai itu. Dia sedang membelek deretan gelang yang beraneka warna dan jenis itu. Lalu aku mampir padanya.

“Hoihh!!!”sergahku dari belakang. Tapi dia menoleh dengan selamba. Langsung tidak terkejut dengan sergahan aku.

“Aku nampaklah bayang kau dari cermin tu...” katanya lalu menunjukkan ke arah cermin di depannya yang memuatkan timbunan sari. Aku melongo. Buang karan betul!

So..ke mana kita ni?” soalku. Nini berjalan keluar dari kedai itu.

“Tu! Ada kedai baru buka. Dia jual baju-baju untuk perempuan...jom..: ajak Nini. Aku melihat ke seberang jalan. Ke arah kedai yang ditunjukkan oleh Nini. Ada kain rentang yang besar di hadapan kedainya.

“Ada sale ke?” soalku ketika kami sedang berjalan menuju ke kedai itu.

“Ada la kot...” jawap Nini perlahan. Usai sampai ke kedai tersebut, terus kami masuk ke dalam kedai dan mundar-mandir dari satu bahagian ke bahagian yang lain.  Aku jadi rambang mata melihat baju-baju yang dijual. Singgah di bahagian pakaian dalam wanita, kakiku berhenti sejenak. Sempat aku membelek beberapa bra di situ yang kukira sangat murah harganya. Rekaannya pun boleh tahan!

“Takkan kau nak jumpa Encik Tengku tu pakai bra aje???” Nini menjegilkan matanya kepadaku.

“Murah ni!” kataku kembali. Nini menarik tangan aku menuju ke arah hujung. Ada bahagian menjual dress labuh di situ.

“Sini!”kata Nini lalu menunjukkan beberapa rekaan gaun labuh kepadaku. Aku membelek baju-baju yang tergantung di situ. Sesekali, aku membelek harganya.

“Mak aih! Sampai RM25o satu baju??? Ini kedai ke butik Gucci ni?” soalku terperanjat. Nini pantas memekup mulutku. Takut jeritan aku didengari pekerja kedai itu yang sedang berdiri tidak jauh dari kami.

“Shttt!! Kau ni...RM250 tu dah kira murahlah untuk gaun macam ni...” kata Nini pula. Akumengetap bibir.

“Takkan nak bazirkan RM250 untuk satu baju saja?” sah! Nini dah hilang akal...

“Hisy....cuba kau fikir...takkan kau nak jumpa Tengku Khairudin tu pakai seluar jeans dant-shirt buruk kau  ni? Kau pun tak ada baju cantik macam ni kan?” kata Nini lagi. Tak habis-habis dia membakar perasaan aku. Aku menarik nafas dalam-dalam. Hadoi...check-mate aku kat sini!

“Haa....yelah!” aku mengalah juga akhirnya. Puas aku dan Nini membelek satu persatu gaun labuh untuk kami beli. Setelah hampir sejam, kami akhirnya memilih gaun berwarna biru diraja dengan perincian manik dan labuci yang penuh di hujung gaun. Gaun itu memang cantik. Kalahlah artis kalau aku pakai gaun ni nanti. Tatkala hendak membayar harga gaun di kaunter, tanganku tak berhenti menggigil. Duit RM280 kuhulur kepada juruwang kedai itu dengan senyuman paling kelat. Nini di sisiku tersenyum lebar.





Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fizziany