Home Novel Cinta PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
PRINCE CHARMING UNTUK LILY.
Fizziany
3/10/2017 23:56:05
42,449
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6/1

“KENAPA kau nak cari lelaki kaya? Sampai kena ada kereta sport enam belas biji?” soal Firdaus pada waktu kami berjalan pulang dari kerja.

“Lima biji la!” aku memperbetulkan fakta yang salah.

“Ah..samalah tu...” dia menangkis kata-kataku. Sama ke lima dengan enam belas?  Aku menongkah langit. Bagai mencari jawapan di situ. Kupandang wajahnya kembali.

“Aku nakkan security dari sudut kewangan dan kestabilan dalam rumah tangga..” jelasku.

“Maksudnya?”

“Maksudnya,aku mahu sentiasa hidup tenteram tanpa dibelenggu rasa resah sebab asyik fikirkan soal duit belanja. Aku percaya bila duit bukan masalah dalam hidup,maka keluarga akan hidup bahagia...” terangku.

“Tapi takkan sampai perlu ada enam belas sport car?” soalnya lagi.

“Itu lambang kekayaan... Kalau dah nama orang kaya, kena ada kereta mewah...kereta besar..” tambahku penuh gaya.

“Katalah kau berjaya kahwin dengan lelaki kaya yang ada enam belas biji kereta sport.... Apa kau nak buat dengan kereta sport laki kau tu nanti? Bawa pergi pasar?” soal Firdaus sambil ketawa galak. Aku tarik muncung panjang. Marah.

“Kalau bawa pergi pasar pun apa salahnya!” gumamku geram. Dia ketawa lagi. Aku rasa makin geram. Kupandang wajahnya.

“Apa salahnya ada suami kaya? Lagipun, aku ni dahlah orang susah. Takkan aku nak hidup susah sampai bila-bila? Takkan aku nak kerja kilang macam ni sampai tua?”keluhku. Firdaus diam serta merta. Dia memandangku sambil kaki kami masih lagi melangkah pulang ke asrama.

“Habis tu, lelaki yang kerja kilang macam aku ni? Maknanya tak ada peluang untuk berumah tangga? Sebab aku miskin?” soal Firdaus tiba-tiba. Aku mula berang.

“Hisyy..aku tak cakap macam tu. Aku tak maksudkan mana-mana golongan lelaki pun. Kau mesti ada jodoh kau sendiri. Cuma aku ni...cuma aku yang mencari lelaki seperti itu sebab aku nak hidup senang...aku nak bahagia dengan cara aku...dan aku tahu,lelaki seperti itu wujud dan tak salah kalau aku pasang impian untuk cari lelaki macam tu...kau faham?” bentakku marah. Marah padanya yang telah memutar-belitkan kata-kataku. Aku tak ada niat pun untuk memperlekehkan lelaki yang kerja kilang macam dia.

“Yalah...aku faham... kalau kahwin dengan lelaki miskin macam aku ni, kau tak bahagia...”sambung Firdaus pula. Kali ini langkahku terhenti. Melihat aku berhenti berjalan, langkahnya juga turut mati. Dia memandangku aneh.

“Kau ni saja nak provoke aku kan?” rengusku dengan muka marah. Dia tergelak.

“Taklah...hey..janganlah marah macam ni. Aku bergurau sajalah. Aku faham...itu cita-cita kau. Semua orang berhak ada cita-cita. Sorry ya kalau aku buat kau marah...” pujuknya lembut. Aku memulakan langkah kembali. Bangunan asrama sudah kami hampiri.

“Bergurau korok kau macam ni....” sakit hati aku.

Sorry lah...Hey...janganlah merajuk macam perempuan...” pujuknya lagi sesekali memintas langkahku. Aku diam. Malas hendak menjawab.

“Lily....” alahai...lembutnya dia memanggil nama aku. Sejuk perut aku mendengarnya.Hampir-hampir saja aku nak senyum. Tapi aku tahan senyuman itu dari meletus.

“Lily...aku minta maaf okey... aku belanja kau makan malam ni ya... Walaupun aku ni bergaji kecil, tapi rasanya aku masih mampu kot nak belanja kau makan...” sempat lagi dia menyindir dalam ucapan maafnya itu. Aku tergesit geram.

