Home Novel Cinta PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
Fizziany
3/10/2017 23:56:05
42,450
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

AHAD. Memandangkan aku baru dapat kerja, maka aku belanja Nini makan di McDonald’s Bandar Klang. Nini akan masuk kerja pukul 3 petang, jadi, aku dan Nini keluar bersama ke bandar untuk jalan-jalan pagi itu. Pagi pun tak pagi juga. Dah pukul 10.30 waktu kirorang keluar tu. Naik bas dari Sungai Udang dan terus ke Bandar Klang.

“Okey ke tempat kerja kau tu?” soal Nini sambil menjilat aiskrimnya. Aku angguk.

“Macam best..”

“Banyak mamat hensem?” soalnya lagi. Aku jungkit bahu.

“Entah!”Nini mencebik dengan jawapan selambaku.

“Bukalah mata luas-luas! Kata nak cari Prince Charming kau...” getus Nini sambil menghabiskan aiskrimnya. Aku menghela nafas berat. Nak cari Prince Charming....

“Kenapa aku pula yang kena cari? Bukan ke dalam banyak novel sebut, Prince Charming tu akan datang secara kebetulan dalam hidup kita?Kalau kita cari, tak thrill lah!” kataku.

“Huh! Nak tunggu Prince Charming kau datang naik kuda putih depan mata kau? Phuiii!!!!” Nini meludah aiskrimnya. Geram dan tanda protes akan kata-kataku.

“Dalam novel selalu kata macam tu...” tingkahku.

“Tu dalam novel... sekarang kau bukan ada dalam novel!” marah Nini. Aku mengerutkan dahi. Muncung mulutku berfikir. Macam berfikir dengan mulut pula.

“Aku tak nak cari cinta... Aku nak, biar cinta tu datang sendiri kat aku...” kataku. Kalau sebelum ini, aku kurang berminat hendak bercinta, tapi bila umurku dah masuk 23 tahun ni, barulah aku terasa macam nak bercinta. Itupun sebab terpengaruh dengan watak-watak yang selalu dibacanya dalam novel cinta. Macam seronok saja bercinta ni...hihi...

“Hmmh...ikut kaulah!” marah Nini. Kami terus makan dengan cepat.

“Lepas ni kita pergi Popular nak? Aku nak pergi cari novel lagi..” kataku.

“Balik, jangan tunjuk depan mak. Nanti dia bising!” tambah Nini pula. Kuangguk faham. Mak tiri aku memang marah benar kalau dia nampak aku bawa balik novel. Kat bilik aku dan Nini, dah penuh rak-rak buku aku yang dipenuhi dengan novel. Kata mak tiri aku, aku membazir duit! Dari beli novel, baik bagi kat dia saja duit tu. Boleh dia beli barang. Itu kata dia...Hakikatnya, hobi orang takkan sama. Kecenderungan seseorang juga takkan sama. Jadi, tak salah ada hobi kumpul dan baca novel kan? As long as aku tak kacau orang...

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fizziany