Home Novel Cinta PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
Fizziany
3/10/2017 23:56:05
42,393
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

SUSAH RUPANYA hendak minta kerja dengan hotel bertaraf empat bintang ni. Aku pergi temuduga berbekalkan keputusan SPMku saja. Sedangkan calon-calon lain ada yang membawa Ijazah masing-masing. Pakaian mereka juga lebih hebat dariku. Siap pakai kot! Hatiku berdetik sendiri. Takkan hendak minta kerja sebagai Pekerja Am pun perlukan Ijazah? Atau aku sudah salah tempat temuduga?

Aku pasrah pada Tuhan. Saat dipanggil masuk untuk sesi temuduga, ada 3 orang lelaki berbangsa Cina yang menemuduga aku. Ketarnya Tuhan saja yang tahu. Anehnya, langsung dia tidak minta sijil-sijil pelajaranku. Dokumen itu kekal erat di tanganku sehingga habis sesi temuduga. Memandangkan mereka menyoalku dalam Bahasa Inggeris, aku agak sukar menjawab. Keyakinanku untuk bertutur bahasa London itu amat tipis. Jadi, lebih baik aku jawap dalam Bahasa Melayu saja.Sekali lagi, hatiku berdetik. Minta kerja sebagai Pekerja Am pun perlu pandai berbahasa Inggeriskah? Ah...susahnya...

Akhirnya,lebih kurang hampir setengah jam mereka bersoal siasat dengan aku, salah seorang dari mereka berkata dalam Bahasa Melayu. Agaknya dia tahu kot yang aku tak pandai sangat speaking London.

“Cik Lily... kami dah buat pertimbangan. Kerja yang kami tawarkan sekarang sebenarnya perlukan kemahiran berbahasa Inggeris. Hotel ini adalah hotel empat bintang. Kebanyakan pelanggan kami terdiri daripada orang-orang yang berpengaruh. Tapi, kami ada satu tawaran kerja jika Cik Lily berminat...Kami ada kerja kosong di bahagian Room Service & Cleaning. Maksudnya Cik Lily perlu buat cleaning dari bilik ke bilik. Kita akan ada buat training supaya Cik Lily akan kerja mengikut S.O.P hotel kami. Jadi, Cik Lily berminat tak?” soalnya dalam dialek Tiong Hua yang masih jelas.

Aku terpaku. Rupanya muka cantik saja tak menjamin apa-apa! Bedebah kau Nini! Kerana motivasi tiruan dari dialah aku ada kat sini sebenarnya! “ Pergilah kak...pergilah! Kau lawa...kau mesti boleh dapat kerja receptionist tu....” rengeknya padaku malam tadi bila aku mula hendak tukar fikiran.

Tapi...aku fikir kembali. Wajah-wajah lelaki yang separa umur itu kutatap lama. Dari tak ada peluang langsung, lebih baik intai peluang yang ada, kan? Aku mengukir senyum.

“Ya.Saya berminat,” aku angguk laju. Mereka saling memandang dan berbalas senyum.Hatiku lega. Kerja tukang cuci pun tak apalah. Janji dapat timba pengalaman kerja di hotel empat bintang ini. Gajinya pun boleh tahan!

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fizziany