“Aku nak makan tomyam!” kataku tegas. Dia tersenyum riang lalu melompat suka.

“Orait!!!”




“KAT mana kau nak cari lelaki kaya macam dalam impian kau tu?” belum habis lagi soalan si Firdaus ni rupanya. Tengah makan tomyam yang panas dan pedas ni pun dia masih gigih bertanya. Aku menjeling ke arahnya sambil meniup tomyam yang sedang aku hirup. Ummm...sedapnya....masam-masam...pedas...ada rasa kelat daun limau...nyumm..nyum....

Aku pandang Firdaus. Dia masih menunggu jawapan dariku nampaknya. Sampai dia tidak makan.

“Itulah...akupun tak tahu sebenarnya..” Kuk! Sudu plastik tebal berwarna merah diketuk di kepalaku tiba-tiba.

“Adoi!”aku terperanjat besar bila Firdaus bertindak begitu. Pantas aku meggosok dahiku yang diketuknya.

“Bocor kepala aku mambang!” marahku.

“Aku tanya betul-betul ni...” marahnya. Nampak serius muka dia. Aku mencebik. Kuah tomyam aku hirup lagi.

“Aku tak tahuuuuu.....” tekanku. Dia diam. Melihat aku buat tak layan dengan soalannya, dia akhirnya terus makan. Kami diam sejenak melayan nafsu makan yang sejak tadi minta dipenuhi.

“Kau ni...asyik tanya aku...kau tak ada makwe ke?” tiba-tiba soalan itu terlintas di kepalaku. Mungkin lepas kena ketuk tadi otakku benar-benar bocor lalu baru teringat akan hal lain...

“Ada...”Firdaus angguk perlahan. Pantas aku angkat wajah lalu memandang wajahnya.

“Siapa?”mataku buntang bertanya padanya. Dia senyum segaris.

“Dulula...sekarang dah tak ada...” sambungnya pula. Terus longlai semangat keperwiraan aku tadi.

“Kenapa?”soalku.

“Dah putus...”

“Kenapa?”

“Dia kahwin dengan orang lain...”

“Laaa...kesiannya kau!” getusku sambil menunjukkan muka simpati kepadanya. Tapi wajahnya masih selamba.

“Rileklas...takde jodoh...” mudahnya dia menjawab...

“Kau ni cintakan dia betul-betul ke tidak?” soalku gusar. Takkan dia tak terasa sedih bila kekasih hati dibawa lari orang?

“Aku cintakan dia. Tapi dia tak cintakan aku...” jawap Firdaus.

“Kau kata kau dan dia bercinta. Takkan dia tak cintakan kau?” soalku. Firdaus menghela nafas berat sambil menyuap telur dadar ke mulutnya.

“Kalau dia cintakan aku, dia takkan keluar dengan lelaki lain...” sambung Firdaus. Aku terkesima.

“Ohh...ini kes curanglah ni....” aku terangguk-angguk. Faham...faham...

“Kau tak tumbuk lelaki yang rampas kekasih kau tu?” soalku lagi. Firdaus memandangku dengan matanya yang bulat. “Buat apa nak tumbuk dia?” soalnya aneh.

“Eh...dia dah rampas awek kau...mestilah wajar kena sebijik penumbuk ke...penampar ke...baru padan dengan muka dia sebab jadi perampas...” tuturku galak. Firdaus menggaru dagunya. Dia tersengih lucu. Dia mencedok kuah tomyam lalu dibanjirkan nasinya yang sudah tinggal sedikit itu.

“Tak payah jadi drama kinglah...Kau ni kan...” Firdaus mengetap bibirnya sambil menilik wajahku. Aku mula cuak bila dia seakan mahu mentafsir wajahku bagai ahli nujum dengan horoskopnya. 

“Kau ni kan...kalau tak banyak sangat tengok drama TV,  mesti banyak sangat baca novel cinta kan..?” tekanya. Aku melopong. Apa kena mengenanya semua tu dengan hidup aku?

“Kalau tak...kau takkan berangan sangat macam ni....” katanya lagi.

“Hey...pakcik! Mind your words...okay!” aku dah mula rasa nak marah. Bila aku marah...semua kosa kata Bahasa Inggerisku akan keluar.... Kosa kata yang aku belajar dari filem-filem Inggeris!

Previous: Bab 6
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fizziany